Wednesday, July 14, 2010

kenapa saya tak ber'couple'??-part2-

bismillahirramanirrahim
alhadulillah..dpt mencoret sedikit di GMS ni utk peringatan kpd diri sendiri sebenarnya..ye la, blog kita, pastinya yg utamanya, dituju kpd diri sendiri..semalam, dlm bilik air shinju mula terpikir, yg rasanya tajuk ni mcm ada kekurangan sikit. shinju rasa patut jadi camni, "kenapa saya tidak lagi ber'couple' "?? camni baru btol kot..shinju pun manusia yg Allah kurniakn perasaan utk menyayangi dan disayangi. dan shinju juga pernah tersesat dlm mencurah perasaan ingin disayangi tu.. tapi atas rahmat dan kehendak Allah, shinju akhirnya dapat menerima bahawa couple itu haram. mkn masa gak nk terima..mcm2 hujah shinju minta pada naqibah(ketua usrah) dan shinju mmg seorg yg suka berdebat dan suka pertahankn hujah sendiri walau diri ini tau apa yg nk ditegakkan dari hujah2 shinju tu batil. tapi bila debat, asek kena shoot yg ayt quran, hadis then, xbole lawan la. yg benar tetap benar. berhadapan dgn hujah yg tiada keraguan padanya jadi, shinju akur...cari la jln nk hentikan budaya couple tu. dan akhirnya, alhamdulillah sudah mendapat keberhasilan! jika shinju boleh, anda juga pasti bole!  baiklah, dlm kesempitan ruang waktu yg ada ni shinju nk share ttg kesan bercouple dlm konteks kita sbg seorg student

satu hari, Imam Syafii ketika masih menuntut ilmu pernah mengeluh kepada gurunya. “Wahai Guru. Mengapa ilmu yg sedang kukaji ini susah sekali memahami dan bahkan cepat lupa?” Sang guru menjawab “Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yg bening dan bersih.” bererti ilmu itu tak akan menerangi hati yg keruh dan banyak maksiatnya. kalau hati kita bersih ia ibarat gelas yg bersih diisi dgn air yg bening. Setitik cahaya pun akan mampu menerangi seisi gelas. Walhasil bila kita menginginkan ilmu yg bisa menjadi ladang amal shalih maka usahakanlah ketika menimba hati kita selalu dalam keadaan bersih. hati yg bersih adl hati yg terbebas dari ketamakan terhadap urusan dunia dan tak pernah digunakan utk menzhalimi sesama. Semakin hati bersih kita akan semakin dipekakan oleh Allah untuk bisa mendapatkan ilmu yg bermamfaat. darimana pun ilmu itu datangnya. Disamping itu kita pun akan diberi kesanggupan utk menolak segala sesuatu yang akan membawa mudharat. maka, oleh kerana itu, jika ingin senang utk mendapat dan memahami ilmu, jauhilah perbuatan2 maksiat. dosa yg setitik mampu memberi kerosakan yg teruk pada hati. ibaratnya, jika kita menuang nila setitik ke dalam susu yg putih bersih, maka tidak dapat tidak susu itu akn berubah keseluruhannya menjadi biru. tapi bila kita tuangkan susu setitik kedalam nila, hampir tiada lgsg perubahan pada nila. sekian dulu..bersambung inshaAllah...

Monday, July 12, 2010

kenapa saya tak ber'couple'??

bismillahirramanirrahim
aha! pa kaba sume? da lama nk tulis entri ni tapi hasrat xkesampaian sehingga hari ini dan detik ini baru shinju diberi sedikit nikmat kesempatan utk menulis ttg ni..  bosan ek asek dgr pasal couple je..asal bicara tttg couple, org mesti banned habis2san punye..lagi2 shinju..sgt syadid(keras) dlm isu ini. kenapa? sebab ini melibatkn ibadah kita pada Allah. alhamdulillah sejak mula ditarbiyah(dididik dgn ajaran islam sbnar) hingga saat ini Allah al-wadud(Maha mencintai) masih tetap memalingkan hati shinju dari perbuatan ini. kenapa shinju xber'couple' hujah utamanya adalah dalil (17:32) "dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan satu jalan yg buruk." ramai yg maklum ttg ayat ni...dan perkataan mendekati yg di highlightkan tu pun rasanya ramai dah fham..xpe la bak kata bijak pandai, pengulangan adalah rahsia kecedasan..-pepatah sape ni??-

tahukah anda bahawa setiap dari ank adam itu tak jauh dari perlakuan zina..sabda junjungan besar, Muhammad bin abdullah,
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
nah! benarkan? setiap kita xjauh dari perlakuan zina. dan zina yg paling dekat dgn  kita adalah zina hati..yg mana fenomena ni biasanya terjadi bila kita admire pada seseorg, lalu sntiasa menghayalkannya, kemudian timbul keinginan utk berkenalan (dan kenal pastu biasanya mesti couple kn!) dan lebih dahsyat lagi bila kita mula menggambar-gambarkan auratnya! naudzubillah! -hati2 wahai kaum2 adam. rambut wanita itu aurat! segala apa yg zahir pd wanita itu adalah aurat kecuali muka dan telapak tangannya-
itu lebih mengetahui ulasan ttg zina hati klik di sini  ! ha fahamilah dgn mata hati. jangan terlalu emosi.. -peace for ummah!-

ok skg da bole terima dan faham ke kenapa shinju x ber'couple'? alasan utamanya adalah pengharamannya jelas melalui dalil 17:32 dan penghuraian dari hadis di atas. di bawah hukum hudud, jenayah zina adalah dikenakan 100 sebatan bagi yg belum berkahwin dan direjam dgn batu bagi yg sudah berkahwin! jadi korang yg masih bercouple, maka selayaknya di sebat 100kali tu...sebab apa? bukan ke bercouple itu menjurus kepada segala zina2 yg dinyatakan dlm hadis diatas? mula2 calling2, (zina telinga dan hati) pastu dating2 (zina kaki dan mata,maybe tgn skali) klau syaitan yg berpenglaman beratus juta tahun dlm meggoda manusia tu berjaya memggoda korang, maka terjadilah zina yg terbesar, iaitu zina le..ada paham?? korg rasa mcm x mungkin je blaku kn zina terbesar ni..ye la dia tu baik, nk korg jadi bini dia n pape je janji2 manis..tapi wahai kaum hawa sekalian, sedarlah yg namanya lelaki itu hny dianugerahkan satu shj nafsu iaitu nafsu utk ***********. jadi, wahai saudariku sekalian! ayuh buka hati dan mata, jgn hanya membuka nafsu berhati-hati dgn yg namanya lelaki. bkn xpenah baca srt kabar, seorg ustaz rogol pelajar, ayh rogol ank, atuk rogol cucu..atuk yg da nk sirna tu pun masih punya nafsu seserakah tu..xkan la org2 yg masih muda mcm balak2 korg tu lagi ok kot? -yg muda lebih bertenaga- dan ustaz pn bole rogol ank dara org, xkn balak2 korg yg solat pn hujung2 wktu, batas pergaulan, aurat x terjaga..xkn xde perasaan mcm ustaz tu kot?? walaupun aku x nafikan, mungkin korg ttp juga berkeras yg pakwe a.k.a balak korg tu baik..xmcm yg shinju ckp ni..kalau betul dia baik, so minta dia putuskn hbungan couple korg yg xsuci tu. gantilah dgn sesuatu yg lebih suci dan diredhai. bila islam haramkan couple, pasti ada sessuatu jalan keluar utk menzahirkn perasaan ingin disayangi korg tu..and, the only way is nikah! jadi, menikahlah wahai saudara saudari sekalian! jgn biarkn hidup anda diselubungi dosa dan noda zina.
-to be continue...inshaAllah-

Monday, July 5, 2010

sabaRR!!

sudah update!

al kisah bermula....pada pagi tu...kami keluar menghirup udara segar..kami sedang dalam perjalanan ke trek jogging..dingin benar pagi ini. cuaca sangat mendung. kelihatannya tidak mengizinkan kami meneruskan hasrat utk berjogging pada pagi itu. perjalanan kami tangguhkan sebentar di 'temenggung'. berbual-bual dan memerhati manusia2 di sekitar berdekatan pasar tani mega kulai..
shinju: weh pearl, pe kaba2 ex-ank2 taklim aku?
pearl: sape?yg mana? sume da senyap..
shinju: weh aku rase nk sambung balik la taklim dorg..
pearl: ssh la shinju. dorg ssh nk komitmen. lagi2 epa. ko tau x dia aku rasa ada skandal ngn abg form 5..
shinju: innalillah! ye ke? then ko g la cucuk jarum tarbiyah..tu kan kawan baik ko. abes, zu, fatin oyun, sume ok?
pearl: dorg sume ok..zu terer ad math! shinju, ko tau x sejak skola aku suh budak2 KAA pakai tudung labuhkan, aku rasa smngat la weh nk buat dkwah. sebab xrasa sorg..(slama ni adk ana je yg pkai tudung labuh)
shinju: ha bukak la taklim ko sendiri pearl kat skola ko tu. kalau ko dapat masuk asrama lagi sng pearl! aku pn mcm sng la nk masuk..dan lagi best  lagi klu aku dpt drive! ko doakan la aku lulus ea test jpj 9jul ni..(shinju berdebar-debar la plak bile sebut pasal test jpj ni..huhuhu..)
pearl: tapi ssh la shinju..aku ni byk sgt setan dalam badan! jahat tol aku ni..aku kalau nk ajak org mesti rasa malu, malas, nk istiqamah buat taklim tu aku rasa xbole la,,aku xkuat lagi mcm ko!
shinju: eh lepak je ko ni! biasa la pearl, kita kalau nk buat baik ni, mmg ada je halangan dia. kalau nk buat baik tu sng, rasanya semua org kat dunia ni baik2 kot.. lagipn kan aku pnah cite psl hadis kepayahan menyongsong syurga.
pearl: syurga tu dilingkari dgn kesusahan dan perkara2 yg xdisukai manusia..
shinju: ha tau la sey ko! dan malaikat jibril kata hampir xde manusia yg masuk syurga krn ujian spt itu....jadi nk dpat syurga mmg kena bersusah2 pearl...
**********************************************************************
ha inilah antara yg berlaku pada pagi 4julai 2010..dan amat benarlah firman Allah
" apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar danpasti mengetahui org2 yg dusta.” (29:2-3)
Pada petang itu, shinju menaiki bas dari terminal kulai ke skudai. Sesungguhnya, Allah menguji org2 yg Dia kehendaki utk melihat siapa yg bnr2 beriman dan utk menaikkan darjat keimanan seseorg. Sungguh xpnah berlaku dlm hidup shinju dpt driver bas yg kurang peka pendengarannya. 1km sebelum sampai di shell sri putri, shinju da tkn bell, then bas terus meluncur laju. Meninggalkan bus stop di situ. Sekali lagi shinju menekan bell dgn penuh rasa xpuas hati...(kemarahan membuak kembali nih!) dan dgn selamba sengal shinju diturunkn di skudai parade! Marah yg teramat menghantui dan menguasai diri!! (aku komplen nnt kt LPKP!) xtau mcm mana tiba2 ada gerakan hati yg suruh shinju bersabar..Allah nk bagi pahala sabar..shinju segera mencapai henfon dan menelefon beberapa org akhwat di HADIM namun, hampa...x angkat langsung! Kecewanya yg teramat! Terasa bagai di robek dan di pahat dgn paku2 karat pada hati ni!! Sakettnyeerr!! Kemudian shinju teringat yg hari itu adalah ahad! Jadi akhwt xkeje..segera shinju mendail no kak rita..alhamdulillah diangkt..dia pn suruh shinju jln sikit kt dpn tu..ade jejantas then seberang..amek bas kat situ...shinju akur..langkah pantas di atur..besar hajat yg  shinju  nk laksanakan di HADIM. Hajat yg merupakan tanggungjwab..dari bus stop penuh, hingga kosong,dan penuh kembali,kosong kembali,penuh kembali, shinju tunggu bas yg lalu area kangkar pulai..hampir sejam setengah menunggu..xdpt2 bas jgk..syaitan berbisik2 utk meninggalkn sahaja amanah ini..menghasut2 shinju bahawa akhwt tdk prihatin krn tiada rasa risau lgsg walaupn sejam berlalu tp shinju xsmpai2...shinju sudah xdpt menahan diri dari menangis! Air mata bertakung dan cuba dihalangan agar takungan itu tidak melimpah..segera shinju sms akhwt yg disygi di ukm...adukan rasa kekesalan ini...dan akhrnya..shinju menagis juga...tapi segera di bendung agar tidak terus tumpah! (shinju kuat!!) shinju terkenang kembali apa yg shinju perbualkan dgn adik shinju pagi tadi, - biasa la pearl, kita kalau nk buat baik ni, mmg ada je halangan dia- shinju beristighfar dan mula memujuk hati yg rawan..benarlah..shinju sdg di uji dgn apa yg shinju perkatakan..subhanllah!  indah benar tarbiyah Allah itu...dikala kita khilaf, segera di beri peringatan! Tak lama kemudian, dtg la bas ke Tmn Teratai. Shinju pn naik..dlm bas menagis gak..tangisan penyesalan..kenapa shinju xsabar? Dan terpengaruh dgn bisikan2 syaitan?
-selesai kisah penantian yg meyeksakan-
Di HADIM shinju sharing experience ni ngn akhwt..shinju mmg xpandai pendam perasaan, kalau xpuas hati, sedih, shinju mesti speak it out! Baru rasa lega..then, akhwt bagi input sikit..kak rita tanya, “jadi anti faham da ape itu maksud sabar?” shinju merasa sabar itu mmg menyakitkan sbb gnjarannya sgt besar.namun kita ttp perlu berlapang dada..bak kata seorg akhwt yg di sygi di ukm, dlm lapangan dada ada robekan jiwa...yg ana faham sabar tu lebih kurg mcm tu la..tp lain pula jawapan kak rita. Katanya “ukht, sabar itu bererti kita Manahan diri. Mmg kita rasa nk marah, nk sound sume org, tapi kita kena tahan sume tu..itu la dia sabar..” pelajaran yg bermakna buat shinju..shinju suka sangat berada berdekatan dgn akhwt...rasa syaitan tu jauh sgt dari kita..sekian...

Saturday, July 3, 2010

reunion

sudah update!

alhamdulillah 30 jun yg lepas shinju telah menghadiri reunion sekolah rendah..seronok dapat jumpa kawan2 lama...masing2 da byk berubah...dulu masa kecik2 sume selekeh..pakai tudung pn senget2 lagi..tapi kini, masing2 sudah dewasa, kemas menghias diri. pada mulanya shinju berat hati juga nk pergi ke reunion tu sebabnya, takut dakwah terfitnah..maklumlah kan bercampur lelaki dan perempuan dalam satu majlis dan shinju pula bertudung labuh. jadi, kononnya merasakan diri ini masih tak kuat utk bersama mereka kerana bimbang dakwah terfitnah(alasan utk tidak menyampaikan dakwah sebenrnya ni). kemudian selepas PSN tempoh hari, seblum reunion shinju ada baca balik nota yg dicatit sewaktu pengisian seorg al-akh yg menyatakan bahawa dakwah ini tidak semesti selalunya dibuat secara fardhiah.hanya tuju kepada org2 tertentu sahaja. jika ini berlaku maka, dakwah akan nampak ekslusif. sekali sekala dakwah itu perlu dilakukan secara ijtima'.libatkan diri dgn masyarakat. mereka yg didekati secara dakwah ijtima' ini xsemestinya perlu dihalaqahkan. tetapi, kita boleh perbaharui tahapannya dari semasa ke semasa. berbalik kepada reunion tempoh hari, shinju merasakan mungkin jika ada lagi reunion2 yg akn dtg, shinju cuba utk menghadiri kerana ini antara lain merupakan cara utk kita mendekati masyrakat. dan juga menambah kematangan. -(pendapat peribadi)- mungkin pada entry kali ini shinju akn berkongsi sedikit pengalaman pertama shinju menghadiri majlis seperti ini sejak ditarbiyah di matrix. secara keseluruhan ok je. tapi persediaan iman utk ke majlis seperti ini utk kali2 yg seterusnya harus lebih mantap! alhamdulillah sebelum ke reunion tu shinju sempat buat bookmark sbg tanda kenangan n sebagai sarana utk kita sentiasa saling berhubungan. dan di tuliskn sedikit di situ sepotong hadis. buat pedoman bersama. kita terus masuk ke cerita semasa majlis berlangsung. kelakarnya la...mula2 dtg rasa agak janggal sebab permpuan xramai. lelaki ramai sgt2..3kali jumlah perempuan kot. tapi xlama selepas kekakuan merajalela, shinju pon join kelompak kwn2 perempuan ni..shinju kenal sumenye cuma ye la 9 thn xjmpe, tu yg kekok ckit nk bersembang. tapi da lama2 ok je..mcm2 la kisah2 lama disngkap kembali..dan tgh2 sibuk bersembang, ada seorg rijal ni dtg kt kitorg..shinju membelakangkan dia, jadi shinju xcuak la sgt..shinju knl dia..dulu pnah sekelas waktu darjah 3 klau xsilap.tp shinju xlyn dia sgt. bila kwn kenalkn, shinju pndg sekilas je..dgn sume rijal kat situ pn shinju wat camtu. xberani pandang lama2. malu lerrr....shinju dgr je ada org(rijal) pnggil2 shinju. tp shinju wat xdgr je..bkn sombong ea tp malu lerr...shinju kenal korg sume..shinju igt nama korg2..cuma xberani la lagi nk bertegur. nanti la inshaAllah andai ada kesempatan ketemu lagi pada reunion yg akn dtg, inshaAllah shinju kuatkn diri utk berbual. di kesempatan ini juga shinju mengucapkn sekalung terima kasih kepada penganjur dan rakan2 yg menjayaka reunion ni! semoga persahabatan lebih erat dan kukuh selepas ni! xla dinamakan satu keberjayaan reunion itu andai ianya berakhir dgn pertelingkahan dan menjauhkan hubungan sesama kawan...ok kawan?! maaf dipinta andai ada yg terasa hati dgn perlakuan dan perkataan yg shinju tuturkan..sekian..

 ni la bookmark yg shinju bagi kat dorg...tapi original bkn camni...top secret tu yg di highlight kan..

Followers