Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan da sampai!!!

bismillahirramanirrahim


Nukilan ramadhan yang pertama untuk kali ini. Saya tulis di bengkel tempat praktikal 3hari lepas. Sementara takde keje lagi bosan tahap tenggiling nak tergolek.. buat2 la macam busy giler menulis kat depan equipment. terimalah nukilan hati utk ramadhan kali ini.

MONTH OF MAGHFIRAH, TARBIYYAH, TADHIYYAH
Imanan wahtisaban – dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah
Mencari pasangan hidup yang dapat memimpin kita ke syurga?
(permulaan kata ini dicetus oleh seorang sahabat saya yang bakal dipinang oleh senior saya)
Sudahkah kita mengenali syurga? Mencintai syurga?

Masih tak layak, masih tak mampu untuk mencintai..
Nak cintakan Allah, cintakan syurga, sikit punya payah!
Sangat perlu mujahadah!

Cintai dia kerana cintakan Dia.
Macam mana hati kita mahu mencintai dia kalau Dia pun kita tak kenal?
Masih kita terbata-bata menyusun nota cinta buat diriNya.
Banyak lagi kena belajar. Banyak lagi kena lawan.
Bicaralah dengan hatimu saat ia benar2 bersedia…

Apa dah jadi dengan diri ini??!!
Hilang himmah. Hilang ghairah.
Pada dakwah, pada tarbiyyah, pada halaqah…
Apa dah jadi dengan panji dakwah yang kau bermatian pertahankan selama ini?
Akukah murabbiyah sukses? Ataukah…
Akukah golongan yang tercicir?? T___T

Hulurkan aku simpulan mati itu.
Jangan leraikan simpulannya
Rentap tangan ini
Jangan biarkan aku menjunam ke lurang debu
Tarik diriku agarku dapat berdiri kembali bersama sama dengan kamu-kamu.
Tak kuat bersendirian
Jenuh. Tafakur. Tajarrud.

Monday, July 23, 2012

Persiapan Bakal Perdana Menteri!

bismillahirramanirrahim

"kita nak siapkan bile projek ni?" mimi membelek-belek nota kuliah Project Management nya.


“Aduh serabut betul la. Dari awal sem sampai sekarang tak tenang2 hidup aku. Busy semedang!” Shila mengomel

“2 Minggu lagi da final exam. Nak kena hantar final proposal PSM jugak. So, kena siapkan minggu ni jugak.” Syahidah mengusul.

“setuju.! Kita siapkan minggu ni. Kalau boleh kita start la hari ni. Ni baru hari selasa. Ada 3 hari lagi.” Mimi melipat sila diatas katil shila.
“tak boleh mimi. Leceh la macam tu. Kalau boleh kita siapkan benda ni sehari je. Kita spent sehari suntuk utk siapkan.” Fatimah menghulur cloud 9
“mimi takut tak sempat la emma..” Cloud9 bertukar tangan.

“boleh mimi. Kitorang dah penah buat. Tapi memang perlu kerjasama semua orangla. Semua org kena free kan diri satu hari utk projek ni.” Syahidah menokok.

“siapa lagi se grup ngan kita ni?” shila mengeluarkan kertas A4

“jun dengan una.” Fatimah menyahut

“ok, kita mula buat sekarang.” Shila terus menuliskan sesuatu pada kertas A4

“What? Eh, buku mimi ada kat kolej la. Datang sini sehelai sepinggang je.”

“kita try la buat petang ni. Sape tau bole habes..”

Bertungkus lumusla mereka menyiapkan projek green global imaginasi dengan dana sebanyak RM 50,000. Gantt Chart, AON, budgeting, declaration, dan semua element dalam report disiapkan dengan begitu tekun. Hanya beberapa kali terdengar suara mereka berlima berselisih pendapat dan bergelak ketawa. Tepat jam 7.30pm semuanya selesai! Sungguh mengagumkan! Hanya lebih kurang 3jam mereka menyiapkan repot itu. Usai menyiapkan report:

“eh korang nanti tolong transfer part korang dalam laptop aku. Nanti aku compile dan print.” Terkocoh kocoh shila menyarung stoking.

“ko ni kabut ayam nak ke mana?” Fatimah separuh menjerit

“ada meeting PC ni. Kena buat correction utk case study yg lepas.” Shila mencapai beg sandangnya dan terus menyarung sandal.

“ok take care.” Serentak mereka berempat.

“pergh busy she.. aku pun ada meeting PC jugak pasni. Tapi lepas isyak la..” Fatimah menyoroti langkah shila.

“malam ni lepas isyak jadi ke emma? Aduh la….” Syahidah mengeluh

“eh, lupe pulak ko satu grup ngan aku. Ye la ngek. Malam ni lepas isyak. Sape pulak kate cancel? Pukl 10 jangan lupe. Jangan eksaited  sangat nak turun awal.” Fatimah meluku kepala syahidah. Begitulah mereka. Agak kasar gurauannya.

Mimi mencari kunci keretanya seusai solat maghrib dan tilawah al quran. Puas digeledah seisi bilik shila. “Tanya syidah la. Mesti dia sorokkan” mimi bermonolog sendiri.

Tok tok tok

“syidah nampak t…” tak sempat mimi mengahbiskan ayatnya kaku tiba2 bibirnya tatkala melihat Fatimah dan syahidah yang sedang melepak diatas katil yang sama.
*********************************************




“mimi, ko dah siap ke assignment separation?”


“dah. Lepas balik discussion PM kita semalam la mimi buat. Syidah tak siap ke?”

“tak. Baru buat satu soalan je.”

“hahah..tu la tgk top roof lagi!”

3 malam seblumnya:

“weh korang…!”

“eh mimi. Tak balik lagi rupanya?”

“mimi cari kunci kete. Korang tgk cite ape ni?”

“The top roof. Bagus ni mimi. Cite motivasi”

"motivasi macam mana?" mimi melabuhkan punggung disebelah mereka

"motivasi supaya kita kena sentiasa tabah mengharungi ujian dalam life sebagai student. Jangan cepat mengalah. Dan adatla dalam kehidupan tu pasti ada manusia yang iri dengan kejayaan kita. so, kita kena sentiasa berbaik dengan orang. Kongsi kegembiraan dan kesenangan dengan orang. " Lancar syahidah menuturkan.

"oh ye ea? Uhm baguslah.. Tak sangka dalam sibuk2 kita pun sempat juga nak laungkan masa tgk movie..heeee.. nampak kunci kete mimi tak?"

"ala mimi pandai2 la ... Janji semua keje siap. Kunci mimi dalam pencil box emma.. tadi masukkan kat dalam tu..saje..." tak semena mena satu cubitan hinggap ke peha syahidah.

"ko ni syidah suka pedajal aku kan.. mim aku rasa aku ni jahat gile la skang... Mi, sebenarnya boleh tak tengok movie ni?" fatimah menghulurkan kunci dari kotak penselnya,.

"la tadi kate cerita motivasi.. Apapun pada mimi, Allah lebih mengetahui setiap isi hati. Allah lagi dekat dgn hati kita daripada urat leher kita. Apa yg kita lintaskan, secepat kilat Allah mengetahuinya. Tengok cite tu sebab elemen motivasi atau nak tengok hero dia yang cute? Mimi x nak jawapan. Korang jawab sendiri dalam hati. OK la mimi nak balik. Pinjam quran emma jap." Quran hijau dicapai lalu bertukar tangan.

"nah. Hadiah untuk korang. Allah sayang korang. Assalamualaikum" kaki dihayun keluar dari ruang itu.

 Sesungguhnya pada hari itu, penglihatan, pendengaran dan hati nurani akan diminta pertanggujawaban atas apa yang ia kerjakan.

"Syidah, ko takut tak?" fatimah menutup al quran

"Takut! tutup la weh.." tetikus di larikan diatas tetingkap

"da habes pon." Mereka bingkas dan bersiap untuk ke discussion




Wednesday, July 18, 2012

Wonderpets pon banyak jugak pengajarannya

bismillahirramanirrahim

Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh murobiyah saya setelah dia sendiri diceritakan oleh bosnya di tempat dia bekerja. Tapi saya nak modified sedikit cerita ini. Walaubagaimanapun, mutu pengajarannya saya kekalkan. Hee..

Ian: Siti, ini ada file baru untuk you tolong uruskan macam biasa. Buat quotation request ok.

Siti: Ok. Ini je?

Ian: satu lagi, ada dua equipment dekat bawah yang sedang dalam fabrication. SE 404 dan SE 403-A. Dua-dua tu you tolong check progress and run ok? Saya ada projek yg besar nak focus.

Siti: ok. Ni untuk file project SE665 dengan SE 222 sumenya da setel. Tinggal tunggu PO je.

Ian: ok takpe tu. Yang penting semua dah order.

Siti: kak hana, ni PO request.

Kak hana: banyaknya siti.

Siti: 2 projek punya order kak

Ian: Siti, kenapa banyak sangat accessories you beli?

Siti: I ikut je apa yang ada dalam PO lepas.

Ian: banyak aksesori ni kita dah ada dalam stok. Supplier yang you cari ni pun mahal. You tengok kita dah banyak rugi la siti..

Siti: siapa suruh you tak check dulu sebelum sign PO

Ian: keje I sign PO je. Kenapa you tak Tanya I dulu sebelum raise PO?

Siti: I buat keje I je. Dapatkan quotation, raised PO.

Heee.. pengajarannya: dalam satu team, kita perlu ada yang namanya teamwork. Semangat berkumpulan. Harus ambil tahu urusan satu sama lain. Jangan ikut hadis melayu, -jangan jaga tepi kain orang- hakikatnya kita memang kena jaga tepi kain saudara kita sendiri. Apatah lagi saudara seakidah. Ibarat satu tubuh. Tak boleh nak makan nasi kalau takde tangan, atau takde mata, atau takde lidah. Semua anggota badan kita saling bekrja dan merespon antara satu sama lain dalam menjalankan satu aktiviti. Contohnya makan nasi tadi. Ambil tahu atau bertanyalah kepada teammates anda sejauh mana progress dan permasalahannya sepertimana yang patut dilakukan oleh Ian terhadap Siti. Siti juga haruslah proaktif bertanya kepada Ian setiap lanjutan prosedur yang akan diambilnya. Akibatnya jika tiada kerjasama dan jaga tepi kain orang ini adalah, KERUGIAN yang maha tak best! Rugi masa, rugi duet rugi tenaga. So, do care about your neighbour. Tutupkan kain dia kalau terselak. Beritahu dia jika kainnya koyak. Hadiahkan kain baru jika kainnya da lusuh. 

Tuesday, July 17, 2012

Mengarat waktu malam

bismillahirramanirrahim

Di bawah lindungan kaabah. Baru sahaja lepas menyelesaikannya. Sebuah lagi pengajaran tentang cinta. Tapi kelihatannya cinta itu begitu tragis, menyayat sanubari, dipenuhi fitnah. Namun saya sedar cinta punya kuasa yang sangat luar biasa pada manusia. Dengan cinta, manusia menjadi kuat, dengan cinta langkahan kaki terus di orak menongkah tsunami dunia yang sarat dengan fitnah. Bagaimana tidak, kata hamid:

 "untuk melewati badai, kau harus terus berjalan. Bukan berhenti. Lewati badai itu. Dan utk kamu berjalan, ada dua hal yang perlu kau bawa. keimanan dan cinta"

Cinta pada Allah. Cinta pada Rasulullah. Jangan salah gunakan cinta. Cinta itu adalah anugerah terbesar. Manusia bisa teguh dengan ujian apapun asal saja ada bekal cinta di permusafirannya.

"Apa yang saya rasakan untuk zainab terlalubesar daripada apa yang saya rasakan saat saya difitnah dan diusir dari kampung ini."

Cinta itu mampu menjadi petunjuk ke jalan yg benar. Namun kalau di salahtujukan arahnya, bisa menjebak seseorang ke lembah dosa dek penangan kehebatannya dalam mempengaruhi jiwa manusia. Kerana manusia hidup dengan jiwanya.

"di saat kau sendiri, Ingatlah ALLAH itu lebih daripada cukup!"

"Emas takkan sama dengan loyang, sutera takkan sebangsa dengan benang"

saya sedang belajar tentang hakikat makhluk Allah bernama cinta. Dalam sungguh pengertiannya. Terlalu jauh kembaranya. Moga nanti sampai ke Muara Cinta Sang Pencipta

"Ya Ilahi, tiada tali akanku berpaut dan bergantung selain talimu. Tiada pintu lain akan ku ketuk selain pintuMu."

Followers