Saturday, April 6, 2013

Pilihan di tangan anda!

bismillahirramanirrahim

Yang pertama sekali, post ini tiada kaitan pun dengan pilihanraya yang bakal menjelang tak lama lagi. Jadi, baca sampai abes dulu eh! :)

Post kali ni bukan cerpen. Just bebelan saya menerusi pemerhatian saya pada persoalan yang dilontarkan tentang kehidupan ni. Eceh~ ok. Sebenarnya nak cerita tentang HAKIKAT PERKAHWINAN. Tak la berfalsafah pun. if ada pun hanya sekadar my personal humble thoughts je. At the first place, saya mmg bukan org yang paling layak untuk bicara topik ni since saya pun belum memasuki fasa pernikahan lagi. Walau apa pun saya suka nak share apa yang saya belajar tentang hakikat perkahwinan ni melalui kehidupan berumahtangga orang lain. ok, enough la intro. Jom masuk point!



Ada satu soalan yang saya simpan jawapan peribadi saya ketika halaqah di UTM minggu lepas. Malam tu, mereka berbincang topik mahabbatullah. Kemudian ada satu soalan yang bunyinya lebih kurang, 

"kalau ikutkan ayat 26 surah an-nur ni, memang perempuan yang baik untuk lelaki yg baik n vice versa. Tapi camane kalau ada satu pasangan ni isteri dia solehah sangat! tapi suami dia tak soleh pun. Solat pun tak penuh, suka pukul isteri. camane tu?"



jawapan yang diberi oleh murabiyah mereka adalah:

"kalau kita tengok ayat 10-11 surah at-tahrim ni, pun dah menunjukkan kat kita wajar je situasi tu berlaku sebab once ago para anbiya dan solihin pun pernah hadapi situasi tu. Nabi nuh yang soleh dikurniakan isteri yang tak mau taat pada Allah. Asiah yang taat pada Allah dikurniakan dengan manusia yang paling ingkar pada Allah. So, kita nampak kat sini sebenarnya pasangan tu adalah 1 ujian daripada Allah utk kita. Which means that kita mampu dan kuat untuk hadapi ujian tu."

saya nak tambah jawapan peribadi saya. Tetapi memandangkan malam dah sangatlah larut, maka saya pendamkan sahaja. takut ada yang tak pergi kelas esok paginya. huhu.. ok, ini jawapan yang saya pendam tu,



betul je apa yang murabiyah mereka cakap tu. Cuma kita kena sedar satu hakikat juga bahawa tadbir tu ditangan manusia dan takdir tu mutlak milik Allah. Maknanya, merancang tu antara effort yang boleh kita buat bagi mengelak berlaku persoalan yang diaju tersebut. Sebelum bersetuju untuk menikah, sepatutnya selidiklah latar belakang bakal pasangan kita tu. Kalau sebelum menikah memang dah tahu dia jenis x solat 5 waktu, jadi atas alasan apa pinangannya kita terima? Rasulullah kan pesan supaya kita menikahi seseorang tu kerana agama yang ada pada dirinya. If dia baru mula nak belajar solat atau nak mula dekat dengan agama sewaktu dia mula berfikir untuk menamatkan zaman bujangnya, jadi berilah masa yang lebih panjang untuk dia mempelajari, memahami dan membuktikan kefahamannya melalui amal dakwah. Jangan dan2 tu juga kita terima dengan alasan dia dah mula berubah atau mahu berubah. Please my dear muslimah, kebanyakan lelaki saya jumpa memang masa awal2 kahwin tu sibuk nak cari buku agama, quran etc sebab dia mula rasa dia bertanggungjawab. Tapi benda tu tak tahan lama la.. sebulan dua je. Pastu jadi kacang hantu balik.

Sebab tu saya cakap, beri mereka masa yang lebih panjang untuk memahami agama dan paling pnting kita kena pastikan mereka MEMBUKTIKAN  kefahaman mereka melalui amal dakwah. Saya yakin, insan yang mula berdakwah pasti Allah dan rasulullah sudah mendapat tempat yang utama dalam hatinya. Kalau dia dah mula mencintai dan menaati Allah, tak mungkin dia akan culas dan cuai pada tanggungjawabnya. So, apa yang harus anda lakukan adalah, jangan berat untuk mengatakan TIDAK pada lamaran manusia2 yang solat pun  x settle lagi ni. Pernikahan ni bukan sehari dua tau. Sekuat mana anda mmpu bertahan untuk hidup serumah dengan orang yang tak solat 5 waktu? 



Sekali lagi saya emphasize, tadbir ditangan kita, takdir ditangan Allah.

Tapi pasti akan timbul persoalan ni juga, 

Sebelum nikah, ok je. Solat semua settle. siap ikut dakwah lagi. Tapi takdir Allah mendahului, Allah beri ujian sikit maka tergelincirlah pasangan kita ni daripada jalan dakwah. Sebelum nikah militansi dakwahnya jelas! tapi selepas nikah makin slow dan akhirnya meninggalkan dakwah. Pastu mulalah berlaku konflik dalam rumahtangga mengenai hak masing2. Ataupun tiba2 seleps nikah muncul satu tabiat buruk yang baru. Tiba2 jadi womanizer ke atau tiba2 jadi kaki fishing sampai abaikan isteri. So, camane?

Jawapan saya, secara peribadinya:

1- kita dah berusaha at the first place untuk kenal dia. dan kita dapati dia mmg seorg yg soleh before kita menikah dgn dia

2- kita dah istikharah dan minta Allah beri yang terbaik untuk kita dan mudahkan bahtera rumah tangga kita. Cakap pasal istikharah, saya nak gtau ni, anda yg beristikharah utk apa2 pemilihan, tolong kosongkan hati anda ya. anda tak boleh condong ke mana2 pilihan sebelum istikharah. 

3- barulah jawapan saya sama macam murabiyah halaqah tadi tu. Allah beri ujian tu sebab Allah tahu kita kuat dan mampu. Dan Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik dari kesabaran yang kita lakukan. (16:96)

4- Perangai baru yang tiba2 muncul slepas pernikahan ni adalah perkara yang kita tak boleh control. Analoginya begini, anda pernah tengok macam mana lifestyle seorang pemain ragbi? Mereka sangatlah menjaga kesihatan dan ke"tough"an mereka dengan latihan2 dan penjagaan makanan yang rapi. But yet, mereka ni dijangkiti demam tak? Tipulah kalau kata x. Saya pernah mengambil tahu hal ehwal ragbi player kat sekolah saya dulu. (semua org pun mmg suka "concern" dengan atlet ragbi masa sekolah dulu) Diorang demam je. Apakah mereka tak amalkan gaya hidup sihat? kalau ikutkan latihan hampir setiap petang, makan pun jaga sampai boleh jadi tough lagi muscular camtu. Hal ini demikian kerana ada faktor yang mereka tak boleh kawal, iaitu faktor cuaca. Macam tu juga dgn kes yg kita bincang ni. Tabiat baru ni perkara yg kita tak boleh kawal. Tapi at least, kita dah buat effort yang betul pada awal fasa perkahwinan tu. 

ok la. tu sahaja. yang baik teladani, yang buruk, sedarkan saya supaya kita sama2 boleh pelajari dan baiki diri. terima kasih kepada pembaca setia saya. maaflah saya jarang dapat update blog saya since menjadi pelajar tahun akhir ni banyak kesibukannya. sekarang midsem break da mula!




Followers