Friday, May 20, 2011

miliki dgn memberi

bismillahirramanirrahim

setakat sekarang ini shinju dah hampir 2mggu bercuti. cuti semester yg sgt panjang. jujur, shinju tak berapa suka cuti semester yg panjang. sebulan ok lagi. 4 bulan..hmmm.. hasrat hati nak kerja tapi bila memikirkan tribulasi2 yg akan dialami jika kerja makan gaji membuatkan shinju hold dulu hasrat utk bekerja.


Miliki dgn memberi. segala yg ada pada kita kesemuanya milik Allah. jika kita punya wang biasiswa yg begitu byk, maka ketahuilah ia bukan milik mutlak kita. tapi percaya atau tidak wang itu akan menjadi milik kita apabila kita membelanjakannya ke jalan yg Allah redho. sesuatu ilmu yg kita pelajari tidak menjadi milik mutlak kita selagi ilmu itu tidak diajarkan kepada org lain. rezeki yg kita nikmati saban hari tidak menjadi milik mutlak kita sehingga ia kita hidangkan kepada org lain.

mengapa dengan memberi??


mengapa dengan memberi , barulah sesuatu itu menjadi milik mutlak kita? ok mari berpindah dari alam yg binary ini ke alam seterusnya, yg infinity iaitu akhirat. kelak bila kita kembali menghadap Allah Rabbul 'izzati, kita tak bawa bersama kereta,, wang tunai, anak pinak, rumah yg besar, ijazah bergulung2, PhD atau apa2 sahaja kesenangan dunia lainnya. yg kita bawa adalah ilmu, iman dan amal. ilmu yg bermanfaat, iamn yg dah kita semai ketika didunia serta amal2 soleh kita termasuk belajar, bekerja, berumahtangga, mendidik anak,  dah aktiviti lainnya. tapi, harus diingat semua org melakukan apa yg shinju tulis diatas tapi, niat setiap org tidak sama. "sesungguhnya diterima sesuatu amal seseorg itu berdasarkan niatnya" [hadis] jadi jika niat kita belajar, bekerja, menikah, dan lain2 semata2 kerana dunia, iaitu utk mengejar cita2, utk dapat gaji besar, utk dapat anak yg cantik dan hensem tanpa sedikit pun niat utk mendapatkan keredhaan Allah, jadi... kita dapatlah apa yg kita niatkan itu, iaitu kesenagan dunia semata2 dan di akhirat kita menjadi org yg rugi.

" barangsiapa mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempruna) dan mereka di dunia tidak akan di rugikan. itulah org2 yg tidak memperoleh (sesuatu) diakhirat, kecuali neraka. dan sia-sialah disana apa yg mereka usahakan(di dunia)dan terhapuslah apa yg mereka kerjakan" [11:15-16]

rugikah??

jgnlah kita terlalu berkira utk membelanjakan harta kita di jalan Allah, membantu perjuangan dakwah, sentiasa berinfaq baik dalam masa lapang mahupun sempit, jgn kikir dlm berdakwah. kalau ada kereta, gunakanlah semaksimanya utk dakwah. hantar mad'u, beri pinjam ikhwah akhwat utk pergi follow up dan lain2. kalau biasiswa atau PTPTiPU satu sem beribu dapat,  infaqlah 10% dari jumlah itu utk membantu perkembangan dakwah. "tidak berkurang harta seseorg (menjadi miskin) kerana shodaqoh" [hadis] bahkan shodaqoh menjadikan harta kita lebih banyak, lebih barakah, dan lebih bernilai! duit yg kita spent utk beli topup, makan, tambang cab, beli ink printer, shower gel belum tentu mampu menyumbang pahala utk setiap sen harganya kerana boleh jadi sewaktu kita beli, kita tak terlintas pun utk meniatkan segala keperluan itu sbg sarana ibadah kepada Allah. tapi kalau kita berinfaq, menolong ikhwah akhwat yg dlm kesusahan, memberi dana kepada tabung dakwah, maka itukan lebih kita buat dlm keadaan conscious, iaitu kerana mengharap redho allah. [sekadar pandangan peribadi]

kesimpulan

harta kita akan menjadi milik kita apabila ia bertukar menjadi pahala. Duit gaji utk maslahat dakwah. Study utk memperkukuh dakwah, pernikahan utk melajukan lagi dan menetapkan hati kita ke muara redho Allah, anak2 yg dididik utk menjadi mujahid2 dan mujahidah2 mata2 rantai pewaris dakwah. dan lain2.. wallahua'lam

Monday, May 16, 2011

bahagia itu satu pilihan

bismillahirramanirrahim


 Apa itu satu takdir yg tetap? Antara perkara yg tetap adalah mati. Sesuatu yg di luar kawalan kita. Ia adalah satu interaksi alam. Mati adalah satu ketetapan yg semua manusia perlu melaluinya. Mungkin kita memandu dah cukup berhati2 tetapi org langgar kita, lalu kita mati. Mungkin kita duduk elok di rumah, lalu datang ribut, rumah pun roboh, lalu kita mati. Jadi, ini adalah satu takdir yg tetap. Semua pasti mati. Begitu juga dgn jodoh. Allah menyuruh kita berusaha tetapi Allah juga mempunyai ketetapanNya tersendiri kerana jodoh bukan hak mutlak kita. Mungkin kita berdoa utk menikah dgn si fulan tapi tak dapat. Kita pun mengeluh pada Allah, kenapa tak dapat si fulan tersebut. Padahal, mungkin dlm pada masa yg sama ada 7 org berdoa  nak menikah dgn si fulan tu! Nah! Ini dia disiplin alam. Kita terikat dengan system alam yg Allah ciptakan. Allah x beri si fulan tu utk kita tapi oleh kerana kita berdoa kepada Dia, lalu Allah pun mengurniakan jodoh yg jauh lebih baik dari itu! Kerana itu, berdoalah kepada Dia, dan bersangka baiklah dengan Allah. Jika kita dah berdoa kepada Dia dgn iringan usaha optimum, dan kemudian apa yg kita harapkan tidak seperti apa yg Allah natijahkan, maka bersabarlah. Allah nk beri yg jauh lebih baik dari yg kita harapkan. Mungkin bukan sekarang, tapi kelak bila kita benar2 memerlukan. Indah bukan! Bersangka baiklah! Allah bersama persangkaan hamba2Nya.  Berbahagialah dengan apa yg kita miliki. Apa yg ada itulah harapan kita. Tapi tak salah utk kita berharap pada yg belum ada, Cuma jangan dilupakan apa yg tlh di kurnia pada kita.
-hitung syukurmu..mungkin kufur itu lebih mendominasi hidup-

Wednesday, May 11, 2011

diari-2

bismillahirramanirrahim

"salam ukhti, hujung minggu ni anti ada apa2 hal tak?"

"inshaAllah takde. 28april tu last paper test 2 ana. kenapa ukht?"

"owh, kalau camtu ana nak request anti mengisi slot muhasabah kat U ana ni boleh ya?"

"hmmm...tapi ana lagi sibuk ni ukht..paper berturut-turut. ana takut x sempat nak prepare."

"x pe ukht, anti kan da expert buat benda ni..hehe..inshaAllah ana yakin anti mampu."

"ana tanya murabbiyah ana dulu ya..takut dia ada planning lain pula utk ana weekend ni."

"owh, sila2..nanti roger ana"

"k inshaAllah..doakan ana..ada 4 paper minggu ni.."

"inshaAllah. moga Allah permudahkan."
____________________________________

"salam. ukht, inshaAllah dalam jam 6 nanti ana bertolak ke U anti. ada akhwat follow bersama ana ni.."

"ok noted! drive hati2 ya...sayang soleh!"

"weh! soleh ana punya ea..ape sayang2??!"

"ye la shinju..jaga soleh elok2"

" :)"
______________________________________

kenapa dia x contact kita lagi ni?! da la salah tunjuk jalan! entah mana-mana kita masuk ni. penatlah masuk sana sini x jumpe2. kita berhenti solat jap.

sabar ukht..kejap lagi jumpa la tu. jom kita solat dulu. moga Allah mudahkan urusan

________________________________________
ya ALLAH!! ni kenapa dari tadi asek keluar masuk tol je??!!! dah la..ana surrender la..kita pegi rumah akak ana je la.

"sesungguhnya, Allah membeli dari org2 beriman baik diri mereka mahupun harta mereka dengan memberikannya syurga. berjihadlah dengan harta dan jiwa...jiwa dan emosimu, emosi dan sabarmu, sabar dan cekalmu, cekal dan kelurusan niatmu"

-soleh berhenti di suatu sudut dihujung jalan. berhadapan dengan pondok bas. usai sahaja kata2 itu ditamatkan, surah at-taubah dipasang. deraian air mata menjadi peneman setia. diam tiada bicara. hanya surah at-taubah dan esakan berselang  mengisi ruang udara. malam semakin pekat. indahnya kenangan pada malam itu. berjaulah bersama akhwat tersayang. musibah mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin. kini aku mengerti kekuranganku, kelebihanmu, dan kini engkau memahami kebutuhanku dan aku sebagai pelengkapmu. alhamdulillah..segalanya tarbiyyah dari Allah. duhai akhwatku sayang, dikau pinjaman Allah yang terbaik dan terindah buatku... uhibbukifillah abadan abada inshaAllah..-
sayang awakk!!!

Followers