Friday, June 29, 2012

Sorila terpakse jujur

bismillahirramanirrahim

Jujur, sudah 2 minggu praktikal, hati saya tak rasa tenang. Mungkin hidup tak berkat bak kata ustaz pahrol.  Rasa jauh dari Allah. Ketenangan itu satu kembara bukan destinasi. Jadi jika masih tak mendapatkannya, teruskan mengembara mencari hingga akhirnya kita bertemu dengannya. Allah redho tak pada aku kalau aku buat macam ni? Membelakangkan hal ehwal dakwah. Sakit jiwa rasanya macam ni. Saya nak halaqah. Nak menghalaqahkan orang lain. Saya tak suka hidup yang jauh dari pengarahan dakwah macam ni, Baru saya rasa macam mana yang di alami kebanyakan akhwat yang mendapat tentangan sedikit daripada ibubapa utk ke program2 tarbiyyah. Selama ni saya duduk dengan parents saya, mereka ok je. Jarang bahkan mungkin tak pernah sama sekali mereka melarang saya dari berdaurah sekalipun sampai ke penang dan bawa adik sekali! Mereka memang sangat terbaik in the whole universe!

Rasulullah saat di datangi oleh orang badwi , orang pedalaman lalu ditanyakan oleh badwi tersebut kepada baginda Rasulullah tentang kewajiban yang perlu dilaksanakan apabila dia memeluk islam, Lantas Rasulullah yang mulia menjawab, Jangan menipu. simple. Tapi bila bersama dengan saidina umar dan para sahabat lainnya, Rasulullah menyatakan bahawa kewajiban mereka adalah untuk memenangkan agama ini walau hingga ke titisan darah terakhir atau hidup mulia. Nah! Ini buka double standard, tapi ini namanya seni dalam berdakwah. Seni dalam memberi taklifan. Kepakaran dalam menganalisa mad'u. Sebab tu, nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian, bersyukurlah bila menerima pengarahan dakwah kerana itu tandanya kita sedang menuju menjadi seperti Umar. Anda pilihlah nak jadi orang badwi (nak bersenang2 dlm dakwah) atau nak jadi Umar ( menjadi pembela agama yang tega!) kalau dah 3tahun ditarbiyah tapi masih tak mahu menghalaqahkan, tak mahu turun daurah, tak mahu menghandle program tak mahu buat itu buat ini utk dakwah, meh la kita isolate diri sehari, one to one dengan hati kita, muhasabah apa yang kita nak achieve dalam kehidupan ni. Apa agaknya amal kita yang mampu kita baggakan kelak di hadapan Allah pada yaumul hisab? Sampai bila nak jadi badwi je? Tak nak ke jadi seperti Umar? Agak kalau ada anak, anda suka tak anak anda berperangai seperti yang anda lakukan sekarang? Anda suka mereka membelakangkan Allah?

Perlu bertegas, Jangan manjakan diri. JANGAN JADI MUNAFIK YG SUKA BERALASAN. Cipta la 1001 jalan untuk setiap masalah! Saya nak berdaurah hujung minggu ni. Jom!

Thursday, June 21, 2012

reflection..!

bismillahirramanirrahim

Dalam siri2 halaqah mingguan kita pelbagai nilai2 tarbiyyah disemai oleh murabbi/ah satu persatu, bertahap tahap. Ada sesetengah akhwat cakap, halaqah itu teori, manakala amalinya adalah semasa daurah dan program2 tarbiyyah lainnya yang kebiasaannya akan mencuri waktu leisure hujung minggu kita untuk struggle buat nota, assignments, tido, basuh baju, etc. Ayat tipikal yang digunakan oleh para murabbi/ah untuk 'ilaj atau menekankan tentang perkara ini;

bila datang arahan untuk berdaurah pada hujung minggu, kita akan pilih mana? daurah atau hal2 lain? semasa daurah ni la semua kefahaman yang kita dapatkan semasa halaqah mingguan kita akan diuji. 

serentak dengan itu, dalil tipikal yang disinonimkan dengan keadaan seperti ini adalah;

(29:2-3) - kalau kata nak jadi org yg beriman, siapkan diri untuk diuji sebab org beriman allah pasti akan uji keimanannya

(14:34) -  kita nak apa lagi? Allah da bagi semua yang kita mintak kat Dia. Kita ni apesal tetibe nak kedekut pulak dgn Allah?!

 (47:38) - Kalau kita kedekut, ekceli kita kedekut dengan diri kita sendiri. Apapun, kita kan DIAJAK untuk berinfaq. If x nak xpe. Allah sikit pun x rugi. Allah maha Kaya kot! so, Allah akan GANTIKAN kita dengan generasi lain yang lebih ikhlas dan lebih siap utk berkorban, dan pastinya takkan DERHAKA seperti kita yang kedekut ni. Yang perasan segala yg kita ada sekarang ni milik sendiri. BUKAN Allah yg rugi, tapi K.I.T.A. Rugi sebab syurga tu utk org beriman dan BERBUAT kebaikan. bukan sekadar beriman di atas SEJADAH dan dihujung ratiban TASBIH. Tak terhenti di situ.

Dan sebenarnya, menurut perspektif saya yang hina di sisi Allah ini, daurah itu pun merupakan teori juga. untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas. Praktikal yang sebenar adalah apabila anda berada dalam masyarakat. Bukan masyarakat kampus, tapi masyarakat di luar kampus. Sepanjang baru 4hari membuat latihan industri, saya benar2 rasa betapa hebatnya ujian berdepan dengan masyarakat umum. Dari cleaner ke engineer sampai lah ke directors. sangat menguji. saat berdepan dengan situasi ni, mula la terngiang2 taujih akhwat, taujih ustaz2. Taujih yang perlu diimplement dari naik kereta kat rumah sampai turun kereta kat ofis. 

1. Sabar
*antunna tau tak, sabar ni ganjarannya besar. Dalam buku Bila Allah Menguji kita ni, dia cakap kalau solat, puasa, sedekah, ganjarannya dilipat ganda ke beberapa gandaan yang ditetapkan. 27 kali ganda, 7kali ganda, 100kali ganda, tapi kalau sabar, ganjarannya tak terbatas. Infinity. besar sangat. tak bertepian.

terngiang bedahbuku halaqahmate ketika liqo halaqah semasa final exam. Bila terperangkap dalam kesesakan trafik untuk ke tempat kerja atau balik dari kerja, kesabaran memang betul2 diuji. Dengan saya yang tak berapa mahir jalan dari puncak alam ke puchong, memang tensi kadang2. Rasa nak marah dengan sikap BERANI pemandu2 dan penunggang di selangor ni. Dan paling bengkek sekali dengan lambakan tol di kawasan shah alam dan jalan2 lain di sekitar selangor. Tapi so far shah alam la yg paling menyakitkan hati jika saya tersesat di sana. Aduh sana sini tol dia! Macam ape! Macam air kad touch n go saya berkurang! Baru 4hari da tinggal rm30++ je.. Apapun, ha! inilah nama dia praktikal! amali terhadap teori2 dlm halaqah. Kata nak masuk syurga, nak jumpa rasulullah, agak2 kalau jadi org yg baran, suka marah2, layak tak nak berdiri bersama-sama rasulullah yang penyabar, santun, lembut hati..kat syurga nanti? Helo! Rasulullah lagi byk masalah ok! bukan sekadar masalah traffic jammed je, masalah negara, masalah akidah umatnya. Lagi kritikal masalah baginda daripada sekadar nak design reactor, fix kan apparatus, ke ape ke yg kita buat kat ofis tu. Tapi rasulullah adalah org yg paling tak boleh sahabat tandingi kekerapan senyumannya. Sebab rasulullah adalah yg pertama tersenyum apabila bertemu dgn sahabat sebelum sempat sahabat tersenyum. stres pun relax je.chill je. Kalau cintakan Allah, jom ikut rasulullah! Senyum sokmo!

2. Banyakkan istighfar
* hari tu ana tengok video Dr asri. Tapi ni sanadnya macam lemah la, tapi ada ibroh yg sgt osem utk kita garap. ada seorang tua pembuat roti ni sedang khusyuk uli tepung sambil bibirnya tak lekang kalimah istighfar. sambil uli, tarik, penyek tepung tu dia terus beristighfAr. Imam hanbali yang kebetulan sedang mencari tempat utk istirahat di situ mendekati beliau dan bertanya, sejak bila anda mula melakukan hal ini(istighfar)? lalu dijawab, sejak beberapa tahun yg lalu. Lalu imam bertanya, apa yg membuatkan anda kekal melakukannya. lalu dijawab, sebab setiap kali aku membacanya hati aku terasa lapang dan ajaibnya istighfar ini, walaupun aku tak berdoa utk mendapatkan sesuatu yang terdetik dihatiku, Allah terus memakbulkannya. 

Tersentak jiwa saya! ada dikongsikan juga sebuah hadis dimana istighfar mampu menukar kesusahan menjadi kesenangan. Allahu Robbi... Kita kalau kat kampus memang rajin la istighfar sebab banyak masa free. Sambil drive pergi fakulti pun boleh istighfar. Bila tersesat atau tersangkut dalam trafik jem, istighfar byk2. Sebab mulut ni kalau da start istighfar inshaAllah hati pun akn ikut istighfar juga. mulut ni kalau kita tak sibukkan dia dengan menyebut atau mmbaca perkara2 yg baik, konfem dia akan cakap benda2 buruk. Lagi2 kalau tersesat. Kalau tak byk istighfar, akan jadi celupar. Keluar semua tok nenek carutan jahiliah. Tiba2 jadi kita yg jahiliah waktu drive sorg2. So, kena selalu lawan pemberontakan di hati. Sebabnya, pada saya, waktu macam ni la(drive sorg2) kita betul2 jujur dgn siapa diri sebenar kita. Kadang2 tu istighfar sampai menangis. Sebab kita menahan perasaan marah. Rasa sakit sgt hati bila asek keluar masuk tol. Tapi baiknya Allah, tangisan tu buat kita rasa relieve. Buat kita introspeksi dosa2 kita. Bila kita ditimpa musibah, sebenarnya itu isyarat Allah nak hapuskan dosa2 kita kata ustaz Ebit lew. Dan ini bermakna musibah tu adalah punishment terhadap kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerana malam tadi kita tinggal tahajjud, sebelum tido tak habiskan satu juzuk, maka esoknya Allah hukum kita dengan benda yg paling kita tak suka. Rasa sakit hati kan? Ha, yang pergi tinggalkan mutabaah tu ingat Allah tak sakit hati ke? kata nak tagih cinta Allah. konon2 tengah in love dengan Allah, tapi we failed to please Allah. Kalau bercinta dengan manusia kemain lagi dia! janji ditepati. Coklat berbakul2, bear berkotak2. belanja makan sampai habis duet JPA. tapi bila nak cinta Allah macam ni pengorbanan kita?Tangisilah dosa2 kita. Banyakkan istighfar.

3. Menundukkan pandangan
* akak, macam mana nak tundukkan pandangan kak ea? chinese course saya hensem2 belaka. Aduhai dengan korean look nya, stylo rambutnya.... selalu puji, hensemnya dia... salah tak kak?

cara saya menjawab soalan ni dahsyat sket. Tapi alhamdulillah saya dah temui jawapan yg sangat mendamaikan jiwa disini (klik ini) Penjelasannya sangat mudah dan memuaskan hati. Menahan pandangan. Ya dia hensem, tapi tidak halal anda nak pandangnya berkali2. Uhm, dekat tempat praktikal, superbaiser saya pun Allah takdirkan seperti musykilah mutarabbi saya tu. Chinese batch saya takde la yg good looking. so takde hati nk pandang byk2 kali. Tapi kali ni Allah uji apa yg kita perkatakan. Moga Allah kuatkan keazaman saya utk tidak menjadi hamba yg dimurkai (61:3-4) Tahan pandangan. Jgn pandang utk tujuan suka2. 

4. Persiapkan diri sebagai akhwat sejati sampai mati
*kak.... tak sabarnya nak menikah. Bertambah semangat lepas tengok ikhwah akhwat menikah kat tronoh hari tu.

komen saya, baguslah ada rasa nak menikah dengan ikhwah, tapi pada saya perlu lebih rasional lagi. perlu sabar sikit lagi. Menikah bukan sekadar berkisar perihal nak menjaga hati je, banyak benda lagi. Belum masuk alam bekerja lagi, belum berpijak di dunia realiti lagi. Secara peribadi saya menyatakan prinsip saya (ini pendapat peribadi) seorang akhwat tu perlu masuk ke alam bekerja dulu. Then tengok bagaimana ketaatannya pada perintah dakwah yg juga perintah Allah. Boleh commit dtg halaqah tiap2 minggu ke x, boleh turun follow up ke x, boleh pergi dauroh hujung minggu ke x, boleh turun berdauroh jauh2 ke x.. Mutabaah boleh jaga ke tidak sewaktu bekerja. Baju boleh basuh dan sidai sendiri atau tidak? Kalau tak settle benda ni, agaknya layak dah ke nak menikah? Jodoh yg dtg tu kan sesuai dgn iman di hati. Agak kalau fail semua benda ini, iman kita tip top ke? di tahap minimal atau kritikal? Kalau pasangan kita pun sebakul dengan kita juga imannya, so boleh pergi jauh x baitul du'at yg akan dibina tu? ke akan jadi baitul maksiat?

ok, byk lagi nk share, tapi dah pukul 10, jom tilawah n tido!

Saturday, June 16, 2012

belajar BERCINTA

bismillahirramanirrahim

Waktu on the way balik UTM haritu dengar slot motivasi pagi di radio IKIM. Saya sangat touched dengan pengisian ustaz Ebit Lew. Adik saya pernah berjumpa beliau ketika menghadiri program motivasi Excel Q minds di Marsah, JB. Saya membaca catatan2 adik saya selama berada di program itu. Saya menambah ilmu lagi mengenai mencintai rasulullah. Allahuakbar, benda yg paling byk masa saya spent untuknya tapi yang ruginya sikit pun tak ikut sunnah. Study. Bro Ebit Lew share tentang study ikut gaya rasulullah.

hari ni saya nak share satu slot motivasi pagi, kuunuu mithlana:

http://www.youtube.com/watch?v=AVk9R44DOuE

ini link nya. Sangat terharu dengar. Kalau seorang ayah sanggup membanting tulang, keluar pagi balik malam demi memastikan anak2 terjamin kehidupannya, sanggup berlapar asalkan anak2nya cukup makan. seorang ibu sanggup berjaga malam untuk memastikan anaknya tidur dengan selesa, sanggup keluar bekerja demi menjamin pendidikan anak2. Ketahuilah, rasulullah buat lebih daripada tu. Kalau cinta dan kasih seorang ayah atau ibu, sebesar itu pengorbanannnya, maka ketahuilah, kerana cinta dan kasih rasulullah kepada kitalah, bumi thaif menyaksikan tumpahnya darah baginda, medan uhud menjadi saksi rebahnya tubuh baginda ke bumi dek hempapan batu, mengalir lagi darah baginda yg suci ke bumi dek kerana tercucuk baju besi di pipinya. Allah... Kalau ibu tak tidur kerana nak buatkan susu utk kita, tapi rasulullah tak tidur bahkan tapak tangannya penuh dengan air mata, hanya kerana memikirkan nasib kita. syurga atau neraka. Baginda rela dicaci, disakiti asal saja umatnya takkan menderita kelak dia akhirat nanti. Sekarang saya faham dan sangat bersetuju dengan hadith ni:

tidak beriman seseorang dari kamu hingga aku dicintai melebihi dirinya sendiri, ibu dan ayahnya serta anak2ny.

patutla rasulullah cakap macam tu. Cinta yang rasulullah tuntut tu pun akhirnya akan menguntungkan kita semula. Dan wajar untuk baginda meminta dirinya dicintai lebih dari ibu dan ayah kerana pengorbanan baginda lebih daripada apa yg ibu dan ayah kita buat.

"shinju, esok tolong ayah jet kereta. ayah nak tuka bla bla bla"


"sorry ayah, esok ada hal (halaqah) tengahari. boleh tak kalau ayah buat petang?"


Saya sayang ayah! Tapi, saya tak boleh sayang ayah lebih dari saya sayang dakwah, sunnah terbesar rasulullah. Prioritinya begitu.

Friday, June 15, 2012

tak READY lagi ah..

bismillahirramanirrahim

cerkon lagi. Sejak dua menjak ni terbakar-bakar nk buat cerkon

 fatin: dapat mesej kak mimi?

sailah: mesej yg mana? seingat aku hari ni 5kali aku dapat mesej kak mimi

fatin: hyper la tu!

sailah: btol ape..dia manje2 ngan aku tadi.. tu yg reply2 mesej sampai 5 mesej. 5 je pun

fatin: perrrghhh! tak aci seh!

sailah: tu la ko militan sgt..ko kan tak suke reply2 mesej org.

fatin: fine! cheesedale punye member.

sailah: sedap sekali!

fatin: ko nak pegi tak?

sailah: mestila pegi! kan nak jadi mutarabbi yang disayangi.

fatin: ha! tak ikhlas la tu. nak perhatian manusia. bukan nak redho Allah.

sailah: ketahuilah ukhti, ikhlas itu urusan Allah. Tanggungjawab kita adalah beramal sebanyaknya dan berusaha untuk ikhlas. Ikhlas atau x serah kat Allah.

fatin: ok. ukhtifillah. jazakillah khayron atas teguran. Moh le kite gerak. Da pkul 5.30 ni.

-di bilik fairuz dan sumayyah-

sailah: Assalamualaikum. Perhatian kepada penghuni M25 303 anda dipanggill oleh SBK sekarang!

pintu diketuk dengan kuat tiga kali. inilah keganjilan mereka dalam berukhwah.. Namun tetap osem!

Fairuz: kalau ana tak nak bukak pintu utk tetamu kat luar ni boleh x?

fatin: Astaghfirullah! Nabi ajar kita agar menghormati tetamu. Cintakah kita pada baginda andai sunnahnya kita tak cuba utk aplikasi?

fatin memasang nada koleriknya ketika pintu dikuak sedikit oleh fairuz.

Sumayyah: haish! antunna ni, tolong la hentikan puisidra ni. fatin, sailah, akhwat yang disayangi, jemput masuk. Jazakillah khayron sudi mencemar duli ke teratak kami.

sailah: eh kang kalau sultan johor dengar ayat mencemar duli tu nanti baginda murka kang. jangan suka2 nak salah guna bahasa2 istana ni.

Fatin: johorean tegar in her talking.

sailah: Antunna apa kaba? iman ok?

sumayyah: Alhamdulilah bil khoir. Iman fluctuates. biasa kalau da 3-4hari habis halaqah.. Ekceli en, ana terharu menerima kunjungan ziarah antunna. kami ni tak sampai lagi blok antunna.

sailah: nama pun halaqahmate, kena la saling take care, bersilaturrahim, takpe kitorang start dulu. nanti korang pulak. So, kak mimi cakap sape yang initiate kebaikan, dia dapat pahala lebih. Eheh, dengan erti kata lain, kitorang akan berada di syurga yg lebih tinggi lagi inshaAllah kalau Allah sudi beri.

fairuz: eleh! takpe sumayyah, nanti kita datang ziarah bilik dorang kita bawak goreng pisang ke domino's ke, biar lagi extravaganza daripada dorang! ceit, datang tangan kosong je!

fatin: wah, kita kena bersaing ni sailah! sesedap oren je dorang nak potong kita!

sailah: takpe, bab ziarah biar dorang menang, kita score bab dakwah fardhiah plak. Korang bile lagi nak start handle almulk ni? kat blok ni xde almulk lagi en? bila korang nak start? dah macam kak mimi da aku ni. hehh

sumayyah: kitorang tak ready lagi la.

fairuz: rasa macam x layak lagi nak jadi murobiyah. tunggu kitorang ready dulu ah

sumayyah: betul weh. kitorang ni karat jahiliyah banyak lagi. dosa banyak, nanti pengisian tak sampai ke hati audiens kalau pengisi sendiri yang bermaksiat. kitorang try utk jadi orang yang beriman dengan sebenarnya dulu.

fatin: org beriman yang sebenarnya adalah mereka yg berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah dan kemudian  mereka tak ragu. surah 49 ayat 15. tak sama orang yg beriman dan berbuat kebaikan dengan orang yg buat keburukan. semua manusia ni rugi, hampagas cap ayam kecuali org2 beriman dan beramal soleh dan berpesan2.

sailah: kalau tengok ayat yg fatin cakap tu, menunjukkan org yg beriman adalah org yg do something. put any efforts for the reconstruction of the ummah. org beriman mesti kena beramal. bukan jadi baik sorang2. Kalau beriman, kena buat sesuatu utk buktikan keimanan. iman tanpa amal soleh tu tak bermanfaat ok.

fairuz: kenapa tak bermanfaat? by the way, kitorang beramal ok. mutabaah tu kira pembuktian iman apa..

fatin: tak salah lagi! sangat bersetuju. tapi dengan kita baca quran sorang2, dhuha sorang2, istighfar sorang2 agaknya, mampu tak nak ubah jiran bilik depan selang dua bilik tu? mampu tak bagi impak pada kehidupan kawan2 kita yg mmg terang2 tak ikut syariat?

sailah: cube tanya, kalau kak mimi tak datang ketuk bilik2 kita dulu, datang solat jemaah then bagi tazkirah, agaknya kita jadi tak macam kita yang sekarang ni?, yang mahu memperdalam islam, yang mula berjinak2 buat mutabaah, amalkan sunnah. jadi x? Kalau kak mimi tu kejenya baca quran dlm bilik, tadabbur quran dlm bilik, bagi tazkirah kat dinding bilik dia, tak nak keluar cari kita, agaknya kita buang x jeans2 kita yg ketat dulu, kita remove tak gamba2 hot kite kat fb? kita ada kesedaran tak nak solat awal waktu? boleh ke kite jadi macam sekarang ni kalau kak mimi tu jadi baik sorang2 dalam bilik dia?

sumayyah: emm.. of coz la x. btol jugak tu. kita kena do something la fai. tapi macam mana kalau kitorang terbuat maksiat?

fatin: taubat.

fairuz: as simple as that?

sailah: bunuh diri.

sumayyah: baik bunuh kau!

fatin: tak apa. kita manusia biasa, bukan malaikat yg takde nafsu. bukan nabi yg ma'sum. wajar je dlm kita ghairah memburu syurga Allah kadang2 kita tergelincir. Cepat2 sedar dan mohon ampun pada Allah. So, tak bole jadikan alasan diri tak lari dari maksiat la.. Yang penting iman kita tu jadi bermanfaat jika kita memberi manfaat pula pada org lain.

sailah: amal pula yang tanpa iman, ibarat debu2 yg berterbangan lagi rugi! Rupert Murdoch tu kalau seluruh keuntungan astro dia infaqkan utk palestine sekalipun kalau dia tak beriman, tetap takde pahala sesen pun.

fatin: org yg berdakwah ni, bukan malaikat. Bukan budak baik pun. Tapi, budak yg sedang membaiki diri. Dia tau dia jahat, banyak dosa, sebab tu dia berdakwah kat orang, utk ingatkan diri sendiri.

-the end

Tuesday, June 12, 2012

when you were being REJECTED

bismillahirramanirrahim


I’m not a good story teller. But I found that story telling is the most effective way in conveying messages of  da’wa. So, I had several messages to share but I make it as a real-add up story. Ngeh3..

“assalamualaikum.” Sailah pantas menghempaskan badan ke atas katil.

“waalaikumussalam. Amboi, dah gaya macam org baru lepas break up ni kenapa?”  fatin bingkas dari meja studi.

“Al-mulk aku 3 orang je yang datang tadi.” CJ7 di tekurkan ke mukanya

“laa..pasal tu je. Relax ah. Ok la tu 3 org. xyah la nak frust sangat.”

“aku tak frust sangat pasal tu.”

“dah tu kenapa?”

Sailah bangun mencapai beg sandangnya. Mengeluarkan android Samsung dan menekan-nekan skrin.

“nah” henfon bertukar tangan.

Fatin mengamati setiap baris kata yang tertulis pada skrin tersebut. Berulang-ulang dia membacanya.

“sabar ea sailah. Allah yang pegang hati dia.”

“aku ajak pada kebaikan, tapi tak sangka akn berakhir macam ni. Halaqahmate dia ada cakap punca perubahan dia skarang ni sebab dia kapel. Bukan aku x penah sentuh tentang ni. Aku siap ziarah dia, tadabbur ayat ngan dia, bagi khabar gembira dgn ancaman lagi. Tup2 dua tiga hari lepas tu, dia boleh cakap nak keluar halaqah gak. Frust btol. Rasa gagal gile. Rasa loser gile.”

“sailah, aku baru baca buku tarbiyah jihadiyah yang murabiyah kita suruh baca tu. Baru baca jilid 2. Memang sangat mengena dgn kondisi ko skarang.”

“serius? Cer cite.”

“apa yang ko buat tu memang btol da. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi peringatan. Betul da tu, tapi ko jangan lupe, Allah gandingkan juga ayat terakhir surah al-ashr tu dengan, berpesan-pesan pada kesabaran. Syeikh Abdullah azzam menukilkan, in we are doing da’wa, preach people to deed good, pasti kita akan mendapat ujian. Sebab nabi2 dulu pun allah jadikan orang kafir sebagai penentang dakwah mereka. Tak semua org akan terima seruan kita sekalipun yg kita serukan adalah kebaikan. Para nabi bahkan sampai dibunuh kerana dakwah yang dorang bawak. So, sebab tu Allah cakap, lepas kita berpesan pada kebenaran, kena jugak berpesan2 pada kesabaran. Sabar ea rumetku.”

“so, what should I do?”

“pergi solat taubat, mohon ampun kat Allah mungkin sebab dosa kita then anak halaqah kite lari. Then, orang da tak nak even kita da bagi ancaman, biarla dia, doakan dia. Mungkin Allah takdirkan hidayah Dia bukan lewat tangan kita. Teruskan ikhlas dan tak yah nak berchenta sangat macam ni. Militan sket!”

“tak habis dengan ko punya militan! Ko je la yang jadi akhwat militan. Aku nak jadi akhwat cintan. hahaha.. Ok la. Thanks, sharing pasal tu. Nanti aku nak baca jilid 1. Ko simpan kat mane?”

“eh, ko bukan murabiyah suruh baca jilid 5 ke? Aku simpan kat rak buku kau. Haee”

“ala takpe, baca jilid 1 dulu. Nanti aku lompat jilid 5.”

-the end

Sunday, June 10, 2012

End of the Insane!

bismillahirramanirrahim


Alhamdulilah, today at 12pm I had finished my critical final examination. For 4 days unceasingly all 3SKK”ian fight for the final which begins on last Thursday. I admit that this is the most unbreakable thing that we faced for the 3 years being here, as a chemical engineering student. It is not about the unceasing final that make me said so, y’know, this semester we ought to start our undergraduate project. Certain student will need to run their experiment in this semester, depend on their supervisor. And I am the certain! This semester also we had gone through the second PBL with 3 credit hours and also PBL for the lab! All together 4 credit hour. It was the most insane thing that makes me somehow crazy. If you ever heard Process Control and Dynamics, this is the PBL subject. I really hope that I could understand what did we learnt during group discussion through experimental presentation. Unfortunately, the lab also PBL! We need to prepare the procedures (I wonder why did the machineries didn’t brokedown @@##) , expected result, basically tabulate the table results’, and many things during the lab proposal week and run the experiment in the next following week using the proposal being made and presented in front of the lecturer. Of all experiment being conducted, I think I just only deeply understand the last experiment which is Programmable Logic Controller. And that experiment is the only one that did not covered in the PCD syllabus! Pffft!!!


So, this semester becoming even more difficult as time goes by. And what I really regretted is that until the final examination week, I still working out my undergraduate proposal! I only received my second draft for correction a day before my first paper started! On Wednesday, my senior text me. Ask to take my second draft and then correct it. I kept it for a day and focusing on my first paper next morning. After the exam, i spent my whole day to study separation II for the next day. And that night also my halaqah need to be held. So, that night after halaqah, I started to work out my proposal correction and email it to my senior. So, I just take a nap that day. I just can’t believe that I really did that! Friday is the final proposal due, and Alhamdulillah I had complete it successfully inshaallah.


Throughout of the semester, I found that all faults is on my chest. I should manage my daily schedule wisely  in the first place. and the most important is discipline! University is not the place for you to become a scorer in ur academic, but yet this is the place for you to develop ur public relation, ur attitudes. How u manage your life, make decision, deals with people. LEARNT THIS!


And now, academically, everything had ceased. But yet, my bustle life is not ended! It’s time for industrial training! Arrghh… can’t imagine, what are the challenges and reality of life out there! Thanks to Prof G that help me to seek for my internship place. It will begin next 2 week. On Monday 18! Now, I was packaging all my stuffs. Mom, I miss u so much! Can’t wait to see u tonite! Dad, I miss u more even much! Hehehee.. anak ayah in me speaking…

Followers