Friday, October 29, 2010

ya Allah didiklah aku..

apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji? (al-ankabut:2)
begitulah firman Allah. iman seseorang itu di buktikan melalui sejauh mana ia melalui segala ujian yg diberikan kepada Allah. Tika diawal pentarbiyyahan, murabbiyah selalu ingatkan tentang ayat ni. setiap manusia akan diuji. mereka diuji seseuai dgn tahap keimanan dan kefahamannya. setelah dimuhasabah, saya menjadi tersentak! betapa sebenarnya Allah telah menguji segala ilmu dan sejauh mana kefahaman saya terhadap ilmu yang telah saya pelajari... jika di universiti, para pelajar di uji kefahamannya dengan quizzes, tests, final exam and etc. begitu jua Allah. Allah menguji segala ilmu yang saya xdapat dalam lecture( dapat dalam halaqah) dengan segala kejadian disekeliling saya. Allah jua menguji setiap ap yang kita katakan. dan hendaknya kita cakap serupa bikin. seperti mana Allah mengingatkan dalam firmannya,
 "wahai org2 yg berimn, mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan. (As-saaf:2-3)"


kedua-dua firman Allah ini sangat berkait rapat. dlm surah al-ankabut Allah berfirman, Allah akan menguji manusia sesuai dengan kimanannya. kemudia diikuti pula dgn surah As-saaf yg kemudiannya Alah mengingatkan manusia bahawa Allah sgt membenci org yang tahu tentang sesuatu ilmu tetapi tidak beramal dengannya.
* untuk meneruskan membaca anda harus tahu maksud ikhtilath= percampuran antara lelaki dan wanita

bila saya di ajar tentang ikhtilath ketika di matrix, agak lama juga untuk saya memahami dan menerimanya, tetapi berkat kesabaran dan keazaman murabbiyah serta halaqah mate yang sama2 berazam untuk memperbaiki diri, AlhamduliLLah saya dapat meraih kefahaman itu. saya sangat faham kenapa tak boleh utk kita ber"sms"dgn lelaki ajnabi. (sms hal2 yg remeh) sebelumnya, ketika di sekolah teknik, ada seorg classmate saya yg pernah bwa satu artikel ttg zina. dan dlm artikel tu ada menyatakan bahawa lelaki dan perempuan xboleh saling berbalas sms krn itu satu zina. dgn segala ketidakfahaman dan ketidakpuashatian saya terhadap classmate saya tu, saya pun tny pada ustzah apakah benar apa yg tertulis dlm artikel tu? (kerana masa sekolah dlu saya menanggap sms dgn lelaki adalah prkara yg biasa.walaupn sms pkra yg remeh2.) lalu ustazah pn jawab ye! memang tersentap! kemudian saya tanya lagi minta kepastian, jawapannya beliau ttp sama. -ya-  kemudian saya minta penjelasan. tetapi tidak dijelas dan diulas dgn baik dari ustazah. jadi, oleh kerana x faham, maka saya teruskan jua. sampai la saya di tarbiyyah di matrix dan di ajar tentang ikhtilath dan difahamkan dgn sefaham-fahamnya, maka saya pon berazam utk stop msg dgn abg agkt,exclassmate yg sy sgt rapat, kawan2 lelaki yang biasa2 yang lain. dan ex cikgu mekanikal di sekolah teknik. tidak lama selepas saya memahami ttg ikhtilath itu, saya di uji dgn kehadiran ex classmate saya secara tiba2. x tahu bagaimana dia bole dapat no telefon saya. padahal waktu tu saya dah tukar no telefon. mungkin dari kenalan2 perempuan yg lain. dan kehadirannya sgt mengejutkan saya kerana saya x sangka dia juga berada di kedah. saya rasa sangat bersalah bila setiap kali menjawab panggilan2 darinya. tapi saya tetap tidak menahan diri dari menjawabnya walaupun saya tahu apa yg saya buat tu salah. sehinggalah akhirnya kasih sayang Allah terzahir. bila mana pada suatu hari ktika saya sedang berbual dengannya dlm telefon, datanglah halaqah mate saya ke bilik...-kantoi sudah-  setelah usai saya berbual ditelefon, sahabat saya yg tercinta tu pun tanya, siapakah gerangan yg menelefon tadi..maka, saya pn jawab kawan. dia pun meneka, "kawan lelaki ea?"saya pn dengan segala perasaan bersalah dan tanpa berselindung menjawab ye. ada riak kecewa diwajahnya tika itu. kemudian dia mengingatkan saya tentang ilmu yg dipelajari dlm halaqah bebrapa mggu sebelumnya. tentang ikhtilath. saya hanya berdiam sahaja dan mendengarkan sahaja segala mutiara hikmah yg dibicarakan sahabat saya itu  dengan rahmat dan kasih sayang Allah,saya kembali disedarkan oleh sahabat saya itu. nyatalah ya Allah, bahawa Kau amat menyayangiku...tak dibiarkan aku hanyut dlm kemaksiatan yang kulakukan sepengetahuanku. sejak itu, saya sangat syadid ttg ikhtilath. pernah sekali di matrix saya di"group"kan dengan lelaki untuk mini projek subjek english. untunglah saya dpat team members perempuan yang juga xsuka untuk banyak berinteraksi dengan lelaki. jadi kami sgt melimitkan diskusi2 diluar waktu kelas. dan kalau ada diskusi ketika waktu kelas, saya xpandang sedikit pun wajah pelajar lelaki yg sekumpulan dgn saya. kecuali jika tiba giliran utk saya bercakap dlm kumpulan. jadi terpkse tgk. (eye contact la kononnye) sebagai org yg sgt2 baru dlm mengenali islam, pada waktu itu saya memang sgt menjaga pergaulan, dan pemandangan saya. seboleh mungkin saya elakkan dari bertentang mata atau bercakap dgn lelaki.
dan kini tatkala berada di universiti, saya tidak boleh lagi mengelak dari kerap berinteraksi dgn lelaki sama ada secara lisan atau maya krn banyak perkara yang perlu dilakukan bersama. -grup discussion- kefahaman saya diuji lagi dan saya harus memperdalami lagi ilmu tentang ini. ada muamalat yg dibenarkan untuk berlakunya ikhtilath dlm satu majlis.  moga Allah melindungi saya dari kejahatan syaitan dan memelihara hati saya dari tercemar. ya Allah pelihara hatiku dari titik2 hitam yang mencemar. ya Allah tambahkanlah ilmuku dan kefahamnku serta berilah aku kekuatan untuk beramal dengannya,...to be continue..

Sunday, October 17, 2010

terima kasih kerana mengigatkan..

bismillahirramanirrahim
di sini saya nk berkongsi beberapa peringatan daripada insan2 disekeliling saya yang menasihati hati saya secara formal atau tidak..

Jangan menyusahkan org lain walaupun itu memang tanggungjawabnya.
jumaat lepas shinju g toilet, kua2 je akak cleaner tu panggil, mencari tempat utk mengadu nasib barangkali. dia cakap ada org "melabor" kat toilet 1st tu tapi x flash..shinju xtau la mcm mana teruk keadaanya tu tapi mungkin teruk kot sebab toilet tu xde getah paip. tapi sepaptutnya org yg "melabor" tu bertanggungjawab la sikit, pam la lepas guna tu..akak cleaner tu kate kalau kita punya sendiri pn kita geli kan ni pulak hasil "pelaboran" org lain..sembang punya sembang akak tu pun cakap macam ni, "akak sakit hati ngan perangai budak2 ni yang xreti jaga kebersihan..baru dua hari xbersihkan, toilet da jadi kotor sangat..akak sendiri tgk pon geli.."sampah2" yg seharunya berada di sanitary bin pun letak mane suke je..dlam shower, dlam toilet, sinki..kalau da geram sgt, akak doakan je sape yang buat ni bia x lulus blaja." huh mkan dalam seh ayt ni..jadi, pengajaran yg perlu diambil, jangan menyusahkan org lain..bukan sekadar mak cik cleaner je tapi sume org la even mmg la makcik cleaner tu di bayar gaji utk buat sume ni tapi kita juga diberi akal utk bersikap spt manusia kan?...nak buat ssesuatu fikir dulu..kita akn menyusahkan org lain atau x dgn tindakan kita tu...mana la tahu tindakan kita tu bakal membuat mereka terzalimi...kalau dia doa mcm akak cleaner tu doa, pergh...punah..punah..punah..(doa org yg dizalimi tu makbul)

Syaitan musuh yg terus2san perlu diperangi!
actually da tau da benda ni tapi alhamdulillah pada pagi jumaat tu lecturer advance english bagi tazkirah ttg perkara ni da rasa sangat terkesan dan berkesan sampai saat ni..moga Allah bagi kekuatan utk istiqamah. lecturer english tu mmg islamic ckit..xpna skali pn klas dia yg xde tazkirah..stiap kali kelas msti ade..dlm 15min terawal..kalau nk dgr tazkirah beliau, kena la dtg sharp kol 8 ke fakulti. dia kata dlm al-quran Allah dah secara jelas menyatakan kepada kita bahawa syaitan adalah musuh utama manusia.dia akn sentiasa mencari peluang utk buat kamu semua ni jadi yg terburuk instead of jadi yg terbaik. mungkin kamu rasa malas nk g lecture tapi kamu perlu lawan. syaitan nk bia kamu malas seterusnya jadi org yg bodoh dan xberjaya..kalau datang rasa malas nk study tu, tolong igt bahawa sebenarnya syaitan yg dok kat telinga awak tu yg hasut awk supaya malas..jadi awak jangan tewas..lawan balik! jangan bia dia menang..dia nak awk masuk neraka sama2 dgn dia....awk kalau ade mase carilah buku2 panduan doa2..buku2 mcm tu xsmpai rm50 pon...biasiswa sume banyak xkan nk kua rm5 utk bli pendinding mcm ni pn xmampu..cari la doa utk elak malas, jauhi hutang, lembutkan hati org, macam2 doa lagi la..cakap je kamu nk apa msti ada doanya...dan sekarang alhamdulillah shinju da dapat semngat sikit utk bangkit menggemilangkan study shinju..teringin nk jadi mcm kat matrix dulu..ulat buku...kaki study...terima kasih Mr Amir!
Keyakinan kunci kejayaan
Mr Amir ada share pengalaman dia sikit ttg pengamalan doa ni. Dia ada sorg ank laki yg sangat susah nk dengar cakap. kalau Mr Amir suruh dia buat satu benda, suruhan pertama dia buat xtau je, kali kedua ckp respon masih sama, pastu bile Mr Amir shout kat dia baru dia gerk utk memenuhi suruhan ayah dia tu..then, sejak dia amalkan doa utk melembutkan hati tu dan dia apply pada ank dia, mmg terus menjadi. Dia ckp sekali je skarang ni pada ank dia then, trus ank dia buat apa yg dia cakap..actually Mr Amir ni sgt kuat keyakinannya pada suatu2 perkara...jadi bile once ada sorg hamba Allah ni aja dia ttg kepentingan doa ni dia terus amalkan dgn yakin..jadi, ambil pengajaran ye, nk buat sesuatu tu kena letakkan 100% keyakinan pada Allah..
k sekian sahaja...nak study utk test 2 OC dan test 3 energy balance...doakan shinju ye khamis dan sabtu mggu dpn..

Monday, October 11, 2010

istimewa buatmu

bismillahirramanirrahim
tika ini hati ku sgt merindukanmu...terima kasih atas taujih anti! ya Allah teguhkanlah kesabaranku..buatmu mujahidahku terima kasih atas kesabaranmu memahamiku selama ukhwah ini terjalin...anti la yg pling faham ana..pling sabar dgn kerenah2 ana yg terkadang buat anti risau...selalu buat anti nanges..selalu merajuk..selalu memberontak..selalu pentingkan study...selalu tanya soalan2 yg menyakitkan hati...terima kasih atas segalanya yg anti ajarkan ana sepanjang pertemuan ana dgn anugerah x ternilai ni..-tarbiyyah-
teristimewa buatmu ukhti S....terimalah segunung kerinduan dariku...bisikan hatiku kpdmu dlm lagu ni..
ukhti S..ana sayang anti...jazakillah coz take care ttg ana...ana juga tinggalkan anti dgn Allah..Allah sebaik2 pemelihara allah sentiasa bersama anti..walaupn jarak memisahkan kita namun rabitah hati ttp mendekatkan hati2 kita...jazakillah utk sgalanya..
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
 Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
 Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Sumber http://www.hijjaz.com.my

  
di sini segalanya bermula

  
teruskan perjuangan wahai saudara2 ku yg sama2 ditarbiyyah..x kira apa yg berlaku...bersabarlah..yakinlah ada hikmah yg tersirat.. Ya Allah singkapkan hikmah di sebalik takdirMu ini buat kami

rabithah hati

bismillahirramanirrahim
semalam merupakan hari yg paling menyeksa jiwa..xpernah merasakan kerinduan seperti itu. berderai jua air mata tatkala mengenangkn kalian. terutama beliau. yg dgn anugerah dan hidayah Allah beliau dapat membentuk sebuah acuan tarbiyyah yang diri ini sedang menikmati kelazatannya.(inshaAllah acuannya menepati syariat Allah dan sedekatnya mengikut sunnah rasulullah) semalam shinju ditugaskan utk menjadi babysitter dlm sebuah program yg dianjurkan oleh sebuah organisasi yg kini agak established di malaysia. murobbiyah tlh mengigatkan agr membersihkan dan mengikhlaskn niat sebelum berangkat dan cari hikmah disebalik apa yg bakal dilalui kelak dlm program tu..kerja yg bakal dibuat nampak simple tapi pengarahan dari murobbiyah membuatkan ia nampak lebih serius dan memerlukan persiapan iman yg rapi.
saat tiba ditempat program shinju agak terkejut melihat ade beberapa selipar ikhwah..byk jugak(selipar saiz besa2 sume laki kn...) rasa sgt malu dan sedikit tertekan. sejak melibatkan diri dalam organisasi tersebut, shinju dapati byk program kami yg dijalankan bersama ikhwah. tidak sperti dlm manajemen yg shinju sertai sebelumnya.walaupn ade program gabungan, tapi tidak sekerap yg shinju alami dgn organisasi baru ni. dan saat ini shinju masih xdapat terima dgn organisasi baru ni..shinju xpaham kenapa mesti kita join mereka? kenapa shinju xde hak utk tahu?hati shinju masih dgn manajemen lama walau jasad shinju kini dlm organisasi tersebut..jiwa shinju tetap masih tercelup saki baki tarbiyah dari seorg "beliau" yg saat ini shinju amat merindukan agenda2 tarbiyah acuan beliau..walaupn ramai akhwat yg bersama beliau dulu kini pun bersama dlm organisasi yg baru ini tapi shinju xdapat merasakan kehangatan ukhwah dan kegencaran dakwah seperti dahulu tatkala bersama "beliau"....semlam shinju buka sume video2 program anjuran purebase training centre, sebuah syarikat motivasi yg komited utk membangunkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat dan seterusnya mencergaskan iman yg sedang melesu dalam diri. satu demi satu video ditonton kerana hati sgt merindukan utk berprogran spt itu..setiap video yg ditonton bagai terbayang-bayang dan terngiang-ngiang pengisian beliau...sgt merindukn pengisian dari ikhwah wal akhwat yg jiwa2nya sarat dgn matlamat dan keazaman yg tinggi utk melihat islam bangkit kembali..
seketika shinju termenung mengingati kata2 m bile shinju tanya knp kita gabung dgn I*****%%**????!@@ m jawab, sbb kekuatan mereka adalah nilai tarbiyyah yg kita perlu cntohi..bile ditanya dgn beberapa org akhwat senior yg lain juga jawapannya sama..disini shinju ingin mengutarakan beberapa persoalan yg bermain di minda. since shinju xdapat nk kedepankan kepada murobbiyah krn ketegasannya, maka shinju meluah disni..barangkali kalian punya jawapannya. ape kurangnya pentarbiyahan "beliau" berbanding I***?usia dakwah yg di perjuangkan baru belum mencecah 10tahun (jika xsilap) tapi jumlah org yg ditarbiyyah melalui acuannya sudah tersangatlah ramai..boleh dikatakan setiap IPT di malaysia ini ade ikhwah dan akhwat yg mendapat acuan tarbiyyah beliau. dan bagaimana dlm mase yg bagi ana begitu singkat itu sudah sebegitu besar impak dakwahnya? pasti kesan dari tarbiyyah yg disemai oleh beliau bukan? jadi kurang ape lagi sisi tarbiyyah beliau? shinju tidak bermaksud menyatakan beliau sgt sempurna.hny cuma agak terkilan mengapa perlu utk kita memilih jalan lain dan meninggalkan beliau. sedangkan dgn beliau pentarbiyahan  kita bermula. mengenal Allah, rasul, dakwah...pentingnya memahami tugas menyampikan dakwah yg inshaAllah dgn kefahaman itu shinju dan ikhwah dan akhwat lain meneruskan pelestarian tarbiyyah dan dakwah kepada diri sendiri dan org lain. andai beliau khlilaf...terima dan tegurlah agar ade perbaikan tapi mengapa perlu begini dek kerana satu kesalahan? manusia itu dicptakan lemah (4:28) perlu kpd nasihat dan teguran org lain...moga setulus ingatan dalam doaku buat kalian akan mempererat rabithah hati antara kita walau kita sudah berbeza..buat yg masih bersama beliau sampaikan ucapan terima kasih xtehingga ku kepada beliau atas kesungguhannya dlm dkwah hingga akhrnya aku menjadi aku spt skrg ini...ana tetap menyokong perjuangan antum walau kini kita sudah berada di bahtera yg berbeza menuju ke destinasi yg sama..ana masih memandang ke belakang mencari kelibat bahtera kalian..di manakah? mencari penjelasan, mengapakah?

Friday, October 8, 2010

lessons of the life

bismillahirramanirrahim
banyak perkara nk di tulis kat sini beberapa hari sebelumnya tapi xtertulis jgk dek kesibukan  yg melanda..alhamdulillah berakhir sudah tes t2..menunggu utk final bln 11 nnti..skrg blh spent mase utk brkongsi sesuatu dgn pmbca GMS....pengajaran yg dikutip atas kejadian2 yg berlaku..

kerana sebuah kejujuran....
dlm post seblm ni shinju ade sebut ttg pemilk spectra hitam..dlm post bertajuk kata org tua2 kejadian sebenarnya adalah shinju masih baru lebih kurg sebulan lebih la dapat lesen memandu..jadi ayh telah memberikan shinju kereta wira lamanya utk dibawa ke mana2 je yg shinju nk...mase cuti raye 2minggu tu shinju praktis bawak keta kat kawasan perumahan utk jadi lebih cekap dlm pemanduan...hantar mak pegi econsave, teman akak pegi ioi, hantar adik g skola, g beraya ngn kawan..sume shinju hantarkan dgn keta wira ayh tu..so krg ayh da aman damai la sebab da xpayah nk hantarkn kitorg lagi g mane2..alhamdulillah shinju dpt meringankn sikit tugas ayh..kemudian cuti raya pn melabuhkn tirainya...dan akhirnya stlh beberapa hari, shinju pn bwk keta tu ke UTM..nk dijadikan cite satu pagi tu shinju nk parking keta tapi kiri kanan parking lot yg kosong tu ade keta..ps2 shinju pn dgn yakinnya redah je.nk jugak parking kat situ..kemudian.........................ditakdirkanlah shinju xlepas parking..tergeser dgn keta spectra hitam kat sebelah keta shinju tu...dan keta dia xremuk pape pn..cuma bercalar dgn banyaknya je...keta shinju plak calar dan kemek...tp hati xrisaukn keta sendiri....lebih risau keta spectra hitam..xde sape pn nmpk kot sbb mase tu sume org tgh tido lagi kot..shinju pn melarikan diri ke dalam blok..blurr sekejap xtau nk buat ape..telefon mak x berjawab, pastu call ayh, ayh suh larikan keta tu dari situ..shinju mle2 nk ikt tp hati mmberontak kata xmau!!akhrnya shinju pn mengoyak kertas buku poket shinju dn tulis kata2 maaf kpd pemilik keta dan bagi skali no fon shinju utk dia hubungi if dia nk tuntut gnti rugi..ketas tu shinju selit bawah viper dia..dipendekkn cite, kitorg pn pergi la ke bangkel baiki keta dpn hotel kelana kt sri putri tu..panggil uncle tu fix kan calar2 yg xberapa kritikal tu...then, uncle tu tmbah cat, tutup bahgian yg tergeser smpi body tu n polish part yg kena geser tu...setelah selesai sumenye shinju tanya, berapa uncle? uncle pn ckp, xpe la...len kali kalau rosak apa2 mau dtg sini lagi ha! subhanallah...sume dia buat tu at no cost!da la hujan time kitorg dtg n begkel dia da pnuh ngn keta, keta spectra hitam park kat lua je..uncle pn fix kan dlm keadaan hujan..kebetulan shinju time tu sesak sangat,,,bajet shinju utk fixkan calar2 tu dlm rm50 je..tapi laz2 xkena byr pn..ni la balasan kepada sebuah kejujuran barangkali...jadi,kalau salah mengakulah...jgn larikan diri dan menyalahkan org lain kerana kita akn merasa gelisah dek kesalahan yg kita lakukan..ketenangan adalah kebahagiaan dan kunci utama kejayaan...jadi antara kejayaan dan kehancuran apa pilihan anda? get rid of the restless and enjoy the happy life!!!

Followers