Wednesday, March 21, 2012

yang benar tu pahit

bismillahirramanirrahim

salam. bz ke weh?

w.slm.. aku memang 24jam bz.. tapi pandai curi masa inshaAllah. Kenapa long?

puyus la ko! bajet mcm menteri pulak..hahaha.. ko da makan?

ada aku kesah? :P malas la nak makan.. dah 3hari aku makan nasi.. naik berat aq weh..

oh.. bagus la diet2. jgn lupe jog. ko tu kat utm tak jog ke? study ok?

study? urmm.. ntah.. ok kot.. macam biasala..

pakwe ok?

mane ada pakwe!

hahaha.. ko ni kan ea.. bosan betol. cari la bf.. nanti senang nak kemana2.. belajar pun ada org nk tlg. ye ke ko ni takde pakwe?

malas ah nak buang masa

nerd!

kuang ajo!

hahaha.. weh, ko mmg takde pakwe or baru clash?

ko ni long, tu la tak concern pasal aq... aq da tak buat la mende2 ni lagi.. da lama stop.. xnak buat da...

ko bebel apa? pakwe je pun,.bukan ngedar dadah ke ape..

couple haram dowh

----

----

5min kemudian,

long, ko kenapa senyap tibe2?

siti sarah is offline


perbualan terhenti di situ. tengah seronok2 bercerita tiba2 offline. along terasa hati ke? along...


_____________________________________________


"sudah hampir 2minggu along tak call, xsms..online kat fb tapi x reply chat.. along terasa hati btol ni.. aku sampaikan benda yang aku yakini benar long.. tak boleh ke ko faham.. Kenapa la aku cakap macam tu kat dia.. tapi, kalau tak cakap, takkan aku nak sembunyikan je kebenaran tu? layan je kemaksiatan dengan dia. padahal selemah-lemah iman tu membenci kemaksiatan dgn hati. kalau aku pun layan gak dia cerita pasal bf dia bla bla, bermakna aku redho la dengan kemaksiatan yang dia buat.

tapi..

bila aku buat macam ni, mengatakan pahitnya sebuah kebenaran pada dia, tiba2 dia dah tak nak layan aku.. tak nak contact aku. Salah ke apa yang aku tengah buat sekarang?"

monolog seorang adik. lama dia termenung dihadapan netbooknya. majalah sinergi edisi 7 yang baru dibeli dengan seseorang yang tiba2 mengetuk pintu biliknya tadi dicapai. rubrik sirah menjadi tumpuan.

"kerana itu janganlah anda dekati orang itu., jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata-katanya. ini kerana jika dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. perkataanya dapat memisahkan anak dan bapa, merenggangkan saudara sesama saudara dan menceraikan suami isteri."


serangkap kata2 yang perlahan menembusi hatinya. seakan Allah sedang memujuk hatinya yang kesedihan. Sirah Thufail bin Amr terus ditelusuri hingga ke akhirnya. Semakin dibaca semakin berat hatinya dek kerana sebab yang memenuhi rasa. Di perenggan yang terakhir hatinya tak tertahan lagi. air matanya tak dapat di bendung lagi. Dia merasa begitu semangat dan terkesan dengan keazaman dan pengorbanan seorang Thufail bin Amr. Esakan memenuhi ruang bilik single itu.

InshaAllah apa yang aku buat ini betul. Rasulullah dan para sahabat juga pernah mengalami perkara yang sama dalam menegakkan sebuah kebenaran. Satu hakikat yang akan pasti terjadi apabila kita menyampaikan sebuah kebenaran;

merenggangkan saudara sesama saudara 

mungkin buat masa ni, aku perlu mengorbankan sedikit emosi dan kesabaran aku.. satu hari nanti kebenaran akan tersingkap. Redho Allah yang ku buru walau manusia mencemuh. Yang merenggangkan kita adalah kesempurnaan iman dan aqidah. Aku berazam, ko akan jadi macam aku one day along!



Monday, March 12, 2012

tarbiyyah itu gojes!

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah setakat ini mampu bernafas bersama tarbiyyah. Walaupun diuji dengan batuk dan selesema yang sudah berlarutan selama 2minggu, namun vitamin tarbiyyah berjaya menjadi satu sistem imunisasi buat saya! Kesibukan pada DnT tidak saya tinggalkan hanya kerana selesema yang tak seberapa. Dalam tarbiyyah macam2 vitamin yang saya dapat. Vitamin ukhwah, dauroh, halaqah dan lain2 lagi sarana tarbiyyah. Stress dengan belajar, saya tutup buku pastu buat DnT. Osem hidup saya! alhamdulillah dah lengkap rasanya. :)

tamparan GIGA 2012 masih terasa. sesuai dengan namanya, impak dari program ini sungguh giga! SUPREME.  Saya gembira melihat integrasi semua akhwat. Terhibur melihat warna sebenar mereka. heee...  Saya percaya semua kita mampu untuk memberi momentum yang lebih hebat lagi pada tarbiyyah ini!

untuk apa kita berada pada gerabak dakwah ini? jika sekadar mahu menjadi penumpang silakan anda utk tazkiyatun nafs. Kita perlu buat sesuatu. Keupayaan gerabak ini tak  sebanding dengan jalan yang perlu dilaluinya. Kita tak mampu menampung banyak penumpang daripada penyumbang.

GIGA dalam kerinduan..

Followers