Monday, March 12, 2012

tarbiyyah itu gojes!

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah setakat ini mampu bernafas bersama tarbiyyah. Walaupun diuji dengan batuk dan selesema yang sudah berlarutan selama 2minggu, namun vitamin tarbiyyah berjaya menjadi satu sistem imunisasi buat saya! Kesibukan pada DnT tidak saya tinggalkan hanya kerana selesema yang tak seberapa. Dalam tarbiyyah macam2 vitamin yang saya dapat. Vitamin ukhwah, dauroh, halaqah dan lain2 lagi sarana tarbiyyah. Stress dengan belajar, saya tutup buku pastu buat DnT. Osem hidup saya! alhamdulillah dah lengkap rasanya. :)

tamparan GIGA 2012 masih terasa. sesuai dengan namanya, impak dari program ini sungguh giga! SUPREME.  Saya gembira melihat integrasi semua akhwat. Terhibur melihat warna sebenar mereka. heee...  Saya percaya semua kita mampu untuk memberi momentum yang lebih hebat lagi pada tarbiyyah ini!

untuk apa kita berada pada gerabak dakwah ini? jika sekadar mahu menjadi penumpang silakan anda utk tazkiyatun nafs. Kita perlu buat sesuatu. Keupayaan gerabak ini tak  sebanding dengan jalan yang perlu dilaluinya. Kita tak mampu menampung banyak penumpang daripada penyumbang.

GIGA dalam kerinduan..

1 comment:

srikandi said...

semoga dakwah di selatan terus OSEM..

Followers