Sunday, November 21, 2010

daurah ukhuwwah

bismillahirramanirrahim

inshaAllah dengan izin dan rahmatNya, sebentar lagi akan berlangsung daurah ukhuwwah antara saya dan adik2 yg tersayang. daurah kecil-kecilan tapi inshaAllah membuahkan hasil yg BESAR kerana kesungguhan mereka untuk menjalankan daurah ini.

walaupun kami semua, terutama adik2 yg disayangi dalam minggu exam (23nov2010 ada paper) tapi masih dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. lebih kurang dua minggu masa diperuntukkan untuk semua membuat persiapan bahagian masing2.. sejauh ni, progres semua baik. moga segala urusan pada malam ini akan berjalan lancar.

semoga segala kerja keras dan kesungguhan adik2 ku ini mendapat ganjaran yg terbaik dari Allah.

buat adik2 yg di sayangi,
firman Allah, "dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yg mendapat petunjuk, dan barangsiapa yg Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong2 bagi mereka selain Dia. dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu dan tuli. tempat kediaman mereka adalah neraka jahanam. setiap kali nyala api jahanam itu akan padam, Kami tambah lagi nyalanya bagi mereka." (17:97)

dgn rahmatNya, kita bertemu, 
dengan hidayahNya, hati kita menyatu 
bersatu dalam kebaikan dan ketaqwaan. 
semoga hidayah ini dipelihara olehNya,
moga hati-hati ini diteguhkan dalam kebaikan,
tak tercondongkan pada kemaksiatan yg membawa penyesalan  
dahulu kita hanyut dengan kelalaian kita, 
di buai cinta dunia yg semu semata. 
namun, di jalan ini Allah mentaqdirkan kita berada.
keberadaan yg membuka peluang utk kita menebus dosa noda silam. 
berazam untuk ianya takkan terulang. 
segala firmanNya jadi bekalan. 
syurgaNya jadi impian, 
azabNya di jadikan benteng untuk menghindar kemaksiatan. 
kemaksiatan yg mengundang murkaNya dan menggiring ke neraka.
moga kita teguh bersama.
 sabar dalam menyusuri jalan-jalanya.. 
segalanya hanya semata-mata untuk kita kelak sudi di terima sebagai penghuni syurgaNya

ana uhibbukum fillah! kasihku tulus dari hati kepada kalian permata yg dicari..

Saturday, November 20, 2010

wa la tahinu wa la tahzanu (jangan merasa terhina dan jangan bersedih hati)

bismillahirramanirrahim

Iman ada pasang surutnya. Begitu juga dakwah.
Dulu mungkin tempat yang kita diami dipenuhi oleh ikhwah akhawat yang hebat. Kerja menjadi mudah. Dakwah mendapat sambutan. Biah solehah terbentuk hasil gerak kerja bersama. Taklah pening kepala sangat melihat orang sekeliling.
Sekarang mereka sudah berpindah ke tempat-tempat lain. Bertukar medan. Mensuburkan tarbiyah di kawasan-kawasan baru. Dan kita ditinggalkan keseorangan di medan ini.
Medan yang dulunya subur dengan tarbiyah.
Medan yang sudah mampu melemaskan atau melenyapkan terus suasana jahiliyah.
Melihat keadaan ini, bukan sedikit duat yang berasa sempit dan lemah. Apalagi melihat suasana masyarakat yang semakin teruk berbanding dahulu. Apabila melihat tenaga kerja yang ada seakan-akan tidak mampu untuk melawan arus jahiliyah yang semakin kuat.
Apatah lagi, apabila ada antara kita yang sudah berasa penat dan bosan. Ada juga yang hanyut terus dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Nikmat bertukar menjadi ujian yang menfuturkan.
Bukan sahaja futur, malah gugur terus dari jalan ini. Astaghfirullah. Semoga ALLAH lindungi kita semua!
Dan tinggallah kita keseorangan…
Sedih melihat masyarakat. Bertambah sedih melihat rakan seperjuangan membuat keputusan meninggalkan kita. Meninggalkan kerja dan cita-cita kita yang dahulunya diperjuangkan bersama.
Ikhwah dan akhawat…
Kita tidak keseorangan! Dan kita juga bukan yang pertama merasainya!
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” - Ali Imran, ayat 146
Masih ingatkan kita zaman di mana ramai antara kita yang hanyut di lapangan? Menyantuni masyarakat sehingga lupa mencetak murabbi-murabbi baru. Ada yang dengan rasa tidak bersalah mampu berkata..
“Saya sudah setahun tidak hadir ke liqa’ pertemuan kita”
Lalu ada segelintir antara kita yang bangkit membetulkan inhiraf ini. Mentajmik dan mentakwin. Menanggung tanggungjawab dakwah yang luar biasa berat bebannya.
Maka tarbiyah pun hidup. Menjadi majoriti di banyak tempat.
Suatu masa dulu Salahuddin Al-Ayubi juga pernah merasai perkara yang sama. Khalifah menolak untuk mengisytiharkan jihad untuk mendapatkan kembali Al-Aqsa. Tapi beliau tidak berputus asa dan berusaha sendiri mengumpulkan jiwa-jiwa yang masih mampu digerakkan untuk islam.
Umar Abdul Aziz juga pernah merasai perkara yang sama. Di saat “kegemilangan” zaman Umayyah yang gah dengan kawasan takluk yang luas, umat sudah mula melupakan dakwah dan jihad dalam kehidupan seharian mereka. Dan beliaulah yang membetulkan balik keadaan, bekerja keras mensuburkan tarbiyah di dalam jiwa-jiwa umat islam pada ketika itu.
Abu Bakar As-Siddiq juga pernah merasainya di saat ramai umat islam murtad dan membuat kelompok sendiri yang memerangi islam. Bukan sedikit jumlahnya. Lalu beliau yang berazam untuk menggempur musuh-musuh islam walaupun keseorangan. Kerana pada ketika itu ramai antara kita yang lemah semangat dan tidak yakin dengan kemenangan.
Ikhwah dan akhawat…
Bagaimana dengan kita?
KEHEBATAN dan JATIDIRI kita adalah bukan ketika kita dikelilingi ikhwah akhawat yang ramai. Bukan ketika tabung dakwah kita cukup dan selesa menampung keperluan dakwah kita.
Kehebatan sebenar kita adalah ketika binaan kita satu persatu lari meninggalkan kita. Malah sudah ada antara mereka yang mencemuh dan menjadi penghasut!
Ketika “orang kuat” kita yang suatu ketika dahulu sanggup berkorban apa saja, satu persatu lari meninggalkan dakwah ini.
Ketika mereka sudah tidak mahu menjawab panggilan telefon kita lagi.
Ketika wang kita sudah tiada lagi sehingga terpaksa berhutang.
Ketika ramai antara mereka yang mengasingkan dan memulaukan kita.
Tapi…
Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan berkata..
AKU MANUSIA LUAR BIASA…….!!!!!!
ISLAM PASTI MENANG DENGAN TANGAN-TANGAN KITA…….!!!!!!
Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan meneruskan perjuangan dan berkata “Never Give Up!”
Kali pertama di dalam perjuangan dan terus berjaya, itu satu perkara yang ku anggap seperti “kebiasaan” dan yang pastinya kita TIDAK dapat belajar sesuatu yang menarik dari pengalaman kejayaan yang mudah sebegitu rupa.
Kejayaan sebenar ialah di saat kita jatuh “terduduk” dan “terpelosok”. Tetapi kita masih sanggup dan mampu bangkit kembali. Sanggup bersabar membetulkan keadaan dan bermula dari bawah serta boleh menerima kenyataan hidup dan bermula sekali lagi.
One more time!
One more time!
One more time!
Jika semua orang di antara kita mampu menjadi sebegini…. Wow! Tak dapat ku bayangkan hasil dakwah yang dapat kita kutip dalam beberapa tahun yang mendatang. Kita pasti akan menggapai cita-cita kita dalam masa yang singkat.
Inilah kehebatan sejati..
Jika kita ditakdirkan jatuh lagi, kita masih mampu lagi berkata …
One more time!
One more time!
One more time!
Cabarlah diri kita untuk jatuh berkali-kali…
Pasti setiap kali kita jatuh…
KITA PASTI AKAN BANGKIT KEMBALI!
Selamat berjuang untuk gagal…
Gagal…
Gagal…
Dan BERJAYA!
Akhi wa ukhti…. kau tidak keseorangan. ALLAH sentiasa bersamamu! Dan kita sentiasa saling mendoakan pagi dan petang di dalam zikir-zikir kita.
Jadilah seperti Umar yang suatu hari pernah berkata…
“Jika ada seribu orang muhajid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada seratus orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada sepuluh orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada satu orang muhajid berjuang di garis depan, itulah aku!”
di copy paste dari: rumusan hidupku


Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

bismillahirramanirrahim

walaupun agak terlewat, namun saya tetap jua mahu mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada seluruh muslimeen dan muslimat pengunjung blog GMS ni..

aidiladha yg sangat bermakna sepanjang hidup saya. tidak pernah merayakannya selama ini. kepada tetamu pertama yg bertandang ke rumah ana, jazakillah khairan atas ziarah antunna yg sangat bermakna..mak ana sangat menyenangi kehadiran kalian..banyak perkara ana belajar kali ini. apa yang penting ana sudah dapat belajar masak nasi briani walaupun tidak berapa jadi...hehe...

terimalah takbir raya ni kerana aidiladha 3mlm berturut2 takbir dilaungkan. -ana mula merasakan aidiladha patut lebih meriah daripada aidlfitri kerana eventnya. takbir 3hari, berbanding aidilfitri,1hari sahaja. aidiladha sembelih haiwan anám yg memerlukan satu kerjasama dari banyak individu utk menyembelih. Bukankah ini satu medium untuk memperkasa ukhuwwah?-

inshaAllah tahun hadapan andai ketemu lagi dgn aidiladha akn dirancang perayaannya dgn lebih baik lagi.

Sunday, November 14, 2010

kerana kita ada ALLAH!

bismillahirramanirrahim

apa specialnya org melayu yg beragama islam. (ada juga melayu yg xislam kan?) sebelum tu, entri ni di buat atas cetusan idea dari post melayu jgn Me-layu inshaAllah sedikit perkongsian dan cetusan idea dari saya yg faqir ilaLLAh.. mari menyoroti sejarah..sejarah islam yg da lama kita tinggalkan saat melangkah keluar dari sekolah menengah.

empayar saba' merupakan antara bukti kegemilangan tamadun manusia pada ketika itu dimana negeri saba' itu dipmpin oleh ratu balqis yg akhirnya menyerahkn diri utk mentaati Allah setelah sampai perutusan nabi sulaiman kepadanya. empayar saba' sangat masyhur sehingga akhirnya disebabkan kekufuran yg dilakukan oleh umat manusia pada ketika itu, lalu Allah menurunkan azabnya dgn hancurnya empayar saba'.(refer surah saba'ayat 32-39) lalu bermula dari detik itu, hiduplah manusia dlm kejahiliahan. runtuhnya empayar saba' meruntuhkan lagi sahsiah masyarakat. dan lebih dari itu, tiada usaha utk mengembalikan empayar yg telah hilang. ilmu tidak di timba. mereka terus terusan dlm kejahiliahan. pelbagai adat jahiliah baru yg muncul, langsung tiada relate nya dgn agama haniff yg di bawa oleh nabi ibrahim.

sehinggalah ditakdirkan, hadirnya rasulullah sebagai utusan Allah di muka bumi ini utk menyempurnakan sahsiah manusia.

"sungguh telah ada pada diri rasulullah itu suri tauladan yg baik bagimu (iaitu) bagi org2 yg mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan mereka banyak mengingat Allah" (33:21)

dalam kondisi ketandusan akhlak dan keterbelakangan masyarakat arab ketika itu, rasulullah hadir utk membersihkan fikrah manusia dari kejahilan kepada sinar iman. atas dasar keimanan, keikhlasan, semangat, dan kerja keras baginda, lalu lahirlah sosok2 pembawa risalah islam yg sama2 berjuang dgn rasulullah. antaranya saidina abu bakar, umar, ali, khalid al walid, abu sufyan, hamzah dan ramai lagi, r.A

mereka tanpa gentar menyampaikan ajaran islam dan membela rasulullah. walaupun mendapat tentangan yg dahsyat namun, dek kerana iman dan keyakinan yg total pada Allah membuatkan semua perkara menjadi mudah. segalanya dilakukan demi Allah. kesenangan dunia tidak dapat menipu mereka. penat dan sakit didunia ini pasti akan hilang namun, utk mengelakkan dari berpenat-penatan dengan menghilngkan syurga, takkan mungkin mereka lakukan. apalah sangat kerehatan didunia berbanding kerehatan di syurga? sebaik2 tempat berehat? mereka sanggup menggadai kerehatan di dunia semata2 utk kerehatan yg penuh kenikmatan di syurga kelak. yakin mereka akan janji Allah  tiada ragunya. setiap janji Allah menjadi penyuntik semangat utk mereka teguh menegakkan agama Allah.

setelah islam tertegak di madinah di bawah pimpinan rasulullah, maka saat itu terbinanya jua empayar islam di dunia. terciptanya piagam pertama didunia.yg turut diiktiraf oleh dunia hingga saat ini akan kesahihannya. (piagam madinah) rasulullah memimpin empayar islam dgn sebaiknya. penyebaran agama Islam di perluas. utusan2 di hantar kepada raja2 di negeri di sekeliling tanah arab. empayar islam bertambah luas.

bermula pula sistem khilafah selepas kewafatan rasulullah. kemudian diikuti dgn khilafah ummayyah, abbassyiah yg menunjukkan perkembangan ilmu. baitulhikmah, cordova, baghdad antara pusat2 ilmu yg terkemuka pada waktu itu. perkembangan ilmu sangat memberangsangkan sehingga jihad yg paling penting pada waktu itu adalah dgn pena. semua manusia berlumba2 utk menuntut ilmu. yg akhirnya mencetus jua kebangkitan tamadun eropah dlm bidang keilmuan dgn menjadikan sicily sebagai jambatan.

namun, ketika kebangkitan ilmu di zaman Abbassyiah ini, tidak kita dapati bahawa ada ilmuan2 yg jauh dari Al-quran, jauh dari Allah, jauh dari sunnah. para ilmuan adalah antara mereka yg sgt menjaga hubungan dgn Allah. antara ilmuan yg tersohor pada zaman abbasyiah ini adalah ibn sina. yg mana bukunya qanun fit thib telah menjadi rujukan kepada banyak universiti di dunia dlm bidang perubatan. seperti yg kita ketahui, ibnu sina telah menghafal alquran ketika berusia 10 tahun dan menjadi doktor di raja ketika berusia 18 tahun. sumber

di sini saya ingin mengetuk minda kita semua, apa yg akan dilakukan oleh kebanyakan ilmuan islam di kala mereka menemui kebuntuan dlm menyelesaikan sesuatu masalah?jawapannya adalah solat sunat. dan hubungan mereka dgn alquran sgt akrab dan lebih diakrabkan. kita pula, apa yg kita lakukan bila kite blurr utk jawab soalan assgnment?menangis, menjerit, main game, dan meniru sebagai lgkh terakhir. beginikah generasi muslim sejati?muslim professional? beginikah seorg yg mahu menegakkan islam?

tegakkan islam dlm dirimu nescaya islam akn tertegak disekelilingmu. -mustapha mashyur

apa yg kita lakukan tadi tu langsung tiada nilai keislaman. bagaimana kita ni??nk islam teregak tapi menegakkannya dalam diri sendiri pun masih gagal. lalu bagaimana utk kemudian islam itu tertegak di muka bumi ini? binalah peribadi muslim sejati yg kian rapuh dalam diri kita. binalah ia semula sekarang! bagaimana?

kembali kepada Alquran dan sunnah..kembali la kepada Allah. bayangkan bagaimana tanah arab yg dahulunya hanyalah padang pasir yg gersang, kemudiannnya menjadi pusat ilmu yg tersohor. terbinanya sistem kincir air, sistem kalendar, kajian ilmu falak(astronomi) ketika zaman kegemilangan ilmu itu dan banyak lagi perkembangan. walaupun pada kita, zaman kita lebih canggih dari mereka. tapi sedar atau tidak, secanggih-canggih kita, xdapat melawan kehebatan daya usaha dan reka cipta mereka. meekalah yg memulakan proses cari gali ilmu itu. sampai kat kita cuma perlu aplikasi je segala ilmu yg mereka kaji.

mengapa mereka boleh berjaya mencipta segala inovasi itu? kerana mereka ada Allah. wahyu yg pertama turun kepada rasulullah menuntut kita, umat islam utk membaca dalam erti kata lain menuntut ilmu. lalu atas kesedaran ini mereka bangkit dgn rasa inkuiri utk mempelajari ilmu. mempelajari keajaiban yg ada di dalam al-quran. segala yg di lakukan kerana Allah. segala hasil dari apa yg mereka lakukan di serahkan dgn setinggi tawakkal pada Allah agar Allah menerimanya sebagai satu ibadah dan jihad mereka dlm menyebar luaskan ajaran islam. bagaimana dgn kita?

nak kaji al-quran jauh skali. nk tilwah, seminggu skali..xpon seminggu sejuzuk. tadabbur atau membaca terjemahan jarang juga. lalu bagaimana mahu menjadi umat yg gemilang apabila al-quran tidak dihayati? lebih teruk lagi ditinggalkan terus tilawah tu. hidup sbg seorg islam ckup sekadar solat,zakat puasa. naik haji pon xsetel lagi.kerana, yakinkah kita segala ibadah kita tu xde cacat celanya sehingga tidak perlu utk kita menampung ibadah itu dgn amalan2 sunat yg lain?.kita ummat terbaik. kita ada Allah. ini kelebihan kita. setiap kejayaan itu harus diiring dengan usaha dan tawakkal secara total.

saya teringat ketika study week sem lepas, ada sorg coursemate saya ni, dia tumpang bilik saya utk on9 sebab bilik dia xdapat connect internet. waktu tu rumate saya tiada di bilik. hanya kami berdua. dia seorg yg sgt taat dgn agamanya(buddha). tengah2 asyik study, saya pon tgk laptop dia, cis! main game kat fesbuk rupenye! saya pun ganggu la kosentrasi dia.

saya: awak, da bape kali menang?
dia: tak da la..takda menang.main suka2 saja..
saya: oo..awak da abes study ke?
dia: x la..saya xde mood la nk blaja..
saya: kenapa xblaja ngn kwn2 chinese yg lain kat bawah?
dia: x mau la. mereka pandai, saya bodoh.
saya: eh apa cakap camtu! pointer awk sem lepas bape?
dia: rendah!!saya la chinese yg paling bodoh tau..
saya: eh apa la cakap camtu..
dia: betol! saya kagum la tgk org melayu..
saya: knp?
dia: korang kan macam mana bole pandai dlm study?
saya: maksudnya? chinese lagi pandai kan?!
dia: kami org cina, nk pandai kena blaja macam org gila tau! itu siong ah, mmg blaja macam org gila. tapi org melayu macam tu jugak ka?
saya: ye la. mana ada kejayaan yg dtg bergolek. kena la study dgn susah payah mcm tu..
dia: bukan3...kami org cina, study rasa macam xckup masa. tapi org melayu kenapa bole pandai walaupun study sikit? korang kan kena sembahyang, satu hari 5kali. nak solat tu lama kan? pastu korang baca quran lagi, ada masa ke nk blaja?saya selalu fikir ttg ni. ckup ke masa mereka utk blaja?
saya: solat tu dah jadi something compulsory bagi kami org islam. x bole la jadikan solat tu sbg alasan utk x blaja dan x excellent...tapi x semua pn org melayu yg excellent...
-tamat perbualan-

selepas dari pertemuan tu, kami berkongsi satu rahsia. hanya Allah dan kami yg tahu..haha..tapi walau apa pun saya mendapat pengajaran yg sgt besar dari dia..benarlah apa yg dia katakan. dan kebenarannya diperkuat lagi dgn sirah para sahabat, sejarah para ilmuan islam yg berjaya dlm hidup mereka dgn menjaga hubungan dgn Allah. dan diteguhkan lagi dgn firmannya:

wahai org2 yg beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya di akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.-(47:7)

maka, jadilah kita penolong2 agama Allah dgn menegakkan syariat ini. jgn islam itu jadi terhina dek kerana akhlak kita. islam tehina bila kita sendiri yg menghina islam dgn sedar mahupun tanpa sedar. mendustakan segala garis panduan yg di syariatkan dlm islam merupakan antara perkara yg mendustakan agama. lalu, bermula dari saat ini ayuh bersama berubah! jika mahu pertolongan Allah itu sampai, ayuh kita menjadi penolong agama Allah dulu. tegakkan islam dlm diri. seorg pelajar yg muslim tidak hanya berada di universiti utk mengejar 4.0 dan kerjaya semata2 tapi, utk mengejar redha Allah. utk bersama dlm perjuangan menegakkan islam.

 inilah lebih nya kita org islam, kita ada Allah. mohonlah segalanya pada Dia. jangan pernah menjadi tuhan walaupun utk diri sendiri. usaha kita bukan penentu 4.0 flatnya kita. hiduplah dengan ber"rabb" kan Allah.
bila mana anda melakukan sesuatu yg Allah larang, ingatlah, dosa itu ibarat gunung yg akn menghempap kita pada bila2 masa. jgn la dosa itu di "treat" spt lalat yg singgah di hidung, hanya kuis sedikit da lari lalt tu. tidak! dosa x sperti itu! jangan bermaksiat. jangan bermalas-malasan, jangan beralasn, jangan mendustakan kalam tuhan!

sesungguhnya org2 yg mendustakan ayat Kami, dan menyombingkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu2 langit bagi mereka [doa dan amal mereka tidak diterima Allah] dan mereka tidak akan masuk syurga sebelum unta masuk ke lubang jarum. [mereka tidak mungkin masuk syurga seperti mana tidak mungkinnya unta masuk ke lubang jarum] demikianlah kami memberi balasan kepada mereka yg brbuat jahat. - (7:40)

sedarlah, kemaksiatan itu adalah satu pendustaan terhadap ayat2 Allah. dan Allah mengancam bahawa segala amal dan doa kita tidak akan diterima bahkan lebih dahsyat lagi, kita akan menjadi penghuni neraka yg azab itu selamanya! hentikanlah segala pendustaan kita terhadap ayat2 Allah. jangan lagi beralasan dan berdalih sudah termaktub begitu hukumnya, maka patuhilah! jgn tertipu dgn keseronokan dunia yg akan membawa kita kepada azabnya neraka kelak.

sekian perkongsian..wallahua'lam

Monday, November 8, 2010

ya Allah didiklah aku..bhgn 3

bismillahirramanirrahim
tarbiyyah sgt sinonim dgn pengorbanan, tiada tarbiyyah tanpa pengorbanan. semenjak dari awal proses pentarbiyyahan saya dia ajar utk berkorban. walaupun kadang2 lambat juga faham dan mengaplikasikannya.

"salam,adik hujung minggu ni planing jaulah IPT kita jadi tau. papehal nanti akak contact",

jaulah IPT.itulah program pertama saya setelah hampir sebulan di tarbiyyah. jaulah ke UUM je. ingatkan ada pengankutan disediakan rupa2nya pengangkutan awam yg tersedia..tapi walau apa pn saya sangat menghargai moment itu. dalam bas kami bertaaruf dengan kakak2 UUM dan student KMK sendiri yg join jaulah tu. di sini, sebenarnya bukan hny saya yg berkorban masa study utk memenuhi program itu bahkan kakak UUM yg menjadi "pengiring"pun turut berkorban.

seperti yg semua maklum, student IPT sibuknya dalm study 2kali ganda atau lebih berbanding student matrix. (matrix 3subjek.kat IPT paling sikit 7subjek). jadi mereka jua mengorbankan masa study mereka. program yg tidak membuahkan sesuatu yg sia2 kerana sgt byk ilmu yg dipelajari melaluinya. di situ saya menambahkan kefahaman saya ttg study krn Allah. di sini, nampak bukan utk mendapat sesuatu ilmu tu mmg perlu berkorban. dan apa yg kita dpt dgn ssh payah pasti sukar bukan utk kita lepaskan.

beginilah setiap kali jika hujung minggu.pasti di isi dgn program2 tarbiyyah yg meambah dan mengukuhkan kefahaman ttg sesuatu ilmu. ketika berprogram antara perkara lain yg diuji pengorbanannnya adlah wang. selaku student matrix yg elaunnya xsama macam biasiswa kat IPT ni, maka dulu saya ni sangat kikir. Sukar utk saya mengeluarkan wang saya bagi tujuan selain study. sebab itu la pesan ayah sblm tinggalkan saya kat matrix masa hari pendaftaran tu,

"elaun tu manage betul2..mummy ngn ayh xde duit sgt. baby nk smbung blaja, gienie ngn pearl skola lagi. duit tu cermat2 belanja. beli buku ngn makan je."

saya ingat pesan tu...saya kan xpenah blaja sejauh itu dan ditambah dgn tiada saudara mara bedekatan , jadi kalau kehabisan duit sewaktu tempoh belajar, saya akan menghadapi masalah besar. pada siapa saya nk minta duit? masa tu pun xtau pasal transfer2 duit ni..jadi, bila pergi program di luar pasti kena bayar. pengorbanan kami diuji secara berperingkat. mungkin ini mmg di atur oleh murobbiyah. mula2 bayar duit makan yg agak mahal la juga padahal makanan tu dimakan berkongsi. tapi harganya mcm mkn sorg (xtau la kalau saya je yg rasa mcm tu sbb kedekut sgt). kemudian, balik dari satu prgram ni tiba2 murobbiyah tu minta duit sorg RM3  kalau xsilap utk duit minyak. 5 penumpang=RM15 dari arau ke changlun..huhu kalau keta ana yg pakai NGV tu rm 15 bole pakai 2minggu... kemudian setelah itu x la pulak saya berazam utk x mau ikut halaqah sbb xmau kua duit. bahkan, selepas program tu, murobbiyah akn bagi pengisian yg buat kita rasa nk lagi dan lagi walaupun utk lagi dan lagi tu perlu wang dan masa.

"berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

kak, macam mana ea kita nak ikhlaskan diri dlm buat kebaikan?
maksud anti?
contoh macam skang ni la. walaupun ana da ada kt dlm bas ni ana still jugak rasa xikhlas utk pergi program ni. sebab tambang bas mahal sgt.
hmm..anti tgk ni.. (di hulur al -quran surah at-taubah ayat 41)
oo..hmm..
faham da? Allah suruh berangkat jua. walaupun dgn rasa berat. dan yg pertama tu disuruh supaya berangkat dgn rasa ringan. macam mana kita nk didik diri utk berangkat di waktu rasa ringan jika bukan dengan waktu terasa berat? kalau kita da terbiasa berangkat dgn rasa berat, maka bila waktu senang, lagi2 la perlu utk berkorban dan inshaAllah dgn didikan dari rasa berat itu jua membuatkan mudahnya utk berangkat ketika senang. relatekan dgn 2:216 yg antunna suka sgt dlam halaqah tu..

saya merasa lega dan stabil setelah itu. pasti ada hikmah di sebalik semua ni...walaupun kita xsuka sesuatu perkara tu, belum tentu lagi yg kita xsuke tu x baik utk kita.. walaupun saya perlu ke perak utk menghadiri program integrate zon (KMPk, KMPP, KMK) selama dua hari satu malam sahaja, tapi saya xmenyesal dengan pelaburan ini. walupun saya tau waktu hujung minggu tu pasti rumate2 saya sedang pulun dgn study mereka smentara saya , di sini. tapi saya tetap bahagia mengorbankan masa study hujung minggu saya utk sesuatu yg lebih bermakna ni.

walaupun saya sibuk menyibukkan diri dgn aktiviti2 halaqah, tapi saya tetap nk buktikan kat rumate2 saya yg benda ni xkan men"decline"kan performance study saya bahkan ia adlah satu catalyst utk excellent! yg mana dlm industri, catalyst dpt mempercepat sesuatu proses dan seterusnya meningkatkan produktiviti industry tersebut. begitu la yg saya aplikasikan pada study saya. makin pergi halqah, makin flying colors performance kita. bagaimana?

dlm halqah kita diterangkan ttg kpentingan tahajjud dan betapa efektifnya waktu tahajjud tu utk otak.

"sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan" -(73:6)

jadi, kita kena rebut peluang ni. bangun awal utk tahajjud, kemudian susuli dgn study. inshaAlllah efektif waktu ini utk study. dan kita pun da faham dalam halaqah ttg study krn Allah. jadi sebenarnya itulah yg menambahkan kesungguhan kita dlm study. org lain mungkin sehari tidurnya 6-7jam. tapi saya selaku org yg ditarbiyyah dikalngan rumate2 saya, maka saya perlu kurangkan tidur saya. mengorbankan waktu tidur pula utk study. tapi kalau tengok kisah ibn rushd, dia xpenah tidur atas katil(tempat tidur) sebab kecintaanya pada ilmu membuatkan dia tidur atas buku2nya..dan pasti tidur dlm keadaan itu xkan lama dek kerana ketidakselesaanya. dan jika ditelusuri pula kisah imam al banna rahimahullah ketika hayatnya, ada seorg sahabatnya mengatakan bahawa beliau, imam al banna tidak tidur. tapi, imam albanna mengatakan bahawa sebenarnya dia tidur. "aku tidur selepas engkau tidur dan aku bangun sebelum engku terjaga"...ini menambah lagi kesungguhan utk mengorbankan tidur kerana org2 yg mmg cita2 nya utk melihatkan tertegaknya islam di muka bumi harus melakukan pengorbanan ini.

"kerehatan bagi seorg muslim adalah aib baginya"-imam ahmad bin hanbal

pengorbanan ini zahirnya tampak susah pada awalnya tapi diakhirnya dan dipertengahnnya mmg mmudahkan dan menguntungkan kita. sebab kita menjadi org  yg lebih prepare lagi stdy nya berbanding org lain sbb kita tau kita xde byk mase utk study laz minit. dan hasilnya, kalau quiz dan UPS, xperlu nk pulun sgt mcm org lain utk stdy sebab kita da prepare..blaja utk igt...blaja utk Allah. bukan blaja utk lupa dan exam semata.

seperti jua catalyst, harganya mahal, cara nk kendalikan in term of the molarity need to be injected to the process unit itu bukan kerja yg mudah.perlu kepakaran tertentu. maka, di awal peringkat utk penggunaanya pasti hadapi masalah dan kesukaran termasuk utk memastikan pembekalan catalyst itu sustain. tapi, once bila kita dapat catalyst yg sesuai, intensity yg sesuai utk sesuatu proces, org yg pakar dlm mengendalikan proces unit tersebut, maka setelah itu kerja akn jadi mudah dan menguntungkan. seperti yg kita tahu, catalyst provide an alternative path for the process to occur more easier. ini akhrnya menyumbang kepada produktiviti yg tinggi dan seterusnya untung berlipat kali ganda jua buat yg berusaha utk me"run"kan proses ni. segala susah payahnya utk memulakan proses ini x sia2. walaupun hasil yg akn dia dapat itu lambat, tapi yakinlah bahawa setiap kesabaran dan pengorbanan itu akan terbayar

ini merupakan post yg terakhir utk tajuk ni,. jadi sebagai kesimpulan, banyak perkara sebenarnya yg kita pelajari dlm tarbiyyah ni sama ada secara langsung (dlm halaqah  atau pengisian ketika program) atau tidak (melalui fenomena2  semulajadi disekeliling kita). tapi saya sendiri sangat menghargai tentang pengorbanan ini. kerana kefahaman yg baik tentangnya dan usaha untuk mempertingkatkan lagi kefahaman itulah yg akan membuatkan kaki kita akan terus teguh menapaki duri2 dan ranjau dlm tarbiyyah ini.. matlamat kita satu, mengembalikan khilafah yg hilang. dan utk memurnikan matlamat tersebut, ia perlu proses dan procedure. semua manusia yg punya matlamat yg sama juga punya proses dan procedure masing2 mengikut kefahaman dan keyakinan masing2 yg tidak bertentangan dgn al-quran dan sunnah. semua org berijtihad utk mencari jln yg terbaik. semua nya kita serah pada Allah utk menilai. jadi jgn lah ada saling cantas mencantas antara satu sama lain.berlapang dada dan saling berkerjasamalah utk matlamat yg satu ini.

"Allah telah menjanjikan kepada org2 di antara kamu yg beriman dan yg mengerjakan kebajikan, bahawa Di sungguh akn menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan org2 sebelum mrk berkuasa, dan sungguh dia akn meneguhkan bagi mrk dgn agama yg tlh Dia redhai. dan Dia benar2 mengubah (keadaan) merka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap menyembahKu) dgn tidak mempersekutukanKu dgn sesuatu pn. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka ereka itulah org2 fasik." (24;55)

janji Allah ini pasti berlaku sepanjang masa bagi org mu'min yg beramal soleh. akhir kalam, jazakillah khaeyr sudi melapangkan masa membaca tulisan saya yg masih xmatang ni.dan tetap setia menunggu sambungannya. saya baru saja berjinak2 utk menulis jadi jika apa yg diharapkan tak tercapai dlm post ni, maka saya dahului dgn asifah jiddan ála kulli hal... (preferred to read the most rather than write. tapi sampai bile mau jadi penumpang bukan penunggang ) marilah memupuk buadaya membaca dan menulis.

Saturday, November 6, 2010

Tinta kehidupan.

bismillahirramanirrahim

4 november 2010. Selepas magrib di puncak alam, lebih tepatnya di rumah kak gee, itulah utk terakhir kalinya arwah mak ngah bernafas di atas muka bumi ini. Arwah da lebih kurg 2 bulan di masukan ke hospital. Dan akhirnya pada detik itu Allah mengambilnya semula. Dua hari sebelumnya kak gee infom, yg arwah da discharge dari hospital dan da bole makan n buang air. Berita itu amat melegakan hati kami sekeluarga. Namun, pada 4 november 2010 selepas maghrib, mummy dapat satu panggilan dari kampung. Gienie yg angkat.  “assalamualaikum, pak cik ke ni?” dak wan menelefon, “bukan. Ni anak pak cik. Pak cik tgh solat”gienie membalas. “owh ye ke? Nanti cakap ngn ayah, mak ngah dah xde”.. dak wan mengkhabarkan dgn penuh kesebakan. Terdengar suaranya mnahan tangisan. Ayah lebih sedih! Sebab ayah adik kesayangan mak ngah, ayah antara anak yg paling disayangi di sebelah kuarge ayah. Ayah rasa ralat sangat sebab x dapat bercakap ngn mak ngah. Ayah cakap, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu..  patutnya ayah telefon arwah tanya keadaan dia. Ya Allah, kenapalah ayah x telefon arwah..”shinju hanya mampu terdiam. Mencerna satu persatu patah perkataan yg diungkapkan ayah. Shinju baru pulang dari UTM. Dapat sja berita kmatian tu, shinju terus mengambil kputusan utk pulang ke rumah. Padahal minggu lepas shinju da balik, dan shinju da ckp pon yg shinju x balik da sepanjang minggu exam sampai habis exam nanti sebab shinju nk fokus study di kampus. Lebih kondusif beranding di rumah. Namun, berita belangsukawa itu membuatkan shinju tidak stick pada plan shinju. Shinju balik jua. Mummy pasti memerlukan semua anak-anaknya pada tika ini. Mummy paling tapat dengan mak ngah berbanding mak2 sedara yg lain. Mak ngah banyak sgt berjasa pada kami sekeluarga. Dari kami kecil lagi kami sendiri melihat di saat adik beradik ayah yg lain x mampu tolong kuarga kami, mak ngah setia membantu sebanyaknya. Macam2 da mak ngah dan pak ngah lakukan utk tolong kami sekeluarga. Pada april lalu, ketika study week shinju sem 2, arwah pak ngah dijemput menghadap ilahi. Dan hari ini, ketika study week jua, arwah mak ngah meninggalkan kami utk selamnya. 7 bulan selepas pemergian arwah pak ngah, arwah mak ngah pula menyusul. Pada malam 4 nvember tu, kami sekeluarga diselubungi kesedihan. Esok paginya, terus kami bersiap2 ke kampung di alor gajah, melaka. Bertolak jam 8 pagi dan sampai jam 10 pagi. Biasanya ayah mengambil masa lebih kurg 3jam utk smpai ke kmpg. Tapi hari ini, ayh bwak keta dgn sgt lajunya. Ayah takut xsempat nk cium   pipi arwah. Terngiang-ngiang kata2 ayah mlm tadi, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu”..tangisan kami sekeluarga suda reda pada pagi tu. Sesampainya sahaja di rumah arwah, shinju memimpin mummy masuk ke rumah. Berasak-asak dgn org ramai yg bertandang. Shinju menolong mak supaya dapat celus dlm kerumunan manusia itu utk berada di sisi jenazah. Seorg demi seorg mencium jenazah, tiba giliran mummy. Berderai airmata shinju menyaksikannya. Mummy peluk jenazah. Usai mencium jenazah, shinju dapatkan mummy. Shinju peluk mummy. Mummy nangis je. Kemudian, dtg sorg mak cik ni pada mummy. Shinju xkenal makcik tu. Dia peluk mummy. Dia tahu mummy adik ipar arwah. Mummy cakap sesuatu pada makcik tu dan shinju dapat ,menangkapnya walaupun di tengah kebisingan org ramai. Satu perkara yg pasti… yang membuatkan tangisan shinju semakin deras.. “pergi da arwah meninggalkan kita. Saya sama umo dgn dia”makcik tu menyapa mummy. “Allah sedang ingatkan kita yg giliran kita xlama lagi”mummy membalas. Mak cik tu terus peluk mummy. Ya Allah shinju Cuma ada satu je mak dan ayah di atas muka bumi ni. Ya Allah kurniakan shinju kekuatan dan kesabaran utk senantiasa menyenagkan hati mereka…
Tangisan yg sedang mereda kembali berombak..shinju kena kuat! Shinju xbole nangis! Tapi shinju tewas. Walaupun pada malam sebelumnya shinju da janji utk xmenagisi pemergian ni di rumah arwah. Tapi perasaan sedih tak tertahan, air mata x terbendung. Akhrnya tmpah jua air mata shinju di rumah arwah. Gienie pn teresak menagis. Dia kesian tgk mummy nangis. Sbb spanjang hayat kami, xpenah kami tgk mummy nagis macam tu. Mummy, u are such a strong mother! Mummy xcepat melatah dek musibah yg melanda. Mummy mmg sabar. Mummy byk memndamkan perasaan berbanding meluahkan. Menangis? Hari raya pn kami x penah lihat mummy nangis. Terakhir kali adalah ketika melepaskan kakak utk di jaga suaminya ketika majlis akad nikahnya 2tahun lepas.
Semua anak2 arwah, menantu dan cucu2 nya mencium arwah. Tapi sorg x cium lagi. Dak boy. Sume org cari dak boy, tapi pak lang kata xpe la. Kite terus je solatkan jenazah. Kak gee, cepat memotong, “xbole! Kena panggil dak boy. Mane dak boy?”anak pak itam segera mencari dan memanggil dak boy. Dan akhirnya jumpa jua. Ketika menunggu dak boy,  shinju sempat melihat kepada sepupu2 shinju, ank2 makngah. Dak sir mmg nampak sgt sedih. Dia tgk je jenazah mak ngah tanpa memandang ke tempat lain. Mukanya merah, pipinya basah dngan air mata. Kemudian shinju mencari kelibat dak wan, anak bongsu mak ngah. Sebaya shinju. Shinju nampak dia kat pintu. Wajah xbermaya. Mata memerah, sembap..semua ank2 arwah menagis termasuk menantu3nya. Kecuali abang haris, suami kak gee, dan dak boy. Dak boy xmenagis pn waktu mencium dan mengebumikan arwah. Dak boy yg kambuskan tnh arwah. Setitis air mata pon tiada.
Tapi tadi ktika kami mau berangkat pulang ke johor,  kak gee slm mummy. Dia peluk mummy. Berderai tangisannya dibahu mummy. Walaupn tika itu sudah hampir 3jam jenazah dah dikebumikan. Kami yg menyaksikan pun turut menangis. Abang haris salam ayah. Dia peluk ayah. Dia menagis dlam pelukan ayah. Tapi ayah xmau terlalu emosi. Ayah segera meleraikan pelukan dan menepuk2 bahu abg haris. Giliran dak boy pula selepas itu. Belum sempat dia menylam ayah, air matanya berderai.shinju sendiri perhatikan dia. Ayah peluk dia. Dia mmg ank sedara yg ayh syg. Dan seperti jua dgn abg haris, ayh xpeluk dak boy lama. Rumah tu sudah tiada tetamu lain selain saudara mara terdekat. Sepi rumah tu. Hanya esak tangis kedengaran sewaktu kami berangkat pulang. Ayah mmg tabah. Shinju tahu ayah la antara insan yg paling terasa kehilangan arwah berbanding kami adik beradik. Sebab ayah adik kesayangan arwah, stiap kali balik kampung, xpenah ayah skip utk bertandang ke rumah arwah. Kak gee tahan ayah di pintu rumah. Kak gee peluk ayah. Kak gee pesan, “pak cik jagalah kesihatan. Andai ada kesempitan hidup, kogsi dgn kami. inshaAllah kita anak beranak akn saling membantu..tangisan abg haris dan dak boy semakin deras. Shinju jua xtertahan air mata. Di kejauhan, dak wan jua menangis..senakal-nakal sepupu shinju tu akhirnya menagis jua… Dan saat itu tumpah jua air mata ayah. Setelah lama ayah menyimpannya. Ayah balas plukan kak gee. Shinju nampak ayah nangis. Tapi ayah x mudah terlarut dengan emosi. Kami berangkat dengan genangan air mata. Selepas ni rumah tu da tiada penghuninya. Sebelum ni dak wan dan mak ngah mendiam di situ. Namun, utk kebaikan dak wan, dia perlu tinggal dgn kak ina. Xtahu la bagaimana raya tahun ni. Puan , atuk, mak ngah dan pak ngah da xde. Dulu mase puan da meninggal, kami pulang ke melaka melawat mak ngah dan sedara2 ayh yg lain. Tapi tujuan utama ke kampung adalah ziarah mak ngah. Skang..da xmcm dlu. Semakin shinju merasa takut kehilangan mummy dan ayah.. x tau bagaimana akn shinju hadapinya…  ya Robb yg Maha pengasih,kasihilah keduanya..ya Allah cucurilah rahmah dan maghfirahMu buat  arwah. –al fatihah buat fatimah bt kassim-

Tuesday, November 2, 2010

ya Allah didiklah aku..bhgn 2

bismillahirramanirrahim

terima kasih kepada adeq dan dr.mujahidah yg memberikan komentar membina! alhamdulillah masalah iktilath sudah semakin berjaya dikendlikan dengan baik. pertamanya haruslah sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmat Allah utk sentiasa mmelihara hati kita dan keduanya, harus tegas dan bertindak sewajarnya didalam muamalat tersebut agar tidak terjadi fitnah. mata yang memandang terlalu bnyak, hati yg berprasangka pun banyak. sama ada prasangka baik atau buruk. semua manusia menilai diri kita. hakikatnya Allah sedang menilai tarbiyyah yg tertanam dalam diri kita. kehidupan ini mmg satu ujian utk Allah mengetahui siapa antara manusia itu lebih baik amalnya.
"yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapa diantara kamu yg lebih baik amalnya.dan Dia Maha perkasa Maha pengampun" (Al-mulk:2)


begitulah kehidupan. harus sabar dan sentiasa memohon perlindungan Allah dari pkra2 yg di murkainya. 
penceritaan diteruskan,

seterusnya saya belajar ttg pengorbanan dalam halaqah, then, ditayangkanlah kepada kami sewaktu sem 1 di matrix video2 palestin, kerosakan ummat islam di Malaysia, sikap umat islam yg xsensitif dgn persekitaran yang mana video2 tu telah mencetuskan satu perasaan, dan semanagat! revolusi kebangkitan untuk menyedaran manusia dari kelalaian mereka harus segera dilakukan! bermula dari diri sendiri dulu.sampai bila saudara kita di palestin harus menelan kepahitan dan keserakahan israel laknatullah?! umat islam ibarat satu tubuh jika satu anggota terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggotanya. jika saudara kita di palestin kita ibaratkan  tangan kita, seperti mana dlm hadis tesebut maka andai tangan itu ditoreh dgn parang yg tajam, nescaya seluruh anggota badan kita akan berkongsi kesakitannya! bukan hanya tangan yg sakit, seluruh badan jua sakit.

 lalu, kita di sini, di Malaysia ini adakah kita merasa seperti mana yg disabdakan rasulullah dalam hadis tadi? apakah kita menyelami dan cuba menghayati kesusahan yg dihadapi oleh saudara kita di palestin? apakah yg dikatakan dengan menghayti? mari kita telusuri analogi ini.

 jika tangan yg ditoreh dgn parang tadi dalam kelukaan, apakah yg akn dilakukan oleh anggota2 lain? pastinya impuls di hantar ke otak untuk mengambil alatan yg akan bisa memulihkan luka yg dlam itu kn? lalu bkerjalah kaki, mata, tangan yg lagi sebelah untuk mencari ubat bagi megurangkan kesakitan, wajarkah kalau kita nk hilangkan kesakitan tu kita duduk sahaja menangisi kepedihan itu dan mengharapkan org lain yg datng utk merawat kita? mengharapkan ah chong, chandra, barbara, clarissa utk dtg rawat kita? entah bila la mereka akan datang. kalau datang pon pastinya sangtlah lambat.  untung je kalau dorg nak rawat. kalau mereka enggan?

jika kita sendiri ada kemampuan untuk merawat luka kita, kenapa mesti kita duduk sahaja?menuggu org lain yg memulihkan luka tu? kenapa tidak kita lakukan kolobrasi dengan seluruh anggota lain yg tiada cacatnya utk memulihkan sebelah tangan yg terluka?dan secara logiknya pon inilah yg akan berlaku. bila tangan kita tertoreh, kita akn gunakan segala kudrat yg termampu ada dlm diri kita untuk merawatnya tanpa perlu menunggu org lain yg rawat.

 begitulah umat islam hari ini. jika umat islam di palestin, xin jiang, naratiwat dan mana2 lagi bumi2 di mana umat islam tertindas, maka kita harus bangkit utk berkolobrasi! andaikanlah malaysia ni kaki, arab saudi mata, dan palestin yg terluka itu tangan kita yg tertoreh. apakah kita tegar untuk membiarkan tgn itu kelukaan sendirian? apakah kita sebagai angota lain pada tubuh yg sama xdapat merasakan kesakitan itu? bagaimana jika kita bertukar tempat? malaysia menjadi tangan yg terluka, palestin menjadi kaki. kalau palestin xmahu bergerak utk mencari ubat, maka kesakitan la kita! walupun kaki jua berkongsi kesakitan , tapi tangan yg mengalami itu merasa lebih lagi sakitnya.

apa yang boleh kita lakukan untuk saudara kita di palestin? pertama doakan mereka dlm setiap solat anda, doakan jua kehancuran buat israel laknatullah! kemudian ambil berat ttg keadaan mereka di sana dan sampaikan perkara itu pada coursemate, jiran dan sesiapa sahaja disekeliling anda. dan yang terakhir dan tidak kurang penting adalh boikot barang2 israel. contohnya starbucks, McDonald, nestle, (nescafe, milo, coco crunch, honey star, nesltle corn flakes, kit kat dan banyak lagi. tgk2 la siapa pengeluarnya) ni ntara contoh yg selalu kita makan.

dulu saya pon susah juga nk boikot ni sbb barang2 boikot ni mmg murah2 dan sng nk dapatkan. tapi percayalah sedikit pengorbanan masa dan wang kita utk mcari y xboikot, itu semua adalah pahala. anggaplah itu infak kita dlm memperjuangkan nasib saudara di palestin. kerana itu jangan cari barang2 keluaran org bukanislam. sebab kita nk berinfak, maka carilah barangan buatan melayu islam. dapat jua kita memajukan industri kecil sederhana di Malaysia ni. sekarang pun da banyak pengusaha2 mkanan melayu. dan yg paling tersohor sekarang adalah HPA industries sdn bhd. kalau ada kemampuan yg lebih, berbelanjalah di mana2 cawangan HPA berdektan kediaman anda.di sini ada link utk mengetahui lebih lanjut ttg barang2 boikot dan salasilahnya, boikot israel dan amerika



setelah di beri kefahaman tentang itu, barulah saya mula memboikot dan menyebarkannya pada teman2. kemudian ujian ttg pengorbanan x terhenti hanya di situ, akn besambung.nk study pula..

Followers