Thursday, December 30, 2010

sanah helwa!!

bismillahirramanirrahim

kembarku


buatmu ukhti yg ku sayangi, lagu ini ana tujukan kepada ant...teman, kawan, sahabat, akhwat yg selalu ana rindui..jazakillah khairan jaza' ats ingatan tulus ikhlas ant di hari kelahiran kita pada hari ini..buatmu, ukhti Raja Noor Suria binti Raja Ramli, selamat hari lahir! moga kita bisa ketemu lagi..

Celebration di KMK


masih ingat lagi malam 29 disember itu? hari yg genting..exam semakin mendekat..ant pinjam laptop ana, pastu konon2 la kata laptop ana kena virus, tak boleh nak on, sebenarnya ana dah suspek sesuatu dari gaya penyampaian ant dan shikin..hehee..surprise tak jadi la...haha..detik 12tgh malam, berdatanganlah akhwat2 yg di sayangi ke bilik ana.. masih dalam simpanan ana video pada malam itu...so sweet moment!
masih ingat kad ucapan ni? di tampal kat notice board kat masjid khulafa ar-rasyidin, KMK

yana yang buat kad ni. sangat indah perkenalan di sana. moga ukhwah yg terjalin berpaksikan redha Allah semata, dan moga menjadi peneman ke jannahNya..-hidup geng matrix semalaysia batch 06-07-!!

Terima kasih!!

buat sahabat2, dan kaum keluarga yang menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran buat shinju, melalui facebook, ym, sms, email dan blog, terima kasih banyak-banyak! terima kasih atas ingatan.. buat abang dan kakakku, yang berhempas pulas mengenakan shinju kat fb mlm tadi, TERIMA KASIH diucapkan! -zierah n wansan-  terima kasih ye...da 3tahun lamanya tak mendapat hadiah dari kalian! huhu....

1st caller

buatmu, ukhti yg dicintai fillah inshaAllah, jazakillah khairan jaza' sebab sanggup menunggu detik 12am utk wish ana melalui telefon. ana tau ant penat kan..hari ni pun ada kelas pagi..i'm really appreciated it! sangat sayang ant!! doakan impian ana, yg ana cakap ngan ant malam tadi..

Berbanggalah!

buat insan yg bernama mummy, terima kasih kerana melahirkanku! tahniah kerana menyambut laboring day 2 hari berturut-turut! esok laboring day iwan pula.. kepada abangku, wansan anda patut berbangga kerana PM mengisytiharkan hari lahir anda sebagai PH tahun ini! wow!!! very impress!!! balek le johor!!cuti lame..
"insan yang TEGUH..menjadi contoh buat diri"

Harapanku

moga pada umur ini, shinju akan lebih kuat menghadapi hakikat kehidupan, dan terus diberi kesabaran yang tinggi dalam menghadapi hidup yang sangat banyak komplikasinya, terutama bila bawa kereta..-pearl doakan ye- semoga study juga akan lebih gencar seiring dengan dakwah dan tarbiyyah! moga mutarabbi yang ada jua sama-sama kita terus meningkat kefahaman tentang islam dan seterusnya membuahkan amal islami yang banyaknya lantaran kefahaman itu..inshaAllah..

ingatan buatmu palestina

buat saudara saudariku yang telah terlupa sejenak tentang khabar saudara seakidah kita dibumi palestin yg sedang bergolak, sama2 kita mendoakan kemenangan dan kesabaran buat tentera2 Allah yg berjuang bermati-matian di sana demi mendaulatkan agama yang suci ini! perjuangan kita di sini adalah memfaqihkan diri akan ilmu tentang islam..(9:122) walaupun kudrat kita tak mengizinkan kita berjuang secara fizikal di sana, namun perjuangan menyedarkan saudara seakidah di sekeliling kita akan kepincangan yang berlaku di palestina, bumi barakah akan menjadi bukti bahawa kita turut sama dalam perjuangan menegakkan agama yang haqq ini..inshaAllah..viva palestina!!!! BANGKITLAH AYUHAI MUJAHIDUN!! SEDARLAH DARI KELENAANMU WAHAI PEMUDA PEMUDI HARAPAN AGAMA!! sejenak mencerna di sini

sekian...masih tak dapat kek lagi ni...

Wednesday, December 29, 2010

countdown!

bismillahirramanirrahim

menuju 30 Disember... signifikan tarikh ini...highly appreciated thanx to:

boboy..thanx sebab repair air cond kereta aq..neway, actually no thanks kan coz ko yg kasi rosak air cond tu..hehe... sepanjang "percutian" seminggu ke perak, i dreaming that bile sampai2 kulai je kereta viva menunggu..cheh berangan jew! xdapat keta baru pn xpe...da btolkan air cond keta wira tu pn da ckup bagus! good job my bro!! teruskan....!
-boy, aq xde gambo ko la....yg xensem ade le..-

iza...thanx for the choc...i like beryl's! mesti g kat kilang beryl's serdang kan? akak pnah wat plan visit kat situ mase 1st year dulu...neway, nice sangat the gift!

to my ex dorm-mates, hazwana atika abu thanx for the wish ea...belum tiba hari lagi org tu da bagi2 signal kat kite..neway thanx ye..xtau la budak2 wanted dorm yg lain igt ke x my bufday..huhu...sayang ko!!

to my dad, thanx for giving me ur trust utk bawak keta ke jb malam2 even tak dapat sampai ke destinasi disebabkan kelembapan yg terlampau..hahaha...love u ayah!! tak sangka ayah berani nak naik keta ngan kitorg ke jb...malam2 pula tu..
ni kredit utk efan skali...efan yg comel kecik3.da beso tak berapa comel...

special thanx jugak utk iwan yg tak lupakan kami semua kat kulai ni..especially aq...honestly, i'm a bit dissapointed la mase ko gtau tiba-tiba tak jadi balik kulai on our bufday..huhu..baru je berangan nak celebrate sesama..da la da lama tak celebrate bufday kat uma..huhu..takpe next time.. neway thanx ea bantu bagi fulus nk bayar duet p1..hehe..sudah kekeringan le saye since akhir sem aritu..da setel da bill p1 sampai bulan januari aq bayar!


Sunday, December 26, 2010

Engkau aku dia dan Dia

bismillahirramanirrahim


Kau tetap menemaniku walau bertandang 1001 mehnah ujian
Kau tetap menemaniku walau kebosanan terus membungkam
Kau tetap menemaniku walau hatimu digamit gumpalan kesedihan
Segalanya tetap kau simpan sendirian
Menjadi rahsia hatimu utk kau kongsikan dgn Ar-rahman

Episod suka membuka tirai
Menghalau kesedihan dan menjemput kegirangan bertamu
Kini kau sedang berbahagia dan aku dalam kesedihan
Ku mengerti segala kesedihanmu sebelumnya namun tidak engkau
Duka dihati ku selimuti dengan senyuman
Tangisku, rintihku dalam kalbu ku sirat dengan tawa girang penuh kepahitan
Ku tak kau mengerti, mereka tak ku fahami
Walau bukan pintaku untuk difahami lantas dimengerti..

Simpan dan terus menyimpan
Pendam dan terus memendam
Hatiku remuk redam saban malam
Namun pahitnya di matamu kelam
Biarlah segalanya terus ku benam
Di lubuk hatiku yg terdalam

Lalu Dia yg mahu mengerti aku
Lalu Dia menghadirkan dia dalam episod hidupku
Untuk menyuntik segunung ketabahan
Walau engkau terluka buat sekian kalinya
Apa yg mampu ku lakukan?
Apa yg engkau mahukan?
Segalanya telah ku serahkan pada Dia
Hanya yg terbaik mampu cuba ku dapatkan
Mengertilah…….

Aku butuh dia yg dihadirkan Dia
Yang mengerti aku dan travelog ini
Tapi engkau tetap dengan rajuk hatimu
Terus-terusan diulit kesedihanmu..
Kufahami itu, ku tahu masa yg berlalu pasti bisa merawatmu
Merawat kesedihan yang mengabungimu itu..

Kini kita sedang menuju destinasi yg kau mahu
Namun riak kesedihan masih tersisa pada wajahmu
Apa yg mampu ku lakukan?
Apa yg kau perlukan?
Ku yakini masa yg berlalu kan merawat dukamu itu
Aku mengharapkan hanya kebahagiaan
senantiasa bertandang bertamu di relung hatimu
kerna kisah aku, kau, dia dan Dia dalam travelog ini
menitiskan mutiara berharga dari kelopak matamu tiada hentinya
menoreh hatiku yang tiada kelihatan darahnya
yang terzahir hanyalah kesesakan didada
walau jarang sekali ku titiskan air mata
amdai tertumpah pasti segera ku seka
mengapa??
Kerana tangisku hanya utkNya
Tangisku hanya perlu dihadapanNya
Ku tabahkan hati ku kuatkan kaki utk terus teguh
Takkan ku tewas lagi!!

segalanya ku serah kepada Dia,
pemilik kasih yg murni
yg paling memahami kekalutan ini…
wahai dia yang memahami,
ketahuilah dirimu sangat ku hargai…
bertemu dgn mu menguat semangat diri
kata-katamu akan terus ke pegangi!

Terima kasih ya Rabb!!!

Saturday, December 25, 2010

kem remaja sinergi

bismillahirramanirrahim

22-24 disember 2010 telah berlangsungnya kem remaja sinergi untuk peserta muslimat di hutan lipur papan, perak. kem bagi peserta lelaki telah  dijalankan pada 17-19 disember 2010. kem yang sangat membangun jasmani dan rohani para pelajar. saya telah menghantar adik saya sebagai peserta kem ini, dan alhamdulillah feedback yg baik di terima..kepada semua barisan fasi dan ajk yg bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk kem ini sekalung tahniah diucapkan! moga terus memaju dan membangun!

Tuesday, December 14, 2010

langit kirmizi-2-

bismillahirramanirrahim

"bang, da siap ke borang sekolah teknik iha tu?" puan hani menuangkan teh untuk suaminya pada petang itu
" dah. nanti esok kita ke sekolah iha. sayang jangan lupa masak bubur kegemaran dia tu" encik haris mula menyelak majalah e-siswa diatas meja batu dihalaman rumahnya.
"eh, sejak bila pula abang baca majalah siswa ni? kan majalah ni untuk budak sekolah." meneguk teh dihadapannya
"sejak iha nak pindah sekolah ni la abang mula baca majalah ni. nak cari background sekolah-sekolah yang ok2..ha abang lupa nak beritahu, abang setuju nak hantar iha ke sekolah yg dia nak tu.." matanya fokus pada majalah e-siswa tersebut.
"la kenapa tiba2 ubah fikiran bang?" cawan diletakkan kembali.
"minggu lepas abang baca majalah e-siswa ni, keluaran bulan lepas. ada kat dalam keta lagi majalahnya. kawan abang bagi kat ofis. sekolah teknik selangor tu masuk majalah ni. pengetua dia sangat komited. dia jadi pengerusi pengetua2 di selangor. banyak juga kemajuan yang sekolah tu dah capai dalam mase terdekat ni. bidang vokasional sekolah tu, prestasinya boleh dibanggakan. sekolah tu sekolah naik taraf. dulu sekolah vokasional. dah beberapa tahun ni jadi sekolah teknik." en haris menerangkan. matanya mula fokus kepada puan hani
"yg membanggakan tu kan bidang vokasional bang..iha kan nak amek aliran teknikal." tangannya menongkat dagu.
"aliran teknikal dia lebih hebat lagi. best student spm batch lepas sekolah ni dapat jadi pelajar terbaik daerah sungai buloh. ok la tu! tambah pula, izham kawan abang kat jabatan pendidikan teknikal tu kata sekolah ni dah berjaya hantar pelajarnya ke pertandingan F1 in school sampai ke peringkat akhir. walaupun x menang, tapi kemajuan ni sangat bagus! di selangor, cuma teknik ni je berani hantar student dia bertanding dengan sekolah lain yang hebat-hebat, dan bajet mereka cuma ehsan rm1000 dari guru sekolah. JPT memang tak tanggung apa-apa. pelajar-pelajar yang hebat adalah acuan dari guru-guru yang juga hebat! inshaAllah iha pun akan jadi hebat seperti mereka. kawalan disiplin sekolah ni pun baik. Abang pun da bincang dengan angah tentang ni, dia pun dah setuju untuk tengok-tengokkan iha di sana. inshaAllah abang yakin, angah mampu jaga iha. abang akan pastikan iha akan tinggal di asrama supaya lebih mudah dikawal dan senang juga untuk dia belajar." en haris mencapai sebiji goreng pisang.
"iha nak ke duduk asrama di sekolah tu bang? syg takut iha tak biasa dan tak selesa je dengan persekitaran baru dia. yelah, dari sekolah agama ke sekolah teknik. takut dia akan culture shock je bang" puan hani meluahkan kebimbangannya
"inshaAllah iha boleh adapt dengan persekitaran baru. untuk kebaikan dia juga." senyuman terukir pada raut wajah en haris.
**************************
Fariha sedang melantunkan bacaan tilawanhya di suatu sudut penjuru surau setelah usai menunaikan janjinya berkhalwah dengan Rabb yg sentiasa menunggu hamba2Nya utk kembali merayu dan memohon keampunan serta keredhaanNya. Hari ini dia bangkit bertahajjud lebih awal agar dapat meluangkan lebih banyak masanya dgn Rabb yg Maha Mencintai.. hatinya berbunga keriangan sedari petang tadi tatkala menerima kunjungan ziarah dari mama dan papanya..sungguh tidak di sangka-sangka segala yang telah terjadi. 
"alhamdulillah!" terpacul ucapan hamdalah dibibirnya menerima berita itu. pada petang itu juga iha segera menghubungi abangnya, angah.alhamdulillah sedikit usahanya berhasil. seminggu lamanya dia memujuk dan men"psycho" abangnya yang tinggal di  saujana utama, sungai buloh..berhampiran dengan SMTSSB. akhirnya usaha itu tidak sia-sia, ring ring kad rm10 yang dihabiskan dalam masa 3hari utk memujuk abangnya berbaloi. "Moga Allah memudahkan segala urusanku kelak di sana dan tetap meneguhkanku utk terus menapaki jalan ini" -monolog fariha-

bersambung...xde idea lagi ni....

Thursday, December 2, 2010

langit kirmizi

bismillahirramanirrahim


semua pelajar muslimat sedang berkumpul di Dewan Ikrimah untuk mendengar amanat terakhir sebelum menduduki PMR 3 bulan lagi daripada Mudir dan kaunselor sekolah. seramai 80 pelajar muslimat bakal menghadapi PMR pada tahun itu dan seterusnya segelintir mereka bakal meninggalkan sekolah itu. 
Maahad Islam, Kluang begitulah namanya. sebuah sekolah swasta yang sarat dengan nilai-nilai keislaman di dalamnya yg terzahir pada guru-guru, staff-staff dan pelajar-pelajarnya. 5tahun teguh utuh berdiri di tengah-tengah pekan kecil di daerah Kluang. 


"ana mengharapkan agar antunna dapat memberikan prestasi yang cemerlang dalam PMR kali ini dan pada masa yang sama dapat terus membina dan memperkuat tarbiyyah yg ada dalam diri antunna. Seperti semua sedia maklum, selepas sahaja keputusan PMR diumumkan, maka tamatlah sudah pengajian sebahagian daripada antunna di sekolah ini. tiba masanya untuk antunna menyebarluaskan tarbiyyah ini kepada insan-insan lain yang masih lena dibuai pals duniawi." Ustaz Mukri, selaku Mudir memulakan majlis tersebut dengan sedikit kata-kata untuk membangkitkan motivasi para pelajar di hadapannya.


" fariha, enti akan ke sekolah mana selepas PMR ni?" zehra mengalihkan fokus fariha yg sedang tekun mendengar dan mencatat ucapan dari Mudirnya.
"sssshhhhhh" ezzah meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya, sambil memandang zehra. mengisyaratkan agar zehra tidak berbual-bual sewaktu perhimpunan.
"ok3 asifah jiddan. ana tak sembang lagi." zehra meminta maaf kepada penolong pengawas tersebut. senyuman dihadiahkan bersama dengan kemaafan.


************************
"zehra, enti cakap apa tadi masa perhimpunan?" fariha membuka perbualan sambil berjalan menuju ke kelas.
" oh, ana tanya, enti akan ke sekolah mana lepas PMR ni? sekolah asrama penuh ke integrasi? enti kan bijak. trial PMR hari tu pun enti skor! mesti enti akan ke MRSM atau SBP kan?" zehra membelai kucing yang tiba-tiba melintasi mereka.
" ala enti pun superb juga result trial hari tu..beza 1A je pun dengan ana." fariha turut melakukan perbuatan yang sama. " zehra, sebenarnya ana tak kisah pun akan dihantar ke sekolah mana. Apa yang ana harapkan cuma, moga Allah beri ana keteguhan dan kekuatan di medan baru kelak untuk sama-sama mengajak manusia kembali kepada Allah. MRSM ke SBP ke sekolah sains ke KISAS ke sama je. status kita tetap hamba Allah. yg membezakan seorang hamba dari hamba yang lainnya kan nilai taqwa. untuk apa kalau ke sekolah-sekolah yang gah namanya tapi nilai taqwa dalam diri kita ranap runtuh?!"
"betul tu. astaghfirullah, ana selalu terlupa tentang hal ni. kesenangan dunia kadang-kadang buat kita leka. Ana selalu fikir kalau habis PMR ni nak masuk MRSM, pastu boleh action sikit dengan cousin2 ana. jazakillah khairan ukhti, menyedarkan ana kembali hakikat kita ni sebagai seorang agen perubah ummah yang kian melemah akidah dan jati dirinya."
"alhamdulillah Allah masih sudi untuk menegur kita dengan pelbagai perantaraNya. eh jom la masuk kelas! madam Zieya dah on the way ke kelas kita tu..meow, kami nak masuk kelas ni, meow jangan nakal2 ea. nanti minta mak cik kantin susu. ok meow!pergi dulu..." fariha dan zehra bangkit dari posisi mereka meninggalkan kucing tersebut.

****************************
sebulan kemudian....

"assalamualaikum, murid-murid. Hari ini cikgu akan mengedarkan borang permohonan sekolah untuk kamu semua pergi selepas PMR. di sini ada sampul surat yang tertera nama kamu diatasnya. surat permohonan kamu tu ada dalam sampul tu." puan khadijah memberikan sampul surat tersebut kepada syuhadah yang duduk berdekatan dengan meja guru. "nanti kamu semua tengok la di dorm masing-masing. esok akan ada perjumpaan dengan kaunselor berhubung perkara ni. nanti ajukan segala persoalan pada kaunselor. seperti biasa yang terlibat dalam perpindahan ini adalah mereka yang berada di dua kelas yg pertama iaitu kelas antunna dan kelas darul qarar." menyambung taklimat ringkasnya dan seterusnya memulakan sesi ulangkaji matematik sebagai persediaan untuk para pelajar menghadapi PMR.

*************************** 
"alhamdulillah" fariha memasukkan kembali surat permohan tersebut ke dalam sampul. dia bingkas ke surau di arasnya untuk solat sunat. begitulah didikan Maahad Islami kepada para pelajarnya. untuk mengembalikan segala urusan kepada Allah. Dia lah yang Maha tahu segala yang terbaik buat hamba-hambaNya. 
" ya Allah, ya Rahman, Kau telah mentaqdirkan aku ke Sekolah Menegah Teknik Selangor  Sg Buloh. Ya Allah inilah keptusan yang terbaik dariMu. telah kuiring keputusan ini dengan istikharah sebelumnya, agar Kau memberikan aku apa yang terbaik buatku di sisiMu. Ya 'Aziz, permudahkan segala urusanku. lembutkan hati ayah dan ibuku untuk menerima keputusan ini. Ya Allah, ku pohon agar Engkau meneguhkan aku untuk terus berada di jalan ini dan aku merayu kepadaMu ya Allah, jangan Kau condongkan hatiku kepada kemaksiatan setelah Engkau meneguhkannya dengan taufiq dan hidayahMu. Ya Rabbul'izzati, aku sedari hakikat kehidupan di sekolah teknik yang bakal aku lalui, pasti penuh dengan ujian. dan ku mohon agar jgn dipalingkan hati ini kepada kemaksiatan dan kelalaian dunia. Ya Allah bantu aku untuk membimbing orang-orag di sekelilingku kembali kepadaMu." fariha meluahkan segala isi hatinya kepada Rabb yang memegang hati-hati manusia. memohon segenap kekuatan dari Yang Maha Perkasa agar di teguhkan langkahnya.

***************************
"assalamualaikum, mama iha ni. mama sihat?"
"waalaikumsalam..alhamdulillah sihat. iha sihat tak?lama iha tak telefon mama."
"iha sihat. maaf la mama, iha sibuk dengan PMR tak lama lagi ni. tambah pula kt asrama ni cuma ada satu je public phone. ramai orang guna. susah nak dapat turn. ni la baru dapat turn sebab iha x boleh solat. so, semua orang tengah solat, jadi dapatlah turn iha.."
"owh ye ke?belajar rajin-rajin, kalau boleh straight A's PMR ni! boleh mama dan papa tumpang bahagia."
"inshaAllah ma, iha cuba berikan yang terbaik. mama, iha nak beritahu sesuatu ni."
"apa dia?kadfon iha tinggal singgit ke?"
"hahaha..tak la ma..banyak lagi ni. baru beli 2hari lepas..ma, iha nak mohon sekolah teknik lepas PMR ni. iha suka bidang engineering. macam mak su, dia kan da jadi engineer kat kilang VS industries tu. best iha rasa jadi dia."
"sekolah teknik?kalau iha masuk MRSM pun bole jadi engineer juga. mama boleh aturkan ngan papa kalau iha nak masuk MRSM. kawan papa ada yang kerja kat PPD kluang tu. nanti mama cakap ngan papa."
"tapi ma, kalau MRSM belajarnya mesti strict. iha takut iha tak bole go on kat MRSM. iha suka sangat nak pergi sekolah teknik. belajarnya mungkin lebih santai, dan ada praktikal sekali untuk kos yang kita ambil! ada senior iha, dia perfect skor PMR dua tahun lepas, pastu dia masuk teknik KL, kat cheras,amek kejuteraan mekanikal. mama tau x, dia SPM dapat 10A1 ma!dia kata sekolah teknik best. part yang ada praktikal tu yg buat iha tertarik ma..bole la ma...iha nak ke sekolah teknik."
"iha bijak. sayang je anak mama yang bijak ni masuk sekolah teknik je.hmm tapi x pe la. kalau iha dah suka sangat nak masuk sekolah teknik, mama ok je. nanti mama cakap ngan papa. anything for you my princess. kebahgiaan iha, kebahagiaan mama juga. mama tak mahu paksa iha."
"terima kasih mama! mama you are the best mother of the universe! nanti mama ngan papa datang la sini weekend ni untuk tandatangan borang ni."
"ok. nanti wekeend mama ngan papa datang. iha nak pesan apa-apa x?"
"takde pape rasanya. ma tak yah la susah-susah. mama ngan papa pun bole datang kejap je. sebab warden kata, minggu ni tempoh untuk melawat paling lama 2jam je. tak boleh outing ngan familiy pun. cikgu suruh fokus kat studi."
"ok takpe."
"k la ma, iha nak study ni.mama doakan iha kat sini ea."
"inshaAllah!yg terbaik utk anak mama!"
"Assalamualaikum ma.."
"waalaikumsalam"

fariha tersenyum lega. "Alhamdulillah.terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusanku. melembukan hati mama utk terima keputusan ini." fariha bermonolog. tak lekang senyuman kesyukuran di ukir di bibirnya.
"senyum kat siapa fariha?" airin menghentikan lamunan fariha yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik prep.
"senyum kat lantai ni. bersih lantai ni. boleh buat cermin muka lagi" fariha berseloroh.
"owh, senyum kat lantai rupanya. aik?! boleh buat cermin muka ke iha?dasat3!" airin bangun menuju ke meja fariha
"banyak pahala sape yang bersihkn lantai ni. sebab, dengan bersihnya lantai ni, kita semua selesa untuk beribadah kpd Allah dlm konteks belajar! even org yang menyapu tu tak study, dapat pahala yg sama macam kita yang study ni. tanpa dikurangi sedikit pun pahala kita. tapi kalau dia ikhlas la.." fariha mengeluarkan kotak pensel dan buku matematiknya.
"hurm..betul juga. banyaknya pahala dia!dalam bilik prep ni ada 15 orang. wah darab 15 tu pahala dia! banyaknya!!minggu ni ana nak request untuk duty di bilik prep la!" airin menyuarakan hasratnya untuk duty harian setiap hujung minggu di asramanya.
"bole je! tapi kena satu dorm la turun bersihkan. jangan enti sorang-sorang je. tak larat kang."fariha megeluarkan kotak kismis dari kotak penselnya sambil menyuakannya pada airin
"mesti la! masak la kalau ana sorang je." airin menyambut suaan fariha dan terus berlalu ke mejanya memulakan studinya.

*****************************
"perhatian kepada Fariha Zaidah binti Haris anda ada pelawat di bawah." jelas pengumuman di corong pembesar suara bilik warden. bingkas Fariha bersiap untuk bertemu dengan mama dan papanya. semua borang-borang permohonan ke sekolah teknik telah disiapkan sedari malam tadi.
"assalamualaikum papa, mama!" fariha menyapa lembut. sambil menyalami keduanya
"waalaikumsalam" mereka menjawab serentak
"ni mama masak ayam masak lemak cili padi. iha makan ngan kawan-kawan ya. maaflah mama sempat masak ni je iha."
"xpe ma.ni pun da cukup. seminggu sekali dapat rasa air tangan mama...emm, ma..bubur kacang hijau takde ke?"
"aik tadi kata da cukup." encik haris mencelah
"tanya je" fariha mula mencuka
"anak mama ni manja betul. nak merajuk la tu. mama bawa la. ni ha.." puan hani mengeluarkan beg kertas yg di letakkan di sebelah tempat duduknya.
"papa yang suruh mama buat camni.saja nak iha merajuk" encik haris menukar posisi kedudukannya ke sebelah fariha.
"tak merajuk pun. da biasa da ngan papa ni. nak suap!" fariha meghulurkan bekas berisi bubur kepada ayahnya.
"iha patut suap papa. kecik2 da puas papa suapkan. da besar pun nak papa suap lagi ke?"
"ha tu! papa pun suruh iha suap papa juga. papa lagi da besar!nak orang suapkan" meletus gelak dari ketiga-tiga mereka. Encik Haris mula menyuap fariha. fariha satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. tak hairan dia begitu manja dengan ibu bapanya.
"pa, ni borang sekolah teknik yang iha cakap ngan mama hari tu" encik haris membaca borang yg telah sedia diisi. tinggal tanda tangannya sahaja yang di perlukan. fariha memang menyimpan salinan IC mama dan papanya. jadi, segala maklumat penjaga telah diisinya.
"ha??!!iha!" encik haris sedikit meninggikan suara.
"kenapa papa?" fariha mula cemas. hatinya sibuk berdzikir mengingat Allah. tak putus doanya didalam hati agar kedua ibu bapanya dapat menerima keputusannya.
"kenapa nye bang? yuran sekolah tu mahal sangat ke?" puan hani turut meneliti.
"bukan. iha, kenapa jauh sangat? kat selangor ni. mama ngan papa tak kisah kalau iha nak ke sekolah teknik. tapi kenapa tak pilih teknik2 kat sekitar johor ni je? teknik JB tu, sekolah kawalan, papa bole aturkan iha ke sana. teknik sg buloh ni bukan teknik kawalan kan? jauh iha, selangor ni. papa kena fikir dua kali untuk tandatangan."
fariha menarik nafas, dengan lembut dia berkata, "pa, ma, iha nak belajar berdikari. lagipun sekolah ni dekat dengan rumah angah. nanti boleh angah tengok-tengokkan iha. pa, iha nak belajar berdikari, nanti kalau iha masuk U pun iha tetap juga kena tinggalkan mama ngan papa. jadi, sekarang ni iha perlu biasakan diri.iha pun nak merasa juga compete study dengan org selangor. iha dah istikharah pa, ma..inshaAllah ini yang terbaik dari Allah. papa pun selalu cakap, grow up my princess..so, pa....iha nak grow up in this way..being further from mama and papa. Doesn't mean that i'm gonna forget both of u. please pa...ma.." iha memandang penuh kesayuan pada mamanya. mengharapkan simpati agar mama dapat memujuk papa.
"iha, dengar cakap papa, iha baru 15tahun.papa susah nak lepaskan iha belajar jauh-jauh dalam usia muda macam ni.tapi satu masa ni bila iha nak belajar jauh dari mama dan papa, nak belajar untuk hidup berdikari, inshaAllah papa akan izinkan. tapi mungkin masanya bukan sekarang. keputusan papa muktamad. papa tak izinkan iha belajar di selangor. nanti papa applykan teknik jb utk iha. dekat sikit dgn mama ngan papa. iha still dapat masuk sekolah teknik juga. dah makan ni." iha menyuap sendiri bubur ke mulutnya. remuk hatinya mendengar pernyataan yg baru keluar dari mulut papanya. Namun, segera di singkir rasa kecewa.
"xpe, mama ngan papa xfaham apa misi iha. inshaAllah, kalau Allah dah takdirkn iha ke sana lepas PMR ni, iha tetap akan ke sana. iha akn cari jalan supaya papa dan mama setuju." iha bermonolog sendirian. terngiang-ngiang di telinganya surah al-ankabut ayat 69

"dan orang-orang yg berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yg berbuat baik."
iha merasa sangat lega, bagai disiram air ketenangan pada tubuhnya. 
"aku akan cari jalan!" iha bermonolog lagi.
"iha meh sini borang tu. biar mama ngan papa isikan. nanti dah siap sume dokumen papa hantar ke sini. dalam dua minggu lagi" 
"iha mama dah lewat ni. mama kena jumpa auntie rozana. mama nak deal katering ngan dia. bulan depan mama nak buat kenduri doa selamat sempena iha nak PMR. ok princess, mama ngan papa pergi dulu." segera puan hani memasukkan borang permohonan tersebut kedalam tas tangannya yg sederhana besar. 
segalanya berlaku dengan pantas. fariha tidak sempat menghalang mama dan papanya daripada mengambil borang tersebut. remuk lagi hatinya. kali ini diiringi dengan tangisan. Dia membawa hati ke surau. meluahkan segalanya pada Dia yg mengatur perjalanan hidup manusia. 
-dapatkah fariha ke SMTSSB?atau Allah punya perancangan lain untuknya?-nantikan keluaran seterusnya!

Sunday, November 21, 2010

daurah ukhuwwah

bismillahirramanirrahim

inshaAllah dengan izin dan rahmatNya, sebentar lagi akan berlangsung daurah ukhuwwah antara saya dan adik2 yg tersayang. daurah kecil-kecilan tapi inshaAllah membuahkan hasil yg BESAR kerana kesungguhan mereka untuk menjalankan daurah ini.

walaupun kami semua, terutama adik2 yg disayangi dalam minggu exam (23nov2010 ada paper) tapi masih dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. lebih kurang dua minggu masa diperuntukkan untuk semua membuat persiapan bahagian masing2.. sejauh ni, progres semua baik. moga segala urusan pada malam ini akan berjalan lancar.

semoga segala kerja keras dan kesungguhan adik2 ku ini mendapat ganjaran yg terbaik dari Allah.

buat adik2 yg di sayangi,
firman Allah, "dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yg mendapat petunjuk, dan barangsiapa yg Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong2 bagi mereka selain Dia. dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu dan tuli. tempat kediaman mereka adalah neraka jahanam. setiap kali nyala api jahanam itu akan padam, Kami tambah lagi nyalanya bagi mereka." (17:97)

dgn rahmatNya, kita bertemu, 
dengan hidayahNya, hati kita menyatu 
bersatu dalam kebaikan dan ketaqwaan. 
semoga hidayah ini dipelihara olehNya,
moga hati-hati ini diteguhkan dalam kebaikan,
tak tercondongkan pada kemaksiatan yg membawa penyesalan  
dahulu kita hanyut dengan kelalaian kita, 
di buai cinta dunia yg semu semata. 
namun, di jalan ini Allah mentaqdirkan kita berada.
keberadaan yg membuka peluang utk kita menebus dosa noda silam. 
berazam untuk ianya takkan terulang. 
segala firmanNya jadi bekalan. 
syurgaNya jadi impian, 
azabNya di jadikan benteng untuk menghindar kemaksiatan. 
kemaksiatan yg mengundang murkaNya dan menggiring ke neraka.
moga kita teguh bersama.
 sabar dalam menyusuri jalan-jalanya.. 
segalanya hanya semata-mata untuk kita kelak sudi di terima sebagai penghuni syurgaNya

ana uhibbukum fillah! kasihku tulus dari hati kepada kalian permata yg dicari..

Saturday, November 20, 2010

wa la tahinu wa la tahzanu (jangan merasa terhina dan jangan bersedih hati)

bismillahirramanirrahim

Iman ada pasang surutnya. Begitu juga dakwah.
Dulu mungkin tempat yang kita diami dipenuhi oleh ikhwah akhawat yang hebat. Kerja menjadi mudah. Dakwah mendapat sambutan. Biah solehah terbentuk hasil gerak kerja bersama. Taklah pening kepala sangat melihat orang sekeliling.
Sekarang mereka sudah berpindah ke tempat-tempat lain. Bertukar medan. Mensuburkan tarbiyah di kawasan-kawasan baru. Dan kita ditinggalkan keseorangan di medan ini.
Medan yang dulunya subur dengan tarbiyah.
Medan yang sudah mampu melemaskan atau melenyapkan terus suasana jahiliyah.
Melihat keadaan ini, bukan sedikit duat yang berasa sempit dan lemah. Apalagi melihat suasana masyarakat yang semakin teruk berbanding dahulu. Apabila melihat tenaga kerja yang ada seakan-akan tidak mampu untuk melawan arus jahiliyah yang semakin kuat.
Apatah lagi, apabila ada antara kita yang sudah berasa penat dan bosan. Ada juga yang hanyut terus dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Nikmat bertukar menjadi ujian yang menfuturkan.
Bukan sahaja futur, malah gugur terus dari jalan ini. Astaghfirullah. Semoga ALLAH lindungi kita semua!
Dan tinggallah kita keseorangan…
Sedih melihat masyarakat. Bertambah sedih melihat rakan seperjuangan membuat keputusan meninggalkan kita. Meninggalkan kerja dan cita-cita kita yang dahulunya diperjuangkan bersama.
Ikhwah dan akhawat…
Kita tidak keseorangan! Dan kita juga bukan yang pertama merasainya!
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” - Ali Imran, ayat 146
Masih ingatkan kita zaman di mana ramai antara kita yang hanyut di lapangan? Menyantuni masyarakat sehingga lupa mencetak murabbi-murabbi baru. Ada yang dengan rasa tidak bersalah mampu berkata..
“Saya sudah setahun tidak hadir ke liqa’ pertemuan kita”
Lalu ada segelintir antara kita yang bangkit membetulkan inhiraf ini. Mentajmik dan mentakwin. Menanggung tanggungjawab dakwah yang luar biasa berat bebannya.
Maka tarbiyah pun hidup. Menjadi majoriti di banyak tempat.
Suatu masa dulu Salahuddin Al-Ayubi juga pernah merasai perkara yang sama. Khalifah menolak untuk mengisytiharkan jihad untuk mendapatkan kembali Al-Aqsa. Tapi beliau tidak berputus asa dan berusaha sendiri mengumpulkan jiwa-jiwa yang masih mampu digerakkan untuk islam.
Umar Abdul Aziz juga pernah merasai perkara yang sama. Di saat “kegemilangan” zaman Umayyah yang gah dengan kawasan takluk yang luas, umat sudah mula melupakan dakwah dan jihad dalam kehidupan seharian mereka. Dan beliaulah yang membetulkan balik keadaan, bekerja keras mensuburkan tarbiyah di dalam jiwa-jiwa umat islam pada ketika itu.
Abu Bakar As-Siddiq juga pernah merasainya di saat ramai umat islam murtad dan membuat kelompok sendiri yang memerangi islam. Bukan sedikit jumlahnya. Lalu beliau yang berazam untuk menggempur musuh-musuh islam walaupun keseorangan. Kerana pada ketika itu ramai antara kita yang lemah semangat dan tidak yakin dengan kemenangan.
Ikhwah dan akhawat…
Bagaimana dengan kita?
KEHEBATAN dan JATIDIRI kita adalah bukan ketika kita dikelilingi ikhwah akhawat yang ramai. Bukan ketika tabung dakwah kita cukup dan selesa menampung keperluan dakwah kita.
Kehebatan sebenar kita adalah ketika binaan kita satu persatu lari meninggalkan kita. Malah sudah ada antara mereka yang mencemuh dan menjadi penghasut!
Ketika “orang kuat” kita yang suatu ketika dahulu sanggup berkorban apa saja, satu persatu lari meninggalkan dakwah ini.
Ketika mereka sudah tidak mahu menjawab panggilan telefon kita lagi.
Ketika wang kita sudah tiada lagi sehingga terpaksa berhutang.
Ketika ramai antara mereka yang mengasingkan dan memulaukan kita.
Tapi…
Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan berkata..
AKU MANUSIA LUAR BIASA…….!!!!!!
ISLAM PASTI MENANG DENGAN TANGAN-TANGAN KITA…….!!!!!!
Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan meneruskan perjuangan dan berkata “Never Give Up!”
Kali pertama di dalam perjuangan dan terus berjaya, itu satu perkara yang ku anggap seperti “kebiasaan” dan yang pastinya kita TIDAK dapat belajar sesuatu yang menarik dari pengalaman kejayaan yang mudah sebegitu rupa.
Kejayaan sebenar ialah di saat kita jatuh “terduduk” dan “terpelosok”. Tetapi kita masih sanggup dan mampu bangkit kembali. Sanggup bersabar membetulkan keadaan dan bermula dari bawah serta boleh menerima kenyataan hidup dan bermula sekali lagi.
One more time!
One more time!
One more time!
Jika semua orang di antara kita mampu menjadi sebegini…. Wow! Tak dapat ku bayangkan hasil dakwah yang dapat kita kutip dalam beberapa tahun yang mendatang. Kita pasti akan menggapai cita-cita kita dalam masa yang singkat.
Inilah kehebatan sejati..
Jika kita ditakdirkan jatuh lagi, kita masih mampu lagi berkata …
One more time!
One more time!
One more time!
Cabarlah diri kita untuk jatuh berkali-kali…
Pasti setiap kali kita jatuh…
KITA PASTI AKAN BANGKIT KEMBALI!
Selamat berjuang untuk gagal…
Gagal…
Gagal…
Dan BERJAYA!
Akhi wa ukhti…. kau tidak keseorangan. ALLAH sentiasa bersamamu! Dan kita sentiasa saling mendoakan pagi dan petang di dalam zikir-zikir kita.
Jadilah seperti Umar yang suatu hari pernah berkata…
“Jika ada seribu orang muhajid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada seratus orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada sepuluh orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada satu orang muhajid berjuang di garis depan, itulah aku!”
di copy paste dari: rumusan hidupku


Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

bismillahirramanirrahim

walaupun agak terlewat, namun saya tetap jua mahu mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada seluruh muslimeen dan muslimat pengunjung blog GMS ni..

aidiladha yg sangat bermakna sepanjang hidup saya. tidak pernah merayakannya selama ini. kepada tetamu pertama yg bertandang ke rumah ana, jazakillah khairan atas ziarah antunna yg sangat bermakna..mak ana sangat menyenangi kehadiran kalian..banyak perkara ana belajar kali ini. apa yang penting ana sudah dapat belajar masak nasi briani walaupun tidak berapa jadi...hehe...

terimalah takbir raya ni kerana aidiladha 3mlm berturut2 takbir dilaungkan. -ana mula merasakan aidiladha patut lebih meriah daripada aidlfitri kerana eventnya. takbir 3hari, berbanding aidilfitri,1hari sahaja. aidiladha sembelih haiwan anám yg memerlukan satu kerjasama dari banyak individu utk menyembelih. Bukankah ini satu medium untuk memperkasa ukhuwwah?-

inshaAllah tahun hadapan andai ketemu lagi dgn aidiladha akn dirancang perayaannya dgn lebih baik lagi.

Sunday, November 14, 2010

kerana kita ada ALLAH!

bismillahirramanirrahim

apa specialnya org melayu yg beragama islam. (ada juga melayu yg xislam kan?) sebelum tu, entri ni di buat atas cetusan idea dari post melayu jgn Me-layu inshaAllah sedikit perkongsian dan cetusan idea dari saya yg faqir ilaLLAh.. mari menyoroti sejarah..sejarah islam yg da lama kita tinggalkan saat melangkah keluar dari sekolah menengah.

empayar saba' merupakan antara bukti kegemilangan tamadun manusia pada ketika itu dimana negeri saba' itu dipmpin oleh ratu balqis yg akhirnya menyerahkn diri utk mentaati Allah setelah sampai perutusan nabi sulaiman kepadanya. empayar saba' sangat masyhur sehingga akhirnya disebabkan kekufuran yg dilakukan oleh umat manusia pada ketika itu, lalu Allah menurunkan azabnya dgn hancurnya empayar saba'.(refer surah saba'ayat 32-39) lalu bermula dari detik itu, hiduplah manusia dlm kejahiliahan. runtuhnya empayar saba' meruntuhkan lagi sahsiah masyarakat. dan lebih dari itu, tiada usaha utk mengembalikan empayar yg telah hilang. ilmu tidak di timba. mereka terus terusan dlm kejahiliahan. pelbagai adat jahiliah baru yg muncul, langsung tiada relate nya dgn agama haniff yg di bawa oleh nabi ibrahim.

sehinggalah ditakdirkan, hadirnya rasulullah sebagai utusan Allah di muka bumi ini utk menyempurnakan sahsiah manusia.

"sungguh telah ada pada diri rasulullah itu suri tauladan yg baik bagimu (iaitu) bagi org2 yg mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan mereka banyak mengingat Allah" (33:21)

dalam kondisi ketandusan akhlak dan keterbelakangan masyarakat arab ketika itu, rasulullah hadir utk membersihkan fikrah manusia dari kejahilan kepada sinar iman. atas dasar keimanan, keikhlasan, semangat, dan kerja keras baginda, lalu lahirlah sosok2 pembawa risalah islam yg sama2 berjuang dgn rasulullah. antaranya saidina abu bakar, umar, ali, khalid al walid, abu sufyan, hamzah dan ramai lagi, r.A

mereka tanpa gentar menyampaikan ajaran islam dan membela rasulullah. walaupun mendapat tentangan yg dahsyat namun, dek kerana iman dan keyakinan yg total pada Allah membuatkan semua perkara menjadi mudah. segalanya dilakukan demi Allah. kesenangan dunia tidak dapat menipu mereka. penat dan sakit didunia ini pasti akan hilang namun, utk mengelakkan dari berpenat-penatan dengan menghilngkan syurga, takkan mungkin mereka lakukan. apalah sangat kerehatan didunia berbanding kerehatan di syurga? sebaik2 tempat berehat? mereka sanggup menggadai kerehatan di dunia semata2 utk kerehatan yg penuh kenikmatan di syurga kelak. yakin mereka akan janji Allah  tiada ragunya. setiap janji Allah menjadi penyuntik semangat utk mereka teguh menegakkan agama Allah.

setelah islam tertegak di madinah di bawah pimpinan rasulullah, maka saat itu terbinanya jua empayar islam di dunia. terciptanya piagam pertama didunia.yg turut diiktiraf oleh dunia hingga saat ini akan kesahihannya. (piagam madinah) rasulullah memimpin empayar islam dgn sebaiknya. penyebaran agama Islam di perluas. utusan2 di hantar kepada raja2 di negeri di sekeliling tanah arab. empayar islam bertambah luas.

bermula pula sistem khilafah selepas kewafatan rasulullah. kemudian diikuti dgn khilafah ummayyah, abbassyiah yg menunjukkan perkembangan ilmu. baitulhikmah, cordova, baghdad antara pusat2 ilmu yg terkemuka pada waktu itu. perkembangan ilmu sangat memberangsangkan sehingga jihad yg paling penting pada waktu itu adalah dgn pena. semua manusia berlumba2 utk menuntut ilmu. yg akhirnya mencetus jua kebangkitan tamadun eropah dlm bidang keilmuan dgn menjadikan sicily sebagai jambatan.

namun, ketika kebangkitan ilmu di zaman Abbassyiah ini, tidak kita dapati bahawa ada ilmuan2 yg jauh dari Al-quran, jauh dari Allah, jauh dari sunnah. para ilmuan adalah antara mereka yg sgt menjaga hubungan dgn Allah. antara ilmuan yg tersohor pada zaman abbasyiah ini adalah ibn sina. yg mana bukunya qanun fit thib telah menjadi rujukan kepada banyak universiti di dunia dlm bidang perubatan. seperti yg kita ketahui, ibnu sina telah menghafal alquran ketika berusia 10 tahun dan menjadi doktor di raja ketika berusia 18 tahun. sumber

di sini saya ingin mengetuk minda kita semua, apa yg akan dilakukan oleh kebanyakan ilmuan islam di kala mereka menemui kebuntuan dlm menyelesaikan sesuatu masalah?jawapannya adalah solat sunat. dan hubungan mereka dgn alquran sgt akrab dan lebih diakrabkan. kita pula, apa yg kita lakukan bila kite blurr utk jawab soalan assgnment?menangis, menjerit, main game, dan meniru sebagai lgkh terakhir. beginikah generasi muslim sejati?muslim professional? beginikah seorg yg mahu menegakkan islam?

tegakkan islam dlm dirimu nescaya islam akn tertegak disekelilingmu. -mustapha mashyur

apa yg kita lakukan tadi tu langsung tiada nilai keislaman. bagaimana kita ni??nk islam teregak tapi menegakkannya dalam diri sendiri pun masih gagal. lalu bagaimana utk kemudian islam itu tertegak di muka bumi ini? binalah peribadi muslim sejati yg kian rapuh dalam diri kita. binalah ia semula sekarang! bagaimana?

kembali kepada Alquran dan sunnah..kembali la kepada Allah. bayangkan bagaimana tanah arab yg dahulunya hanyalah padang pasir yg gersang, kemudiannnya menjadi pusat ilmu yg tersohor. terbinanya sistem kincir air, sistem kalendar, kajian ilmu falak(astronomi) ketika zaman kegemilangan ilmu itu dan banyak lagi perkembangan. walaupun pada kita, zaman kita lebih canggih dari mereka. tapi sedar atau tidak, secanggih-canggih kita, xdapat melawan kehebatan daya usaha dan reka cipta mereka. meekalah yg memulakan proses cari gali ilmu itu. sampai kat kita cuma perlu aplikasi je segala ilmu yg mereka kaji.

mengapa mereka boleh berjaya mencipta segala inovasi itu? kerana mereka ada Allah. wahyu yg pertama turun kepada rasulullah menuntut kita, umat islam utk membaca dalam erti kata lain menuntut ilmu. lalu atas kesedaran ini mereka bangkit dgn rasa inkuiri utk mempelajari ilmu. mempelajari keajaiban yg ada di dalam al-quran. segala yg di lakukan kerana Allah. segala hasil dari apa yg mereka lakukan di serahkan dgn setinggi tawakkal pada Allah agar Allah menerimanya sebagai satu ibadah dan jihad mereka dlm menyebar luaskan ajaran islam. bagaimana dgn kita?

nak kaji al-quran jauh skali. nk tilwah, seminggu skali..xpon seminggu sejuzuk. tadabbur atau membaca terjemahan jarang juga. lalu bagaimana mahu menjadi umat yg gemilang apabila al-quran tidak dihayati? lebih teruk lagi ditinggalkan terus tilawah tu. hidup sbg seorg islam ckup sekadar solat,zakat puasa. naik haji pon xsetel lagi.kerana, yakinkah kita segala ibadah kita tu xde cacat celanya sehingga tidak perlu utk kita menampung ibadah itu dgn amalan2 sunat yg lain?.kita ummat terbaik. kita ada Allah. ini kelebihan kita. setiap kejayaan itu harus diiring dengan usaha dan tawakkal secara total.

saya teringat ketika study week sem lepas, ada sorg coursemate saya ni, dia tumpang bilik saya utk on9 sebab bilik dia xdapat connect internet. waktu tu rumate saya tiada di bilik. hanya kami berdua. dia seorg yg sgt taat dgn agamanya(buddha). tengah2 asyik study, saya pon tgk laptop dia, cis! main game kat fesbuk rupenye! saya pun ganggu la kosentrasi dia.

saya: awak, da bape kali menang?
dia: tak da la..takda menang.main suka2 saja..
saya: oo..awak da abes study ke?
dia: x la..saya xde mood la nk blaja..
saya: kenapa xblaja ngn kwn2 chinese yg lain kat bawah?
dia: x mau la. mereka pandai, saya bodoh.
saya: eh apa cakap camtu! pointer awk sem lepas bape?
dia: rendah!!saya la chinese yg paling bodoh tau..
saya: eh apa la cakap camtu..
dia: betol! saya kagum la tgk org melayu..
saya: knp?
dia: korang kan macam mana bole pandai dlm study?
saya: maksudnya? chinese lagi pandai kan?!
dia: kami org cina, nk pandai kena blaja macam org gila tau! itu siong ah, mmg blaja macam org gila. tapi org melayu macam tu jugak ka?
saya: ye la. mana ada kejayaan yg dtg bergolek. kena la study dgn susah payah mcm tu..
dia: bukan3...kami org cina, study rasa macam xckup masa. tapi org melayu kenapa bole pandai walaupun study sikit? korang kan kena sembahyang, satu hari 5kali. nak solat tu lama kan? pastu korang baca quran lagi, ada masa ke nk blaja?saya selalu fikir ttg ni. ckup ke masa mereka utk blaja?
saya: solat tu dah jadi something compulsory bagi kami org islam. x bole la jadikan solat tu sbg alasan utk x blaja dan x excellent...tapi x semua pn org melayu yg excellent...
-tamat perbualan-

selepas dari pertemuan tu, kami berkongsi satu rahsia. hanya Allah dan kami yg tahu..haha..tapi walau apa pun saya mendapat pengajaran yg sgt besar dari dia..benarlah apa yg dia katakan. dan kebenarannya diperkuat lagi dgn sirah para sahabat, sejarah para ilmuan islam yg berjaya dlm hidup mereka dgn menjaga hubungan dgn Allah. dan diteguhkan lagi dgn firmannya:

wahai org2 yg beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya di akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.-(47:7)

maka, jadilah kita penolong2 agama Allah dgn menegakkan syariat ini. jgn islam itu jadi terhina dek kerana akhlak kita. islam tehina bila kita sendiri yg menghina islam dgn sedar mahupun tanpa sedar. mendustakan segala garis panduan yg di syariatkan dlm islam merupakan antara perkara yg mendustakan agama. lalu, bermula dari saat ini ayuh bersama berubah! jika mahu pertolongan Allah itu sampai, ayuh kita menjadi penolong agama Allah dulu. tegakkan islam dlm diri. seorg pelajar yg muslim tidak hanya berada di universiti utk mengejar 4.0 dan kerjaya semata2 tapi, utk mengejar redha Allah. utk bersama dlm perjuangan menegakkan islam.

 inilah lebih nya kita org islam, kita ada Allah. mohonlah segalanya pada Dia. jangan pernah menjadi tuhan walaupun utk diri sendiri. usaha kita bukan penentu 4.0 flatnya kita. hiduplah dengan ber"rabb" kan Allah.
bila mana anda melakukan sesuatu yg Allah larang, ingatlah, dosa itu ibarat gunung yg akn menghempap kita pada bila2 masa. jgn la dosa itu di "treat" spt lalat yg singgah di hidung, hanya kuis sedikit da lari lalt tu. tidak! dosa x sperti itu! jangan bermaksiat. jangan bermalas-malasan, jangan beralasn, jangan mendustakan kalam tuhan!

sesungguhnya org2 yg mendustakan ayat Kami, dan menyombingkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu2 langit bagi mereka [doa dan amal mereka tidak diterima Allah] dan mereka tidak akan masuk syurga sebelum unta masuk ke lubang jarum. [mereka tidak mungkin masuk syurga seperti mana tidak mungkinnya unta masuk ke lubang jarum] demikianlah kami memberi balasan kepada mereka yg brbuat jahat. - (7:40)

sedarlah, kemaksiatan itu adalah satu pendustaan terhadap ayat2 Allah. dan Allah mengancam bahawa segala amal dan doa kita tidak akan diterima bahkan lebih dahsyat lagi, kita akan menjadi penghuni neraka yg azab itu selamanya! hentikanlah segala pendustaan kita terhadap ayat2 Allah. jangan lagi beralasan dan berdalih sudah termaktub begitu hukumnya, maka patuhilah! jgn tertipu dgn keseronokan dunia yg akan membawa kita kepada azabnya neraka kelak.

sekian perkongsian..wallahua'lam

Monday, November 8, 2010

ya Allah didiklah aku..bhgn 3

bismillahirramanirrahim
tarbiyyah sgt sinonim dgn pengorbanan, tiada tarbiyyah tanpa pengorbanan. semenjak dari awal proses pentarbiyyahan saya dia ajar utk berkorban. walaupun kadang2 lambat juga faham dan mengaplikasikannya.

"salam,adik hujung minggu ni planing jaulah IPT kita jadi tau. papehal nanti akak contact",

jaulah IPT.itulah program pertama saya setelah hampir sebulan di tarbiyyah. jaulah ke UUM je. ingatkan ada pengankutan disediakan rupa2nya pengangkutan awam yg tersedia..tapi walau apa pn saya sangat menghargai moment itu. dalam bas kami bertaaruf dengan kakak2 UUM dan student KMK sendiri yg join jaulah tu. di sini, sebenarnya bukan hny saya yg berkorban masa study utk memenuhi program itu bahkan kakak UUM yg menjadi "pengiring"pun turut berkorban.

seperti yg semua maklum, student IPT sibuknya dalm study 2kali ganda atau lebih berbanding student matrix. (matrix 3subjek.kat IPT paling sikit 7subjek). jadi mereka jua mengorbankan masa study mereka. program yg tidak membuahkan sesuatu yg sia2 kerana sgt byk ilmu yg dipelajari melaluinya. di situ saya menambahkan kefahaman saya ttg study krn Allah. di sini, nampak bukan utk mendapat sesuatu ilmu tu mmg perlu berkorban. dan apa yg kita dpt dgn ssh payah pasti sukar bukan utk kita lepaskan.

beginilah setiap kali jika hujung minggu.pasti di isi dgn program2 tarbiyyah yg meambah dan mengukuhkan kefahaman ttg sesuatu ilmu. ketika berprogram antara perkara lain yg diuji pengorbanannnya adlah wang. selaku student matrix yg elaunnya xsama macam biasiswa kat IPT ni, maka dulu saya ni sangat kikir. Sukar utk saya mengeluarkan wang saya bagi tujuan selain study. sebab itu la pesan ayah sblm tinggalkan saya kat matrix masa hari pendaftaran tu,

"elaun tu manage betul2..mummy ngn ayh xde duit sgt. baby nk smbung blaja, gienie ngn pearl skola lagi. duit tu cermat2 belanja. beli buku ngn makan je."

saya ingat pesan tu...saya kan xpenah blaja sejauh itu dan ditambah dgn tiada saudara mara bedekatan , jadi kalau kehabisan duit sewaktu tempoh belajar, saya akan menghadapi masalah besar. pada siapa saya nk minta duit? masa tu pun xtau pasal transfer2 duit ni..jadi, bila pergi program di luar pasti kena bayar. pengorbanan kami diuji secara berperingkat. mungkin ini mmg di atur oleh murobbiyah. mula2 bayar duit makan yg agak mahal la juga padahal makanan tu dimakan berkongsi. tapi harganya mcm mkn sorg (xtau la kalau saya je yg rasa mcm tu sbb kedekut sgt). kemudian, balik dari satu prgram ni tiba2 murobbiyah tu minta duit sorg RM3  kalau xsilap utk duit minyak. 5 penumpang=RM15 dari arau ke changlun..huhu kalau keta ana yg pakai NGV tu rm 15 bole pakai 2minggu... kemudian setelah itu x la pulak saya berazam utk x mau ikut halaqah sbb xmau kua duit. bahkan, selepas program tu, murobbiyah akn bagi pengisian yg buat kita rasa nk lagi dan lagi walaupun utk lagi dan lagi tu perlu wang dan masa.

"berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

kak, macam mana ea kita nak ikhlaskan diri dlm buat kebaikan?
maksud anti?
contoh macam skang ni la. walaupun ana da ada kt dlm bas ni ana still jugak rasa xikhlas utk pergi program ni. sebab tambang bas mahal sgt.
hmm..anti tgk ni.. (di hulur al -quran surah at-taubah ayat 41)
oo..hmm..
faham da? Allah suruh berangkat jua. walaupun dgn rasa berat. dan yg pertama tu disuruh supaya berangkat dgn rasa ringan. macam mana kita nk didik diri utk berangkat di waktu rasa ringan jika bukan dengan waktu terasa berat? kalau kita da terbiasa berangkat dgn rasa berat, maka bila waktu senang, lagi2 la perlu utk berkorban dan inshaAllah dgn didikan dari rasa berat itu jua membuatkan mudahnya utk berangkat ketika senang. relatekan dgn 2:216 yg antunna suka sgt dlam halaqah tu..

saya merasa lega dan stabil setelah itu. pasti ada hikmah di sebalik semua ni...walaupun kita xsuka sesuatu perkara tu, belum tentu lagi yg kita xsuke tu x baik utk kita.. walaupun saya perlu ke perak utk menghadiri program integrate zon (KMPk, KMPP, KMK) selama dua hari satu malam sahaja, tapi saya xmenyesal dengan pelaburan ini. walupun saya tau waktu hujung minggu tu pasti rumate2 saya sedang pulun dgn study mereka smentara saya , di sini. tapi saya tetap bahagia mengorbankan masa study hujung minggu saya utk sesuatu yg lebih bermakna ni.

walaupun saya sibuk menyibukkan diri dgn aktiviti2 halaqah, tapi saya tetap nk buktikan kat rumate2 saya yg benda ni xkan men"decline"kan performance study saya bahkan ia adlah satu catalyst utk excellent! yg mana dlm industri, catalyst dpt mempercepat sesuatu proses dan seterusnya meningkatkan produktiviti industry tersebut. begitu la yg saya aplikasikan pada study saya. makin pergi halqah, makin flying colors performance kita. bagaimana?

dlm halqah kita diterangkan ttg kpentingan tahajjud dan betapa efektifnya waktu tahajjud tu utk otak.

"sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan" -(73:6)

jadi, kita kena rebut peluang ni. bangun awal utk tahajjud, kemudian susuli dgn study. inshaAlllah efektif waktu ini utk study. dan kita pun da faham dalam halaqah ttg study krn Allah. jadi sebenarnya itulah yg menambahkan kesungguhan kita dlm study. org lain mungkin sehari tidurnya 6-7jam. tapi saya selaku org yg ditarbiyyah dikalngan rumate2 saya, maka saya perlu kurangkan tidur saya. mengorbankan waktu tidur pula utk study. tapi kalau tengok kisah ibn rushd, dia xpenah tidur atas katil(tempat tidur) sebab kecintaanya pada ilmu membuatkan dia tidur atas buku2nya..dan pasti tidur dlm keadaan itu xkan lama dek kerana ketidakselesaanya. dan jika ditelusuri pula kisah imam al banna rahimahullah ketika hayatnya, ada seorg sahabatnya mengatakan bahawa beliau, imam al banna tidak tidur. tapi, imam albanna mengatakan bahawa sebenarnya dia tidur. "aku tidur selepas engkau tidur dan aku bangun sebelum engku terjaga"...ini menambah lagi kesungguhan utk mengorbankan tidur kerana org2 yg mmg cita2 nya utk melihatkan tertegaknya islam di muka bumi harus melakukan pengorbanan ini.

"kerehatan bagi seorg muslim adalah aib baginya"-imam ahmad bin hanbal

pengorbanan ini zahirnya tampak susah pada awalnya tapi diakhirnya dan dipertengahnnya mmg mmudahkan dan menguntungkan kita. sebab kita menjadi org  yg lebih prepare lagi stdy nya berbanding org lain sbb kita tau kita xde byk mase utk study laz minit. dan hasilnya, kalau quiz dan UPS, xperlu nk pulun sgt mcm org lain utk stdy sebab kita da prepare..blaja utk igt...blaja utk Allah. bukan blaja utk lupa dan exam semata.

seperti jua catalyst, harganya mahal, cara nk kendalikan in term of the molarity need to be injected to the process unit itu bukan kerja yg mudah.perlu kepakaran tertentu. maka, di awal peringkat utk penggunaanya pasti hadapi masalah dan kesukaran termasuk utk memastikan pembekalan catalyst itu sustain. tapi, once bila kita dapat catalyst yg sesuai, intensity yg sesuai utk sesuatu proces, org yg pakar dlm mengendalikan proces unit tersebut, maka setelah itu kerja akn jadi mudah dan menguntungkan. seperti yg kita tahu, catalyst provide an alternative path for the process to occur more easier. ini akhrnya menyumbang kepada produktiviti yg tinggi dan seterusnya untung berlipat kali ganda jua buat yg berusaha utk me"run"kan proses ni. segala susah payahnya utk memulakan proses ini x sia2. walaupun hasil yg akn dia dapat itu lambat, tapi yakinlah bahawa setiap kesabaran dan pengorbanan itu akan terbayar

ini merupakan post yg terakhir utk tajuk ni,. jadi sebagai kesimpulan, banyak perkara sebenarnya yg kita pelajari dlm tarbiyyah ni sama ada secara langsung (dlm halaqah  atau pengisian ketika program) atau tidak (melalui fenomena2  semulajadi disekeliling kita). tapi saya sendiri sangat menghargai tentang pengorbanan ini. kerana kefahaman yg baik tentangnya dan usaha untuk mempertingkatkan lagi kefahaman itulah yg akan membuatkan kaki kita akan terus teguh menapaki duri2 dan ranjau dlm tarbiyyah ini.. matlamat kita satu, mengembalikan khilafah yg hilang. dan utk memurnikan matlamat tersebut, ia perlu proses dan procedure. semua manusia yg punya matlamat yg sama juga punya proses dan procedure masing2 mengikut kefahaman dan keyakinan masing2 yg tidak bertentangan dgn al-quran dan sunnah. semua org berijtihad utk mencari jln yg terbaik. semua nya kita serah pada Allah utk menilai. jadi jgn lah ada saling cantas mencantas antara satu sama lain.berlapang dada dan saling berkerjasamalah utk matlamat yg satu ini.

"Allah telah menjanjikan kepada org2 di antara kamu yg beriman dan yg mengerjakan kebajikan, bahawa Di sungguh akn menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan org2 sebelum mrk berkuasa, dan sungguh dia akn meneguhkan bagi mrk dgn agama yg tlh Dia redhai. dan Dia benar2 mengubah (keadaan) merka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap menyembahKu) dgn tidak mempersekutukanKu dgn sesuatu pn. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka ereka itulah org2 fasik." (24;55)

janji Allah ini pasti berlaku sepanjang masa bagi org mu'min yg beramal soleh. akhir kalam, jazakillah khaeyr sudi melapangkan masa membaca tulisan saya yg masih xmatang ni.dan tetap setia menunggu sambungannya. saya baru saja berjinak2 utk menulis jadi jika apa yg diharapkan tak tercapai dlm post ni, maka saya dahului dgn asifah jiddan ála kulli hal... (preferred to read the most rather than write. tapi sampai bile mau jadi penumpang bukan penunggang ) marilah memupuk buadaya membaca dan menulis.

Saturday, November 6, 2010

Tinta kehidupan.

bismillahirramanirrahim

4 november 2010. Selepas magrib di puncak alam, lebih tepatnya di rumah kak gee, itulah utk terakhir kalinya arwah mak ngah bernafas di atas muka bumi ini. Arwah da lebih kurg 2 bulan di masukan ke hospital. Dan akhirnya pada detik itu Allah mengambilnya semula. Dua hari sebelumnya kak gee infom, yg arwah da discharge dari hospital dan da bole makan n buang air. Berita itu amat melegakan hati kami sekeluarga. Namun, pada 4 november 2010 selepas maghrib, mummy dapat satu panggilan dari kampung. Gienie yg angkat.  “assalamualaikum, pak cik ke ni?” dak wan menelefon, “bukan. Ni anak pak cik. Pak cik tgh solat”gienie membalas. “owh ye ke? Nanti cakap ngn ayah, mak ngah dah xde”.. dak wan mengkhabarkan dgn penuh kesebakan. Terdengar suaranya mnahan tangisan. Ayah lebih sedih! Sebab ayah adik kesayangan mak ngah, ayah antara anak yg paling disayangi di sebelah kuarge ayah. Ayah rasa ralat sangat sebab x dapat bercakap ngn mak ngah. Ayah cakap, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu..  patutnya ayah telefon arwah tanya keadaan dia. Ya Allah, kenapalah ayah x telefon arwah..”shinju hanya mampu terdiam. Mencerna satu persatu patah perkataan yg diungkapkan ayah. Shinju baru pulang dari UTM. Dapat sja berita kmatian tu, shinju terus mengambil kputusan utk pulang ke rumah. Padahal minggu lepas shinju da balik, dan shinju da ckp pon yg shinju x balik da sepanjang minggu exam sampai habis exam nanti sebab shinju nk fokus study di kampus. Lebih kondusif beranding di rumah. Namun, berita belangsukawa itu membuatkan shinju tidak stick pada plan shinju. Shinju balik jua. Mummy pasti memerlukan semua anak-anaknya pada tika ini. Mummy paling tapat dengan mak ngah berbanding mak2 sedara yg lain. Mak ngah banyak sgt berjasa pada kami sekeluarga. Dari kami kecil lagi kami sendiri melihat di saat adik beradik ayah yg lain x mampu tolong kuarga kami, mak ngah setia membantu sebanyaknya. Macam2 da mak ngah dan pak ngah lakukan utk tolong kami sekeluarga. Pada april lalu, ketika study week shinju sem 2, arwah pak ngah dijemput menghadap ilahi. Dan hari ini, ketika study week jua, arwah mak ngah meninggalkan kami utk selamnya. 7 bulan selepas pemergian arwah pak ngah, arwah mak ngah pula menyusul. Pada malam 4 nvember tu, kami sekeluarga diselubungi kesedihan. Esok paginya, terus kami bersiap2 ke kampung di alor gajah, melaka. Bertolak jam 8 pagi dan sampai jam 10 pagi. Biasanya ayah mengambil masa lebih kurg 3jam utk smpai ke kmpg. Tapi hari ini, ayh bwak keta dgn sgt lajunya. Ayah takut xsempat nk cium   pipi arwah. Terngiang-ngiang kata2 ayah mlm tadi, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu”..tangisan kami sekeluarga suda reda pada pagi tu. Sesampainya sahaja di rumah arwah, shinju memimpin mummy masuk ke rumah. Berasak-asak dgn org ramai yg bertandang. Shinju menolong mak supaya dapat celus dlm kerumunan manusia itu utk berada di sisi jenazah. Seorg demi seorg mencium jenazah, tiba giliran mummy. Berderai airmata shinju menyaksikannya. Mummy peluk jenazah. Usai mencium jenazah, shinju dapatkan mummy. Shinju peluk mummy. Mummy nangis je. Kemudian, dtg sorg mak cik ni pada mummy. Shinju xkenal makcik tu. Dia peluk mummy. Dia tahu mummy adik ipar arwah. Mummy cakap sesuatu pada makcik tu dan shinju dapat ,menangkapnya walaupun di tengah kebisingan org ramai. Satu perkara yg pasti… yang membuatkan tangisan shinju semakin deras.. “pergi da arwah meninggalkan kita. Saya sama umo dgn dia”makcik tu menyapa mummy. “Allah sedang ingatkan kita yg giliran kita xlama lagi”mummy membalas. Mak cik tu terus peluk mummy. Ya Allah shinju Cuma ada satu je mak dan ayah di atas muka bumi ni. Ya Allah kurniakan shinju kekuatan dan kesabaran utk senantiasa menyenagkan hati mereka…
Tangisan yg sedang mereda kembali berombak..shinju kena kuat! Shinju xbole nangis! Tapi shinju tewas. Walaupun pada malam sebelumnya shinju da janji utk xmenagisi pemergian ni di rumah arwah. Tapi perasaan sedih tak tertahan, air mata x terbendung. Akhrnya tmpah jua air mata shinju di rumah arwah. Gienie pn teresak menagis. Dia kesian tgk mummy nangis. Sbb spanjang hayat kami, xpenah kami tgk mummy nagis macam tu. Mummy, u are such a strong mother! Mummy xcepat melatah dek musibah yg melanda. Mummy mmg sabar. Mummy byk memndamkan perasaan berbanding meluahkan. Menangis? Hari raya pn kami x penah lihat mummy nangis. Terakhir kali adalah ketika melepaskan kakak utk di jaga suaminya ketika majlis akad nikahnya 2tahun lepas.
Semua anak2 arwah, menantu dan cucu2 nya mencium arwah. Tapi sorg x cium lagi. Dak boy. Sume org cari dak boy, tapi pak lang kata xpe la. Kite terus je solatkan jenazah. Kak gee, cepat memotong, “xbole! Kena panggil dak boy. Mane dak boy?”anak pak itam segera mencari dan memanggil dak boy. Dan akhirnya jumpa jua. Ketika menunggu dak boy,  shinju sempat melihat kepada sepupu2 shinju, ank2 makngah. Dak sir mmg nampak sgt sedih. Dia tgk je jenazah mak ngah tanpa memandang ke tempat lain. Mukanya merah, pipinya basah dngan air mata. Kemudian shinju mencari kelibat dak wan, anak bongsu mak ngah. Sebaya shinju. Shinju nampak dia kat pintu. Wajah xbermaya. Mata memerah, sembap..semua ank2 arwah menagis termasuk menantu3nya. Kecuali abang haris, suami kak gee, dan dak boy. Dak boy xmenagis pn waktu mencium dan mengebumikan arwah. Dak boy yg kambuskan tnh arwah. Setitis air mata pon tiada.
Tapi tadi ktika kami mau berangkat pulang ke johor,  kak gee slm mummy. Dia peluk mummy. Berderai tangisannya dibahu mummy. Walaupn tika itu sudah hampir 3jam jenazah dah dikebumikan. Kami yg menyaksikan pun turut menangis. Abang haris salam ayah. Dia peluk ayah. Dia menagis dlam pelukan ayah. Tapi ayah xmau terlalu emosi. Ayah segera meleraikan pelukan dan menepuk2 bahu abg haris. Giliran dak boy pula selepas itu. Belum sempat dia menylam ayah, air matanya berderai.shinju sendiri perhatikan dia. Ayah peluk dia. Dia mmg ank sedara yg ayh syg. Dan seperti jua dgn abg haris, ayh xpeluk dak boy lama. Rumah tu sudah tiada tetamu lain selain saudara mara terdekat. Sepi rumah tu. Hanya esak tangis kedengaran sewaktu kami berangkat pulang. Ayah mmg tabah. Shinju tahu ayah la antara insan yg paling terasa kehilangan arwah berbanding kami adik beradik. Sebab ayah adik kesayangan arwah, stiap kali balik kampung, xpenah ayah skip utk bertandang ke rumah arwah. Kak gee tahan ayah di pintu rumah. Kak gee peluk ayah. Kak gee pesan, “pak cik jagalah kesihatan. Andai ada kesempitan hidup, kogsi dgn kami. inshaAllah kita anak beranak akn saling membantu..tangisan abg haris dan dak boy semakin deras. Shinju jua xtertahan air mata. Di kejauhan, dak wan jua menangis..senakal-nakal sepupu shinju tu akhirnya menagis jua… Dan saat itu tumpah jua air mata ayah. Setelah lama ayah menyimpannya. Ayah balas plukan kak gee. Shinju nampak ayah nangis. Tapi ayah x mudah terlarut dengan emosi. Kami berangkat dengan genangan air mata. Selepas ni rumah tu da tiada penghuninya. Sebelum ni dak wan dan mak ngah mendiam di situ. Namun, utk kebaikan dak wan, dia perlu tinggal dgn kak ina. Xtahu la bagaimana raya tahun ni. Puan , atuk, mak ngah dan pak ngah da xde. Dulu mase puan da meninggal, kami pulang ke melaka melawat mak ngah dan sedara2 ayh yg lain. Tapi tujuan utama ke kampung adalah ziarah mak ngah. Skang..da xmcm dlu. Semakin shinju merasa takut kehilangan mummy dan ayah.. x tau bagaimana akn shinju hadapinya…  ya Robb yg Maha pengasih,kasihilah keduanya..ya Allah cucurilah rahmah dan maghfirahMu buat  arwah. –al fatihah buat fatimah bt kassim-

Followers