Monday, February 28, 2011

TABARRUJ DI FACEBOOK

bismillahirramanirrahim

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!
Di copy bulat2 dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/06/tabarruj-ialah-mendedahkan-kecantikan.html

Monday, February 21, 2011

penghambaanku

bismillahirramanirrahim


Samudra biru..
Bebas..
Lepas..
Luas..
Tak seperti penghambaanku
Yang masih terbatas
Seribu luka dosa yang makin menganganga
Takkan terobati dengan ribuan pahala yang cuma sebelanga
Kecuali…
Kecuali bila Engkau sudi ya Robb..
Robb..
Ampuni diri ini
Ampuni diri ini
Sampai sembuh kembali
Dibanyak malam aku berdoa
Karena diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela
Di banyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mata ku mengurai
Tak akan desah mampu terlerai
Ya Allah, hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukkan cahaya
Ya Allah, Engkau.. satu yang mampu
pertolonganMu selamatkan aku
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
kembali aku
di banyak hari aku mencoba
sebut Nama untuk mengingatkan
agar tak mengulang salah-salah yang sama
salah yang selalu berakhir penyesalan
memang penghambaanku belumlah sempurna
segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
segala nilai yang malang masih terpatri pujian
ya Allah, tetapkan imanku untuk terus di jalanMu
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
kembali aku…
aku adalah setitik buih ombak di lautan dunia
tuntun aku ya Robb
agar sampai ke pantaiMu
untuk menghaturkan
segala penghambaanku yang kupersembahkan
hanya kepadaMu
starfive, link utk download mp3 penghambaanku

Friday, February 18, 2011

Kurang kefaqihan bukan alasan untuk tidak menyampaikan..

bismillahirramanirrahim

Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak pandai nak mengajak orang lain ke jalan Allah kerana pengetahuanku sangat sedikit.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu?
Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu.Barangsiapa berdusta dengan mengatasnamakanku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Umar)

Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapat ilmu dari khutbah Jum’at, sampaikanlah pula kepada orang lain.Jika menghadiri pengajian majlis  taklim,ceritakanlah apa yang Anda dapatkan dari pengajian tersebut kepada rakan,sanak saudara.
Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, “Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.” Orang muda mungkin berkata seperti ini, “Aku masih banyak dosa yang menghalangiku untuk mendakwahi teman-temanku.”

Sekali lagi jangan jadikan dosa anda sebagai penghalang untuk berdakwah. Allah SWT berfirman, “Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri ~kewajibanmu sendiri~. ( Al Baqarah : 44) Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Tetapi bila waktunya berdakwah menjadi haram??? Cam pelik je kan... Iaitu ketika anda menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya.Contoh laa, seseorang belum boleh menundukkan pandangannya (ghaddul bashar) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Adakah harus melarangnya atau tak? Mesti melarangnya bukan?.Katakan kepada orang itu,“Hai hamba Allah,tundukkan pandanganmu”,dan katakan kepada diri anda sendiri,“Ya Allah,saksikanlah,mulai detik ini aku akan menjaga pandanganku”

Berdakwah sebenarnya membantu anda dalam memperbaiki diri anda sendiri.Kitalah yang pertama tama  mengambil manfaat darinya.Jadi, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali terbaharui.
Imam Ibnu Taimiyah berkata, “jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu mempunyai kepada dua pilihan.Boleh jadi suatu hari nanti dy akan mengatakan “Imanku telah sempurna,”  ketahuilah bahwa dengan berkata macam itu,sesungguhnya dia telah atau dia akan menemui ajalnya sementara imannya belum cukup sempurna.
Bagaimana menyelesaikannya? Berdakwahlah dengan keimanan anda yang seadanya. Menyebarkan Islam adalah tanggungjawab kita semua. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar Ra’d: 11) 

Islam tidak akan tertegak dengan pedang, senjata dan perang. Tertegaknya Islam dengan apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan dan kita semua maklum apa yang dating dari Rasulullah adalah manhaj tarbiyah.Beliau dulu seorang diri di bumi kemudian mencari pendamping. Mulailah Rasulullah SAW mendakwahi Abu Bakar ra.Mereka berdua mempunyai ikatan kuat di tengah-tengah msayarakat kafir ketika itu.Kalau anda??? Sy tinggalkan persoalan itu utunk anda berfikir sendiri...

Abu Bakar masuk Islam dan berhasil mengislamkan 7 orang lainnya. Dari 7 orang bertambah jadi 70 orang. Enam orang penduduk Madinah dating kepada Rasulullah SAW, mereka berjanji, “Tahun depan kami akan kembali.” Mereka pun kembali tahun berikutnya sebanyak 12 orang. Satu tahun setelah itu jumlah mereka mencapai 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Nabi SAW menyuruh mereka kembali,” Pulanglah dan aku akan menemui kalian tahun depan.” Pada tahun yang dijanjikan itu, Nabi berhijrah dan tak satu rumah pun yang terlepas kecuali seluruh penghuninya telah memeluk Islam.

Masalahannya mudah dan sederhana. Ajak orang disamping anda dengan keimanan anda dengan seadanya.
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih (diantara kamu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.” (An Nur: 55)

Di sini ada beberapa tips utk anda bgaimana nk menyentuh hati seseorang agar mudah bg kita berdamping dengannya..-ana ambil dr hadith >> Diriwayatkan Imam Muslim dr Rasulullah “ Hak seorang muslim terhadap muslim yg lain ada 6:jka bertemu maka beri salam,jka tidak dengar khabar berita,mka selidiklah,jka sakit,mka ziarahlah,jka mengundang,mka pnuhilah ,jka bersin,mka ucapkan ‘Yarhamukallah’ dan jka meninngal dunia,mka hantarkanlah [sbg tanda hormat]

asif kalau terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa dan ejaan :)

di copy paste dari fb..pengarah asal, perindu syahid..

Tuesday, February 15, 2011

D'FADZR HOME SPA

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah, semalam shinju baru usai menghadiri program di selangor..bertemu dengan akhwat2 tercinta baik yang baru kenal dan juga dah lama..sangat mengejutkan bila jumpa seorang peserta program tu. sungguh tak di sangka-sangka.. dahulu ketika matrikulasi, biliknya dihadapan bilik saya. bahkan kami boleh tahan la rapat cuma, shinju sains fizik dan dia sains hayat, jadi kami jarang berinteraksi kecuali utk hal2 diluar pembelajaran. Tapi life matrix yg study oriented 24hours membuatkan kami jarang berbual. tapi still kenal. dan pada program tersebut, tengah2 bersalaman setelah usai solat, lalu saya bersalaman dgn dia. terkejut bukan kepalang! teruja sangat..alhamdulillah...di IPT dia ketemu dgn tarbiyyah.. itulah di shima..berasal dari pontian..jiran bilik depan ketika di kolej matrikulasi kedah..

usai program, shinju balik ke rumah kakak dan.... leganya dapat buat facial treatment... dan ditambah pula dengan urutan dikawasam bahu hingga kepala..wah..memang lega! alhamdulillah bisnes baru kakak sedang membangun sedikit demi sedikit..semoga dengan rezeki yg terus melimpah tidak melalaikan kita dari mengingat dan merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Dia yg maha kaya..

singgah la ke blog D'fadzr home spa
dapatkan perkhidmatannya utk keselesaan anda..

Thursday, February 10, 2011

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

bismillahirramanirrahim
Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’ Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang manunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. 

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”  

Tuesday, February 1, 2011

langit kirmizi-3-

bismillahirramanirrahim


7 february 2006,
alhamdulillah, segala urusan pendaftaran di sekolah ini berjalan lancar. walaupun mama dan papa tidak dapat bersama-sama hadir untuk mendaftarkan iha, tapi takpe..angah dah uruskan segalanya.. guru kelas iha yang baru, inshaAllah..cikgu pengajian kejuruteraan elektrik, cikgu saliza binti abdul rahman dan guru kelas kedua, puan nor syidah... buat masa ini, iha duduk di luar. jauh juga rumah abang dari sekolah. hampir 20minit perjalanan. InshaAllah iha nak mohon asrama supaya tak menyusahkan angah dan yang paling penting, supaya dakwah dan tarbiyyah lebih mudah dan efektif disampaikan kepada kawan-kawan. rindunya dekat Maahad Islamiyyah kluang..inshaAllah kata-kata mudir, ustaz Mukri akan sentiasa membakar semangat! "kita perlu menjadi agen perubah ummah. Ke mana jua kita pergi, di situ benih tarbiyyah, benih dakwah, akan kita semaikan." iha akan jadi agen perubah..ya Allah, kuatkan iha..jangan dibiar ya Allah, hambaMu ini hanyut dengan dunia.


iha menutup diari barunya. pen yang dihadiahkan mamanya itu diselitkan pada gegelang diari. telefon bimbitnya segera dicapai.nombor telefon puan khadijah, bekas guru kelasnya dahulu didail,


iha: assalamualaikum..cikgu, fariha ni. ingat lagi kan?


puan khadijah: waalaikumsalam.. la fariha, tak sampai sebulan pun enti tinggalkan maahad..mestilah cikgu ingat... tak lupa pun. macam mana sekolah baru?


iha: alhamdulillah..alhamdulillah.. sekolah baru ok je, cuma ana rasa ana lebih prefer duduk di asrama berbanding tinggal di luar. InshaAllah ana akan buat surat rayuan dua tiga hari lagi.


puan khadijah:oo... ok juga tu. kalau tinggal diasrama, inshaAllah akan lebih mudah utk mendekati kawan-kawan. ha, sebelum tu cikgu nak tanya, enti dah dapat murabbiyah baru?


iha: belum lagi.setakat ni tiada siapa lagi yang hubungi ana, sebab tu la ana telefon cikgu. Nak minta kepastian tentang proses kelansungan tarbiyyah ana disini.


puan khadijah: ok nanti cikgu akan maklumkan kemudian. enti lambat sikit dapat tahu sebeb enti seorang je yang pilih negeri selain johor. mungkin puan hamimah terlepas pandang. inshaAllah esok cikgu mesej jam 3ptg. kalau cikgu terlupa, enti ingatkan ya.


iha: ooo..ok..inshaAllah. ok la cikgu saya minta diri dulu..


puan khadijah: ok.. belajar elok-elok..teruskan ikhlas niatkan segalanya semata-mata kerana Allah, demi redhaNya, demi syurgaNya..


iha: inshaAllah..assalamuaikum


puan khadijah: waalaikumsalam..


***********************************
"weh, jom pegi makan!" rakan di sebelah katil iha menyapa.
"jom!" iha membalas dengan senyuman dan segera mencapai tudungnya dihujung katil.
mereka berjalan beriringan menuju dewan makan. hari pertama di asrama amat meletihkan. tambahan pula dorm nya terletak di tingkat 3.mujur tunang angah datang bersama, membantu  memunggah semua barang-barangnya.
"awak nama ape?" iha memecah kesunyian
"salwani..panggil wani je. ko?" selipar di tanggalkan diluar dewan makan.
"fariha. panggil saya iha je."
"ko memang biasa cakap saya awak ea even sesama pompuan?"
"mungkin..kenapa? tak biasa ea?"
"agak la.. ko sekolah mana dulu? mesti sekolah agama kan?
"haah..Maahad Islamiyyah, kluang"
"ooh, jauhnya! johorkan? memang orang johor ke?"
"haah. pure johor. saja nak cuba belajar jauh-jauh.. awak sekolah mana?"
"sekolah Agama Tinggi Hishamudin. kat selangor ni jugak. tapi tak best sekolah tu. ko PMR dapat berapa? kenapa daripada Maahad ke teknik?"
"alhamdulillah PMR dapat 7A 2B. pilih sekolah teknik sebab minat engineering. dan paling penting, sampai sekarang, Maahad tetap di hati..masih rindukan maahad. tapi inshaAllah inilah yg terbaik dari Allah."
"oo..baguslah. tapi aku rasa ko tak patut pilih sekolah ni. result PMR ko tu excellent. ko patut apply teknik cheras tu.. teknik kawalan.. baru la sepadan dengan result.."
"oo ye ea? hmm..kalau saya ke sana, tak dapat la saya kenal dengan awak kan?"
" best sangat ke kenal ngan aku?"
**************************************
azan maghrib kedengaran jelas dari surau asrama lelaki. sesuatu yang lain dari kebiasaan bagi iha apabila pelajar perempuan tidak solat di surau besar asrama yang letaknya dalam aspura, bahkan mereka hanya solat berjemaah di dalam surau aspuri. 
"iha sini la!" izzaty memanggil seusai azan.
"eh jomlah ke saff depan. jom3.." iha menarik tangan nabila dan wani. kedua-duanya menurut.
"takpe la..korang je la pegi" iha membalas dengan seyuman dan bersegera ke hadapan kerana solat akan bermula sebentar lagi.

iha bersalaman dengan rakan-rakan di kanan dan kirinya dan tidak dilupakan, rakan-rakan se"dorm"nya di saff belakang.
"oo..sume kat sini.."
"haah..kitorang semua satu saff. tu yang kitorg panggil ko ke sini. da tak cukup korum time solat tadi."
"tak cukup korum?"
"ye la ko ngan nabila ngan wani pegi depan..sebaris dengan senior.."
"oo.. tapi takpe kan sebab kita solat kerana Allah kan? kita nak Allah yang nilai bukan manusia yang nilai..mungkin di mata kita satu dorm satu saff nampak lebih tersusun.. tapi Allah cakap, tersusun tu bukannya berdasarkan dorm ke, senior ke junior ke tapi berdasarkan niat yang ikhlas, barisan yang lurus, saling bertemu bahu."
"ha dengar tu zaty! aku nak tambah sikit, saff depan ni pahala dia extra sikit berbanding saff belakang..so, kita kena bersegeralah utk saff depan."
"ok..terima kasih ustazah fariha dan wani. boleh la bagi tazkirah kat depan"
"takpe la.. senior nak bagi tazkirah tu.." iha menyambung sambil memeluk bahu zaty.
"iha, aku nak tanya sikit. ko kan budak sekolah agama kak adilah tu pun sekolah agama tapi kenapa dari segi luaran la aku tengok korang ni sangat berbeza. kenapa ko masih pakai tudung labuh even ni kan sekolah teknik..dah takde dah peraturan kena tudung labuh2 camni. macam kak adilah tu. dia tak pakai pun tudung labuh. pakai tudung macam aku ni je.kan lagi senang..nak iron pun senang. tapi walaupun tak pakai tudung labuh, dia tetap jadi AJK surau. kiranya jadi budak baik la..masih ada la ciri2 budak sekolah agama tu.."
"pertamanya, iha pakai tudung ni bukan sebab peraturan sekolah. tapi, sebab ini peraturan Allah. iha rasa selamat dengan tudung ni."
"peraturan Allah? Allah suruh pakai tudung labuh ea?kenapa rasa selamat?macam ni xselamat ke?" zaty menunjukkan tudungnya.
"cuba zaty baca ni," iha menyuakan al quran terjemahannya,

wahai nabi! katakanlah kepada ister2mu, anak2 perempuanmu, dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya keselururh tubuh mereka. yang demikian itu agar mereka lebih mudah di kenali sehingga mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun maha penyayang. (al-ahzab:59)

"ha..jelas tak kata2 Allah?"

"tapi aku punya tudung ni kalau aku lepaskan ke bawah dah tutup dada kan? kira da ok kan?"
"ok? hmm..mungkin..tapi, kalau ikut silibus pendidikan islam mase form3 dulu, syarat2 menutup aurat kan, tak jarang hingga menampakkan warna kulit, tak ketat hingga menampakkan bentuk badan, dan tidak menyerupai berlainan jenis. zaty jadikan syarat2 ni KPI dalam menutup aurat..agak2 dah buat semua tak?"

"mungkin belum.."

"hmm mungkin.."

"ha!kenapa pula rasa selamat dgn tudung labuh?"

"tu, dalam ayat ni kan Allah kata sehingga mereka tidak diganggu.  jadi, dengan menutup aurat secara sempurna, Allah dah janji yang kita tidak akan diganggu. al-quran ini kan kata2 Allah..siapa yang lebih benar lagi kata2nya selain Allah?"

"betul tu..tapi perlu masa kan untuk berubah.."

"inshaAllah, cepat atau lambat tu bukan perkara utama, yang paling penting adalah kita sentiasa mencari jalan dan seterusnya berusaha untuk berubah. iha tekankan lagi, sentiasa..sentiasa..bukan kadang2 atau ikut mood je.."

"oo..inshaAllah..doakan aku.. ko tolonglah aku.."

"inshaAllah..iha cuba yang termampu..zaty pun kena jaga hubungan dengan Allah...mohon pertolongan dari Dia."

"iha, zaty dah jom pegi dewan murni! asek berbual je.. cepat la..senior marah kang lambat2.. "ella memanggil dari pintu surau.

mereka semua bergerak ke dewan murni mengikut dorm untuk mendengar taklimat pengetua. minggu orentasi baru bermula dan dirasmikan oleh encik Ghazali bin Haroun. di suatu sudut dewan, kelihatan zaty dan fariha sedang asyik berbual-bual.  fariha kini sudah mula mempunyai target mad'u.

Followers