Wednesday, June 29, 2011

diari-3

bismillahirramanirrahim

cuti yang agak penat. penat fizikal dan spiritual.huh~ okeh since tajuk dia diari, maka saya akan berkongsi ttg hidup saya. apakah perkara yang saya paling tidak suka sekali lakukan?

nak tau?

--------

cuba teka dulu..

bawak basikal? salah!



basuh pinggan?? saya suka basuh pinggan ok!



saya tak suka pergi beli sayur,ikan,sotong! ya Allah, memang tak suka..stress betul kalau ayah suruh pergi beli sayur,ikan,sotong kat TJ Mart. kan best kalau setiap kali bukak fridge, semua terus ada. tak payah pergi beli. Saya tak suka keadaan pasar. Saya tak suka pilih ikan. Saya tak reti pilih sayur. Pernah sekali, pergi beli sayur dengan ayah..satu tragedi yang memalukan berlaku..serius duarius tigarius malu!!



"ayah, nak beli sayur apa?"
"amek bayam, sawi, kangkung. kobis bunga tu skali. bonda nak buat sup"
"ayah, bayam takde. ada kangkung ni je." sambil menunjukkan kangkung tersebut kepada ayah dari jarak dalam lebih  
 kurang 2depa.
"apa yang takde nye?yang ko pegang tu bayam la. kangkung yang kat depan tu." menunjuk kearah lokasi kangkung.

jadi...apa yang berlaku?makcik2 dan pakcik2 tak kurang juga adik2 yang turut sama membeli sayur di situ senyum2 sipu kearah saya. saya pun dengan comelnya membalas seyuman makcik2, dan saya pun tanpa banyak bicara sementelah senyum masih tetap terukir amek sawi, kobis, terus ke kaunter.


"ayah, malunya...kenapa ayah cakap kuat2?" saya berbisik kepada ayah setelah selesai membayar.
"takde apa la. biasa la tu." ayah menjawab dengan innocent
"ayah, bayam bukan daun dia lebar pastu ada warna merah kat tgh2 daun tu ke?"
"itu bayam merah. ni bayam biasa. bayam hijau."
"oo.."

maaluuuuuuu....sejak daripada itu, saya akan memastikan ayah tak ikut bersama kalau saya harus ke pasar..huh~ kalau salah beli pun paling2 kena marah kat dlam rumah.

hari ini saya diminta utk beli ikan dan sayur lagi di TJ Mart. huh, ayah saya x gemar ke sana. tapi saya akan tetap membeli semua2 tu hari ini. di pasar malam! ye!! saya sangat suka pasar malam. Jimat minyak!

pengajaran: cuti2 ni belajar kenal sume2 barang dapur. belajar pilih ikan. ingat senang2 pilih je ke?ada caranya tau.. belajar kenal sayur..belajar siang sotong..blablabla..nanti kalau parents takde kat rumah selama seminggu, ke beberapa hari ke, siapa nak masakkan?belajar k! Di samping tu, ini juga merupakan sarana birrul walidain..dakwah family dengan memasak.-walaupun saya jarang masak resepi baru- tak yah banyak cakap. bak kata seorang ikhwah yang mengisi satu slot ketika di matrix, "dakwah family tak perlu banyak cakap. tapi perlu banyak buat. tak semestinya bagi tazkirah, mungkin kemas rumah lebih membekas di jiwa mak ayah."

-biar amal berbicara-

bestkan kalau dapat buat camni dalam family

rasa jatuh (baca:down)

bismillahirramanirrahim

Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w: 
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:

" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]
Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.
Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:
Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.

Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.

B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:
Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.
Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:

1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.
Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.


sumber asli: http://al-bilali.blogspot.com/2009/09/menangani-kejemuan-al-futur-dalam.html

Sunday, June 19, 2011

Boikot IKIM.fm boleh?

bismillahirramanirrahim


Kalau telusuri sirah, rasulullah pun ada memulaukan beberapa org sahabat selama sebulan kerana tidak turut berperang, antaranya Kaab Bin Malik. Jadi, rasanya tak melampau kot kalau shinju nak pulaukan ikim ni kerana buruk perangainya saluran ini..warrrggh~ -suke hati je kata org buruk perangai-
Sungguh shinju berasa sangat hangin sekarang, sejurus mendengar sebuah lagu yg diputarkan oleh pak cik DJ Razak sebentar tadi. Terasa nak keluar dari bilik, lalu menuju ke dapur dan menghancurkan radio bunda yg sedang di pasang sangatlah kuat. Well, bunda weekend tak kerja, jadi radio itu akan terus terpasang sampai ke zohor nanti. Oleh kerana, shinju anak bunda yg baik jadi shinju urungkan sahaja niat yg buruk itu.
Apa yg shinju marah sangat sebenarnya ni? Huhh!~ tadi diputarkan lagu, kalau berpacaran. Cheh…versi terbaru pulak…suara pak cik suhaimi je yg menjadi solo. Ana rafali hanya jadi latar2 di belakang. Sebelum ni shinju pernah dengar lagu ni menerusi radio era ketika menumpang kakak untuk dihantar ke KTM dan juga beberapa kali terdengar di dalam kereta ayah ketika meneman ayah ke beberapa tempat. Dalam kereta shinju inshaAllah belum pernah lagi. Memang versi lain sikit daripada yg diputarkan IKIMfm sebentar tadi. Tapi liriknya tetap sama. Yg membuat shinju MEMBARA. Bila dengar menerusi siaran2 radio seperti era atau sinar atau klasik nasional, saya mungkin tidak semarah ini kerana boleh jadi, org yg menyanyi dan DJ yg memutar radio itu tidak begitu cakna dengan syariat islam. Tapi terkejut bukan kepalang apabila shinju mendengarnya menerusi radio IKIMfm. medium yg banyak membantu shinju dan keluarga berubah suatu ketika dahulu. Ni liriknya:

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Helo!!! Tajuknya pun, kalau berpacaran. Terang tang tang  sesuatu yg haram. Mana taknya, berpacaran la weh! Kan haram... by the way, perisai org beriman tu bukan malu dengan org. tapi malu dengan ALLAH. malu nak bermaksiat di hadapan Allah. dah korang dok berpacaran tu, di mana letak malu korang? 
“dan janganlah kamu mendekati zina. (zina) Sungguh itu satu perbuatan keji dan suatu jalan yg buruk.” [17:32]
Dah banyak individu yg mengulas ayat ini, dan langsung dikaitkan dengan pengharaman berpacaran itu sendiri. Berpacaran itu adalah satu jalan menuju penzinaan. Kalau tak pecaya, cuba tanya “mangsa” yg melahirkan anak luar nikah dan ditinggali oleh ayah kandung anak tersebut. Apakah mereka (ayah dan ibu ank luar nikah) seblum melakukan penzinaan itu, saling tidak mengenali? Tipu la kalau kata tak kenal.  Rata2 semua yang “terlanjur” ni semuanya adalah pasangan kekasih. Penzinaan yg dimulakan dengan sebuah perkenalan, kemudian didorong oleh pujuk rayu syaitan, maka terjerumuslah ke lembah penuh kenistaan. Mana ada orang yang tak kenal, tiba2 diajak untuk berzina lalu ia bersetuju. Kalau ada, itu adalah pelacur atau gigolo. Jelaskan??? Berpacaran itu haram..
Lagi satu. Tengok lirik tu, boleh pandang2, duduk regang2. Hishhh!! Tajuknya sahaja dah menyimpang dari syariat, malas nak ulas liriknya. Tapi nak cakap jugak. Firman Allah;
“katakanlah kepada laki2 yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya…” [24:30]
“katakanlah kepada perempuan2  yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya…” [24:31]
Kan Allah memerintahkan kepada kedua2, lelaki dan perempuan utk menjaga pandangan mereka. So, no such thing, boleh pandang2….etc.. tak boleh pandang ok! Jagalah pandangan kerana itu lebih suci bagi kita. Dalam sebuah hadis, rasulullah ada berpesan bahawa, antara salah satu cabang zina itu adalah zina mata. Mata, zinanya adalah apabila ia memandang insan yg haram baginya. (ia boleh nikahi)
Jelaskan?? Jadi, pak cik DJ razak, aritu ada pendengar yg tegur tentang lagu2 yg semakin lama semakin merepek di radio ikim, tapi pak cik kata, radio ini ada org yg ditugaskan khas utk menapis lagu2 yg boleh diputarkn di radio ini. Jadi, saya minta tolonglah org yg bertanggunjawab menapis lagu2 ni, tolong peka, dan bersungguh-sungguh la buat kerja tu. Masyarakat melabel ikim ni satu medium dakwah. Tapi, if kecacatan ini  tidak dibendung dan dibaiki, akan mampu melahirkan masyarakat yg rosak, Ilmu dan amalnya. Saya pun bukan baik. Cuma, melontarkan sedikit kepekaan saya terhadap umat yg sedang kronik ini.
~aman~

Saturday, June 18, 2011

my great dad~

bismillahirramanirrahim

"dapat U mane tu shinju?"
"Unimap yah..kos yang shinju mintak..kejuruteraan mekatronik"
"bagus la tu. sambung bidang elektrik ko. kat mana unimap tu?"
"mm...mane ea...eh, perlis la..universiti malaysia perlis.."
"uish!jauhnya...berapa tahun tu ko kat sana? ayah x larat la nak sampai ke utara"
"tiga tahun yah..diploma." hati mula kesebakan. kereta ayah tak pernah sampai jauh daripada selangor.
"tak payah pergi la shinju. juah la. yuran dia tengok tu, dua ribu lebih. ayah takde duit. kereta ni pun tak boleh sampai ke utara sana. 3tahun lama shinju. susah."
"emm..ye la. tunggu tawaran matrix pulak." surat di lipatkan dan kembali menonton televisyen
_____________________________________________________________
"shinju! ni ada surat. bahagian Matrikulasi"
"bak sini" dengan wajah bersahaja surat itu diambil. beberapa hari lepas rakan shinju telah meng"check"kan keputusan matrixnya menerusi internet dek kerana tiada akses internet di rumah shinju pada waktu itu.
"dapat kat mane shinju?" adik bongsu bertanya
"ala takut la nak gtau ayah...." tak menjwab soalan
"kat mane?"
"changlun, kedah. ayah bagi tak ea?"
"apa la nasib ko, sume tawaran dapat jauh2.."

malam menjelang...

"ayah, shinju dapat matrix. tapi kat kedah. ni tawaran last. lepas ni dah xde da yah. ada pun kolej2 swasta la"
"kenapa dapat jauh2 ni? ko mohon jauh2 ke? kenapa x mohon IPT dekat2, kan nnt apa2 hal senang. "
"tapi yah, oversea da x g, diploma xg, matrix ni yah....." tunduk memandang surat tersebut
"ye lah. pergi la matrix. tapi, kite xde sedara mara kat sana. ko kat sana sorg2 je. apa2 hal, nak kena byk survive sendiri." mengakhiri kata2 dgn sebuah PERSETUJUAN.

____________________________________________________
"ayah stres nya duduk kat sini. sume org baru hari pertama belajar, dah ada buku rujukan. shinju, buku nota pun takde. dtg sini bawak baju je." rintih shinju pada hari pertama kuliah di KMK setelah seminggu berorientasi.
"la, sabarlah. perlahan2."ayh memujuk
"yah, shinju nak keluar matrix"
"jauh la ayh nak amek. susah payah ayah hantar jauh2. ko nak pegi mana kalau keluar matrix?"
"nak masuk KUIS. baby cakap, shinju dapat KUIS."
"KUIS tu swasta. mana nk dapat duit?"
"ayah, guna duit yg skola teknik bagi masa graduasi aritu la."
"hmm,.suke hati ko la. tapi, fikir dulu elok2"
_______________________________________________________

ketika sedang menuju ke bilik tutorial, tit tit tit
 assalamualaikum. belajar dengan bersungguh-sungguh. insan mulia kerana ilmu.
sebuah SMS memasuki inbox sony ericson K200i. SMS dari ayah. menguatkan lagi langkah shinju. SMS yg ringkas, tapi bermakna dalam kondisi shinju yg sgt "sakit rumah" (homesick). hari demi hari, ayh menghantar SMS utk menaikkan semangat shinju. ayah lah yang menyokong shinju utk meneruskan langkah di matrix. setiap hujung minggu pasti ayah telefon, topupkan, bertanya khabar, bertanya perkembangan study. mengingatkan shinju supaya banyak mengingat Allah. membuatkan shinju rajin pergi masjid dan baca quran seusai solat maghrib. dan akhirnya, shinju menamatkan zaman matrikulasi dengan gemilang sekali! terima kasih ayah atas support ayah selama ni. sehingga akhirnya shinju kini menjadi seorang mahasiswa kejuruteraan kimia. terima kasih ayah! love u so much! di saat semua org tak percayakan kemampuan shinju, ayah tetap juga terus memberi semngat! menjadi motivator yg peling setia! Ayah inspirasiku...



Wednesday, June 8, 2011

jemaah kolestrol

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah baru lepas jogging dgn adik2 terchenta. huh~ abid sdg menggoreng kentang.. jadi, masa yg serba singkat ni, shinju nak ulas sikit cakerama minggu lepas, di tv3, jemaah kolestrol.. satu cubaan yg menarik dari pengarah, haekal kalau x silap namanya..untuk memperkait islam dan kesihatan..well, menjaga kesihatan tu kan part of islam yg complete ni kan?

sebungkus nasi lemak = lari 7-10km.. ish3..dahsyat! shinju mampu jogging non stop 3 kali padang je. selebihnya, berjalan sambil lari berhenti2..So, mulai hari ini, lepas je jogging, kami semua da tak nak singgah kat stall makcik2 jual kueh dan nasi lemak. habis joging terus balik rumah, bakar roti, goreng kentang. Sia2 je jogging, kemudian makan nasi lemak..huh~

khasiat kentang


kentang boleh memberi support vitamin c yg menyumbang kepada kecantikan wajah (para wanita anda harus teruja!) dan juga sangat bagus untuk mereka yg mahu menurunkan berat badan seperti saya! satu diet yg sgt mudah! tapi, diingatkan dgn tegas, diet perlu diiringi dgn senaman regularly! ok berehat jap..kentang sudah masak.
_________________________________________________
sambung balik. dari itu, jom3 kita makan kentang. dan buat peserta2 KEM SISWI SINERGI bermula jumaat ini, boleh la bawak kentang yg dah siap kupas kulit ke kem nanti. untuk tujuan menambah tenaga. *mata bercahaya*

cakerama jemaah kolestrol




kembali kepada cakerama ini. di samping segala moral value yg terselit, namun, utk menjadi pengarah yg baik, anda perlukan kritikan daripada audiens anda. Jadi, selaku penonton shinju memantulkan semua kekurangan itu pada diri sendiri untuk diteladani kisahnya selain memberi masukan kepada pengarahnya.ehem3.

satu perkara yg paling jelas menerusi drama ini adalah, situasi menjamu makan kepada hadirin dgn jamuan yg berlebihan. Benar, rasulullah juga menggunakan sarana menjamu makan, atau dgn kata mudah, bagi makan free kepada mad'u (org yg didakwah) yg di dekati. Tapi, berpada-pada lah. ye pun duit tabungan surau itu banyak, janganlah sampai membazir. Sediakan makanan yg mewah2 dan dalam kuantiti yg sangat banyak. hidangan 100 org tapi dinikmati hanya oleh 30 org. kan ke satu pembaziran?! pulak tu, jamu makan lepas isyak pula. waktu2 org dah nak collapse, jadi, ke mana nak disalur tenaga yg diperoleh dari makanan yg dimakan lepas solat isyak tu? maka jadi lah ia lemak terkumpul. Nak tahu x berapa melting point fat?? menurut pak cik LG wade, melting point of fat is 72oC!! ha jenuh la nak bako lemak...

saya nak bagi ceramah


satu lagi perkara nak saya sentuh, mungkin perkara ni da terlalu memasyarakat. Apabila ustaz apa ntah namanya dalam cite ni, dia di request oleh imam surau untuk memberi ceramah usai solat isyak. lalu berkatalah ustaz itu kepada imam, "boleh imam nak minta saya berceramah di surau imam. saya takde masalah. cumanya, imam paham la kan, saya datang naik kereta.. kereta tu pun guna minyak..aaa.." lantas imam membalas tanda faham,"ya2 ustaz, saya faham. x jadi masalah.."

chop3!!hmm, saya kadang2 pelik. kenapa ya, para penceramah ni perlu meletakkan harga utk ceramahnya? dan, dah namanya penceramah, pastilah kefahaman ttg agama lebih mendalam. ye x? tapi macam x selari ya, ilmu dan amalnya. Allah kan ada berfirman, dalam surah saff ayat 10-11, yg berbunyi:

"wahai org2 yg beriman!maukah kamu  Aku tunjukkan satu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya  dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."


cuba tgk quote yg di"bold"kan. Allah kata, harta siapa? harta org yg nak selamat dari azab tu la. maknanya, harta kita. jiwa siapa? jiwa kita jugak. tak pulak Allah guna dhomir ketiga.. Allah guna kum. dhomir kedua. jadi, nak selamat dari azab, perlu berjihad dengan harta dan jiwa kita. bukan harta mereka, tapi jiwa, atau tubuh kita. duit, mereka bagi, lalu baru kita boleh korban diri kita utk berceramah. abes, kalau camtu, org asli atau pedalaman yang nakkan islam tapi tak mampu nak membayar "harga" ceramah ustaz, maka tak dapeklah sampai islam pada mereka. Minyak kereta guna duit kita, duit tol pun kita, atau tambang bas duit kita, segalanya tu kita yg perlu keluarkan. Nak syurga tak??*mata bersinar*

Dakwah itu bukan satu profession spt engineer, Doctor, lawyer.. tidak3... berdakwah itu satu amanah yg di wariskan oleh ar-rasul. Hujung tahun 2009, saya ada menghadiri satu wacana ilmu, program tu di beri nama WEHDAH kalau x silap. eh silap! namanya seperti tertera di sijil adalah Konvensyen Pendakwah Muda di USIM. masih saya terngiang2 pembentangan mehnah dan tribulasi dakwah dari pengarah UiTM segamat, yg saya dah lupa namanya.. (maaf3..) dia ada berkongsi, tentang, dakwah bukan satu profesi. beliau selalu berceramah ke sana sini dan biasanya mendapat bayaran yg boleh tahan tinggi. Tapi, pada suatu hari, usai dia berceramah di satu tempat, dan mendapat bayaran dlam sampul surat, lalu dibukanya dan didapati hanya ada RM200 sahaja. terkezut bukan kepalang. kerana kebiasaannya dia akan dapat note RM50 yg begitu byk, tapi kali ini hny ada 4 keping note RM50.kecewa. dah lah perjalanan jauh. berejam mengisi, 200 je dapat. dalam perjalanan balik, baru dia terfikir bahwa, dia harus ikhlas. bukan mengharap balasan dari manusia. betapa ketidakikhlasannya tadi hampir men"zero"kan pahala yg baru sebentar tadi beliau taburkan dihadapan hadirin. mulai dari saat itu, beliau membuat satu akaun, yg mana sesiapa yg nak memberi sumbangan atas ceramah beliau boleh melakukan demikian dengan mem"bank-in" kannnya ke dalam akaun tersebut. Beliau tidak mahu keikhlasannya terbatal dek kerana sumbangan yg sedikit. Salute lah!! saya ada juga merisik aktiviti2 beliau di kampus melalui seorang sahabat sekompani sewaktu PLKN dulu yg belajar di UiTM segamat. Dia pun suka pengarahnya kerana sangat islamik. setiap minggu belanja iftar kat masjid. ternyata, apa yg diperkatakan dalam wacana tempoh hari sangat benar!

ok sampai sini semua org fahamkan. kita perlu berjihad dengan segala apa yg kita punya. to be continue. saya akhiri dgn 9:111

 "sesungguhnya Allah memberi daripada org2 mukmin baik diri maupun harta mereka, dengan memberikan syurga utk mereka...."


Allah nak membeli daripada kita. Kita menjual kepada Allah infaq2 kita, tapi kita tak tahu apakah Allah ingin membeli infaq kita dan membayarnya dgn syurga? layakkah infaq kita utk Allah pandang. ibarat membeli epal 10biji=RM5 dipasar malam. kita nak beli epal, tapi kita tetap selektif. kita hanya akan membeli yg terbaik. begitu juga Allah..

sekian..

Monday, June 6, 2011

bukan niatku

bismillahirramanirrahim



Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkah ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

kredit to:liriknasyid.com
dan juga: tidakbisamenangis.blogspot.com

Sunday, June 5, 2011

pelita gelita

bismillahirramanirrahim

inginku berikan kata yg sering bermain dihatiku
hadirmu bagai pelangi bercahaya dilangit tinggi
izinku suntingkan madah indah
untukku syairkan isi hati 
cinta ku yg sepi

pelita hadirmu di sini membawa memori
ku sambut dgn gembira riang dan ceria
bagaikan pelangi mewarnakan kembali
peristiwa hidupku yg sepi
bak cahaya murni

sebuah keriduan~ didedikasikan kpd angkatan AM0809 dan MM0809

Wednesday, June 1, 2011

pergilah! aku tak perlukan kau!

bismillahirramanirrahim

saat dunia begitu menghayalkan lagi menghanyutkan
di tambah pula kritikalnya penularan virus al wahan
apa yg sdg engkau lakukan?

mengikuti irama muzik dunia yg terus menipudaya
tenggelam dgn zulumat dosa yg tak terjauh engkau darinya
apa yg sdg engkau fikirkan?

berbangga dengan produk syaitan musuh yg nyata
bertopeng warakmu, sembunyi fasadmu
apa yg sdg engkau inginkan?

apalah ada pada putaran dunia ini?
hari ini kita bisa tertawa dan terbuai dengan pesona dunia
esok di kuburan, gelaplah engkau tak bercahaya!
berteman semut dan cacing di tgh gelita
saat itu teriakanmu tiada berguna
seluruh kemewahanmu tak kan melindungmu dari seksanya dikerumuni serangga
hanya berbalut kain kafan,
 kau takkan mampu bertahan!
rasakan azab dari tuhan atas segala pengkhiantan yg engkau lakukan
pengkhianatan yg x surut kau persembahkan kepada tuhan
hartamu, jiwamu, ke mana engkau belanjakan?
hawa nafsu terus engkau turutkan
kini rasakanlah azab dari tuhan!
menanti hingga hari kebangkitan,
rayu dan esakmu di tgh kegoncangan dan keriuhan
mencari seseorg yg mampu memberi bantuan.
moga kita di syafaatkan
-luahan cuti originally created by: shinju-

Followers