Friday, January 14, 2011

buatmu para mujahid dan mujahidah

bismillahirramanirrahim


Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah mengherankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu membujuk ibunya memeluk Islam kerana sayang pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai usaha tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.


Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun menanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahwa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Mendengar jawaban ibunya, Mus’ab berkata kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.
Mendengar jawaban Mus’ab yang begitu tegas dan berani, ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.


Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.


Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.


Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.


Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.


Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:


"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu."


Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.


Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.


Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.


Source: http://arrahmah.com/index.php/blog/read/5054/musab-bin-umair-duta-islam-pertama#ixzz1B0DlhvYT



bagaimana jika kita melihat umat islam kini? andai mus'ab RA diuji antara kasih sayang seorang ibu dengan aqidahnya, lalu dia memilih untuk menyelamatkan aqidahnya. bagaimana jika kita berada di tempatnya? apakah kita akan memilih untuk berislam dengan baik atau  bermaksiat kepada Allah? dalam kondisi yang genting seperti ini, terkadang kebanyakan kita gagal dalam membela keislaman kita dan lebih cenderung memilih untuk menjaga hati ibu berbanding menjaga "hati" Allah.


dalam kisah mus'ab ini juga dapat kita pelajari bagaimana bersungguh-sungguhnya mus'ab dalam mempertahankan dan menegakkan islam. Menjadi duta islam ke madinah, dengan mengetuk dari satu pintu ke satu pintu rumah penduduk madinah bukanlah satu perkara yang mudah. Penghijrahan rasulullah ke Madinah adalah mula tercetus dengan penghantaran mus'ab sebagai duta islam ke madinah yang kemudiannya membawa kepada terpatrinya perjanjian aqabah 1 dan 2 sebelum penghijrahan. Sesampainya rasulullah ke madinah, baginda di sambut dengan ucapan Tala 'al badru 'alaina minsani ya til wada oleh hampir 8000 penduduk madinah. dari mana datangnya 8000 orang yang menerima islam lalu meraikan kedatangan rasulullah ini? tidak lain, hasil dari usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dan keyakinan penuh terhadap janji Allah oleh Mus'ab bin Umair yang di hantar ke situ sebelum penghijrahan. dan yang pasti, dengan rahmat dan pertolongan dari Allah Azza wajalla. 


kemenangan islam tidak akan dicapai dengan hanya duduk santai, mengharapkan diskaun dalam beramal, tetapi sirah telah mencoretkan dengan mencontohkan melalui kisah hidup rasulullah, para sahabat, tabiib, tabi' tabiin tentang bagaimana kemenangan islam tercapai. Iaitu dengan  aqidah yang jitu, iman yang mantap dan yang terpenting adalah kerja keras. dan ini semua memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. terkadang kita diuji dengan harta, emosi, bahkan nyawa. tetapi, jangan kita kalah dengan ujian. bersabarlah dengan ujian yang mendatang. ini adalah sunnah dakwah. tiada dakwah yang sepi tanpa ujian kerana dengan ujianlah kita akan sentiasa dekat dengan Allah. sentiasa bermunajat, menerjemahkan rasa penuh kehambaan kepadNya... teladanilah sirah!

Sunday, January 9, 2011

bertahanlah! bersiap siagalah!

bismillahirramanirrahim

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga


sumber:http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/5045/hijjaz-sunnah-orang-berjuang.html

Saturday, January 8, 2011

takkan surut walau selangkah

bismillahirramanirrahim

jalan dakwah mengajarkan bahawa kami memang MEMBUTUHKAN dakwah. Kebersamaan dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kami harus HIDUP BERSAMA mereka di jalan ini agar berhasil dalam hidup di DUNIA dan AKHIRAT- Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami.

alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita dipilih untuk menjadi orang-orang yang inshaAllah berkhidmat di jalan Allah, untuk mengemban risalah dakwah ini. meyambung perjuangan para anbiya' wal mursalin. kita yang awalnya hanyut dan sangat hampir dengan jurang neraka lantaran dosa-dosa saban hari, lalu Allah berkehendak untuk menyelamatkan kita dengan anugerah tarbiyyah ini daripadaNya. Dan lebih mengasyikkan bila mana Allah menyatakan bahawa  para da'ie(pendakwah) merupakan orang-orang yang beruntung! maka, tidakkah kita perlu bersegera untuknya??

"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan MEREKA itulah orang-orang yang BERUNTUNG " - [ali imran:104]

terkadang, dalam kita menyebar dakwah ini, ada suara-suara yang mengatakan bahawa kita hanya membuang masa dengan perkara-perkara ini, sedang suara2 itu adalah suara syaitan (3:175). redha Allah adalah matlamat kita. Apa sahaja dogma, tohmahan, fitnah takkan menyurut apatah lagi menghentikan langkah kami! Cukuplah kata2Nya untuk kami dengar lalu menyirami jiwa kami dengan ketenangan.

"dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata, "mengapa kamu MENASIHATI kaum yg akan DIBINASAKAN atau DIAZAB Allah dengan azab yg keras?" mereka menjawab, "agar kami mempunyai alasan (LEPAS TANGGUNGJAWAB) kepada tuhanmu, dan agar MEREKA BERTAKWA." [al-a'raf:164]

Di awal pentarbiyyahan, kita begitu bersemangat menghadiri pertemuan-pertemuan dakwah, halaqah, rehlah, liqa', riadah dll. Sehingga satu ketika, kita diminta untuk berkorban lebih lagi. jika sebelumnya kita hanya perlu mengorbankan masa mungkin selepas ini kita tetap akan perlu mengorbankan masa bahkan akan lebih banyak lagi masa yang perlu dikorbakan dan seterusnya harta kita pula perlu dikorbankan sehinggalah akhirnya jiwa kita yang akan dikorbankan. Namun, seberat mana pun kita diuji, tak setanding ujiannya dengan para rasul dan pendahulu lainnya.

"ataukah kamu mengira bahawa KAMU AKAN MASUK SYURGA, padahal belum datng kepadamu (COBAAN) SEPERTI (YG DIALAMI) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa KEMELARATAN, PENDERITAAN dan DIGUNCANG (dengan pelbagai COBAAN) sehingga RASUL dan ORANG-ORANG BERIMAN yang bersamanya berkata "kapankah datang pertolongan Allah?" ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. - [al-baqarah:214]


sahabat2 sekalian, rasul juga diuji dengan ujian yg hebat sehingga mereka merintih, "kapankah datangnya pertolongan Allah?" tak tergambar kita betapa hebatnya ujian yang mereka lalui. Wahai para da'ie yang diuji, teruskan bersabar dan istiqamah. yakinlah pertolongan Allah itu dekat!


namun, proses filteration Allah sentiasa berlaku. Ujian demi ujian akan diberi untuk melihat siapa yang benar-benar ikhlas dijalannya(29:2) dan siapa antara hamba2Nya yang diuji itu terbaik sekali amalnya (67:2). Dalam ujian itu pasti ada yang tetap teguh dengan keimanan dan keyakinannya serta ada juga yang goyah lalu meninggalkan jalan ini. Rasa terbeban dengan ujian yang diberi dan goyahnya keyakinan bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat, keengganan para da'ie itu sendiri untuk mengorbankan harta dan jiwanya dijalan ini secara total menjadi antara asbab ramainya yang berciciran dari jalan ini. Sedarilah wahai sahabat2 sekalian, kita memang dituntut untuk mengorbankan segalanya demi dakwah ini. nampak sukar dan beratkan?? mengapa begini?? kerana SYURGA ALLAH ITU MAHAL HARGANYA. Jual dunia untuk akhirat! itulah pelaburan yang menguntungkan. (61:10-11) jika anda tetap dengan keenganan anda untuk kikir dijalan Allah, silakan kikir..dengarkan firmannya:


"ingatlah, kamu adalah ORANG YANG DIAJAK untuk MENGINFAKKAN (hartamu) di jalan Allah. Lalu diantara kamu yang KIKIR, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah YANG MAHA KAYA, dan KAMULAH YANG MEMBUTUHKAN (KARUNIA-NYA). Dan jika KAMU BERPALING (dari jalan yg benar) Dia AKAN MENGGANTIKAN (KAMU) dengan kaum yang lain, dan mereka TIDAK AKAN (DURHAKA) SEPERTI KAMU" [muhammad: 38]

wahai sahabat2ku, beruntunglah kita kerana diberi peluang untuk berkhidmat dijalanNya. diberi peluang untuk kita menyalurkan segala tenaga dan upaya yang kita ada diatas jalanNya. Jika dahulu kita menghabiskan masa dan duit kita di mall-mall, waterpark, fun-fair,wayang, untuk berhibur bersama teman-teman yang langsung tidak dapat menambah iman ketika bersamanya,serta menghabiskan emosi kita untuk perkara yang sepele seperti, menangis kerana tak cemerlang dalam peperiksaan, lantaran tak redhanya kita akan ketentuanNya, menangis kerana putus cinta lantaran tak yakinnya kita akan jodoh yang Allah tetapkan ketika dialam roh (hadis 2 dlm arbain nawawiyah) menangis kerana kemahuan kita tak dipenuhi lantaran ketidakmatangan kita, namun kini Allah telah menunjukkan kepada kita jalan yang perlu kita tempuh untuk menyalurkan segala emosi kita. Manfaatkanlah tangisanmu agar ia dapat memadamkan api neraka. Mata yang menangis kerana takutkan azab Allah akan menjadi saksi kelak diakhirat untuk menempatkan kita di syurgaNya..subhanallah~ teruskan berjuang wahai sahabat2 sekalian, Allah telah memilih kita..

"dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yg SEBENARNYA. Dia telah MEMILIH KAMU, dan tidak menjadikan KESUKARAN untukmu dalam agama..."- [al-hajj:78]



Tuesday, January 4, 2011

Tanyalah asyraf!

bismillahirramanirrahim

beberapa hari lepas shinju pertama kali dapat sempat menonton ulangan program Tanyalah Asyraf  di saluran astro oasis. tajuk yang di bincangkan pada hari itu sangat menarik dan sangat bagus untuk dibahaskan. tajuknya, Cinta Remaja. banyak persoalan yang diutarakan oleh penonton rata-ratanya adalah remaja melayu perempuan. Satu soalan yang sangat menarik tumpuan shinju, dan dikaitkan pula dengan program seterusnya di saluran yang sama, Qasidah buat Laila [banyaknya shinju tengok tv] soalannya adalah,

"salah ke kalau saya bercinta dengan kekasih saya ni, sebab dengan kenali dia, saya mula belajar tentang islam, saya mula belajar pakai tudung. so, saya nak tanya, haram ke couple macam ni?"

jawapan asyraf: shinju rasa dia tak jawab pun. ada ustaz yang mengulas. maaf, terlupa namaya. tapi keseluruhannya yang dia cakap, bercinta lepas nikah itu lebih indah..asyraf pun mengatakan perkara yang sama juga. mungkin kerana dia juga telah mengalaminya. w.A

Ikhlas kerana Allah atau manusia


alhamdulillah baguslah jika seseorang itu sudah mahu untuk mengenal islam dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik pada pandangan Allah. Keinginan ini memang sangat positif, kerana keinginan itu telah lahir, maka Allah akan menolongnya untuk berubah.

"...Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.." [Ar-ra'd:11]

jadi, bagi mereka yang mahu berubah, ayuh kita bantu mereka! dan bagi sesiapa yang tak terbuka hatinya untuk berubah, masih enggan meninggalkan kejahiliahan yang dilakukan walaupun kita telah beri nasihat dan peringatan, maka janganlah kita memfokuskan seluruh upaya kita untuk mengubahnya kerana keinginan dari dalam dirinya itu tiada. berdasarkan dalil di atas, Allah pun tidak mahu menolongnya kerana dia sendiri tidak mahu berubah, apakan daya kita manusia yang dhaif ini untuk mengubahnya?

berbalik kepada persoalan penonton tadi, sekarang shinju kaitkan dengan drama Qasidah buat Laila. Shazrin seorang lelaki yang jahil tentang islam, di besarkan oleh ibu bapa yang jua jahil tentang islam, tidak solat, puasa, mengaji. lalu takdir Allah menemukan shazrin dengan Laila. wanita yang terdidik dengan islam yang sempurna. lalu, shazrin ingin mengahwini wanita tersebut, tapi Laila meletakkan syarat agar shazrin kenali islam terlebih dahulu. Ia berakhir dengan, Shazrin pun berubah menjadi lelaki yang soleh, dan keluarganya juga di ajak untuk mengenal islam, namun Laila menyatakan bahawa, dia tidak bersedia menerima shazrin. apa reaksinya???shazrin pun berkata, "saya dah buat dah apa yang awk suruh. saya ikhlas nak kahwin dengan awk" tapi laila dengan ringkas menjawab, "awak perlu berubah kerana Allah bukan kerana saya. teruskan mencintai Allah" lalu laila berlalu pergi meninggalkan shazrin di situ dan -tamat-

jadi sekarang ini, bagi sesiapa yang kesnya seperti remaja perempuan yang bertanyakan soalan ini, mari kita terobos sempadan diri! tanyakan pada diri, andai ditakdirkan kekasih anda memutuskan perhubungan sebelum sempat ikatan pernikahan dijalinkan, apakah anda akan terus berubah dan terus ghairah mengenali Islam dengan lebih mendalam seperti mana sebelumnya? jika ya, sila hubungi shinju di email dan jika tidak, maka perbetulkan niatmu. berubahnya kita kerana Allah bukan kerana manusia. sila luangkan masa sejenak membaca cerpen ini untuk lebih faham apa yang anda maksudkan couple yang di bolehkan a.k.a  couple islamik

bolehkah berubah dengan cara begini

berubah dengan asbab ber"couple". mari mencerna sejenak, untuk menunaikan solat, kita perlu tenaga yang sumbernya adalah daripada makanan yang kita makan. lalu kita pun memilih untuk memakan khinzir panggang dengan hujah, kita akan lebih berselera dan lebih bertenaga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban lain. persoalannya, bolehkah makan khinzir? jawapannya jelas tidak boleh [al-maidah:3] tetapi, objektif kita baik apa? nak solat.. hmmm jawapannya tetap haram. walau macam mana kita buatkan sessuatu perkara itu tampak baik pada zahirnya, namun jika asasnya berasal dari sesuatu yang haram, ia tetap haram. matlamat tidak menghalalkan cara. couple itu tetap haram [klik] Bagi kalian yang merasa berat menerima hakikat ini dan merasa sukar untuk menghentikan perhubungan, shinju mencadangkan segeralah menikah. itulah jalan yang lebih suci dan diredhai.. terimalah lagu lafaz sakinah ini agar lebih bersemangat lagi untuk menikah.. apa masih belajar lagi??!!! baca artikel ini [klik] sebentar.
gambar hiasan


penutup


ayuh kita bersama memperbaiki diri, menetapkan semula niat pada tempatnya dan terus meraih redha Allah. berazamlah untuk menghentikan dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, dan hindari serta hapuskan segala alasan-alasan yang akhirnya membuat kita terhambat untuk berubah sekaligus kita terus berada dalam lembah dosa dan nista.  Allah menyatakan bahawa, orang-orang yang terus-terusan melakukan dosa adalah orang yang golongan yang celaka.

"Celakalah pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (iaitu) orang-orang yang mendustakannya (hari pembalasan) dan tidak ada yang mendustakannya (hari pembalasan) iaitu setiap orang yang melampaui batas dan berdosa" (At-tatfif:10-12) 


ya Allah pelihara kami dari perbuatan dosa..ampuni kami atas segala kekhilafan dan kelemahan kami ya Robb...sudilah Dikau menerima kami sbg penghuni syurgaMu..ameeen

Followers