Tuesday, January 4, 2011

Tanyalah asyraf!

bismillahirramanirrahim

beberapa hari lepas shinju pertama kali dapat sempat menonton ulangan program Tanyalah Asyraf  di saluran astro oasis. tajuk yang di bincangkan pada hari itu sangat menarik dan sangat bagus untuk dibahaskan. tajuknya, Cinta Remaja. banyak persoalan yang diutarakan oleh penonton rata-ratanya adalah remaja melayu perempuan. Satu soalan yang sangat menarik tumpuan shinju, dan dikaitkan pula dengan program seterusnya di saluran yang sama, Qasidah buat Laila [banyaknya shinju tengok tv] soalannya adalah,

"salah ke kalau saya bercinta dengan kekasih saya ni, sebab dengan kenali dia, saya mula belajar tentang islam, saya mula belajar pakai tudung. so, saya nak tanya, haram ke couple macam ni?"

jawapan asyraf: shinju rasa dia tak jawab pun. ada ustaz yang mengulas. maaf, terlupa namaya. tapi keseluruhannya yang dia cakap, bercinta lepas nikah itu lebih indah..asyraf pun mengatakan perkara yang sama juga. mungkin kerana dia juga telah mengalaminya. w.A

Ikhlas kerana Allah atau manusia


alhamdulillah baguslah jika seseorang itu sudah mahu untuk mengenal islam dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik pada pandangan Allah. Keinginan ini memang sangat positif, kerana keinginan itu telah lahir, maka Allah akan menolongnya untuk berubah.

"...Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.." [Ar-ra'd:11]

jadi, bagi mereka yang mahu berubah, ayuh kita bantu mereka! dan bagi sesiapa yang tak terbuka hatinya untuk berubah, masih enggan meninggalkan kejahiliahan yang dilakukan walaupun kita telah beri nasihat dan peringatan, maka janganlah kita memfokuskan seluruh upaya kita untuk mengubahnya kerana keinginan dari dalam dirinya itu tiada. berdasarkan dalil di atas, Allah pun tidak mahu menolongnya kerana dia sendiri tidak mahu berubah, apakan daya kita manusia yang dhaif ini untuk mengubahnya?

berbalik kepada persoalan penonton tadi, sekarang shinju kaitkan dengan drama Qasidah buat Laila. Shazrin seorang lelaki yang jahil tentang islam, di besarkan oleh ibu bapa yang jua jahil tentang islam, tidak solat, puasa, mengaji. lalu takdir Allah menemukan shazrin dengan Laila. wanita yang terdidik dengan islam yang sempurna. lalu, shazrin ingin mengahwini wanita tersebut, tapi Laila meletakkan syarat agar shazrin kenali islam terlebih dahulu. Ia berakhir dengan, Shazrin pun berubah menjadi lelaki yang soleh, dan keluarganya juga di ajak untuk mengenal islam, namun Laila menyatakan bahawa, dia tidak bersedia menerima shazrin. apa reaksinya???shazrin pun berkata, "saya dah buat dah apa yang awk suruh. saya ikhlas nak kahwin dengan awk" tapi laila dengan ringkas menjawab, "awak perlu berubah kerana Allah bukan kerana saya. teruskan mencintai Allah" lalu laila berlalu pergi meninggalkan shazrin di situ dan -tamat-

jadi sekarang ini, bagi sesiapa yang kesnya seperti remaja perempuan yang bertanyakan soalan ini, mari kita terobos sempadan diri! tanyakan pada diri, andai ditakdirkan kekasih anda memutuskan perhubungan sebelum sempat ikatan pernikahan dijalinkan, apakah anda akan terus berubah dan terus ghairah mengenali Islam dengan lebih mendalam seperti mana sebelumnya? jika ya, sila hubungi shinju di email dan jika tidak, maka perbetulkan niatmu. berubahnya kita kerana Allah bukan kerana manusia. sila luangkan masa sejenak membaca cerpen ini untuk lebih faham apa yang anda maksudkan couple yang di bolehkan a.k.a  couple islamik

bolehkah berubah dengan cara begini

berubah dengan asbab ber"couple". mari mencerna sejenak, untuk menunaikan solat, kita perlu tenaga yang sumbernya adalah daripada makanan yang kita makan. lalu kita pun memilih untuk memakan khinzir panggang dengan hujah, kita akan lebih berselera dan lebih bertenaga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban lain. persoalannya, bolehkah makan khinzir? jawapannya jelas tidak boleh [al-maidah:3] tetapi, objektif kita baik apa? nak solat.. hmmm jawapannya tetap haram. walau macam mana kita buatkan sessuatu perkara itu tampak baik pada zahirnya, namun jika asasnya berasal dari sesuatu yang haram, ia tetap haram. matlamat tidak menghalalkan cara. couple itu tetap haram [klik] Bagi kalian yang merasa berat menerima hakikat ini dan merasa sukar untuk menghentikan perhubungan, shinju mencadangkan segeralah menikah. itulah jalan yang lebih suci dan diredhai.. terimalah lagu lafaz sakinah ini agar lebih bersemangat lagi untuk menikah.. apa masih belajar lagi??!!! baca artikel ini [klik] sebentar.
gambar hiasan


penutup


ayuh kita bersama memperbaiki diri, menetapkan semula niat pada tempatnya dan terus meraih redha Allah. berazamlah untuk menghentikan dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, dan hindari serta hapuskan segala alasan-alasan yang akhirnya membuat kita terhambat untuk berubah sekaligus kita terus berada dalam lembah dosa dan nista.  Allah menyatakan bahawa, orang-orang yang terus-terusan melakukan dosa adalah orang yang golongan yang celaka.

"Celakalah pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (iaitu) orang-orang yang mendustakannya (hari pembalasan) dan tidak ada yang mendustakannya (hari pembalasan) iaitu setiap orang yang melampaui batas dan berdosa" (At-tatfif:10-12) 


ya Allah pelihara kami dari perbuatan dosa..ampuni kami atas segala kekhilafan dan kelemahan kami ya Robb...sudilah Dikau menerima kami sbg penghuni syurgaMu..ameeen

7 comments:

analytical_blue said...

Salam.

Hurm... menariknya cerita Qasidah Buat Laila tu.

Anonymous said...

ukht, mbantu mereka yg ingin keluar dari kejahilan hidup serta saling mengingati adalh slh satu jihad yg besar juga. Bukan senang untuk mengubah atitude dan behaviour ssorg. Tetapi biarlah kita memulakan jihad ke atas diri kita sendiri dulu, kemudian keluarga kita, kemudian rakan taulan dan mereka yang berada disekeliling kita dan paling hampir dgn kita sebelum kita menggapai jauh.

adik said...

salam..

cer tu..cme nmpk d iklan je.truskan ukhtiku,,smoga Allah prmdhkn sgala urusanmu ^_^

adeq said...

teruskan ukht fillah !! ana sentiasa menyokong perjuangan ant !

GMS said...

analytical blue: afwan ye lambat respon.. hmm xde la menarik sangat pun cite tu..xyah tgk la..plakon dia xreti blakon..nampak xreal..-pndai komplen-

anon: siapa la anon ni..lebih menyedapkan hati dan sangatlah dialu-alukan utk meletakkan nama di akhir komen kalau xreti letak nama macam adik dan adeq buat..huhu..-dulu ana pn xreti mase xde blog-
neway, jazakillah khaeyr atas masukan..ana meraikan pendapat ant..sama2 la kita berbuat..biar sedikit tapi istiqamah...itulah yg lebih disukai Allah.


adik:oo ade ulangan tu..xyah tgk la adik... jzkk adik..doakan ana di sni...sayang adik!

adeq: yeah!!teruskan!!!!berjuanggg!!!

adik said...

hehe,,kurg tgk tv sbb tu nnpk iklan je..syg k.shinju jg fillah! doakn ana jg..bsabarlh mnahan rindu =)

adik said...

hehe,,kurg tgk tv sbb tu nnpk iklan je..syg k.shinju jg fillah! doakn ana jg..bsabarlh mnahan rindu =)

Followers