Friday, July 29, 2011

Love at first sight

bismillahirramanirrahim


Hurrm..is it shinju had fall in love?? Take a deep breath.
Now exhale.
Ok, sincerely I felt that I’m in love. *wah malunyeeee* Before that, are there anything wrong with
L*O*V*E
C*I*N*T*A
what is CINTA? is it a big sin when we do feel this kind of feeling? Before that, lets check this out
jatuh cinta atau jatuh nafsu?
What are the signs of love? ‘alamatul hub. Tanda2 cinta. kalau demam, tanda-tandanya adalah hilang selera makan, badan rasa panas dan berat, etc. apa pula tanda2 cinta?
1.       Banyak mengingat
2.        Mengagumi
3.       Rela atau redha
4.       Bersedia berkorban
5.       Takut
6.       Mengaharap
7.       Mentaati
Jika ada ketujuh-tujuh symptom diatas, sayugia nyatalah anda sedang jatuh cinta! sekali lagi,
Jatuh cinta atau jatuh nafsu?
Cinta itu sangatlah suci. Bahkan antara salah satu asma’ Allah al-husna adalah. Al-wadud, iaitu maha mencintai. Apa beza ar-rahman dan Al-wadud. Penyanyang dan Mencintai? Menurut Amr Khalid dlm salah satu bukunya, Ar-rahman itu bersifat general. Ia diberikan kepada semua makhluk, sementara Al-wadud pula bersifat spesifik. Hanya tertuju buat org yg tertentu. Jadi, cinta juga terkandung dalam nama dan sifat Allah. Maka, cinta adalah sesuatu yg sangatlah suci.
Nafsu pula kontradik daripada cinta. Pernah suatu ketika saya menulis tentang nafsu. Keegoan dan kedegilannya di sini [masuk link] jadi, nafsu ini sifatnya sentiasa akan mendorong manusia ingkar pada Allah
Jatuh cinta atau jatuh nafsu bergantung kepada bagaimana perasaan itu di baja? Dengan ketakwaan atau maksiat. Terdahulu telah saya katakana bahawa cinta itu suci. Merupakan salah satu sifat dan asma’ Allah. Maka apa2 sahaja yang dibajakan pada cinta hendaklah menepati kehendak pencipta cinta.
Cinta yang mampu membangun rasa rindu dan taat pada Allah, yg dijalin kerana mengharapkan keredhaanNya tanpa sedikit pun mengharap keuntungan dunia. Tidak dicemari dengan perbuatan2 maksiat baik yang kecil atau besar. Tidak mencabar api neraka Allah.
Thus, is it true that shinju had fall in love?
Kalau ikut symptoms yang disenaraikan diatas, mungkin ya, shinju sudah jatuh cinta pada seseorang dan uniknya, this is love at first sight. First meet. It almost a years we had never seen.
Pertemuan pertama adalah pada sebuah daurah yang dijalankan secara underG oleh geng2 kami. Hehehe. Kepada sesiapa yang terlibat sila rahsiakan sampai mati ya. Jadi, di situlah pertama kali saya bertemu dengannya, tidur sebelahnya, berkongsi pendapat dan meng “argue “ beberapa perkara dengannya, sehingglah saya tahu perkara sebenarnya. Sungguh, peribadi dan keteguhan hatinya dalam memelihara kesucian cinta sangat saya kagumi. Demi menjaga cintanya kepada Allah, maka dia berani utk membuat satu keputusan yg besar dalam hidupnya. [bagi saya besar la] hebatnya tarbiyyah yang diterima hingga membangun mahabbatullah yang mendalam dalam jiwanya. Benarlah, cinta itu membuat manusia berani berkorban.
Tak sangka, pada usia seawal 21 tahun dia telah mengikat tali pernikahan nan suci dengan zaujnya. Bagi saya, ini satu keputusan yang besar. Kuliah, nikah, dakwah. Berat bagi saya. Namun, tidak bagi sesosok insan yg sangat saya cintai ini. Lama kami tak bertemu. Saya hampir dapat bertemu dengannya baru-baru ni, tapi atas permintaan yang harus lebih saya taati, maka Allah masih belum izinkan kami utk bertemu.
Pada awal September nanti beliau akan mengadakan walimahnya. Ya Allah izinkan kami untuk bertemu. Izinkan kami utk meluah rindu. Izinkan kami untuk berkongsi sendu, saling menghapus air mata. Ya Allah permudahkan kami untuk bertemu. Semoga saya dapat berjumpa dengan semua akhwat2 saya di majlis beliau nanti. Kak nisa, insan yg saya cintai. Cinta pandang pertama. Rindu akak… tahniah!!! Moga terus berkekalan, dimurahkan rezeki. Saya nak anak saudara! cepat akak!

sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa 

Once akhwat, always be one! Kepada akhwat yang mengajar saya erti ukhwah, yg membuat saya merasai kenikmatan ukhwah, saya akan berusaha untuk berpegang teguh dgn janji yang pernah kita ikrarkan bersama;
Ukhwahfillah Abadan abada!
Ana uhibbukifillah!
Memetik kata2 akhwat yg saya mula kenali di HO, kemudian DNHLS: “Dia aturkn antara kita dlm 1 pertemuan. Dlm pertemuan itu dipautkan 2hati. Dlm 2hati itu Allah berikan 3rasa, kasih ,syg dn cinta. Dlm 3rasa itu diselitkan 4tujuan, berkenalan,berkawan, berteman dan bersama.dlm 4perkara itu tersembunyi 5perktaan, teman baik sentiasa bersama kita. Dlm 5perkataan itu tersmbunyi 6impian iaitu, jujur, setia, memahami, menghargai dan mengigati. Dan dlm 6impian itu tersimpul 7huruf iaitu SAHABAT selamanya..uhibbuki fillah ukhti..”
Alhanun nur! A.k.a nurullah..huhu..miss u all!

Tuesday, July 19, 2011

bear=org kaya

bismillahirramanirrahim

kenapakah tajuknya begitu? ok chill la. jap saya explain, bukan nak menghina sesiapa ok! *kenyit mata*

org kaya = banyak duit

duit =  wang

berduit =  beruang

hey! berwang la, bukan beruang!

isn't it's sound the same? leks ah.. jom layan ni,


well, post ini bukanlah untuk membicarakan siapakan gerangan hambaNya dalam vid ini. Tapi saya nak tadabbur surah al baqarah ayat 254....jadi, apa related nya dgn vid ni? kebetulan sebenarnya. Lepas subuh tadi saya tilawah dan baca ayat ni. Kemudian saya buka fb>youtube>search other related video, maka terjumpa lah saya vid ni!

" wahai org2 yg beriman! infakkanlah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. orang-orang kafir itulah orang yang zalim." [2:254]

kaitannya pada video di atas adalah, untuk urusan yg memuaskan nafsu kita memang mudah nak keluarkan duit. Tapi bila untuk urusan yang memberi manfaat buat agama dan ummah keseluruhannya kita liat ek?! makan sampai berpuluh ringgit, baju nak branded2 padahal kalau beli yg tak ori org bukan tau pun... tapi, ramai orang tak kesah kan berhabis duit?

Bila halnya nak beli buku, derma, infak untuk meninggikan islam, tak kira infak duit, masa, kreativiti, tenaga, idea, etc. Kita akan berfikir2 dulu. Rugi duit tak? Kalau bagi dapat apa? Legal ke tak ni??! Dapat kupon potongan harga tak?

Kadang2 kita nampak macam membazir bila nak bersedekah ni, padahal sebenarnya itulah yang harus kita utamakan. Duit tu akan dan sentiasa ada bila kita berusaha. Dan yang pasti, duit akan habis juga dan once habis, secara fitrah ia akan ada balik. Dunia kan ada keseimbangan. PERSOALANNYA! ke manakah duit kita habiskan? ia akan habis, tapi habis ke mana? melabur untuk saham akhirat atau dihabiskan demi kepuasan dunia?

Kepada kita2 yang ada duit, perhatikan aliran duit kita. Jangan bertangguh untuk berinfaq di jalan Allah, kerana refer balik firman Allah kat atas tu, Allah menuntut kita utk menginfaqkan sebahagian dari harta kita di jalan Allah. Bukankah ini satu perintah? Dan bukankah perintah itu menjadi wajib?.. Jangan menyesal di akhirat kerana penyesalan pada waktu itu dah tak berguna. BE PROACTIVE! pergi cari tabung masjid, buka websites yang dapat menyalur bantuan kpd golongan yang memerlukan, cari halaqoh, usrah, bulatan gembira atau apa sahaja yang seerti dengannya untuk anda salurkan segala kelebihan yang anda ada! Don't waste your talent! hey, bakat pun boleh memberi impak yang sangat besar tau untuk ummah!

Wahai manusia, kamulah yang paling memerlukan Allah. Allah itu maha kaya lagi terpuji. Rezeki itu adalah urusan Allah. Janganlah kita kedekut sangat untuk memberi. Setiap infaq itu akan melipatgandakan lagi rezeki. Rezeki mungkin bukan dalam bentuk harta tapi ketenangan, diteguhkan hati [2:265], anak-anak yang menyenangkan hati, dapat kawan2 yang jujur, rumahtangga aman, tiba2 dapat diskaun saman.*sigh* dan lain2.

ok sekian!

Wednesday, July 13, 2011

Matahari terbit dari barat

bismillahirramanirrahim

Tajuk mungkin agak ketinggalan "bas". Namun, saya sangat terkesima baru-baru ini ketika mendengar perbualan beberapa orang yang menyatakan bahawa ;

Prince william dan kates sudah muslim? mendiang puteri deanna islam? benarkah??!

org2 eropah sdg disibukkan dengan urusan mengkaji al-quran? ye ea?

Ini mungkin ada benarnya kerana kebanyakan penemuan saintifik di pelopori oleh mereka dengan disandarkan sumber penemuan kepada al-quran.

hurmm...dikala org bijak pandai berlumba-lumba memperdalami islam, namun org islam yang dangkal berbondong-bondong meninggalakan islam! Berapa statistik orang murtad di Malaysia? Negeri mana yang tiada permohonan untuk murtad? hampir semua negeri ada. [kelantan tiada.ok] Yang mendominasi adalah negeri sabah. Kita semua maklum pendakyah kristian begitu giat mendakyah masyarakat di sabah. Bro Shah kirit ada menyatakan ketika saya menghadiri ceramah beliau di USIM 2tahun lepas bahawa 60% penduduk sabah adalah bukan beragama islam. Ya, saya akui agama rasmi sabah bukanlah islam seperti yang termaktub dalam akta Malaysia yang seterusnya dimasukkan ke dalam perlembagaan Malaysia.

Tapi haruslah kita tetap terus bekerja menyampaikan agama Allah ini kepada semua. Saya tidak hairan mengapa kristian begitu luas tersebar di sabah kerana kita semua maklum komuniti di sabah adalah komuniti yang masih berada di tahap ekonomi sederhana [tidak di semua tempat], maka kita lihat di sini para mubaligh ini memainkan peranan utama mereka dalam membela nasib manusia. Para mubaligh ini sanggup merentas hutan, lautan [ada laut ke?] hidup dalam kesusahan dan kepayahan demi memperluas misi mereka. Dan satu hal yang harus kita fikirkan, dari mana datangnya dana yang begitu banyak untuk menampung keperluan mereka dalam misi dakyahnya?

"kerana orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih demi agama mereka ketimbang apa yang diberikan kaum Muslimin demi agamanya" (tarbawi edisi 5 Th.1) -juga dipetik dari buku quantum tarbiyah.

nah!! terasa macam kari kaw x?pedas kan?? jom kita menerobos sempadan diri jap. Zakat harta daripada gaji kita, dah kita tunaikan? Haq sedekah jariyah kepada faqir miskin menerusi tabung masjid,surau,adik2 yang kutip derma, dah kita lunasi? tahniah kepada anda yang menjawab, YA! Ataukah kita menjadi golongan yang pura-pura macam tiada orang di rumah ketika adik-adik yang suci ini memberi salam di luar rumah? atau orang yang buta sekejap bila nampak tabung pembinaan ma'ahad di pasar malam? (T_T) sungguh kerasnya hati kita. Inginkan sebuah kemenangan tetapi sangat bakhil untuk membayar harga kemenangan tu. [bercakap kepada diri sendiri T_T]

Ini baru cerita tentang umat islam yang dekat di mata, dalam negara. Belum cerita lagi tentang umat islam di palestin. Kita berhutang nyawa dan darah dengan mereka. Kita harus lunasi ini! Merebut kembali masjidil aqsa, memenangkan kembali islam yang diinjak dan dicalari kafirin laknatullah alayhim bukan satu amanah yang hanya dipertanggunjawabkan kepada saudara kita di palestin sahaja, justeru kepada kita semua yang bangga menjadi seorang muslim! Satu fenomena yang dangkal di kalangan orang islam di Malaysia tentang isu boikot. Bila suruh boikot, mulalah alasan,

"abes nak makan apa?semuanya boikot!" 


"ekonomi dunia hilang keseimbangan tahun 2008 sebab semua boikit amerika tahu?!"


"Agama melarang kita berlebihan dalam berbelanja. Jangan membazir..." sambil membawa plastik tesco yang banyak.

Ingin sahaja saya dengan penuh adab ketimuran menyekeh kepala orang yang cakap seperti ini. huh! tersangat  ingin sekali. Awak, bukan semua barang makanan kita tu boikot.. saya cuma nak awak gantikan milo dengan koko radix ke, vico ke..atau jenama lain yang halal lagi tak boikot. Untuk point kedua tu, tahukah anda bahawa fenomena ini sudah membuktikan bahawa kesatuan ummah dapat melumpuhkan gangster dunia, amerika laknat. Nampak tak betapa sekarang ini, semuanya nak bergantung dengan amerika. Kalau ekonomi amerika jatuh, satu dunia jatuh juga.. weh, sape pulak yang men"declare " amerika negara penanda aras? Tak boleh tukar ke? ya, saya tahu pembaharuan akan memerlukan masa yang panjang dan mungkin penderitaan yang teramat. Tapi, jika itu harga sebuah kemenangan mengapa perlu ragu? Dalam nak tegakkan agama Allah bukan selamanya perlu berkorban harta. Jiwa pun kena korban tau. Ada orang yang mengorbankan dirinya utk mencari keredhaan Allah. [2:207]

Point ketiga, inilah orang malaysia. obses sungguh dengan benda2 murah. Tesco memang nak kena! dengan ganjaran daripada clubcard, siapa yang tak terliur?? Ah, tengok ni. Kesungguhan org kafir nak memonopoli pemikiran dan gaya hidup org islam. Saya rasa, pasti banyak dana yang org atasan keluarkan untuk menjayakan rancangan ni. apa tidaknya, tesco di kenali di seantero dunia. Kalau tanya org, awak beli blablabala kat mana? tesco! murah, dapat ganjaran blablabla.... nampak kesungguhan diorang? Makcik, pakcik, saya tahu kalau makcik dan pakcik berbelanja di giant, tiada ganjaran nilai mata, belanja kat jusco nak kena tunggu jcard day baru berbaloi, belanja kat hpa, semuanya mahal, tapi ada nilai mata juga dan kalau optimis, makcik boleh kaya! sekalipun begitu makcik, sampai bila kita nak tolong orang kafir makcik? bila tengok saudara sendiri melarat, hanya perkataan kesian je yang mampu membuktikan rasa simpati. Simpatilah pada diri makcik sendiri! Makcik ni lokek! nak tolong bangsa seagama pun berkira! pentingkan poket sendiri! perut sendiri! [mau sakit jantung kalau saya cakap camni depan makcik2] Beli barang yang mahal, tapi membwa manfaat yang banyak buat ummah itu membazir ke? derr, duit tu Allah yang bagi. rezeki tu datang dari Allah, kenapa kita ni sombong sangat untuk membelanjakan kembali rezeki tu di jalan Allah? Allah yang memiliki rezeki. Optimis la dengan janji Allah. Harta yang kita sedekahkan tu takkan jadi berkurang. bahkan akan dilipatgandakan! [2:261]
 Dunia ni seimbang. Kalau habis, Allah akan tambah lagi. trust me. eh, trust in Allah!! [55: 7-8]

seterusnya, isi perbualan mereka,

tony blair kaji al quran! ha?? former british prime minister recites quran? ya ke?

anda gunalah kemahiran mencari maklumat dengan menggunakan google search engine ya. Cari sendiri kesahihannya. Menurut pembacaan saya, figuritas berpegangan Anglican ini setiap hari membaca quran dan menyatakan bahawa quran is a way ahead.. kakak iparnya sahaja sudah memeluk islam beberapa tahun lalu. Mungkin dengan hidayah Allah serta doa daripada kita semua agar Allah membuka hatinya akan membuat beliau berani maju dan memeluk islam. Insha Allah.

Saya meminjam kata-kata seorang course-mate saya yang sangat terkesan dihati sekalipun sudah 2 sem berlalu,

fenomena berbondong manusia kembali kepada agama Allah di negara eropah membuatkan ulamak mentafsirkan bahawa boleh jadi matahari terbit dari barat adalah bermaksud sinar kegemilangan islam itu terang suluhnya dari barat, menyimbahkan cahayanya ke seluruh dunia.

sekian.

Monday, July 11, 2011

KELUHAN penyokong PATRIOT

bismillahirramanirrahim



Agak ghuluw sikit tajuk di atas kerana saya tiada bersama barisan patriot pada sabtu lepas. Sebelum ini saya berada di pihak kerajaan, menyokong agar BERSIH 2.0 tidak berlangsung kerana menggugat keselamatan rakyat. Apa tidaknya, bukan semua orang bersetuju dengan perhimpunan ini, yang bersetuju pula, risikonya sangat tinggi kerana mereka terdedah kepada bahaya yang sangat banyak ketika berdemo.

Jumaat, 8julai, kami sekeluarga bertolak jam 9malam [bertolak malam sebab semua kerja siang] dari rumah menuju ke melaka utk program ESP pada sabtu paginya. Tiba di tol kulai, punyalah ramai polis berkawal, buat roadblock. Panjang sungguh kesesakan itu [saya berada di barisan patriot ok!]. Saya sendiri tak faham mengapa harus ada roadblock tu? Andai katalah, saya pakai baju kuning (baju kurung) dan tampal sticker bersih pada cermin kaca depan kereta, apakah mereka akan ambil tindakan terhadap saya? kalau ya, akan saya pelangkung encik2 polis yang derhaka tu! Saya memandu je. mana ada saya bawa bom ke sepak terajang polis ke jual tshirt bersih ke...



Bersih 2.0 saya dan kita semua maklum sudah mendapat keizinan dari YDP Agung tunku mizan. Maka, tak timbul isu perhimpunan haram, kerana yang mengizinkan tu kuasa authoriti yang tertinggi negara. Setakat nak kata tiada permit, tu isu sampah. Kerana itu menunjukkan kebodohan. Dah kalau agung setuju, pastu ko kata haram lagi, tak ke ko ni rakyat yang derhaka pada pemerintah? Kalau tengku mahkota, pasti dah dilempang rakyat yang derhaka ni. Pihak polis yang mengadakan roadblock tu, kalau boleh, kita failkan saman kerana melancarkan konfrontasi halus terhadap kewibawaan YDP agung.[sayangnya saya bukan budak law] Tolonglah encik polis, kami nak cepat tau x?! kesian maklong saya kerana terpaksa menunggu kami sehingga jam12 tgh malam tau x?! Cuba kalau mak anda yang menunggu, dalam usia yang renta masih lagi terpaksa berjaga tgh2 malam buta. kan baik tido je. Tapi kerana nak meraikan anda, dia sanggup berjegil mata tahu?!



Semalam saya mendegar pelbagai berita berhubung demo sabtu lepas, Seorang korban demonstrasi, pak cik berumur 56 tahun, Encik baharudin yang ada semput. Mati disebabkan gas pemedih mata. Nak kata polis salah sepenuhnya, bagi saya tak. Pak cik tu pun x salah kerana kehadirannya berdemo menunjukkan komitmennya kepada parti. Saya dimaklumkan bahawa tgn pakcik itu digari dan bila diminta utk dibuka, polis tak layan. Jadi, menurut hemat saya, perhimpunan ini juga turut bersalah disamping pihak polis. Agung beri izin utk dilaksanakan di stadium, tapi mereka berdemo di jalan TAR. Lalu, polis pun bagi amaran agar mereka bersurai. Namun, mereka tetap disitu. Kemudian disimbahlah gas pemedih mata tu. Jadi siapa yang mulakan dulu? polis pulak ambil kesempatan, mentang-mentang lengkap bersenjata bukan main lagi peserta demo di kasari. anda layarilah youtube untuk melihat tindakan pihak polis. Encik polis, apakah yang menyebabkan anda tak pasal-pasal menyepak peserta? pukul dengan jota? Adakah anda dibaling dgn mercun bawang?adakah anda dibaling dengan kasut atau botol air atau eskem walls yang boikot? tak kan? encik polis, emosi kuat la sikit! Polis bukan kena kuat fizikal je, spiritual pun kasi kuat la jugak.. ala baru kena provok sket dengan lawan patriot ni da naik angin. kool la. [seharusnya demo ini berlangsung secara aman. namun, entah di mana silapnya...moga korban demo ini mendapat tempat yang baik di sisi Allah]



Walaupun dikasari, peserta demo tak membalas tindakan polis, kerana nak memastikan ia benar2 bersih mungkin. Encik polis, anda tidak seramai mereka. boleh je kot dorg nak sepak terajang polis, tapi dorang tak buat. Kerana psiko dan wibawa mereka jauh lebih tinggi berbanding encik polis. Tapi encik polis adil, patriot pun kena gak semburan gas pemedih mata tu. Pemimpin2 yang menyertai patriot juga ditahan Adil...! [teruskan beraksi gelombang merah!]



Lagi satu, semalam saya tengok buletin tv3. Dato' seri Najib sebelum ni ada cakap, dia izinkan demo berjalan tapi di stadium. Tapi tak di perjelas stadium mana, atte, kita semua dah tahu lebih awal daripada pengumuman tersebut bahawa demo ini akan berlangsung di KL. Jadi anda rasa, salah tak kalau demo tu berjalan di stadium merdeka? ya benar Dato seri, stadium itu punya signifikan yang sangat besar dalam sebuah perjuangan kemerdekaan. Tapi Dato' sri ada warning tak boleh guna stadium merdeka?

Saya, sebenarnya dah sakit dengan keadaan politik di negara ini. Tapi ketahuilah wahai pemimpin, kami ini rakyat yang memerhati. Rakyat yang tak bodoh. jangan sampai perhati bertukar menjadi benci. Nanti demo ala2 Tunisia kacuk malaysia menanti. Kedua-dua pihak, pembangkang dan kerajaan bagai hilang wibawa. Tak tahu nak sokong siapa. Nasib baik saya masih belum cukup umur utk mengundi. Namun, saya sangat mendoakan peneraju utama negara, Dato Seri Najib agar dibimbing Allah dan diberi kekuatan untuk terus berlaku adil dan memimpin kita semua, rakyat dibawah pimpinannya ke jalan yang Allah redhoi. Moga Allah memudahkan segala urusan Dato' seri.  Saya sangat menghargai pemimpin yang menghargai rakyat. bukan melayan rakyat seperti seorang penjenayah.

kepada mereka yang tak suka dengan cara pemerintahan Dato' seri kerana menurut anda, itu salah ini salah, maka hendaknya anda tegurlah beliau dengan cara yang sangat terhormat dan berhikmah.Beliau seorang yang sangat professional. boleh diajak berbincang. Kemudian doakanlah beliau agar diberi taufiq dan hidayah Allah. Kalau anda rasa pemimpin kita ini banyak kelemahan, maka ketahuilah bahawa beliau juga manusia seperti kita yang ada pakej kekuatan dan kelemahan. Anda juga ada kelemahan bukan?! jadi, tak bolehkan anda dengan lapang dada, menerima kelemahan orang lain? kemudian menampung kelemahan mereka dgn kekuatan kita. Tegurlah dengan bijaksana.

Moga Allah sentiasa memimpin Dato' seri ke jalan yang di redhoi. Saya sayang Malaysia!!

Friday, July 8, 2011

politik emak

bismillahirramanirrahim

If previously we used to hear children lobbying their parents. But, now I'm facing the opposite. WOHA ~! bonda actually invite us all to the ESP course, organized by HPA at MiTC Melaka. Actually I did not get a clear picture of the course. We (me and adik2) wuz informed that it gonna be a business talk. Since last week bonda had informed and starting lobbying us. (actually it's only me coz i'm gonna drive today!)  haha .. saya sangatlah pelik

    3 days ago, Bonda ask me to photostat 3sets of pamphlet for each pages before she go to work. Dek kerana masih mamai, arakian kurang daya fokus, thus, i'm innocently had make 30 copies of all!! -adoyaiii- After that, i'm home and put it on the meja ruang tamu. As bonda back from work and found that the total of the pamphlet were 10 times of the original order, so, bonda pun komplen kepada adik2. But what make me feel so weird is that, when i get back from work yesterday and meet her in the kitchen, she never arose that matter. Hanya senyuman dan pelbagai celoteh membingitkan dapur. I'm realizing my mistake just after performing maghrib prayer's with my adik ..hoho..silap rupanya!!! since bonda was not scolding or even complaining my cuai works, then my sister  keep "advising" me  ...-blablabla...



       yesterday, during we break fast, bonda made jus mangga for me and adik..hahaha.. usually,  i'm very  bersederhana in having the juadah berbuka. A cool mineral water was fine for me. if i was little bit rajin, i would make cool radix coco. huh~ but yesterday, without any request or bodek from us, cold mango juice was served on the table! perrrgghh...terbaekk!!

       Lepas ajar mengaji semalam, saya duduk sebentar di dapur. Minum air. Kering tekak denda ajar budak-budak yang sangat "baik". Saya hampir mengeluarkan ocoBort untuk memetirkan budak-budak ni. Kemudian, ketika saya hendak bangkit, bonda bercakap separa perlahan, don't worry duit gas, tol, minyak sume bonda support. Fuhhh... sebenarnya ketika saya bersetuju minggu lepas untuk membawa kereta saya ke sana, saya sudah memasang tekad dan azam untuk menjadikan peluang ini sebagai satu wahana birrul walidain. Spent masa dgn bonda dan belanja bonda sekali. Tapi nampaknya, terbalik la pula.. Dan saya dengan secepatnya menagangguk bersetuju. Ewah!! mentang-mentang la tak payah keluar duit, laju je mengangguk!

Adoyaii.. pun boleh la macam ni. Now see, betapa bersungguhnya bonda nak influence kitorang supaya join apa yang dia join. Saya pun lihat bonda ni sangat komited dengan HPA.Bahkan untuk penginapan kami nanti pun bonda yang uruskannya seorang diri. walaweh... teguh sekali ibu saya! Harapan saya moga berterusanlah perjuangan ibu bersama HPA ni. Saya jujur tak kisah apa pun jalan yang ibu saya tempuh bahkan adik2 saya juga. Selagi matlamatnya adalah redho,maghfirah dan syurga Allah, maka tempuhlah! Bahkan saya sangat menggalakkan. nak join apa pun join la! sumpah tak kisah! asalkan 3 perkara tu yang di tuju.. Dan saya sendiri, belajarlah mujahadah, menerusi hammasah bonda. keazaman dan kecekalannya. Belajarlah melobi menerusi bonda. -Mungkin saya banyak mewarisi perangai bonda..woha!-




Monday, July 4, 2011

kesimpulan

bismillahirramanirrahim

inshaAllah kali ni saya akan berkongsi dengan pembaca semua sedikit atau satu bab dalam buku yang baru sahaja saya selesai membacanya, iaitu U-turn jalan lurus. saya suka untuk menulis pengajaran yang saya pelajari berbanding hanya membaca kemudian merasakannya pada hati kemudian setelah beberapa lama, ia akan terlupakan. jadi, tanpa memebebel lagi merapu, terimalah sebuah motivasi dari ustaz zul ramli..



Catatkan cita-cita kita pada selembar kertas.

Saya nak …….


Saya takkan…..


Sepanjang semester ini saya akan………..


Pada tahun….saya sudah….


Menjelang… .simpanan saya sudah mencecah RM*******


Saya akan menghantar…....


Setahun kemudian saya pula akan……

murni cita2 budak ni..



Dan banyak lagi..impian serta perubahan yang perlu saya lakukan

Ibarat sebuah bangunan yang gah berdiri di tgh bandaraya kulaijaya, apakah ia akan teguh berdiri dengan hanya lintasan idea daripada seorang arkitek, kemudian di pindah idea itu kepada jurutera-jurutera lainnya seterusnya buruh-buruh binaan tanpa sebarang lakaran atau penjelasan jelas melalui sesuatu pelan? Pastinya banyak konflik akan berlaku.  Apa yang nyata, pasti ditemui pelbagai kecacatan dan penentangan antara idea arkitek dan jurutera dengan pembinaan  para buruh kasar. Dek kerana sebuah idea bernas yang tidak jelas.

bangunan MPKu

 Oleh itu, TULISLAH  segala impian anda untuk menjadikan ianya satu KENYATAAN! Tenaga bagi perubahan adalah pengajaran dan peringatan. Tulisan merupakan peringatan yang kekal.  Musuh bagi keazaman adalah LUPA.  Kerana itu, tampalkanlah impian yang anda tuliskan pada selembar kertas pada dinding atau mana-mana tempat yang ada dapat melihatnya sentiasa agar kelak bila anda lupa, PERINGATAN YANG KEKAL ini akan menasihati dan memotivasikan anda. Namun, segalanya takkan berlaku andai keberanian memulakan langkah pertama dalam mencapai impian itu tidak di lakukan. Rancanglah, kemudian melangkah dengan pasti, disiplin, dan raikanlah kemenangan di seluruh hidup anda.
Terima kasih ustaz zul ramli!

Saturday, July 2, 2011

selamat segalanya

bismillahirramanirrahim

masih segar diingatanku sentiasa..kenangan menggamit rasa, tempuhi onak berduri..itulah yang diharungi, impian yg kita bina tetap kekal abadi

banyaknya kenangan, pahit, manis, masin, tawar, dan  rasa2 yang lainnya. Walaupun perkenalan kita hanya tak sampai setahun pun. Bermula daripada blogwalking, kemudian add di ym, kemudian dgn sms comel "selamat malam kak shinju"..T_T membawa kepada pertemuan kedua di kem remaja sinergi 1.0 setelah menjadi pelobi mak.. man propose, god decide. pertemuan pertama adalah ketika raya haji tahun hijrah sebelumnya. Itulah pertamanya dalam hidup meraikan raya haji..

3 julai, bermula kehidupan baru.

"lepas ni dah x buleh dah nak lari sama-sama lagi. mesti nanti rindu kat akak dan soleh. hati2 bwk soleh k . sekrang ni demam,semalam g klinik disahkan demam campak. guano nk g daftar dengan muka yang bintik2 merah. orang pun takut nk dekat. huhu., minta maaf kalau ada wat salah silap dengan akak.jzkk sebab sabar layan kerenah sy. sayang akak fillah~ "


itulah kata seorang adik. Banyaknya kenangan kita bersama dan soleh. soleh yang setia melayan karenah kita. karenah akak terutamanya. Akak pun nak mintak maaf juga atas keterlanjuran bahasa dan tingkah akak terutama bila dalam kereta. sila rahsiakan apa yang terjadi  banyak dah pengalaman mengembara bersama anda. Anda telah membuka satu dimensi baru tentang hakikat dakwah ini pada kaca mata akak. Sungguh pengalaman yang tak ternilai. Tak pernah akak menyesali segala yang akak lakukan bersama-sama anda.

syafakillah ukhti. Sapu ubat doktor. mana yang perlu makan, makan. Akak cadangkan kamu  ambil cuti seminggu. tak payah join orientasi. cuba berbincang dgn pihak pentadbiran. Ni akak menunaikan permintaan adik kesayangan akak, yang lebih akak sayang berbanding adik sendiri . gambar jaulah terakhir kita sebelum adik berangkat ke utara..

walaupun akak tak suka kucing, tapi..terimalah, iman!

si comel hafizi dan meow..windu kat fizi ni..

inshaAllah ada rezeki, kita akan main lari-lari bersama lagi..makan eskem sama2..tgk u-tube sama2..tension sama2.. masak sama2..guling2 sama2..nangis sama2... T_T  liqo halaqoh lepas ni pasti lebih suram tanpa kehadiranmu. Moga terus thabat di jalan ini...

Followers