Monday, July 11, 2011

KELUHAN penyokong PATRIOT

bismillahirramanirrahim



Agak ghuluw sikit tajuk di atas kerana saya tiada bersama barisan patriot pada sabtu lepas. Sebelum ini saya berada di pihak kerajaan, menyokong agar BERSIH 2.0 tidak berlangsung kerana menggugat keselamatan rakyat. Apa tidaknya, bukan semua orang bersetuju dengan perhimpunan ini, yang bersetuju pula, risikonya sangat tinggi kerana mereka terdedah kepada bahaya yang sangat banyak ketika berdemo.

Jumaat, 8julai, kami sekeluarga bertolak jam 9malam [bertolak malam sebab semua kerja siang] dari rumah menuju ke melaka utk program ESP pada sabtu paginya. Tiba di tol kulai, punyalah ramai polis berkawal, buat roadblock. Panjang sungguh kesesakan itu [saya berada di barisan patriot ok!]. Saya sendiri tak faham mengapa harus ada roadblock tu? Andai katalah, saya pakai baju kuning (baju kurung) dan tampal sticker bersih pada cermin kaca depan kereta, apakah mereka akan ambil tindakan terhadap saya? kalau ya, akan saya pelangkung encik2 polis yang derhaka tu! Saya memandu je. mana ada saya bawa bom ke sepak terajang polis ke jual tshirt bersih ke...



Bersih 2.0 saya dan kita semua maklum sudah mendapat keizinan dari YDP Agung tunku mizan. Maka, tak timbul isu perhimpunan haram, kerana yang mengizinkan tu kuasa authoriti yang tertinggi negara. Setakat nak kata tiada permit, tu isu sampah. Kerana itu menunjukkan kebodohan. Dah kalau agung setuju, pastu ko kata haram lagi, tak ke ko ni rakyat yang derhaka pada pemerintah? Kalau tengku mahkota, pasti dah dilempang rakyat yang derhaka ni. Pihak polis yang mengadakan roadblock tu, kalau boleh, kita failkan saman kerana melancarkan konfrontasi halus terhadap kewibawaan YDP agung.[sayangnya saya bukan budak law] Tolonglah encik polis, kami nak cepat tau x?! kesian maklong saya kerana terpaksa menunggu kami sehingga jam12 tgh malam tau x?! Cuba kalau mak anda yang menunggu, dalam usia yang renta masih lagi terpaksa berjaga tgh2 malam buta. kan baik tido je. Tapi kerana nak meraikan anda, dia sanggup berjegil mata tahu?!



Semalam saya mendegar pelbagai berita berhubung demo sabtu lepas, Seorang korban demonstrasi, pak cik berumur 56 tahun, Encik baharudin yang ada semput. Mati disebabkan gas pemedih mata. Nak kata polis salah sepenuhnya, bagi saya tak. Pak cik tu pun x salah kerana kehadirannya berdemo menunjukkan komitmennya kepada parti. Saya dimaklumkan bahawa tgn pakcik itu digari dan bila diminta utk dibuka, polis tak layan. Jadi, menurut hemat saya, perhimpunan ini juga turut bersalah disamping pihak polis. Agung beri izin utk dilaksanakan di stadium, tapi mereka berdemo di jalan TAR. Lalu, polis pun bagi amaran agar mereka bersurai. Namun, mereka tetap disitu. Kemudian disimbahlah gas pemedih mata tu. Jadi siapa yang mulakan dulu? polis pulak ambil kesempatan, mentang-mentang lengkap bersenjata bukan main lagi peserta demo di kasari. anda layarilah youtube untuk melihat tindakan pihak polis. Encik polis, apakah yang menyebabkan anda tak pasal-pasal menyepak peserta? pukul dengan jota? Adakah anda dibaling dgn mercun bawang?adakah anda dibaling dengan kasut atau botol air atau eskem walls yang boikot? tak kan? encik polis, emosi kuat la sikit! Polis bukan kena kuat fizikal je, spiritual pun kasi kuat la jugak.. ala baru kena provok sket dengan lawan patriot ni da naik angin. kool la. [seharusnya demo ini berlangsung secara aman. namun, entah di mana silapnya...moga korban demo ini mendapat tempat yang baik di sisi Allah]



Walaupun dikasari, peserta demo tak membalas tindakan polis, kerana nak memastikan ia benar2 bersih mungkin. Encik polis, anda tidak seramai mereka. boleh je kot dorg nak sepak terajang polis, tapi dorang tak buat. Kerana psiko dan wibawa mereka jauh lebih tinggi berbanding encik polis. Tapi encik polis adil, patriot pun kena gak semburan gas pemedih mata tu. Pemimpin2 yang menyertai patriot juga ditahan Adil...! [teruskan beraksi gelombang merah!]



Lagi satu, semalam saya tengok buletin tv3. Dato' seri Najib sebelum ni ada cakap, dia izinkan demo berjalan tapi di stadium. Tapi tak di perjelas stadium mana, atte, kita semua dah tahu lebih awal daripada pengumuman tersebut bahawa demo ini akan berlangsung di KL. Jadi anda rasa, salah tak kalau demo tu berjalan di stadium merdeka? ya benar Dato seri, stadium itu punya signifikan yang sangat besar dalam sebuah perjuangan kemerdekaan. Tapi Dato' sri ada warning tak boleh guna stadium merdeka?

Saya, sebenarnya dah sakit dengan keadaan politik di negara ini. Tapi ketahuilah wahai pemimpin, kami ini rakyat yang memerhati. Rakyat yang tak bodoh. jangan sampai perhati bertukar menjadi benci. Nanti demo ala2 Tunisia kacuk malaysia menanti. Kedua-dua pihak, pembangkang dan kerajaan bagai hilang wibawa. Tak tahu nak sokong siapa. Nasib baik saya masih belum cukup umur utk mengundi. Namun, saya sangat mendoakan peneraju utama negara, Dato Seri Najib agar dibimbing Allah dan diberi kekuatan untuk terus berlaku adil dan memimpin kita semua, rakyat dibawah pimpinannya ke jalan yang Allah redhoi. Moga Allah memudahkan segala urusan Dato' seri.  Saya sangat menghargai pemimpin yang menghargai rakyat. bukan melayan rakyat seperti seorang penjenayah.

kepada mereka yang tak suka dengan cara pemerintahan Dato' seri kerana menurut anda, itu salah ini salah, maka hendaknya anda tegurlah beliau dengan cara yang sangat terhormat dan berhikmah.Beliau seorang yang sangat professional. boleh diajak berbincang. Kemudian doakanlah beliau agar diberi taufiq dan hidayah Allah. Kalau anda rasa pemimpin kita ini banyak kelemahan, maka ketahuilah bahawa beliau juga manusia seperti kita yang ada pakej kekuatan dan kelemahan. Anda juga ada kelemahan bukan?! jadi, tak bolehkan anda dengan lapang dada, menerima kelemahan orang lain? kemudian menampung kelemahan mereka dgn kekuatan kita. Tegurlah dengan bijaksana.

Moga Allah sentiasa memimpin Dato' seri ke jalan yang di redhoi. Saya sayang Malaysia!!

12 comments:

adeq said...

salam selamat ana baca dulu sebelum ana tibai post ant nhe.hehe.

namun ingin saya tegaskan PEMIMPIN PATRIOT TIDAK DITAHAN DENGAN ADIL !

bagaimana sang khairy itu boleh berada dalam PERHIMPUNAN patriot?malah sempat lagi untuk berarak BERSAMA?

sedangkan namanya ada dalam antara 91 yang dilarang masuk ke KL.

mengapa ketika Izzah, Hadi awang, A.samad said, Anwar Ibrahim baru mahu keluar dari hotel SUDAH DIHALANG?

INI TIDAK ADIL !

ahh ko, khairy.sengaja nak tunjuk konon pihak polis ADIL.peerah.

ana cadangkan ant bersama dengan ustaz fathul bhari.SALAFI WAHABI.

adeq said...

oh sila abaikan statement di bawah sekali.

bukan penyokong kerajaan said...

sudah muak semua2 ni,.. geram gilerrr ah

sahabatmu said...

bersih

GMS said...

kepada semua, sila bersikap professional. jangan obses sangat dgn mana2 pihak. besederhana je ok.

ar_drchem xD said...

maaf...apa beza mereka dengan bersih? Kalau mereka juga turun berdemonstrasi walau dikatakan demonstrasi tu "HARAM"...mesti untuk mencantikkan jalan cerita ....huh dram....drama.... hehe peace :) Rindu akk

GMS said...

Aren: beza warna baju la kot. Apa pun, dua2 kena cekup ngan polis. tu la da tau HARAM di bukit bintang dan halal di stadium, kenapa turun jgk kat bukit bintang kan? hehehe.. btw, siapa kata demo haram? akk cenderung dgn pndapat UZAR, demo tu harus. Haram bila mencetuskan mudharat. Jadi benda yg harus ni pn perlu hati2.. akk pn windu kat kamoo..suka la lagu istikharah cinta kat blog aren tu..

adeq said...

hello syg..nak g stadium kena la berjalan.kalau dah turun kat bukit bintang jalan la dari sana.itupun x bg masuk.cis.

ar_drchem xD said...

naik kapal terbang park kat depan stadium kott....emm... ada lah pihak-pihak tertentu mengatakan haram... tapi konsert gigs DG, sureheboh AF tu perhimpunan "HALAL" pula....bagussshh jer dramanya.... hehe

GMS said...

Aren: kerana fenomena kerosakan umat sebegini, jadi mari ayunkan langkah dgn pasti utk menebas semua kejahiliahan ummah. Mereka mgkin spt kita sblm disentuh dgn tarbiah. Jgn terlalu nk fikir salah siapa, sebab manfaatnya tak lebih banyak ketimbang mudharatnya.ayuhlah kita gali dan bina kekuatan utk tumbangkan kebatilan. Usah buang masa dgn perkara yg x bawa manfaat utk ummah. Doktor Ummah harus segera bangun. persetan semua hal yang sepele. sekarang la masanya! kitalah orgnya yg akn buat kerja2 ni!

adeq said...

Aren saya mula menyukai kamu.hehe, selamat berkenalan.saya siswi dari ukmNs.salam juang ! dan benar kata sang GMS ini.

"*&***&**&(&^@$%$^*&(**&^*&"

dfadzr said...

GO BERSIH 3.0!!!!!lalalalalalaaaaa~~~~~

Followers