Monday, July 4, 2011

kesimpulan

bismillahirramanirrahim

inshaAllah kali ni saya akan berkongsi dengan pembaca semua sedikit atau satu bab dalam buku yang baru sahaja saya selesai membacanya, iaitu U-turn jalan lurus. saya suka untuk menulis pengajaran yang saya pelajari berbanding hanya membaca kemudian merasakannya pada hati kemudian setelah beberapa lama, ia akan terlupakan. jadi, tanpa memebebel lagi merapu, terimalah sebuah motivasi dari ustaz zul ramli..



Catatkan cita-cita kita pada selembar kertas.

Saya nak …….


Saya takkan…..


Sepanjang semester ini saya akan………..


Pada tahun….saya sudah….


Menjelang… .simpanan saya sudah mencecah RM*******


Saya akan menghantar…....


Setahun kemudian saya pula akan……

murni cita2 budak ni..



Dan banyak lagi..impian serta perubahan yang perlu saya lakukan

Ibarat sebuah bangunan yang gah berdiri di tgh bandaraya kulaijaya, apakah ia akan teguh berdiri dengan hanya lintasan idea daripada seorang arkitek, kemudian di pindah idea itu kepada jurutera-jurutera lainnya seterusnya buruh-buruh binaan tanpa sebarang lakaran atau penjelasan jelas melalui sesuatu pelan? Pastinya banyak konflik akan berlaku.  Apa yang nyata, pasti ditemui pelbagai kecacatan dan penentangan antara idea arkitek dan jurutera dengan pembinaan  para buruh kasar. Dek kerana sebuah idea bernas yang tidak jelas.

bangunan MPKu

 Oleh itu, TULISLAH  segala impian anda untuk menjadikan ianya satu KENYATAAN! Tenaga bagi perubahan adalah pengajaran dan peringatan. Tulisan merupakan peringatan yang kekal.  Musuh bagi keazaman adalah LUPA.  Kerana itu, tampalkanlah impian yang anda tuliskan pada selembar kertas pada dinding atau mana-mana tempat yang ada dapat melihatnya sentiasa agar kelak bila anda lupa, PERINGATAN YANG KEKAL ini akan menasihati dan memotivasikan anda. Namun, segalanya takkan berlaku andai keberanian memulakan langkah pertama dalam mencapai impian itu tidak di lakukan. Rancanglah, kemudian melangkah dengan pasti, disiplin, dan raikanlah kemenangan di seluruh hidup anda.
Terima kasih ustaz zul ramli!

2 comments:

adeq said...

the most motivated akw on her dream is shenju solehah. I told to akw.

hehe. contohilah dia, ana dah review timeline hidup dia memang superb. kalah aku.

org yang bercita-cita tinggi, moga kita semua. seperti mana murobbi selalu berpesan " berjiwa besarlah! "

Siti Noraini Nordin said...

Saya rasa teroksida to know ada akhwat mimpi saya...hahahaha..

Followers