Tuesday, February 1, 2011

langit kirmizi-3-

bismillahirramanirrahim


7 february 2006,
alhamdulillah, segala urusan pendaftaran di sekolah ini berjalan lancar. walaupun mama dan papa tidak dapat bersama-sama hadir untuk mendaftarkan iha, tapi takpe..angah dah uruskan segalanya.. guru kelas iha yang baru, inshaAllah..cikgu pengajian kejuruteraan elektrik, cikgu saliza binti abdul rahman dan guru kelas kedua, puan nor syidah... buat masa ini, iha duduk di luar. jauh juga rumah abang dari sekolah. hampir 20minit perjalanan. InshaAllah iha nak mohon asrama supaya tak menyusahkan angah dan yang paling penting, supaya dakwah dan tarbiyyah lebih mudah dan efektif disampaikan kepada kawan-kawan. rindunya dekat Maahad Islamiyyah kluang..inshaAllah kata-kata mudir, ustaz Mukri akan sentiasa membakar semangat! "kita perlu menjadi agen perubah ummah. Ke mana jua kita pergi, di situ benih tarbiyyah, benih dakwah, akan kita semaikan." iha akan jadi agen perubah..ya Allah, kuatkan iha..jangan dibiar ya Allah, hambaMu ini hanyut dengan dunia.


iha menutup diari barunya. pen yang dihadiahkan mamanya itu diselitkan pada gegelang diari. telefon bimbitnya segera dicapai.nombor telefon puan khadijah, bekas guru kelasnya dahulu didail,


iha: assalamualaikum..cikgu, fariha ni. ingat lagi kan?


puan khadijah: waalaikumsalam.. la fariha, tak sampai sebulan pun enti tinggalkan maahad..mestilah cikgu ingat... tak lupa pun. macam mana sekolah baru?


iha: alhamdulillah..alhamdulillah.. sekolah baru ok je, cuma ana rasa ana lebih prefer duduk di asrama berbanding tinggal di luar. InshaAllah ana akan buat surat rayuan dua tiga hari lagi.


puan khadijah:oo... ok juga tu. kalau tinggal diasrama, inshaAllah akan lebih mudah utk mendekati kawan-kawan. ha, sebelum tu cikgu nak tanya, enti dah dapat murabbiyah baru?


iha: belum lagi.setakat ni tiada siapa lagi yang hubungi ana, sebab tu la ana telefon cikgu. Nak minta kepastian tentang proses kelansungan tarbiyyah ana disini.


puan khadijah: ok nanti cikgu akan maklumkan kemudian. enti lambat sikit dapat tahu sebeb enti seorang je yang pilih negeri selain johor. mungkin puan hamimah terlepas pandang. inshaAllah esok cikgu mesej jam 3ptg. kalau cikgu terlupa, enti ingatkan ya.


iha: ooo..ok..inshaAllah. ok la cikgu saya minta diri dulu..


puan khadijah: ok.. belajar elok-elok..teruskan ikhlas niatkan segalanya semata-mata kerana Allah, demi redhaNya, demi syurgaNya..


iha: inshaAllah..assalamuaikum


puan khadijah: waalaikumsalam..


***********************************
"weh, jom pegi makan!" rakan di sebelah katil iha menyapa.
"jom!" iha membalas dengan senyuman dan segera mencapai tudungnya dihujung katil.
mereka berjalan beriringan menuju dewan makan. hari pertama di asrama amat meletihkan. tambahan pula dorm nya terletak di tingkat 3.mujur tunang angah datang bersama, membantu  memunggah semua barang-barangnya.
"awak nama ape?" iha memecah kesunyian
"salwani..panggil wani je. ko?" selipar di tanggalkan diluar dewan makan.
"fariha. panggil saya iha je."
"ko memang biasa cakap saya awak ea even sesama pompuan?"
"mungkin..kenapa? tak biasa ea?"
"agak la.. ko sekolah mana dulu? mesti sekolah agama kan?
"haah..Maahad Islamiyyah, kluang"
"ooh, jauhnya! johorkan? memang orang johor ke?"
"haah. pure johor. saja nak cuba belajar jauh-jauh.. awak sekolah mana?"
"sekolah Agama Tinggi Hishamudin. kat selangor ni jugak. tapi tak best sekolah tu. ko PMR dapat berapa? kenapa daripada Maahad ke teknik?"
"alhamdulillah PMR dapat 7A 2B. pilih sekolah teknik sebab minat engineering. dan paling penting, sampai sekarang, Maahad tetap di hati..masih rindukan maahad. tapi inshaAllah inilah yg terbaik dari Allah."
"oo..baguslah. tapi aku rasa ko tak patut pilih sekolah ni. result PMR ko tu excellent. ko patut apply teknik cheras tu.. teknik kawalan.. baru la sepadan dengan result.."
"oo ye ea? hmm..kalau saya ke sana, tak dapat la saya kenal dengan awak kan?"
" best sangat ke kenal ngan aku?"
**************************************
azan maghrib kedengaran jelas dari surau asrama lelaki. sesuatu yang lain dari kebiasaan bagi iha apabila pelajar perempuan tidak solat di surau besar asrama yang letaknya dalam aspura, bahkan mereka hanya solat berjemaah di dalam surau aspuri. 
"iha sini la!" izzaty memanggil seusai azan.
"eh jomlah ke saff depan. jom3.." iha menarik tangan nabila dan wani. kedua-duanya menurut.
"takpe la..korang je la pegi" iha membalas dengan seyuman dan bersegera ke hadapan kerana solat akan bermula sebentar lagi.

iha bersalaman dengan rakan-rakan di kanan dan kirinya dan tidak dilupakan, rakan-rakan se"dorm"nya di saff belakang.
"oo..sume kat sini.."
"haah..kitorang semua satu saff. tu yang kitorg panggil ko ke sini. da tak cukup korum time solat tadi."
"tak cukup korum?"
"ye la ko ngan nabila ngan wani pegi depan..sebaris dengan senior.."
"oo.. tapi takpe kan sebab kita solat kerana Allah kan? kita nak Allah yang nilai bukan manusia yang nilai..mungkin di mata kita satu dorm satu saff nampak lebih tersusun.. tapi Allah cakap, tersusun tu bukannya berdasarkan dorm ke, senior ke junior ke tapi berdasarkan niat yang ikhlas, barisan yang lurus, saling bertemu bahu."
"ha dengar tu zaty! aku nak tambah sikit, saff depan ni pahala dia extra sikit berbanding saff belakang..so, kita kena bersegeralah utk saff depan."
"ok..terima kasih ustazah fariha dan wani. boleh la bagi tazkirah kat depan"
"takpe la.. senior nak bagi tazkirah tu.." iha menyambung sambil memeluk bahu zaty.
"iha, aku nak tanya sikit. ko kan budak sekolah agama kak adilah tu pun sekolah agama tapi kenapa dari segi luaran la aku tengok korang ni sangat berbeza. kenapa ko masih pakai tudung labuh even ni kan sekolah teknik..dah takde dah peraturan kena tudung labuh2 camni. macam kak adilah tu. dia tak pakai pun tudung labuh. pakai tudung macam aku ni je.kan lagi senang..nak iron pun senang. tapi walaupun tak pakai tudung labuh, dia tetap jadi AJK surau. kiranya jadi budak baik la..masih ada la ciri2 budak sekolah agama tu.."
"pertamanya, iha pakai tudung ni bukan sebab peraturan sekolah. tapi, sebab ini peraturan Allah. iha rasa selamat dengan tudung ni."
"peraturan Allah? Allah suruh pakai tudung labuh ea?kenapa rasa selamat?macam ni xselamat ke?" zaty menunjukkan tudungnya.
"cuba zaty baca ni," iha menyuakan al quran terjemahannya,

wahai nabi! katakanlah kepada ister2mu, anak2 perempuanmu, dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya keselururh tubuh mereka. yang demikian itu agar mereka lebih mudah di kenali sehingga mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun maha penyayang. (al-ahzab:59)

"ha..jelas tak kata2 Allah?"

"tapi aku punya tudung ni kalau aku lepaskan ke bawah dah tutup dada kan? kira da ok kan?"
"ok? hmm..mungkin..tapi, kalau ikut silibus pendidikan islam mase form3 dulu, syarat2 menutup aurat kan, tak jarang hingga menampakkan warna kulit, tak ketat hingga menampakkan bentuk badan, dan tidak menyerupai berlainan jenis. zaty jadikan syarat2 ni KPI dalam menutup aurat..agak2 dah buat semua tak?"

"mungkin belum.."

"hmm mungkin.."

"ha!kenapa pula rasa selamat dgn tudung labuh?"

"tu, dalam ayat ni kan Allah kata sehingga mereka tidak diganggu.  jadi, dengan menutup aurat secara sempurna, Allah dah janji yang kita tidak akan diganggu. al-quran ini kan kata2 Allah..siapa yang lebih benar lagi kata2nya selain Allah?"

"betul tu..tapi perlu masa kan untuk berubah.."

"inshaAllah, cepat atau lambat tu bukan perkara utama, yang paling penting adalah kita sentiasa mencari jalan dan seterusnya berusaha untuk berubah. iha tekankan lagi, sentiasa..sentiasa..bukan kadang2 atau ikut mood je.."

"oo..inshaAllah..doakan aku.. ko tolonglah aku.."

"inshaAllah..iha cuba yang termampu..zaty pun kena jaga hubungan dengan Allah...mohon pertolongan dari Dia."

"iha, zaty dah jom pegi dewan murni! asek berbual je.. cepat la..senior marah kang lambat2.. "ella memanggil dari pintu surau.

mereka semua bergerak ke dewan murni mengikut dorm untuk mendengar taklimat pengetua. minggu orentasi baru bermula dan dirasmikan oleh encik Ghazali bin Haroun. di suatu sudut dewan, kelihatan zaty dan fariha sedang asyik berbual-bual.  fariha kini sudah mula mempunyai target mad'u.

No comments:

Followers