Sunday, November 21, 2010

daurah ukhuwwah

bismillahirramanirrahim

inshaAllah dengan izin dan rahmatNya, sebentar lagi akan berlangsung daurah ukhuwwah antara saya dan adik2 yg tersayang. daurah kecil-kecilan tapi inshaAllah membuahkan hasil yg BESAR kerana kesungguhan mereka untuk menjalankan daurah ini.

walaupun kami semua, terutama adik2 yg disayangi dalam minggu exam (23nov2010 ada paper) tapi masih dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. lebih kurang dua minggu masa diperuntukkan untuk semua membuat persiapan bahagian masing2.. sejauh ni, progres semua baik. moga segala urusan pada malam ini akan berjalan lancar.

semoga segala kerja keras dan kesungguhan adik2 ku ini mendapat ganjaran yg terbaik dari Allah.

buat adik2 yg di sayangi,
firman Allah, "dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yg mendapat petunjuk, dan barangsiapa yg Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong2 bagi mereka selain Dia. dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu dan tuli. tempat kediaman mereka adalah neraka jahanam. setiap kali nyala api jahanam itu akan padam, Kami tambah lagi nyalanya bagi mereka." (17:97)

dgn rahmatNya, kita bertemu, 
dengan hidayahNya, hati kita menyatu 
bersatu dalam kebaikan dan ketaqwaan. 
semoga hidayah ini dipelihara olehNya,
moga hati-hati ini diteguhkan dalam kebaikan,
tak tercondongkan pada kemaksiatan yg membawa penyesalan  
dahulu kita hanyut dengan kelalaian kita, 
di buai cinta dunia yg semu semata. 
namun, di jalan ini Allah mentaqdirkan kita berada.
keberadaan yg membuka peluang utk kita menebus dosa noda silam. 
berazam untuk ianya takkan terulang. 
segala firmanNya jadi bekalan. 
syurgaNya jadi impian, 
azabNya di jadikan benteng untuk menghindar kemaksiatan. 
kemaksiatan yg mengundang murkaNya dan menggiring ke neraka.
moga kita teguh bersama.
 sabar dalam menyusuri jalan-jalanya.. 
segalanya hanya semata-mata untuk kita kelak sudi di terima sebagai penghuni syurgaNya

ana uhibbukum fillah! kasihku tulus dari hati kepada kalian permata yg dicari..

8 comments:

alhanun Nur said...

salam ukhti, kite dah diajar ''dakwah is our top priority but dakwah will never the second'' selamat mengamalkannya dimedan amal -pesanan buat diri sendiri- (n_n)

GMS said...

macam silap je quotation tu..
bukan
"dakwah is our top priority but study will never be the second"
hehe..ayuh! biar amal berbicara

ar_drchem xD said...

akk thanks a lot bg pluang kt ktorg hndle daurah ukhwah. . =)))

adeq said...

Alhamdulillah bagus ant !!
ana sentiasa menyokong ant !! teruskan..yeah ~

tahniah kepada adik2 yang berjaya melaksanakan daurah ukhuwwah !!

GMS said...

aren: pertamanya, seinfiniti kesyukuran di rafaqkan kpd Allah yg telah mengizinkan segalanya berjalan..
terima kasih juga pada aren, amy, aiza, anis, adah, atul n ika kerana telah menjalankan tugas masing2 dengan sangat baik..inshaAllah ke depan kita akan perbaiki sisi kelemahan program pertama ni..apa pun, kenangan yg sgt manis daurah ni! semuanya da masuk bawah pelukan akak..haha..nantikan daurah ukhuwwah part2!

GMS said...

adeq:alhamdulillah dengan izin Allah..jazakillah khairan atas sokongan yg x penah pudar..

-bile nk dtg cni??kalau sempat, bole diaturkan pertemuan dgn adik2 saya yg tomei2 ni..-

dr. mujahidah said...

alhamdulillah.. teruskan . jangan pernah henti

GMS said...

dr mujahidah: inshaAllah..dakwah tiada henti..x mengenal erti cuti. semua kerana Allah!!

Followers