Sunday, December 26, 2010

Engkau aku dia dan Dia

bismillahirramanirrahim


Kau tetap menemaniku walau bertandang 1001 mehnah ujian
Kau tetap menemaniku walau kebosanan terus membungkam
Kau tetap menemaniku walau hatimu digamit gumpalan kesedihan
Segalanya tetap kau simpan sendirian
Menjadi rahsia hatimu utk kau kongsikan dgn Ar-rahman

Episod suka membuka tirai
Menghalau kesedihan dan menjemput kegirangan bertamu
Kini kau sedang berbahagia dan aku dalam kesedihan
Ku mengerti segala kesedihanmu sebelumnya namun tidak engkau
Duka dihati ku selimuti dengan senyuman
Tangisku, rintihku dalam kalbu ku sirat dengan tawa girang penuh kepahitan
Ku tak kau mengerti, mereka tak ku fahami
Walau bukan pintaku untuk difahami lantas dimengerti..

Simpan dan terus menyimpan
Pendam dan terus memendam
Hatiku remuk redam saban malam
Namun pahitnya di matamu kelam
Biarlah segalanya terus ku benam
Di lubuk hatiku yg terdalam

Lalu Dia yg mahu mengerti aku
Lalu Dia menghadirkan dia dalam episod hidupku
Untuk menyuntik segunung ketabahan
Walau engkau terluka buat sekian kalinya
Apa yg mampu ku lakukan?
Apa yg engkau mahukan?
Segalanya telah ku serahkan pada Dia
Hanya yg terbaik mampu cuba ku dapatkan
Mengertilah…….

Aku butuh dia yg dihadirkan Dia
Yang mengerti aku dan travelog ini
Tapi engkau tetap dengan rajuk hatimu
Terus-terusan diulit kesedihanmu..
Kufahami itu, ku tahu masa yg berlalu pasti bisa merawatmu
Merawat kesedihan yang mengabungimu itu..

Kini kita sedang menuju destinasi yg kau mahu
Namun riak kesedihan masih tersisa pada wajahmu
Apa yg mampu ku lakukan?
Apa yg kau perlukan?
Ku yakini masa yg berlalu kan merawat dukamu itu
Aku mengharapkan hanya kebahagiaan
senantiasa bertandang bertamu di relung hatimu
kerna kisah aku, kau, dia dan Dia dalam travelog ini
menitiskan mutiara berharga dari kelopak matamu tiada hentinya
menoreh hatiku yang tiada kelihatan darahnya
yang terzahir hanyalah kesesakan didada
walau jarang sekali ku titiskan air mata
amdai tertumpah pasti segera ku seka
mengapa??
Kerana tangisku hanya utkNya
Tangisku hanya perlu dihadapanNya
Ku tabahkan hati ku kuatkan kaki utk terus teguh
Takkan ku tewas lagi!!

segalanya ku serah kepada Dia,
pemilik kasih yg murni
yg paling memahami kekalutan ini…
wahai dia yang memahami,
ketahuilah dirimu sangat ku hargai…
bertemu dgn mu menguat semangat diri
kata-katamu akan terus ke pegangi!

Terima kasih ya Rabb!!!

7 comments:

adeq said...

salam ukht....x faham ~
huhu.semoga ant tabah dan kuat !

saling memberi rasa buat inspirasi di hati ~

Unknown said...

waalaikumsalam..xpaham xpe la.. bia menjadi rahsia dihati..

ant jua, moga terus kuat!

Nurul said...

Allahuakbar,,

ubatilah luka2 di hati akhwat2 ku ya Allah..

Anonymous said...

rahsia hatimu....rahsia hatiku....
hanya kita saling mengerti rahsia hati...
rahsia suka
rahsia duka
rahsia cinta
rahsia kecewa
rahsia terseksa
rahsia bahagia
segala rahsia
terlipat kemas di lubuk rahsia hati sana
namun....
Biar apapun rahsia yg kau benamkan...tetap Dia yg Maha Mengetahui segala isi hati...

.:: نورحبيب ::. said...

subhanallah..ukhti shinju yg ana kenal di perak rupanya insan berpuitis rupanya..

ape pun keadaan anti,sedih, suka, gembira atau sebagainya, moga rahmat Allah sentiasa bersama..

adeq said...

baca post macam faham.tengok balik komen terus x faham.hehe.x kisah la..
ano semoga kuat ano..

go ano go !

Unknown said...

ano: jzkk..Dia yg Maha tahu

nur habib: :) kite belum habis taaruf lagi ukht...!selamat mengenali ana..

adeq: ant da faham skg? adeq, marha!!

Followers