Friday, May 20, 2011

miliki dgn memberi

bismillahirramanirrahim

setakat sekarang ini shinju dah hampir 2mggu bercuti. cuti semester yg sgt panjang. jujur, shinju tak berapa suka cuti semester yg panjang. sebulan ok lagi. 4 bulan..hmmm.. hasrat hati nak kerja tapi bila memikirkan tribulasi2 yg akan dialami jika kerja makan gaji membuatkan shinju hold dulu hasrat utk bekerja.


Miliki dgn memberi. segala yg ada pada kita kesemuanya milik Allah. jika kita punya wang biasiswa yg begitu byk, maka ketahuilah ia bukan milik mutlak kita. tapi percaya atau tidak wang itu akan menjadi milik kita apabila kita membelanjakannya ke jalan yg Allah redho. sesuatu ilmu yg kita pelajari tidak menjadi milik mutlak kita selagi ilmu itu tidak diajarkan kepada org lain. rezeki yg kita nikmati saban hari tidak menjadi milik mutlak kita sehingga ia kita hidangkan kepada org lain.

mengapa dengan memberi??


mengapa dengan memberi , barulah sesuatu itu menjadi milik mutlak kita? ok mari berpindah dari alam yg binary ini ke alam seterusnya, yg infinity iaitu akhirat. kelak bila kita kembali menghadap Allah Rabbul 'izzati, kita tak bawa bersama kereta,, wang tunai, anak pinak, rumah yg besar, ijazah bergulung2, PhD atau apa2 sahaja kesenangan dunia lainnya. yg kita bawa adalah ilmu, iman dan amal. ilmu yg bermanfaat, iamn yg dah kita semai ketika didunia serta amal2 soleh kita termasuk belajar, bekerja, berumahtangga, mendidik anak,  dah aktiviti lainnya. tapi, harus diingat semua org melakukan apa yg shinju tulis diatas tapi, niat setiap org tidak sama. "sesungguhnya diterima sesuatu amal seseorg itu berdasarkan niatnya" [hadis] jadi jika niat kita belajar, bekerja, menikah, dan lain2 semata2 kerana dunia, iaitu utk mengejar cita2, utk dapat gaji besar, utk dapat anak yg cantik dan hensem tanpa sedikit pun niat utk mendapatkan keredhaan Allah, jadi... kita dapatlah apa yg kita niatkan itu, iaitu kesenagan dunia semata2 dan di akhirat kita menjadi org yg rugi.

" barangsiapa mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempruna) dan mereka di dunia tidak akan di rugikan. itulah org2 yg tidak memperoleh (sesuatu) diakhirat, kecuali neraka. dan sia-sialah disana apa yg mereka usahakan(di dunia)dan terhapuslah apa yg mereka kerjakan" [11:15-16]

rugikah??

jgnlah kita terlalu berkira utk membelanjakan harta kita di jalan Allah, membantu perjuangan dakwah, sentiasa berinfaq baik dalam masa lapang mahupun sempit, jgn kikir dlm berdakwah. kalau ada kereta, gunakanlah semaksimanya utk dakwah. hantar mad'u, beri pinjam ikhwah akhwat utk pergi follow up dan lain2. kalau biasiswa atau PTPTiPU satu sem beribu dapat,  infaqlah 10% dari jumlah itu utk membantu perkembangan dakwah. "tidak berkurang harta seseorg (menjadi miskin) kerana shodaqoh" [hadis] bahkan shodaqoh menjadikan harta kita lebih banyak, lebih barakah, dan lebih bernilai! duit yg kita spent utk beli topup, makan, tambang cab, beli ink printer, shower gel belum tentu mampu menyumbang pahala utk setiap sen harganya kerana boleh jadi sewaktu kita beli, kita tak terlintas pun utk meniatkan segala keperluan itu sbg sarana ibadah kepada Allah. tapi kalau kita berinfaq, menolong ikhwah akhwat yg dlm kesusahan, memberi dana kepada tabung dakwah, maka itukan lebih kita buat dlm keadaan conscious, iaitu kerana mengharap redho allah. [sekadar pandangan peribadi]

kesimpulan

harta kita akan menjadi milik kita apabila ia bertukar menjadi pahala. Duit gaji utk maslahat dakwah. Study utk memperkukuh dakwah, pernikahan utk melajukan lagi dan menetapkan hati kita ke muara redho Allah, anak2 yg dididik utk menjadi mujahid2 dan mujahidah2 mata2 rantai pewaris dakwah. dan lain2.. wallahua'lam

No comments:

Followers