Wednesday, January 25, 2012

cerpen: PELARIS

bismillahirramanirrahim



"aduuhhh!! kenapa waktu-waktu genting macam ni kau nak buat masalah ha?!"

"sabar hadi. chill ah. benda dah jadi kot. dah sampai masa dia nak rosak.. throttle body ni memang sampai masa dia akan cair gak."

"aku ada submission kot pukul 12 jap lagi. aku nak buat macam mana ni?"

"sekarang baru pukul 9. lepak ah. jap aku telefon member aku. dia ada workshop dekat2 sini. kereta kau boleh gerak lagi kan? cuma timing tak berapa nak jadi. ko tahan  sikit la sampai kat workshop kawan aku tu. biar aku drive la. ko tu bukan boleh sabar sangat."

"kau call dia dulu. kang kita datang dia tak bukak lagi."

______________________________________________________________________________

"mana satu workshop dia?"

"tu yang papan iklan warna merah ada tulis allah muhammad tu"

"oh, pusat baiki kereta faiz tu ea?"

"haah."

"pergh bukan main lagi bismillah, allah muhammad..."

"ko pening ape ke? kawan aku ni islam la dol. takkan dia nak letak gamba bunga teratai ke dewi guan yin ke berbagai!"

"tak la. tak perlu lah nak gunakan agama untuk melariskan perniagaan dia."

"hah??"

"aku cakap pasal papan iklan dia tu. Guna nama Allah, muhammad nak tarik orang supaya pergi kedai dia. kononnya alim la."

"salah ke dia buat macam tu?"

"salah la! menggunakan agama untuk kepentingan duniawi!"

"macam mana kalau aku kata pendapat ko tu cuma persangkaan kau je?"

"maksud kau?"

"aku start kenal abg faiz ni kat masjid area2 sini. Dia baru je grad mechanical engineeering kat utem dulu. kedai ni dia la ownernya. pekerja dia budak2 melayu kebanyakannya lepasan spm yang amek automotif. Paling penting, dia ni wajibkan pekerja dia utk solat awal waktu dekat surau kat lorong belakang tu."

"so, dia ni x tau ke agama tak boleh di peralatkan?"

"hadi, aku ingat kau ni mmg kuat buruk sangka kat orang la. hadoi. sebenarnya niat dia buat papan iklan macam tu sebagai syiar je."

"syiar?"

"ye. kalau org cina bukak bisnes, kat advertising board diorang selalu ada gambar2 dewa dewi atau paling tidak ada tulisan cina. jadi, kalau dari jauh kita bila tgk board tu otomatik kita tau itu milik org cina. Jadi dia guna pendekatan yang sama. Untuk tunjukkan betapa dia sangat bersyukur menjadi pengusaha mekanikal dalam kalangan orang islam yang memang susah kita nak jumpa. biasanya orang bukak workshop ni majoriti cina kot. dia ni mmg 1 dalam 1000 la. "

"oh itu syiar yang kau maksudkan. ok, tapi perempuan yang baru keluar ofis dengan lelaki baju biru tu macam mana? mesra kot."

"yang baju biru tu la faiz. perempuan yang tudung pink tu adik dia. adik kandung dia. kalau x silap aku adik dia tu tengah cuti sem tiga bulan kot. dia tolong jaga workshop waktu semua orang solat  jemaah, tolong2 juga abang dia record spare part yang nak kena tempah dan lain lain lagi. ^_^ "

"amboi! kau ni semua benda tau. ada apa2 ke? hmm ye la lutfi. sebenarnya aku ni memang negatif sangat kot dengan orang yang aku tak kenai. takde hal kot sebenarnya kalau dia nak buat advertising board mcm tu. lagipun aku rasa ok kot dia guna benda macam tu jadi pelaris. daripada guna ilmu2 hitam yang banyak org berniaga sekarang amalkan."

"sepakat! apalagi silalah turun tuan hamba dan khabarkan kerosakan kereta ni kepada formen yang bertugas. kita dah lama ni usha dorang buat kerja dari dalam kereta ni."

"haha! ok."

p/s: tak boleh ke bila anda melihat seseorang sama ada yg anda kenali atau x, terus berfikir sesuatu yang baik? berbaik sangkalah selalu~! sebab kalau la kita bersangka buruk kat org dan persangkaan kita tu betul, maka kita tak dapat apa2 kot. dapat tau je la perangai dia. tapi andai kata yang persangkaan buruk kita itu salah, maka kita da BERDOSA. jadi, utk selamat, berbaik sangka dulu. kemudian tabayyun, kemudian nilailah dengan mata hati. jangan cepat menghukum.

2 comments:

adeq said...

salam pergh superb giler la cerpen nhe gua cakap...

sempoi ~

dan mesej sampai !

GMS said...

waalaikumussalam..alhamdulillah.. segala puji dikembalikan pada Allah.

Followers