Wednesday, November 13, 2013

S.A.L.J.U part 2

Nora menggosok2 matanya. Selang beberapa saat tangan kanannya beralih ke mulut menutup kuaknya yg entah kali ke berapa.

“Mengantuknyaaaaa!!!!” dia menjerit sendirian didalam  Honda-nya. Pedal minyak ditekan hingga mencecah lantai. Bertungkus lumus nora cuba menghilangkan ngantuknya. Tindakannya menambah kelajuan difikirkan tidak begitu selamat dan kurang membantu menghilangkan mengantuknya. Nora fed-up dengan siaran radio ikim-fm pada petang itu. Dia tidak berminat dengan bual bicara yg sedang berputar di stesen radio tersebut.

Jam menunjukkan pukul 3petang. Destinasi yang perlu dituju berbaki 70km lagi. Akhirnya, dia pun menukar stesen radio. Dia menekan2 butang next pada radionya. Mencari mana2 siaran radio yg lebih menarik perhatian. Tangannya terhenti menukar siaran apabila terdengar intro guitar lagu kegemarannya. Sudah lama dia meninggalkan lagu tersebut. Sejak dia melangkah ke UKM, hanya ikim-fm yg menjadi halwa telinganya. Dia pun sudah lupa apa frekuensi fly dan hitz.fm. Volume di naikkan sehingga 22. Maka penuhlah keretanya dgn nyanyian green day. Berselang2 suara Nora dengan suara radio.

Like my father come to pass
Seven years has gone so fast


Wake me up when September ends




Here comes the rain again

Falling from the stars

Drenched in my pain again
Becoming who we are


Tiba2 rasa nak cari code guitar lagu ni la.. nanti dah sampai rumah angah, mintak suami dia try main lagu ni sekali!

As my memory rests


But never forgets what I lost

Wake me up when September ends




Summer has come and passed

The innocent can never last

Wake me up when September ends


Bibirnya menguntum senyuman. Jalan lurus di plus highway yang tadi membuatnya mengantuk dan bosan kini sudah berjaya diatasi dengan Wake me up when September ends. Ingatannya terus tertumpu kepada Onry. Nama manjanya yang diambil sempena nama striker arsenal, Thierry Henry. Perkenalan mereka bermula pada tahun awal tahun 2006 ketika itu onry masih dalam pengajiannya di Kuktem pada tahun akhir. Nora pula baru sahaja usai PMR dan baru memulakan hidup sebagai pelajar tingkatan 4. 

Bulan januari sangat sukar bagi nora ketika itu kerana dia sudah tebal muka dengan guru disiplin yang telah mengenalinya kerana tertangkap di mall ketika waktu persekolahan. Gara2 bosan dengan aktiviti yang dikendalikan guru2 kepada pelajar tingkatan 3 yang sudah mengambil peperiksaan dan menghitung hari untuk cuti sekolah yang panjang, maka dia nekad mengikuti rakan2nya untuk fly dari sekolah ketika waktu rehat. K-box adalah tempat kegemaran mereka selain bowling alley yang mana banyak duit telah dilaburkan disitu. Sedang asyik mereka beraktiviti, datanglah Kaunselor sekolah, Cikgu azizul rahman yang dapat menghidu kegiatan ponteng pelajar tingkatan 3 sejak 3 hari sebelumnya. Semua pelajar yang ditangkap dibawa ke bilik disiplin utk mendapat kata dua daripada Cikgu Salihun, guru disiplin yg sgt digeruni. Rotan sudah tersedia diatas meja. Nora dan 2 rakan yg lain kini memasuki ruangan detention. Puas digertak, dimarah, dan akhirnya dirampas telefon bimbit masing2, cikgu salihun mengakhiri sesinya bersama mereka bertiga dengan satu ayat yang sangat menyentap tangkai hati, “tahun depan saya dah taknak tengok muka kamu dekat sekolah ini lagi.”

Kerana itu, januari 2006 adalah bulan yang sukar bagi nora. Dia masih berada di sekolah yang sama. Dia berusaha untuk tidak terserempak dengan guru disiplin. Sebagai persediaan dia telah memohon SBP dan sekolah teknik, tetapi keputusan 7A 2B dalam PMR yg diraihnya masih belum merezekikannya ke mana2 sekolah yang dipohon. Sehingglah awal February, dia menyemak status permohonannya di laman web jabatan pendidkan teknikal. Yes!! Nora di terima di SM Teknik Kuala Selangor dalam bidang kejurteraan Elektrik.

Nora langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang jurutera kerana sejak dari kecil dia hanya bercita2 untuk menjadi seorang peguam atau ustazah. Tapi kegagalannya untuk mendapat tempat di SBP telah menyebabkannya menukar cita2nya kepada menjadi seorang jurutera. Nora tidak tahu apa yang bakal di alaminya nanti. Dia tidak tahu latar belakang bidang kejuruteraan. Dan pada waktu itulah munculnya onry yang banyak memberi motivasi dan menyokongnya. Onry merupakan pelajar bidang kejuruteraan automotif di Kuktem ketika itu. Dahulunya dia bersekolah di Sambest. Ilmu kejuruteraan yg ada dikongsi sedikit sebanyak kepada Nora. Dia sering memberi motivasi kepada nora untuk memastikan Nora sentiasa cemerlang dalam akademiknya. Mereka sering belajar bersama walaupun medium perhubungan mereka hanyalah melaui SMS. 

Mereka tidak kenal 1 sama lain kerana Nora yang tersalah menelefon onry ketika dia perlu menelefon rakan perempuannya. Beberapa kali dia call dan SMS, tapi SMS tak berjawab. Call pula, pelik aja bunyinya setiap kali onry menjawab panggilan. Rupa2nya, apabila dia bertanya kepada rakannya itu, ternyata Nora telah tersalah dail. No 5 dan 8 tertukar. Sejak itu persahabatan mereka mula terjalin tanpa bertemu empat mata.

salam, onry kau tolong jawabkan soalan ni bole? Aku da try banyak kali, jawapan aku dapat tak sama dengan skema jawapan. Ni ha,
int (2 to 5) (3x^5 + 3)/2x
sent 12.30am

930.2 aku dapat. Jawapan belakang berapa?
Sent, 12.35am

Pergh laju gile ko kira onry! Sama jawapan ko dgn aku. Jawapan belakang 420.3. nak nanges ah camni!
Sent, 12.37am

Ala soalan budak SPM celah gigi je la. Aku budak Sambest kot, malulah kalau x boleh beat budak sekolah teknik.. jawapan belakang tu salah kot nora. Ko tak payah ikut, x yah nak nanges ke stress bagai. Ko move next question je. Lagi berapa soalan ni?
Sent 12.41am

Ko ni x abes2 riak takbur ujub dgn sambest ko tu! Ko tgk la result spm aku nnt.! Ok. Aku move ke soalan lain. Aq tgh buat paper 2 add math ni. Ada 3 soalan lagi. Kena buat graf 2, pastu soalan proba. Nnt kalau aq x blh jawab aku sms lagi. Ko jgn tido dulu!! Aku lempang ko kalau ko tido!
Sent 12.43am

Hahaha.. x la. Aku x tido. Aku temankan ko study la ni! Aku pun final year ni ko ingat bole suka ria nak tido awal ke? Tengah siapkan projek aku ni. 2 sem lagi nak habes. Ko minggu ni da berapa kali buat revision add math? LK da buat latihan?
Sent 12.45am

Malas la buat LK. X best. Lusa je la aku buat. Da, ko jgn kacau aku buat kerja.
Sent 12.46 am

Ko kacau aku bole pulak ea. K la jom buat kerja!
Sent 12.47am


****** 2 am.
Onry, aku dah siap, score paper tadi 48/50. Aku nak tido dah ni. Thanks temankan aku.
Sent, 2am

Eh, da pukul 2 pg, solat sunat sunat la dulu. Baru tido.dah alang2 2/3 malam ni. Berkat sikit belajar kau.
Sent 2.01,am

Oh, okey thanks.
Sent, 2.01 am

******2.30 am.
Usai solat sunat dan mengemas buku2, Nora menerima panggilan daripada onry. Pelik. Onry tak pernah menelefonnya. Selama ini mereka hanya berSMS sahaja.

“hello..” x sempat menghabiskan kata2, operator maxis bersuara:
Voice SMS, u have received this voice SMS from 01278**** (voice sms rupenya.. hailaa)
lagu green day itu pun berkumandang. Tapi tak habis, di hujung rakaman, onry memberi pesan: khas untuk ko, belajar sungguh2.


Sejak daripada itu, lagu wake me up when September ends tersebut menjadi ingatannya kepada onry. Nora bukan seorang yang puitis. Sementelah pula dia seorang remaja dan masih muda, jarang ada dalam kalangan dia dan rakan2 yang memahami lagu yang mereka dendangkan. Pada usia sebegitu, makna lagu bukan perkara yg penting untuk sesuatu lagu itu mendapat tempat di hati pendengarnya, tetapi susunan music dan vocal penyanyinyalah yang menjadi penentu. Ketika itu, simple plan, MCR, green day, raihanna, fergi antara nama2 yg mendapat tempat di hati remaja seusianya ketika itu.

“onry” bibirnya mengucapkan nama itu. Setelah sekian lama. Entah mengapa hari ini dia memutar semula segala rakaman ingatannya bersama onry.

“ah sudahlah! Lagu tu pun memang dia nak suruh aku lupakan dia kot! Anggap dia dah mati.. Dia pun mesti da kawen, beranak pinak sekarang” Nora bercakap sendirian di dalam kereta. Suara radio mula di perlahankan ketika lagu tersebut habes. Nora tiba2 menjadi sebak. Selepas dari voice sms yg diterima daripada onry tersebut, tiada lagi sms yg dihantar onry. Hampir 2bulan tiada perhubungan, di tambah pula Nora yang menginap di asrama dan jarang dapat memegang hensetnya. Oleh kerana sibuk dengan persediaan SPM dan pembekuan henset yang dilakukan kakaknya selama 2 bulan sehingga kertas terakhir SPM, dia perlahan-lahan melupakan onry. Dan kini, dia ingat kembali.

Titot titot titot titot, smart phone nora berbunyi. Segera dia memakai hand’s free. Nombor yang tertera tidak dikenali. Di tekan juga butang hijau.

“assalamualaikum. Nora ya?”
“waalaikumussalam. Saya, encik ni siapa ya?”
“saya, ah..,, err, saya dapat ah,..”
“encik, saya tak dengar jelas la. Saya tengah drive ni. 3jam lagi saya call encik semula ya. Mintak maaf. Terima kasih.”

Siapa yang call nora? Nizam ke? Macam mana nizam tahu no telefon nora? Siapa pula onry?


C u in Next episodes

No comments:

Followers