Tuesday, August 10, 2010

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL???

bismillahirramanirrahim
assalamualaikum buat pembaca GMS.. ape ye agaknya jawapan bagi tajuk entri kali ini? siapakah dia? inshaAllah pastinya seseorg yg bergelar suami. dialah pemilk cintaku setelah Allah dan rasul.. actually ini tajuk buku karya fatimah syarha mohd noordin. penulis dan kini seorg pensyarah di UM.beberapa minggu lepas ada sorg akhwat yg pinjamkan buku tu pada shinju..lama juga shinju simpan utk mulakan bacaan dek kerana kesempitan waktu. tapi alhamduliLLah, buku tu sgt menarik dan shinju sgt teruja dapat menghabiskannya dlm masa dua hari..shinju ni ssh sikit kalau nk abeskan baca buku..pada entri kali ini shinju nk berkongsi pengajaran yg shinu dpt dari buku tu. pertama kali baca shinju rasa seronoknya jadi qani'ah! Allah menganugerahkannya utk merasai nikmat mencinta dan dicintai lelaki selepas menikah..perasaan yg suci dan disalur melalui jalan yg diredhai..cinta fitrah yg ada dlm semua manusia..terutamnya cinta kepada sesama manusia. tanpa dipupuk cinta tu tetap terbit dihati..buktinya, kita mencintai ibu dan ayah kita..dan kita xpenah diajar utk mencintai mereka spt mana kita perlu belajar mengenal Allah utk mencintaiNya. cinta pada ayah dan ibu tu sesuatu yg sgt lumrah dan janggal andai ada yg xmencintai keduanya..masakan tidak, merka berdualah yg byk menanggung kesusahan dan keperitan hidup semata2 utk melihat kita berjaya dan bahagia...

berbalik kepada  buku tersebut, qani'ah diilustrasikan dlm buku ini sbg seorg yg menjaga soal hati. betapa dia sgt yakin terhadap ketentuan Allah. dia benar2 meletakkan setinggi2 tawakal kepada Allah utk menentukan jodohnya.tidak dibiarkan hatinya utk hanyut dgn cinta lelaki yg tidak suci walaupn telah ada pinangan buatnya, namun dia tetap mengutamakan Allah dan soal membuat pilihan. Redha Allah adalah matlamat hidup yg digenggam utuh. hanya suami yg benar2 meletakkan Allah sbg yg pling utama dlm segala hal mampu memimpinnya utk meraih redha Allah hingga ke penghujung hayat. maka, qani'ah menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah. biarlah Allah menentukan pasangan hidup yg terbaik buat dirinya. janji Allah tertancap utuh di sanubari
"..laki2 yg baik utk perempuan2 yg baik.." (24:26)
jika kita mahu suami yg soleh, zuriat yg soleh dan solehah, nah! ini masanya utk kita berusaha mendapatkannya. bentuklah akhlak dan peribadi kita spt mana akhlak dan peribadi bakal suami dan zuriat yg kita inginkan. jika kita mahu suami dan zuriat yg taat kpd Allah, ibu dan ayah, tinggi luhur budi dsb, maka kita dahululah yg perlu mnjadi spt itu.. buktinya jelas spt yg termaktub dlm dalil diatas.(24:26) Allah menjanjikan utk memberikan pasangan yg setaraf kpd hamba2Nya. Allah xpenah menyalahi janjiNya..yakinlah! penuhilah hati kita dgn cinta Khaliq sebelum kita mahu memuatkan secebis cinta utk makhluq. nescaya! cinta Allah itu tidak akan pernah mengecewakan.
bila seseorg itu mencintai Allah, Allah jua mencintainya dan dicampakkan jua rasa cinta itu kepada malaikat. bermakna, malaikat jua mencintai kita. namun, jika Allah membenci kita akibat dari kemurkaanNya yg kita pancing, maka Allah akn mencampakkan rasa benci itu kepada malaikat dan seluruh manusia. bererti bukan hanya malaikat, bahkan manusia jua membenci kita! na'udzubiLLah.. ayuhlah kita sucikan hati kita dari noda dan dosa.. raihlah cinta Allah yg tiada penghujungnya dan tiada kekecewaan padanya..ayuh sucikan hati! sucikanlah dgn airmata taubat..taubat yg sebenarnya.. sedarilah, Allah adalah tumpuan cinta kita..

No comments:

Followers