Saturday, February 2, 2013

semarak cinta rasul #3

bismillahirramanirrahim

Adrian menyudahkan ayat yang terakhir dan kemudian menutup al-quran pemberian murabbinya. Cuti semester telah bermula. Dan itu juga merupan cuti semesternya yang terakhir sebelum dia bergraduasi enam bulan lagi. Dia tekad untuk menikmati sepuasnya cuti semesternya. Kebanyakan masanya diluangkan di rumah bersama keluarga. Sungguh adik-adik perempuannya sering menguji kesabarannya. Qudwah yang baik cuba diberikan namun terkadang Adrian gagal juga mengawal emosinya lantaran sikapnya yang mudah berang semenjak memasuki usia remaja lagi. Pagi itu dia bangkit dari duduknya, meneruskan rutin hariannya untuk mengejutkan adik-adiknya yang confirm masih membuta lagi walaupun jam sudah menunjukkan jam 10pagi. "anak dara pemalas" getus hatinya. Begitulah setiap hujung minggu yang menjelma, jika adik-adiknya itu tidak bersekolah, pasti mereka akan menjadi beruang tidur sampai tengah hari. 



Adrian memusingkan tombol pintu bilik adik-adiknya, "bilik pun tak reti kunci" Adrian mengomel sendirian. Air-cond di "off"kan. Lampu bilik dihidupkan. Adik bongsunya terbangun kerana dia sangat sensitif dengan cahaya. "Abang yann!!!! tutuplah lampu!" Naziha membaling bantal pada abangnya. Serentak comforter ditarik menutup muka. Si kakak masih membatu. Tiada respon.

"korang ni pukul berapa nak bangun? Membuta je... Dah pukul 10 la!" Adrian menarik comforter Fariha
"Bangun awal pun takde apa nak buat lah!" Naziha memberontak
"Abang pergilah turun masak.... Nanti kitorang bangun lepas abang masak" Fariha bersuara malas.
"banyak cantik muka korang. Bangun sekarang! Kemas bilik korang ni. Apa korang ni bilik besepah-sepah. Kain baju bersidai sana sini. Dah macam bilik bangla abang tengok!" satu tuala dibaling ke muka fariha.
"ABANG!! sibuk la dia ni! Keluarlah! bilik kitorang, suka hati kitorang la. Berambus la abang! CJ 7 dibaling.

Ego Adrian tercabar dan tercalar.

"korang ni kan, abang heran betol tau. Korang ni orang gila ke lahir kat tong sampah ah? suka sepah-sepah camni.. Korang bangun skarang sebelum abang rotan sorang2." Adrian berlalu dari bilik

Praaanngggg!!! Naziha dan Fariha bangun serentak. Kelam kabut mengemas katil. Adrian kini berdiri di hadapan katil mereka. Begitula caranya adrian memaksa adik-adiknya bangun, dengan melibas rotan ke pintu.

"korang pungut semua baju-baju, kertas-kertas yang bersepah ni." Adrian berpeluk tubuh lagak seperti seorang supervisor.

"abang turun masak. lepas kemas turun bawah tolong abang masak. 20minit lagi korang tak turun, siap!"

Fariha: bagus sangat ah perangai camtu! 

Naziha: ntah!

Adrian: apesal nak kena sangat ke?

Fariha: konon la cinta rasulullah la, pergi ceramah la, pergi motivasi islamik sana sini la. buang duit je. perangai sama jugak. mulut macam longkang jugak.

Adrian: Ko da kenapa?

Naziha: Abang tu cakap kitorang lahir dalam tong sampah kan? Abang tu hari-hari makan taik sebab tu mulut abang macam tu. Jangan nak marah kitorang la kalau mulut kitorang laser. Abg pun contohkan benda yang sama kat kitorang.

Adrian: korang ada akal nak fikirkan? bila abang marah semua perangai buruk abang korang nak ungkit. Kata abang tak berubah-ubah. bila abang buat baik kat korang, kat famili kita, ada korang ikut x? ada korang evaluate x? eh akal ada kan, fikir la mana baik buruk. Ikut yang baik. Yang buruk tu lupakan. ko pun bukan baik sangat. fine la. Abang mintak maaf, abang tarik balik apa abg cakap tadi. Abang nak keluar, korang masak sendiri. Hari ni semua org kerja. Kita je yang ada kat  rumah. Abang gerak dulu. 

Fariha: pergilahhh.. maggie ada lagi

Naziha: ko telan la maggie tu sampai lebam... Abg, nak ikut!

Adrian: Abang nak pergi gym la.

Naziha: ok la tu, boleh cuci mata. nak ikut!

Adrian: NAK KENA KOREK MATA TU?

THE END

##memang manusia tu cenderung nak buat silap, tapi jangan la terlalu ego, bila da buat salah mengaku n minta maaflah. bukan rugi pun kalau say sorry kan? tak luak ape pun. Dan orang lain pun, tak semestinya yang berserban dan bertudung labuh tu semuanya takkan buat salah, yang korang nampak tu, manusia bukan malaikat. tak yah nak judgemental sangat sampai dorang buat salah sikit korang punya komplen dan fitnah berjela-jela. aman tanpa perang!

2 comments:

Ukhti Unduk said...

mantap!!! haha truskan kak.. skak bha

Anonymous said...

hahah! cam dpt byg kan situasi citer ni in related to ? hihiih ~NANO D'Fadzr~

Followers