Monday, December 29, 2014

Salju Part 4

bismillahirramanirrahim

“Nak tidur dah ke?” angah melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Muhammad, suaminya. Koko panas disuakan ke mulut.

“ngantuklah. Ko pun buat air utk ko je. Aku merajuk ah. Nak naik tidur dulu.” Nora berjalan menunju tangga ke bilik.

“alright, thanks for everything today adindaku.” 

“Thanks for this moment jugak.” Abang ngah Muhammad menambah. Diikuti dgn senyum nakal dihadiahkan kpd angah.

“blah la korang.. dating la.. aku naik dulu”



Di dalam bilik nora menatap kotak dihadapannya. Matanya belum mengantuk pun kerana otaknya masih ligat berfungsi. Dia tidak faham dengan apa yang baru terjadi petang tadi. Keliru. Apa respon yang perlu diberikan.



*****

Nora tidak bertindak seperti yang diminta. Dia langsung tidak mencari kereta satria neo WYK 21, justeru terus meluru ke kedai tutti frutti berhampiran. Nawwar lah yang paling seronok sekali. Langsung tak mahu kongsi mangkuk ais krimnya dengan maksu.

“nawwar ni kedekutlah. Share la dengan maksu. Kan maksu yang bayarkan” nora mencebik muka

“ maksu la kedekut, duit maksu kan banyak, pergilah beli untuk maksu punya sendiri. Maksu ni bab makan jangan kedekut..” nawwar meniru ayat yg selalu digunakan umminya pada abi.

“ok fine.” Nora bingkas dan meluru ke tempat dispenser ais krim.

Langkahnya terhenti melihat seorang lelaki berbaju-T hijau dan ber-jeans biru. Walaupun nora tidak melihat wajahnya, tapi dia dapat mengenalpastinya. Lelaki tersebut memusingkan badannya dan empat mata bertemu.

Tak semena-mena jantung nora berdegup dengan sangat pantas. Terasa ada peluh yg merecik didahinya. Namun, dia cuba mengawal dirinya agak tidak nampak begitu shock. Kakinya terus dihayun merapati dispenser

“nak share?” nizam menunjukkan mangkuk berwarna oren kepada nora. Tak lekang senyuman tu daripada bibirnya. 

Could u please stop your Casanova smile!! Hati nora mula memberontak. Tak senang dgn senyuman yg menguntum

“merepek ah, nanti nawwar cakap saya kedekut lagi. Takpe kita beli asing2 je” nora segera mencapai satu mangkuk pink dan mula memilih ais krim

Sampai sahaja di kaunter, nizam menaburkan coklat rice pada ais krim nora, dan terus mengeluarkan note RM50.

“kira sekali ya.” Nizam memberi arahan kpd cashier dan matanya memlilau mencari kelibat nawwar.

“Ini bakinya, terima kasih.” Wang bertukar tangan dan nora terus menuju ke arah nawwar. 


Mereka bertiga duduk sekali tapi jarang mendengar butir bicara keluar dari mulut nora mahupun nizam. Hanya nawwar yg mengisi kekosongan bicara mereka.

“Nawwar nak main computer game dekat depan tu tak?” Nizam menunjukkan permainan bowling dan dancing visual yang disediakan di premis tutti fruitti tersebut.

“Nak sir!” Bulat mata nawwar dek kerana terlalu teruja.

Nizam menyerahkan nawwar kepada pekerja di situ, lalu dia kembali ke meja. Dia mengambil beg kertas yang dibawanya bersama sebelum singgah di premis tersebut. Kotak merah gelap sederhana besar diletakkan di atas meja. Diseretkan betul-betul menghadap nora.

Tak mungkin cincin. Besar beno kotaknya. Nora bermonolog. Riak wajahnya dikawal. 

“kenapa ni?” Nora menentang pandangan mata nizam. 

“Kenapa tak tunggu saya kat kereta?” Nizam tak menjawab malah menyoal nora pula.

Masing-masing diam dan hanya memandang satu sama lain. Nora yang tak keruan dengan renungan nizam segera mengalih pandangannya.

“Awak ni rapuhlah.” Diikuti dengan ketawa kecil.

Kotak yg berada dihadapan Nora dibuka.

Nora terkejut bukan kepalang. Segera dia mengeluarkan jam yg berada dalam kotak tersebut. Dibeleknya jam itu. Warna dan jenama yg sama. SEIKO. Jenama jam kegemarannya ketika berada di sekolah menengah. Jam yg sama ini pernah diposkan kepada seseorang yg dikenalinya dulu. Di alamatkan ke kolejnya. Bukan kerana sebarang event yg istimewa, hanya sebagai tanda terima kasih. Jam itu sudah tidak berdetik. Nora menutup jam itu utk memeriksa sama ada masih glow in the dark atau tidak.

“Saya dah cuba tukar bateri, tapi still tak boleh nak hidup juga. Jadi saya simpan je la.ma..” tak sempat nizam menghabiskan kata-katanya, nora terus memotong.

“Siapa cikgu ni sebenarnya? Macam mana cikgu boleh ada jam ni? Jangan-jangan, cikgu ni..”

“Onry.” Nizam bersuara perlahan sambil menyandarkan badannya.

“mana brooch yg saya bagi?” Nizam menambah.

Nora masih diam. Masih terkejut.

“Nora, awak ok x ni? Awak ingat tak, saya ada bagi awak brooch dulu. Awak simpan lagi?”

“macam mana saya cikgu ni boleh jadi onry? Macam mana cikgu boleh kenal Onry?”

“jam ni dengan brooch yg saya ckp tu tak cukup jadi bukti ke?”

“Ke awak nak saya ingatkan awak semua habit buruk awak masa sekolah dulu? Tak mandi malam, tukar baju terus tidur, pastu masuk bilik air pun bawak buku, pastu asyik datang lambat darjah khas, gaduh dgn cikgu, ha! pastu..”  Nizam menambah.

“haishhh!! Ssshhhh!!! Choyyyyy…!” nora menegetuk-ngetuk tangan Nizam dengan kotak tersebut. Tindakan refleks. “Dah stop stop!”

“So da percaya kan? Now, where’s your brooch?” Ada tawa yang tersisa.

“Tak sangkanye!! Betullah cikgu ni onry yg bajet gile yg saya kenal 8tahun lepas..!”

“By the way, Sejak bila cikgu tahu saya adalah nora yg cikgu kenal masa kat kuktem dulu?”

“Sejak dari awak terserempak dengan saya dekat tangga bilik guru.”

“yang ada cikgu samsinar sekali tu?”

“Yup. Masa interview awak dulu, saya rasa happy sgt sebab dapat contact awak balik. Entah macam mana henfon saya hilang waktu final exam dulu. Pastu nombor henfon awak yang saya hafal tu pun da takde. So saya totally lost contact dgn awk. Yang saya tahu awak skola kat teknik tu je. Tup tup first task saya masa jadi cikgu kat sekolah tu adalah utk interview dan ambil gambar best student SPM 2007 during graduation day.”

“Tapi cemana cikgu sure yg saya ni Nora?”

“Sebab slide biodata awak masa awak dekat ats stage tu, saya yang buatkan. Cikgu Fatimah yang beri semua data. Budak johor. Asal dari pontian. Adik bradik 5org. I am the captain of my life. Mmg totally it is u!”

“Oh, kenapa cikgu tak pernah bagitau saya ea yang cikgu ni onry? Bukan ke kita ada contact lepas dari graduation saya haritu?”

“Sebab saya kecik hati dgn awak. Sampai hati awak boleh lupakan onry dan move on dengan cikgu nizam.”

“move on apa nye? Saya biasa-biasa je dgn cikgu.”

“Tapi takpe, sebab awak mmg suka org mcm onry dengan cikgu nizam je. Sebab ada kawan saya yang selalu kacau awak kat matrik, nama saiful. Awak tak layan pun. Awak ingat lagi?”

“Saiful tu kawan cikgu? Sebab saiful tu la saya tukar number tau x? pastu cikgu pun x dapat contact saya. And slowly I forget you. Ha padan muka!”

“and your brooch, saya dah buang. Lagipun brooch tu da tak trendy la skarang. Macam makcik-makcik. Lagipun masa kat matrik mmg saya nekad nak putuskan semua perhubungan saya dengan lelaki bukan muhrim. sama ada kawan ke abang angkat ke.. So sebab tu saya buang brooch tu. Saya tak nak ada kenangan.”

“Sekarang awak ada rasa kesal?” 

“tak.”

“Kecik hati saya.”

“eleh peduli apa saya. kenapa pulak nak kecik hati?”

“Saya simpan jam awak walaupun dah rosak”

“Kenapa simpan?”

“Sebab saya..”

“Onry suka nora ke?” 

Kali ini onry yang terdiam dan tertunduk. Nora masih seperti yang dia kenali dahulu. Jujur dan straight to the point.

“Selama ni, onry dengan nora mmg mcm kawan. Tapi, bila nora dah takde dalam kehidupan onry, baru onry sedar yg dia dah bagi sebahagian hati dia pada nora. Bila dia jumpa balik nora, dia yakin nora mmg utk dia. Dan sampai sekarang onry masih memasang harapan pada nora.”
Panjang lebar onry menjelaskan.

“Jadi?” Nora buntu untuk membalas.

“Saya tak tahu apa perasaan awak pada onry, dulu dan sekarang. Tapi, saya nak bagitahu, memang saya tunggu awak even saya tak tahu macam mana nak hubungi awak. Jam kat tangan awak tu, awak simpan balik”

Nora mengerutkan dahinya. Tadi macam cakap suka aku, sekarang macam reject pulak. Hatinya bermonolog lagi.

“bahagian bawah kotak tu ada laci. Barang dalam laci tu awak simpan atau pulangkan semula pada saya lepas awak baca nota dalam tu.”
Nizam terus bangkit dan meninggalkan nora yang terpinga-pinga. Nora, menghantar nizam dengan pandangan matanya.



Kini kotak itu masih ditatap nora. Laci yang dimaksudkan masih belum dibuka. 

“Apa yang aku takut sangat ni?? Buka jelah. Bukan dia bagi katak pun. Kalau katak gamaknya da melompat-lompat kotak ni dari tadi. Bagi lipas pun, agaknya da mati sebab tak dapat oksigen dari tadi.” Nora mengomel sendirian. Lebih baik solat sunat dulu, mana tau tiba-tiba dia bagi brooch lagi ke pastu minta nak start over again ke… haish! Mengarut.!

Nora mengatur langkah ke bilik air dan meratakan wuduk ke seluruh anggota.
Pakaian solat dikenakan dan nora mulai solatnya. Setiap pergerakan dirasakan nikmat dan ketenangannya. Pada sujud akhirnya, dia merintih. Rindu. Jujur, sudah sekian lama dia meninggalkan solat sunat taubat, apatah lagi qiamullail setiap malam. Dalam sujudnya dia memohon agar Sang Pencinta masih setia menerima taubatnya, dan mendengar rintihnya. Meski dia malu dan merasa tidak layak mendapat cintaNya, tapi dia tetap mahu meminta.

Usai isitikharah, dia menutup ibadahnya pada malam itu dengan sunat witir. Penutup doanya, dia melirih dengan sayu,

“Wahai Rabb yang maha benar janjinya, hamba meyakini bahawa syurgaMu itu benar, NerakaMu itu benar, hari berbangkit itu benar, azab dan siksaan itu benar, nikmat dan kebahagiaan yg kekal itu benar. Maka hamba memohon dengan kejahilanku dan kebijaksanaanMu, dengan kelemahanKu dan KemahakuasaanMu, dengan kekuranganKu dan kemahakayaanMu, ampunilah dosaku, kedua ibubapaku, seluruh kaum kerabat ku, guru-guru dan sahabatku, serta semua orang2 islam ya Allah. Hidupkan kami, matikan kami, dan bangkitkan kami bersama org2 yang benar dan engkau redhoi.

Wahai Rabb yang mengusai seluruh jiwa dan ragaku, yang menghiburkan setiap hati yang duka, yang paling memahami hamba, ku adukan segala gundahku kepadamu. Betapa engkau maha tahu, aku juga mempunyai rasa yang sama dengan onry. Tetapi aku malu menyatakannya, sehingga akhirnya aku melupakanya, dan engkau membuatku teringat kembali kepadanya saat aku merancang musafirku ke sini. Hari ini, aku bertemu empat mata dengan onry yang takpernah aku temui sebelum ini. Aku tak tahu apakah maksudnya dari pertemuan kami hari ini. Aku juga tidak tahu apakah aku rusuk kiri yang kau ciptkan utknya..Bimbinglah aku untuk membuat keputusan ya rahman.. Tajamkan naluriku utk membuat keputusan yang tepat, baik utk agama dan diriku, cenderungkan hatiku kepada kebaikan dan ketaatan ya Allah….”

Nora mengakhiri doanya dan mengemas tempat solatnya.

Dia kembali duduk dibirai katil. Berhadapan dengan kotak merah gelap itu. Kali ini dia nekad dan bagai mendapat satu kekuatan luar biasa.

Knob laci yang comel itu ditarik perlahan. Kelihatan kelibat satu nota bewarna jingga. Laci itu ditarik habis dengan pantas. 

Tak semena-mena airmatanya mengalir. Dia menarik keluar nota berwarna jingga itu dengan tangan kanannya dan mengambil sebentuk cincin silver yang bertakhtakan berlian putih dengan tangan kirinya. Dia menatap nota tersebut:

Buat Nora yg tak ku tahu bila bisa ketemu
Onry simpan cincin ni dari oktober 2009
onry beli sebab onry yakin nora
jodoh utk onry. Lagi sebulan dari tarikh
hari ni, kita jumpa. If nora terima onry,
nora pulangkan jam yg nora  bagi
dan pakai cincin ni waktu kita jumpa nanti
if u did otherwise, then I understood.

Air matanya mengalir lagi setelah membaca nota tersebut. Saat melihat cincin itu, nora sudah boleh mengagak, ini satu lamaran. Dan apabila mendapat tahu 4tahun usia cincin tersebut dibeli, nora seakan memahami betapa sukarnya onry melalui tempoh 4tahun ini, tanpa bersua muka dan berhubung. 

Macam manalah awak boleh yakin yang kita akan bertemu cikgu nizam oiii!! Tangisnya diselangi tawa.

No comments:

Followers