Thursday, March 10, 2011

diari

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah Allah masih beri nikmat masa tenaga dan sekian banyak nikmat lainnya utk shinju meneruskan penulisan pada pagi yg hening ini. sungguh sunyi sepi dan tenang. ditambah dengan ketiadaan rumate di sisi. ada halaqah mungkin.. seharian tak ketemu. shinju tidur dulu jam 10pm tadi. masa dia balik, shinju sedar tapi berat mata nak buka. jadi, teruskan je tidur. ok, jom masuk topik!

dalam surah An -nahl ayat 30 (16:30)

"dan kemudian dikatakan kepada org yg bertaqwa, "apakah yg telah diturunkan oleh Tuhanmu?" mereka menjawab, "kebaikan". bagi org yg berbuat baik didunia ini mendapat (balasan) yg  baik. dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. dan itulah sebaik-baik tempat bagi org yg bertaqwa."

Allahuakbar.....itulah dia jawapan dari org yg bertaqwa. tiada sesuatu yg diturunkan Allah kepadanya ketika didunia melainkan kebaikan belaka. Bila mana dikurniakan suatu nikmat, dia bersyukur. maka itu adalah satu kebaikan buatnya dan dikala ditimpa satu musibah, lalu dia bersabar. maka sabar itu adalah satu kebaikan juga untuknya [hadis] indah sungguh padanan dalil dan hadis ini.

hari ini shinju pergi ke pusat kesihatan UTM setelah 2hari merasakan simptom2 demam. hajat dihati nak teruskan pergi ke kelas seterusnya setelah gap sejam kelas numet. tapi dek kerana tekak yang perit dan hidung yang x sudah berair, gap sejam digunakan utk ke pusat kesihatan. untung habis kelas numet 30minit awal. sebab nak tunggu giliran jumpa doktor sangat lah lama. hampir sejam 20minit shinju tunggu nak jumpa doktor. belum tunggu nak ambil ubat lagi..haish~ sepanjang sejam lebih menunggu tu, shinju tak bawa apa-apa bahan bacaan langsung. lenggang kangkung je pergi PK. bawak kat matrix dengan kunci kereta je. tiba2 bile dah scan queue number, nampak ada seseorang sedang membaca. ha! baru sedar, dah lama juga tak baca buku selain buku akademik.. oleh kerana kereta parking jauh dan tak larat dah nak meredah pagi yang terik benar mentarinya, shinju pun duduk je melangut depan TV kat PK tu. nak bersembang takde kawan dan takde mood pun. sakit tekak kan.. tapi sepanjang tgk TV tu, ada beberapa rancangan menarik yg shinju nak kongsi di sini.kebanyakan program2 di TV3 khususnya pada waktu pagi adalah berbentuk ilmiah. tapi yg silap adalah gaya pengacara yg menampakkan program itu sangtlah santai. shinju tak ingat apa tajuk program tu. saji kot. dia jelajah ke warung2 sekitar selangor utk menjejak resepi mee jawa. di amati betul2, mee jawa itu adalah mee rebus! kat johor panggil mee rebus. mungkin kat selangor panggil mee jawa. benda yang sama nama berbeza. tapi di johor mee rebus ni dah sangat memasyarakat dikalangan penduduk di sini. jadi harganya pun standard macam bihun sup la. kalau macam kat UTM, especially kat fakulti shinju, mee rebus ni dijual time lunch, sekali dengan soto mee. harganya RM2.50. tapi kat selangor tu, harganya mencecah RM5! dua kali ganda tu! mungkin kerana namanya. -JAWA- nampak la konon2 resepi jauh dari seberang..padahal nak buat dia simple je. macam ni cara2nya:

mee rebus@mee jawa:
1. masukkan satu sudu bawang putih dan merah yg diblend
2. masukkan satu sudu besar serbuk kari
3. masukkan satu sudu besar serbuk cili.
4. satu mangkuk kentang rebus yg dah siap di mashed kan.-letak air sikit kentang lenyek tu tapi jangan banyak. tujuan bahan ni hanya utk memekatkan kuah sahaja. jadi, jgn byk sgt air-

5. letakkan gula sedikit-sape x tahan pedas, lebihkan sikit gula-
6. masukkan garam secukup rasa.
7. biarkan mendidih dan ramuan semua sebati.

sebelum tu, pastikan anda telah pun mencelur (tepatkah penggunaan tatabahasa ni?) mee kuning. celur sampai kembang. tapi jangan kembang sangat. di dahului dengan basuh dulu ya mee tu! kemudian rebuskan telur beberapa biji. bergantung dengan kuantiti org yg nak  makan.

setelah siap kuah tadi, tutup api! letakkan mee kuning atas mangkuk @ pinggan dan taburi dengan daun sup, bawang goreng, tauhu goreng, daun bawang, cili merah dan hijau yg dihiris halus dan telur yg dah di belah2. kemudian, siramkan kuah keatas mangkuk atau pinggan tu. kalau shinju, suka tuang sampai banjir. sampai xnampak mee. tapi kalau tak tahan pedas jangan buat macam ni ya. letak kuah sikit je. asal kena mee cukup.

ok ini resepi hari ini! sebenarnya shinju tak pernah masak sendiri dan tak tahu pun ramuannya. tahu makan je. baru hari ini tahu macam mana nak buat. bolehlah cuba weekend ni kat rumah. kasi impressed sama ayah!

next adalah program seri. oleh kerana lama menunggu, so, sempat dua program shinju tonton. program seri ni khas utk wanita. ada satu slot bersama Dr Aidil yg membicarakan tips2 utk tampil sihat dan berseri. shinju tak dengar sangat dia cakap apa. cuma dapat tangkap sikit2 je. tapi, apa yg penting, nak cantik dan sihat. amalkan pengambilan vitamin c secara rutin. antara sedikit yg shinju dapat tangkap. banyak sumber vitamin c ni. tapi sekarang dekat farmasi pun dah bole beli kapsul vitamin c. tapi jika cenderung untuk mendapatkan dari sumber yg asli, makanlah buah oren, apricot dan x ingat apa lagi. ha carilah sendiri. shinju pun prefer makan kapsul je. senang. hisap je. xyah nak kupas kulit ke apa ke...

akhirnya tiba giliran shinju utk jumpa doktor. yeah! Dr nurul sangat care. first time rasanya di treat sebaik itu oleh doktor kat PK UTM. biasanya doktor lain treat nak x nak je.. dan shinju dapat vitamin c free! wah! terima kasih Dr Nurul! dan banyak lagi ubat yg lain. Dr nurul pesan, kawal suhu badan jangan bagi naik lagi. jadi, kalau dapat, kerapkan mandi utk turunkan suhu. dan makan panadol juga utk kawal suhu.(suhu shinju tadi adalah 38 degree) tak panas pun tapi cukup utk diklasifikasi sbg demam. pastu, Dr nurul pesan lagi, jangan berselubung atau pakai sweater atau yang sepertinya sebab itu hanya akan memendam haba lalu menaikkan lagi suhu badan. panas tu kena lepaskan. kalau lepas ni, batuk datang, tak perlu ambil ubat selesema sebab dekat ubat batuk dah ada sikit ubat selesema.
shinju ni memang selalu kalah dengan ubat batuk. kalau minum gerenti pengsan.-tido- jadi, doakanlah shinju xbatuk ya. alhamdulillah sekarang ni suhu dah agak stabil, sejak balik dari koQ petang tadi. badan kejap panas kejap sejuk. pastu rasa nak tido je, tapi kakak pesan, jangan malas2, pergi mandi!! pastu makan panadol. mesti segar.. hari ni je x tau la berapa kali mandi. tapi alhamdulillah badan dah tak panas. kepala pun dah ringan sikit. di tambah dengan lab repot yang baru usai disiapkan! yeah!!! jadi, kesempatan yg ada selagi mata xmengantuk ni, shinju guna utk mencoret di blog yang bersawang ni..

kesimpulannya, demam atau apa2 sakit yang lain adalah penghapus dosa. jika dari satu sudut kita nampak ia adalah satu musibah, tapi dalam surah an nahl ayat 30 tadi, org bertaqwa claim bahawa tiada keburukan yg diturunkan kepadanya..semua adalah kebaikan....jadi moga demam ini menambah lagi rasa penghambaan dalam diri ini...
wassalam...





gambar hiasan

8 comments:

adeq said...

mashaAllah ant !
ana dah la baru bangun tto , haha bukak jap blog ant.terbeliak mata nampak ayat ant x sihat.sekali bagi resepi mee jawa lak.hampeh sungguh.

syafakillah ukht.ana ingat ada apa2 dengan ant tadi , jaga diri ek ukhti . mandi kena kerap , pengudaraan bili kasi segar (x mo kepam) . minum air banyak , buang heat dari urine.

btw bab masak mee tu ana malas lak nak baca , haha.minat2 mana kamu nhe.

GMS said...

aik lambatnya bangun ukhti oii!! -padahal ana pn bgn jam9- stay up ea mlm tadi? bese latu kalau xde klas kol 8 msti bergadang punya utk siapkan assgnment..

jazakillah khaeyr..bilik ana mana bole bkk langsir..bole bkk tingkap je. bkk langsir kang org kat bwh bole nampak..time g kelas je bkk langsir.

ant kata nk blaja masak...masakkanlah ana mee rebus tu..

inniakhofullah said...

salam~~
huahua.
sempat lagi bagi resepi.

oh, insyaAllah xlama lg ada DR Nurul lg satu ea. huhu

mungkin kah kita ada rabitah hati sampai ana pun xbrapa sihat?

huhu.
whatever it is, mind setting penting. kalu nak demam pon jgn pikir 'aku nak demam'. coz it will just make us weaker

syafakillah

GMS said...

dua hari sebelum demam ana da rasa simptom..pastu cakap, eh rse macam nk demam la..sampai akhirnya demam sungguh.
ant pn xsihat ke? ye la Dr nurul wanna be..syafakillah buat ant jua..
nanti jadi Dr Nurul kat pusat kesihatan UTM ya. jgn pegi HUKM atau PPUM tau..meh dok ngn ana kat cni..

ar_drchem xD said...

Salam kk... moga cepat sembuh .. :) insyaAllah. JGn lupa makan ubat ye... heehe

GMS said...

waalaikumsalam Dr chem...time kasih..ye3 akk mkn ubat..selamat ber"kris" ya..

inniakhofullah said...

ukht, jadi ke p abu dhabi? ana rasa abu dhabi adalah salah satu negara yg maju dari segi teknologinya. dari segi islamnya, wallahu'alam

GMS said...

for the time being, x jadi ukht...nanti la...ada rezeki lain tahun ana akn ke sana..

Followers