Wednesday, June 8, 2011

jemaah kolestrol

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah baru lepas jogging dgn adik2 terchenta. huh~ abid sdg menggoreng kentang.. jadi, masa yg serba singkat ni, shinju nak ulas sikit cakerama minggu lepas, di tv3, jemaah kolestrol.. satu cubaan yg menarik dari pengarah, haekal kalau x silap namanya..untuk memperkait islam dan kesihatan..well, menjaga kesihatan tu kan part of islam yg complete ni kan?

sebungkus nasi lemak = lari 7-10km.. ish3..dahsyat! shinju mampu jogging non stop 3 kali padang je. selebihnya, berjalan sambil lari berhenti2..So, mulai hari ini, lepas je jogging, kami semua da tak nak singgah kat stall makcik2 jual kueh dan nasi lemak. habis joging terus balik rumah, bakar roti, goreng kentang. Sia2 je jogging, kemudian makan nasi lemak..huh~

khasiat kentang


kentang boleh memberi support vitamin c yg menyumbang kepada kecantikan wajah (para wanita anda harus teruja!) dan juga sangat bagus untuk mereka yg mahu menurunkan berat badan seperti saya! satu diet yg sgt mudah! tapi, diingatkan dgn tegas, diet perlu diiringi dgn senaman regularly! ok berehat jap..kentang sudah masak.
_________________________________________________
sambung balik. dari itu, jom3 kita makan kentang. dan buat peserta2 KEM SISWI SINERGI bermula jumaat ini, boleh la bawak kentang yg dah siap kupas kulit ke kem nanti. untuk tujuan menambah tenaga. *mata bercahaya*

cakerama jemaah kolestrol




kembali kepada cakerama ini. di samping segala moral value yg terselit, namun, utk menjadi pengarah yg baik, anda perlukan kritikan daripada audiens anda. Jadi, selaku penonton shinju memantulkan semua kekurangan itu pada diri sendiri untuk diteladani kisahnya selain memberi masukan kepada pengarahnya.ehem3.

satu perkara yg paling jelas menerusi drama ini adalah, situasi menjamu makan kepada hadirin dgn jamuan yg berlebihan. Benar, rasulullah juga menggunakan sarana menjamu makan, atau dgn kata mudah, bagi makan free kepada mad'u (org yg didakwah) yg di dekati. Tapi, berpada-pada lah. ye pun duit tabungan surau itu banyak, janganlah sampai membazir. Sediakan makanan yg mewah2 dan dalam kuantiti yg sangat banyak. hidangan 100 org tapi dinikmati hanya oleh 30 org. kan ke satu pembaziran?! pulak tu, jamu makan lepas isyak pula. waktu2 org dah nak collapse, jadi, ke mana nak disalur tenaga yg diperoleh dari makanan yg dimakan lepas solat isyak tu? maka jadi lah ia lemak terkumpul. Nak tahu x berapa melting point fat?? menurut pak cik LG wade, melting point of fat is 72oC!! ha jenuh la nak bako lemak...

saya nak bagi ceramah


satu lagi perkara nak saya sentuh, mungkin perkara ni da terlalu memasyarakat. Apabila ustaz apa ntah namanya dalam cite ni, dia di request oleh imam surau untuk memberi ceramah usai solat isyak. lalu berkatalah ustaz itu kepada imam, "boleh imam nak minta saya berceramah di surau imam. saya takde masalah. cumanya, imam paham la kan, saya datang naik kereta.. kereta tu pun guna minyak..aaa.." lantas imam membalas tanda faham,"ya2 ustaz, saya faham. x jadi masalah.."

chop3!!hmm, saya kadang2 pelik. kenapa ya, para penceramah ni perlu meletakkan harga utk ceramahnya? dan, dah namanya penceramah, pastilah kefahaman ttg agama lebih mendalam. ye x? tapi macam x selari ya, ilmu dan amalnya. Allah kan ada berfirman, dalam surah saff ayat 10-11, yg berbunyi:

"wahai org2 yg beriman!maukah kamu  Aku tunjukkan satu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya  dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."


cuba tgk quote yg di"bold"kan. Allah kata, harta siapa? harta org yg nak selamat dari azab tu la. maknanya, harta kita. jiwa siapa? jiwa kita jugak. tak pulak Allah guna dhomir ketiga.. Allah guna kum. dhomir kedua. jadi, nak selamat dari azab, perlu berjihad dengan harta dan jiwa kita. bukan harta mereka, tapi jiwa, atau tubuh kita. duit, mereka bagi, lalu baru kita boleh korban diri kita utk berceramah. abes, kalau camtu, org asli atau pedalaman yang nakkan islam tapi tak mampu nak membayar "harga" ceramah ustaz, maka tak dapeklah sampai islam pada mereka. Minyak kereta guna duit kita, duit tol pun kita, atau tambang bas duit kita, segalanya tu kita yg perlu keluarkan. Nak syurga tak??*mata bersinar*

Dakwah itu bukan satu profession spt engineer, Doctor, lawyer.. tidak3... berdakwah itu satu amanah yg di wariskan oleh ar-rasul. Hujung tahun 2009, saya ada menghadiri satu wacana ilmu, program tu di beri nama WEHDAH kalau x silap. eh silap! namanya seperti tertera di sijil adalah Konvensyen Pendakwah Muda di USIM. masih saya terngiang2 pembentangan mehnah dan tribulasi dakwah dari pengarah UiTM segamat, yg saya dah lupa namanya.. (maaf3..) dia ada berkongsi, tentang, dakwah bukan satu profesi. beliau selalu berceramah ke sana sini dan biasanya mendapat bayaran yg boleh tahan tinggi. Tapi, pada suatu hari, usai dia berceramah di satu tempat, dan mendapat bayaran dlam sampul surat, lalu dibukanya dan didapati hanya ada RM200 sahaja. terkezut bukan kepalang. kerana kebiasaannya dia akan dapat note RM50 yg begitu byk, tapi kali ini hny ada 4 keping note RM50.kecewa. dah lah perjalanan jauh. berejam mengisi, 200 je dapat. dalam perjalanan balik, baru dia terfikir bahwa, dia harus ikhlas. bukan mengharap balasan dari manusia. betapa ketidakikhlasannya tadi hampir men"zero"kan pahala yg baru sebentar tadi beliau taburkan dihadapan hadirin. mulai dari saat itu, beliau membuat satu akaun, yg mana sesiapa yg nak memberi sumbangan atas ceramah beliau boleh melakukan demikian dengan mem"bank-in" kannnya ke dalam akaun tersebut. Beliau tidak mahu keikhlasannya terbatal dek kerana sumbangan yg sedikit. Salute lah!! saya ada juga merisik aktiviti2 beliau di kampus melalui seorang sahabat sekompani sewaktu PLKN dulu yg belajar di UiTM segamat. Dia pun suka pengarahnya kerana sangat islamik. setiap minggu belanja iftar kat masjid. ternyata, apa yg diperkatakan dalam wacana tempoh hari sangat benar!

ok sampai sini semua org fahamkan. kita perlu berjihad dengan segala apa yg kita punya. to be continue. saya akhiri dgn 9:111

 "sesungguhnya Allah memberi daripada org2 mukmin baik diri maupun harta mereka, dengan memberikan syurga utk mereka...."


Allah nak membeli daripada kita. Kita menjual kepada Allah infaq2 kita, tapi kita tak tahu apakah Allah ingin membeli infaq kita dan membayarnya dgn syurga? layakkah infaq kita utk Allah pandang. ibarat membeli epal 10biji=RM5 dipasar malam. kita nak beli epal, tapi kita tetap selektif. kita hanya akan membeli yg terbaik. begitu juga Allah..

sekian..

10 comments:

sahabatmu said...

salam..

sedapkan kentang rsenya sdap mcm eskem cket2

Nurul said...

salam!
makan kentang rebus la ukht.
sihat sikit than kentang goreng.

n kalu nk makan kentang goreng, guna kentang yg mmg kentang. maksud ana, bukan yg dah saiap packing2 kat supermarket tu. apa orang panggil.. hah, French Fries :)

pnah dgr x ayat ni..
3:92..
ayat best yg xterpraktik lagi oleh diri ini..

Anonymous said...

ana lagi salute if penceramah x mintak ape2 bayaran..

Unknown said...

sahabatmu: waalaikumussalam..eskem?? jauh beza...eskem x sehat la..kentang sehat..

nurul: Dr nurul....*mata bercahaya* ana x msk french fries pun, mcm sahabatmu tu..hehehe..ana guna kentang yg timbang tu..rebus ye ukht? xde perasaan la camtu. tape2 ana still di peringkat percubaan. t ana rebus ea..wat mashed potato plak.. \(^_^)/

enonimus: Pengarah tu x minta pon la..tapi dah org nak bagi..amek je la..dia x beri syarat pun kena bayar..

husniyah bazlaa said...

ukht... ana pernah jugak dengar ceramah dr pengarah Uitm SEGAMAT tu..

ceritanya sama dengan apa yang di ceritakan pd kamu ukht..

okeh..kurangkan kolestrol..tingkatkan prestasi!

Unknown said...

nisah: hoyyeah kan beliau?? dari pakai seluar pendek ke berkopiah..dari gila dunia, jadi gila pahala..salute!!

nnt kita riadah sesama2 eh....ajo akk bawak besikal

adeq said...

salam.ana x tengok sebab mula tengok macam meluat.anggapan ana seolah sengaja membawa imej Islam (golongan serban, bersunnah celak) dengan masalah kolesterol.boleh je kan if x guna imej begitu tetapi mengetengahkan tentang Islam dan kesihatan.khuatir jadi fitnah.apapun ana tidak menghalang penerbitan filem islamik.

tanx ukht ! baru dapat idea nak bawa apa untuk KEM SISWI SINERGI.wow , nama ana naik ! hehe.

Unknown said...

chill la ukht...maybe pengarah tu x dak idea kot guana nak menanmpakkan islam sgt menerapkan kesihatan. lagipun org yg ana rasa tinggi ilmunya, pemuda balik dari jordan, belajar usuluddin. dialah yg paling mementingkan aspek kesihatan ni. tapi byk juga slack dia. nntikan post seterusnya. SISWI......SINERGI!! siswi bertemu sinergi menyatu

Nurul said...

oh ukhti ~

jordan, dan mesir

negara2 bahaya utk pemakanan :P

adeq said...

menarik quotation ant tu.
SISWI BERTEMU SINERGI MENYATU.

Followers