Friday, October 7, 2011

Wanita, 9 dan 1

bismillahirramanirrahim

Pasti semua berpandangan sama apabila melihat tajuk di atas. Saya suka untuk melihat 9 dan 1 ini dari sudut pandang yang lebih menyedapkan hati saya sebagai seorang wanita. 9 emosional dan 1 rasional instead of 9nafsu dan 1akal. Seperti yang pernah dibincangkan oleh Dr Abu Muhammad sebelum saya mula menjejakkan kaki ke university 3tahun lalu dalam sebuah seminar.

Entri ini adalah sebahagian dari luahan perasaan saya selepas berhadapan dgn beberapa  insiden yg sama. Awal tahun ini, saya diuji dengan kemalangan kecil. Tapi Allah berkehendak untuk tidak mengapapakan saya. Alhamdulillah. Kemalangan yang sangat memalukan, tetapi apa yang saya ingin kaitkan dgn tajuk diatas adalah, kerap kali wanita begitu emosi. Mudah melatah bila tertimpa musibah. Kalau marah, memang bertukar jadi hijau! Suara macam amplifier, perkataan yang keluar dari mulut jangan cerita! Orang yang menerima hamburan tu tahan je la. Kenapa tindakbalas seprti ini terjadi ya dalam tubuh wanita? Ketika saya melanggar kereta seorang pak cik ni, dia memang sangat tenang. Saya ingat dia nak naik angin, tapi sebaliknya isterinya pula yang berang. Pot pet pot pet macam la kereta dia..padahal kereta laki dia. Dan masalah ini selesai dengan sangat mudah dan aman apabila kami menyelesaikannya di tempat lain, jauh dari isteri beliau. Bahkan, penyelesaian yang pak cik tu berikan lebih baik dari apa yang saya harapkan. Dah lah saya langgar dia, kemudian dia pula yang beria2 berfikir untuk tidak membebankan saya dalam usaha membaik pulih kereta beliau memandangkan saya seorang pelajar. Hairan saya, kenapa jadi macam ni? Apa rahsia lelaki hingga mereka begitu tenang apabila berhadapan dengan situasi seperti ini? Hari ini pula saya dikejutkan dengan berita kemalangan coursemate saya, dan perkara sama berlaku. Isteri kepada pakcik yang memandu kereta lebih emosi berbanding pakcik tu. Bonet depan kemek je pun, bukannya kemalangan membabitkan nyawa. Tak payahlah nak emo sangat dan mengambil kesempatan terhadap budak U yang mentah. Teman saya yang terlibat dalam kemalangan semalam di hadapan trafik light jusco adalah pelajar2 antarabangsa dari Indonesia. 
Apa yang amat saya kesalkan adalah sikap tak berhati perut makcik tersebut. RM1000 melayang macam tu sahaja hanya pada satu hari. Bukan satu bulan.

Saya amat kesal dengan tindakan makcik tersebut yang begitu memaksa. Andainya kelak makcik ada anak yang belajar dekat luar Negara dan perkara yang sama menimpa anak makcik sedangkan dia tak sengaja untuk melanggar kereta lain, apa perasaan makcik? Kawan saya tu pun perlu juga baik pulih keretanya, duit lagi! Pelajar antarabangsa, kewangan pun bukan mewah mana. Bahkan sewa kolej mereka lebih mahal daripada pelajar tempatan meskipun mereka berada di blok yang sama. RM1000 bukan sedikit, bagi seorang pelajar, RM1000 tu suduh cukup meng “heaven”kan. Kan lebih adil lagi tidak zalim jika makcik repot polis, jangan marah2, jangan paksa2, kemudian claim insurans kereta kawan saya tu. Aiseh, kereta dia insurans kot. Makcik pun boleh dpat lebih dari 1000 kalau claim insurans. Mungkin 1000 tu pun xcukup untuk kos baik pulih sepenuhnya bahagian depan kereta yang agak hancur tapi masih boleh berjalan tu. Bonet belakang kereta saya yang kemek sedikit ketika kemalangan tempoh hari pun telan kos hampir rm300 utk diketuk sahaja (tukar lampu sekali). Kalau kemek seluruhnya tu, konfem la lebih rm1000, bukankah makcik rugi dalam hal ni?

Itulah kalau kita dah ditunggang nafsu, memang jadi tak rasional. Tapi maha suci Allah, menciptakan lelaki yang sangat rasional dalam bertindak. Tenang dan tidak gelabah. Saya puji sikap lelaki yang seperti. (siapa yang menggelabah dan cepat naik angin sesungguhnya tidak termasuk)
Jadi saya menasihatkan diri saya agar tidak terburu2 dalam bertindak, kerana terburu2 itu dari syaitan dan nyata akan merugikan. Orang pun tak suka. Allah lagi la tak suka.
-sHiNju-
Ingatlah ketika lampu isyarat bertukar dari hijau ke oren, maka ketahuilah oren tanda bersedia untuk berhenti. Bukan bersedia untuk menekan minyak!

2 comments:

Anonymous said...

salam ukht.
dlm proses baca men from mars, women from venus.tp versi melayu. xjumpa pulak english version, perhaps lg mahal mungkin.

mungkin cm x ilmiah dan jauh sekali lah ruhi, but it helps to understand men around us.
maksud ana, ayah, adik, abg ke kalu ada. sebab Allah ciptakan lelaki dan perempuan dgn keistimewaan tersendiri. berbezaan yg saling melengkapi. :)

GMS said...

waalaikumussalam kak anon..

ha nanti kalau da baca abes baca boleh share.. email la.. btw jzkk atas input.

Followers