Thursday, December 22, 2011

prodigi cinta

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah setinggi syukur sama2 kita rafa'kan kepada Allah SWT dan sedalam-dalam cinta buatNYA atas segala nikmat yang telah dikurnia.

Kadang saya terfikir, kenapa saya di sini? berada dalam lingkungan manusia2 bertudung labuh, berada dalam bulatan ilmu yang fokus dn komited melahirkan daie2 yang sejatinya siap untuk menghadapi  gelombang "transformasi" manusia yang semakin jauh daripada nilai2 moral apatah lagi akhlaq islami yang digariskan islam. Sering saya terfikir, bagaimana ia boleh bermula?

"Allah memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki. Kita diberi peluang untuk berada di jalan tarbiyyah ini, ia merupakan satu anugerah terbesar daripada Allah.  Merasa untuk berbuat kebaikan. Itu merupakan sebuah hidayah. Tarbiyyah ini adalah hadiah. Jika kita tidak berada disini,tidak dipertemukan dengan tarbiyyah, agak2 dimana kita sekarang? Apa yang akan kita lakukan sekarang? Dalam pada kita ini yang byk berdosa, bermacam2 keingkaran yang kita lakukan, namun tetap sahaja Allah berkehendak  memilih kita utk dihadiahkan hidayah tarbiyyah ini."

sebuah taujih ringkas yang sangat membekas dijiwa. dari seorang al akh yang sangat terkenal dengan cerpen2  islami. tanpa sedar air jernih tumpah diatas buku catatan gadis permata itu. Tak semena-mena kenangan silam menerpa. Teringat kenakalan dan kedegilannya ketika berada di menengah atas. Fasa transisi seorang remaja, mencari identiti diri, mencari erti sebuah kehidupan. Hanyut dengan dunia yang direkanya. Tak sering dikongsi sejarah hitam hidupnya. Menyakitkan untuk dikenang kembali. Dia memang dahulunya seorang remaja yang nekad. Pantang di larang, pasti akan melakukan pemberontakan hingga akhirnya langkah diatur  keluar dari tempat kelahirannya. NEKAD. itulah gadis itu. Seawal usia 16tahun sudah diberi kebebasan sepenuhnya. Travel ke sana ke mari seorang diri. Rumit merungkai segala kekalutan jiwanya tika itu. Gadis itu bebas melakukan segalanya. tiada lagi ibu bapa untuk menghalang kehendaknya. Kakak pula sibuk dengan kerjanya, cukup baginya jika gadis itu tidak membuat sebarang masalah di sekolah dan skor dalam setiap mata pelajaran. SKOR. itu sahaja syaratnya,. MUDAH! gadis itu sering mendapat kedudukan yang baik dlm tingkatan. KEJAYAAN ITU SATU UJIAN.

"...dan kami menguji mereka dgn (nikmat) yg baik2 dan (bencana) yg buruk2 agar mereka kembali (kepada kebenaran)" [7:168]

tak pernah terlintas dibenaknya akan kejayaan itu merupakan satu ujian baginya. Dengan kejayaan yang diraih, hampir sahaja dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, aturan Allah mendahului. Ternyata cintaNya tak bertepi. Manusia merancang, dan Dia juga merancang, dan perancaganNya lah yg terbaik. Takdir Allah menempatkannya di sebuah institusi pendidikan di kedah. Di situlah segalanya bermula. Berkenalan kembali dengan Allah. Menyulam kasih dan cinta pada yang halal. Bermujahadah meninggalkan segala kebiasaannya yang bukan mudah untuk di lakukan. Namun, demi pembuktian terhadap sebuah cinta, segalanya ditempuh.

sehingga saat ini, sering hati berbisik, apa yang melayakkan aku untuk mendapat semua ini? bukan soal KELAYAKAN yang harus dirunsingkan. Anugerah ini daripadaNya dan tindakan yang harus dilakukan adalah mensyukurinya dan menebarkan cintaNya di bumi bukan sibuk memikirkan ketidaklayakan diri. Setelah kekufuran dan kemaksiatan demi kemaksiatan kita lakukan, namun Allah tetap menghadiahkan tarbiyyah ini pada kita. Tidakkah kita mahu bersyukur? Berbuat semaksimanya utk agama Allah. Kemenangan buat agama ini  PASTI terjadi.persoalannya, adakah kita menjadi rantai2 penyambung perjuangan?

Kerana Allah, teruskanlah bersabar.

2 comments:

adeq said...

salam da macam tajuk short movie je. hehe.

zAr said...

a'a..tajuk da macam short film sapa ntah tu..
heh

Followers