Tuesday, December 27, 2011

tabiat dakwah

bismillahirramanirrahim

antara penyebab kekalnya dakwah adalah pengekalan tabiatnya. kekalkanlah tabiat dakwah jika mahu dakwah ini berterusan tanpa pencairan.

"ukhti, ana bosan la. ana rasa nak join usrah kak marissa de gojes.lagipun ana bukan ada buat apa2 pun."

"anti da ada halaqah kan?"

"mmg la..tapi wiken takde aktiviti pon...."

"anti da pergi ziarah? ada cari  mad'u?"

"murabbiyah tak suruh pun"

_____

dakwah itu sentiasa berjalan. ia sentiasa terus hidup sekalipun kita sudah mati. Bagaimana kita boleh merasakan kita punya masa yang banyak sehingga kita menyibukkan diri pada perkara2 yang tidak perlu. Perkara yang hanya akan menambah kekeliruan dan akhirnya membuatkan kita tidak punya banyak masa untuk meningkatkan mutabaah. dek kerana segala masa2 kita dah di allocate utk perkara tersebut.

untuk apa sebenarnya kita ditarbiyah? apakah kerana kakak2 atau abang2 kita join halaqoh maka kita pon mengikut scr khinzir buta?adakah kita berada dilingkungan tarbiyyah ini kerana paksaan dari sesiapa?ataukah kerana keinginan dan keikhlasan kita utk memperbaiki diri dan ummah? Ya, mungkin betul kita dipertemukan dgn tarbiyyah ini kerana paksaan dari individu2 tertentu, tapi mengapa kita masih kekal di sini? masih terus ditarbiyyah.masih terus mengikuti segala agenda2 taribiyyah. Saya pasti kita semua akan mengatakan kita masih disini atas kesedaran kita. kesedaran untuk mengejar redho Allah yang lebih besar dari syurgaNya. Nah! kalau begitu mengapa dalam setiap amal kita perlu menunggu pengarahan? Bukankah yang nak masuk syurga itu kita?maka, kitalah yang harus mengejar jalan ke sana. bukankah?

tak dinafikan juga, dalam setiap apa yang bakal kita lakukan itu perlu dimaklumkan kepada murabbiyah. Sebagai menghormatinya, memenuhi haknya dalam pembudayaan isti'dzan dan istisyarah. Meminta pandangannya yang mungkin lebih bernas dan membantu perancangan kita. Bukan hanya sekadar duduk dan menunggu pengarahan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik. Jangan menuggu dauroh utk datang ke pangkuan anda, jangan tunggu jaulah dan ziarah utk dtg ke ribaan anda. harusnya, sebagai ghuraba' (semoga ghurabaa) yang mencari syaheed, merindukan syurgaNya yang tertinggi, andalah yg perlu peka dengan keadaan ini dan sentiasa berhusnuzhon pada semua orang. husnuzhon pada murabbiyah, pada akhwat. Kemudian request atau offer diri utk di dauroh kan.. Mungkin murabbiyah anda terlalu sibuk sehingga dengan tidak sengaja, dia terlupa untuk menghantar anda ke dauroh pada hujung minggu. Murabbiyah pula jangan terus-terusan beralasankan kesibukan utk kesilapan seperti ini. Jika selalu sangat membiarkan anak halaqoh bergerak kerja sendirian tanpa pemerhatian, atau mungkin lebih teruk tidak menyibukkan diri langsung dgn hal ehwal dakwah, kelak akan menimbulkan kejenuhan dan wal 'iyadzubillah, akhirnya memilih utk meninggalkan dakwah sama sekali!

apapun yang anda hadapi selama berada di jalan ini, percayalah itu ujian daripada Allah. Beginilah tabiat  dakwah. Anda tak boleh nak ubah dah..inilah tabiatnya dari zaman para anbiyaa wal mursalin hinggalah ke zaman kita. Allah dah susun tabiat dakwah ini, pasti akan diuji. maka bersedia dan bersabarlah. Jangan mengeluh apatah lagi menyalahkan takdir. Ujian itu untuk memuliakan dirimu pada pandangan Allah jika kamu melepasinya dengan baik. Dan mungkin akan menghinakanmu jika dengan ujian tersebut, kamu semakin menyalahkan Allah, tidak bersyukur dan melakukan kekufuran2. 

semoga yang menulis lebih dahulu melaksankan apa yang diperkatakan. wallahua'lam. 

8 comments:

sahabatmu said...

T_T sedih bc post ni..

GMS said...

sedih akak tengok muka awak tadi... nak cium dahi awak tadi.. tapi x kesampaian...

ezan sahizzah said...

ukhti...

semoga kita semua terus tsabat di jalan ini..iA

sahabatmu said...

mm.. akak perasan ke..

mufidah islami said...

beginilah jalan dakwah mengajarkan kita, kadang pahit harus ditelan, manis dikongsi bersama.. moga segalanya y terbaik buat kita dan ummah.. terkdang sebuah keberhasilan dan juga keindahan itu, perlu dahulu melalui kepayahan dan kesakitan~

GMS said...

ezan: ameen inshaAllah

sahabatmu:sangat perasan ukht.. lain sgt. moga terus membekas dijiwa

mufidah:ya ant benar.

adeq said...

salam relax gurl.. moga Allah menetapkan hati dan kaki kita. biar di mana sahaja, agar jiwa pemuda terus meresap....

hooyeah !

GMS said...

adeq: ameen ya robb..ant da ok?

Followers