Tuesday, April 17, 2012

la advena

bismillahirramanirrahim

"assalamualaikum, ibu yaya dah sampai kat jeti sekarang. lagi 30minit sampai terminal bas."

"ok2. ibu on the way ke sana. Tapi ibu lewat sikit tau nak beli barang sikit."

"ok bu. assalamualaikum."

suraya melihat jam di tangan kirinya, 8.05pagi."dhuha dulu la nanti" getus hatinya.

__________________________________

"yaya kenapa tak angkat call ibu tadi?"

"yaya tengah solat tadi, henfon silent. tak perasan pun ibu call"

"solat? tadi bas tak berenti solat subuh ke?"

"ahh..berenti. yaya.. ah..ape tu...urmm,..solat dhuha."

"oh takpe la macam tu. ibu tunggu tadi."

"ibu cakap ibu lewat cikit, tu yang yaya dhuha kejap. sorry bu.."

"takde apela, ibu tunggu 5minit je pun."

___________________________________

"dah balik pun org jauh!"

"abang! cuti jugak ke hari ni bang?ingatkan ibu je yang amek cuti..wah speselnya aku!"

"perasan la ko! sape nak tolong ibu masak? ko tu kejap lagi nak membuta kan? abang la kena take over kat dapur."

"aku tak cakap aku nak tidur pun. aku memang berazam nak tolong ibu pun hari ni. puas dah 9jam tidur dlm bas.."

"ceh, dah berubah..!bagus..."

yaya menyusun langkah ke biliknya diikuti dengan daniel yang menolong mengusung beberapa barang miliknya. Daniel menyedari satu pemandangan yang aneh dihadapannya.

"yaya...sejak bila ko pakai stokin ni?"

"ah.. ala biar la nak pakai apa pun!"

"ko ni apa2 je la.." setelah semuanya diletakkan ditepi katil, mereka berdua menuju ke dapur

______________________________________________

"yaya nak tolong ibu ke?"

"ye ibu, bagi banyak2 kerja siket kat dia bu" Daniel menjawab tanpa dipinta

"tak kesah..boleh je" satu cubitan hinggap di pinggang daniel.

"sakit la ngek!" tawa memenuhi ruang kecil itu. ibu menggeleng kepala. Ibu mencapai segelas teh.

"ibu!! ah, ustaz yaya cakap, nabi ajar minum tangan kanan baru berkah air yang kita minum."

"ok.. yaya ni ibu tengok macam dah lain."

"mana ada bu...yaya dah lama tak balik kot tu yang ibu rasa lain..padahal sama je."

____________________________________________________

usai solat maghrib yaya mencapai quran pink kesayangannya. Lembar diselak ke tempat yang sedang dibaca minggu itu. sayup2 kedengaran suaranya melantunkan ayat suci alquran. Satu juzuk dihabiskan sebelum azan isyak berkumandang. Seharian dia tidak sempat membaca quran dek kerana kesibukan menolong ibu dan menemaninya ke pelbagai tempat.

begitulah yang terjadi hingga hari keempat percutiannya.

"yaya, ibu ni."ibu menegetuk pintu

"masuk la bu." quran di zip. dia bingkas menuju ke arah katil dan duduk di sebelah ibu.

"rajin yaya baca quran sekarang. ibu rasa setiap hari yaya baca quran sejak balik dari cuti aritu."

"alhamdulillah ibu..Yaya pun dah lama tinggal quran sejak khatam masa form1 dulu. Ni baru sempat nak baca lagi"

"haah. Ibu pun sejuk hati" senyuman terukir pada seraut wajah senja itu. "yaya kat UTHM buat apa je?" ibu menyambung.

"belajar je la.. hujung minggu outing macam biasa kalau ada duit dan ada mood."

"tu je? takde buat benda lain?"

"takde la bu.. tak sempat nak buat benda lain. Belajar je dah buat hidup tak cukup tanah nak berjalan bu! ibu ingat yaya ada boypren ea?"

"bagusla kalau takde. Lega ibu." kerisauannya masih bersisa. Dihatinya sarat dengan persoalan tentang perubahan anak gadis tunggalnya itu.

"ibu jangan risau la. Yaya pandai jaga diri dan maruah keluarga inshaAllah"

"Ingat selalu tu. maruah diri dan keluarga. Ni ibu nak ajak pergi rumah maklang sabtu ni, kak hajar kamu nak kahwin."

"ye ke? tapi sabtu yaya kena balik UTHM da bu."

"kita pergi pagi la ke perak tu. nnt ibu hantar kamu ke pekan gopeng, naik bas kat sana."

"ok set!"

__________________________________________________

riuh rendah di majlis perkahwinan. meriah. Namun, yaya tetap tidak menikmati keindahan dan kemeriahan majlis itu. Hatinya memberontak. Jengkel melihat gadis2 yang bersukaria karaoke di meja DJ. Lagu2 yang diputarkan sepanjang keberadaanya di situ langsung tidak membina iman. Dia yang sudah selesai menjamu selera berjalan ke satu sudut. ibunya entah kemana, lesap tiba2. maklum la sekali sekala jumpe sedara mara. meja hujung menjadi pilihan. kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di kerusi biru itu. Tas tangannya di buka. Dia mengeluarkan pinky kesayangannya. Perlahan2 dia melantunkan ayat suci al quran disitu. hingar bingar sekeliling tidak dipeduli. tiba2;

"yaya! ko buat apa ni?malu la kat orang!"

"abang! ko ni buat aku terkejut je! nak malu apa?aku buat apa?"

"ni kan kenduri kawen. yang ko tiba2 nak mengaji kat sini kenapa? buat tebiat btol. malu je org tengok."

"apesal pulak kena malu? tu yang dok menggedik kat meja DJ tu ko taknak tegur? tu lagi memalukan!" yaya menunjuk ke arah gadis2 yang dari tadi masih lagi berkaraoke meski suara mereka menyesakkan pembuluh darah orang yang mendengar.

"biarlah dorang. nama pun kenduri kawen. adat la ada org karaoke. ko ni da simpan2. jom masuk rumah" yaya mengalah dan dia menurut sahaja abangnya yang telah menarik tangannya.

moral: antara ibu, abang,, (keluarga) dan Allah, mana yang akan kita perlu utamakan? (9:24)
-biasa terjadi dalam kita nak mencari kebaikan org yg plg kita sayang adalah org yg paling kuat menghalang kita. jadi, kita perlu kuat. Doakan mereka dan mulakan dakwah family anda dari sekarang! jangan tunggu nak cuti sem baru nak start. nanti anda akan terduduk jika mereka gunakan kuasa veto mereka ke atas anda , seorang anak atau adik.
-biarlah org nak kata kita ni pelik ke ape ke, yang penting kita tau kenapa kita lakukan perkara "pelik" tu. kita faham kenapa kita lakukannya.

islam itu datang secara dagang (asing) dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang yang ghuraba'(asing) itu.




1 comment:

adeq said...

salam. act ant memang ada bakat menulis dengan IDEA yang segar bugar (splash). cerita nhe sangat baek dan membuka minda.

Followers