Sunday, August 12, 2012

Nikahi daku

bismillahirramanirrahim

Lama tak menulis. Sedangkan sejarah tu boleh diulang tayang lewat minda dengan coretan2 seperti ini. Saya mula merasakan sangat penting sebenarnya utk menulis ni. Seumur hidup saya, saya pernah memiliki diari hanya ketika matrikulasi je. Ye la pengalaman pertama berada jauh beribu batu daripada keluarga buat pertama kali dengan tiada seorang pun sedara mara yang terdekat disitu. Beberapa kali juga saya membelek2 baca diari saya tu.. kelakar. budak2 btol.. ok enough talk! saya beberapa minggu ni asek di hujani beberapa hal mengenai nikah ni. So terimalah NIKAHI DAKU~! atau,



urm sebenarnya saya agak lama juga menyepi daripada membahas topik ni. Kalau dulu memang ada beberapa kali saya membuat post tentang isu couple dan nikah ni. Boleh la cari gali sekitar tahun 2010 punya post. Bila baca balik rasa, amboi syadidnya aku! Tetapi walaubagaimanapun saya melalui kehidupan ni, mendengar dan membaca pelbagai pandangan, saya tetap berpegang couple tu haram. 

TAPI!!,

cinta sebelum nikah tu HALAL!

Ok anda jgn tutup window dulu! baca dulu. Terima kasih atas kesudian. Anda robot ea takde perasaan? Budak kecik pun tau pasal cinta. Budak darjah 6 pun pandai bercinta. Apa yg cuba saya sampaikan adalah, manusia yang normal wajar akan dialiri rasa cinta yg membuncah dalam jiwa. Atau senang nak faham, rasa nak menyayangi atau disayangi insan berlainan jantina. Jadi, cinta ini adalah satu fitrah atau kesemulajadian yang dianugerah kepada manusia. Berdosa kalau kita melawan fitrah. Tapi fitrah ni pun perlu juga dibimbing syariat agar tak mudharatkan diri baik didunia mahupun di akhirat. Sama juga halnya dengan rasa lapar. Kalau rasa cinta, perlu disuapkan dengan kasih sayang, maka rasa lapar harus disuapkan dengan makanan la en?. Dan nak suap makanan tu kena dibimbing syariat juga en? Boleh ke jika kita ada pilihan spaghetti dengan pork steak, lalu kita memilih pork steak? Kenapa tak boleh? Sebab syariat mengharamkan khinzir. Ha nampak kan! Fitrah ni perlu dibimbing syariat. Tak rugi kita patuh pada syariat. Semua hukum Allah ni baik untuk manusia. Macam khinzir ni, kita boleh nampak en sekarang betapa banyak virus yang menular  berpunca daripada khinzir. Tak caya, sila google.

 Jadi, kalau nak menyuap kasih sayang ke dalam jiwa, boleh ke kita bercouple? Sebelum tu, saya nk jelaskan istilah couple yang saya maksudkan. Pandangan tipikal masyarakat bila kita cakap couple adalah, 2 orang manusia yang belum bernikah yang melakukan hal2 ini: 

1. keluar date kat mall/pantai/konsert/kedai mkn, stesen bas etc.
2. Pegang tgn ke cubit2 pipi ke laga2 pipi, kissing etc. 
3. Gayut setiap hari untuk borak2 kosong: tgh buat apa?awk sayang saya?awk merajuk ke?awk da mkn?kenapa awk diam je ni? etc. 



So couple yang begini yang saya cakap haram. Jadi bagaimana mahu menyuap kasih sayang tu? Naluri ingin menyayangi dan disayangi tu anda salurkanlah ke jalan yang lebih baik. Anda suka nak bermanja2 kan? buat muka cute2, cakap manja2, nak merajuk2, buatlah dengan teman sejantina anda. Saya percaya yang ada perasaan nk buat hal2 ni perempuan je. Buatlah dengan sahabat2 baik anda. Tak pelik pun kalau sesama perempuan nak merajuk2. sumpah tak. Nanti dah ada suami, boleh buat kat suami pulak ya. Selagi belum menikah, tahan dulu. Jadi perasaan cinta yang anda rasa tu, HALAL ok. Jgn lawan. Let it flow. cuma anda guide la naluri tu agar patuh syariat k.

mengenali Hati Budi SEBELUM MENIKAH

Ini antara isu yang sering dijadikan hujah utk bercouple. Nak kenal hati budi. Anda, islam ini agama yang sempurna. Bukan agama hentam kromo je. Aci tangkap muat. Tak! Islam agama kasih sayang. Islam is about love. Tak pernah menzalimi penganutnya. Anda nak kenal hati budi pasangan sebab anda tak nak menyesal bila dah menikah nanti. Anda nak tahu perangai sebenar dia. Anda nak tahu apa yang boleh membuatkan dia gembira, marah, kecewa. Anda nak kenali dia, nak jadi kawan dia supaya tak awkward bila nak tinggal serumah, tidur sekatil nanti kan? Anda, yang anda kenal sebelum kahwin tu bukan diri sebenar dia tau. Anda hanya akan kenal betul dengan dia bila anda dah menikah, tinggal serumah dengan dia. Waktu tu baru dia akan jadi diri dia yg sebenar. Yang sebelum nikah tu semuanya berlakon je. Even mungkin ada la 40% perangai sebelum nikah tu mmg perangai dia. Anda, Islam sangat menuntut untuk anda mengenali bakal pasangan anda tu. Sebab tu dalam islam ada yang namanya BERTUNANG. Tempoh bertunang adalah tempoh utk mengenali pasangan masing2. Tapi bertunang pun masih tak boleh buat macam bercouple. Dalam tempoh bertunang ni anda geledahlah akaun fb dia, anda tanya pada ahli keluarga dia, kawan2 tempat kerja/tempat belajar, kawan lelaki dan perempuan, tanya juga pada bos dia,  bagaimana perangai dia. Minta juga pada dia resume dia. Kerja apa, kelulusan akademik, harta yang dia ada, apa yg dia suka, misi dan visi hidup dia. Jadi, anda tak perlu buat mcm couple2 biasa buat tu. Dengan cara ini pun anda dah boleh kenali dia en?.

realistik la sikit weyy!!

Apakah anda skeptikal dengan saya? Haiyo! betul meh....!Anda boleh kenal ngan dia dengan cara macam tu. Anda jangan buang masa, tenaga, dan duit anda utk hang out sama2 la ape la.. Dah kahwin baru keluar perangai sebenar dia. Bercouple la lepas kahwin. best kot. Anda tengok kan citer vanilla coklat? Ha kan bercouple lepas nikah tu.. Cuma anda perbaiki la jalan cerita tu lagi ke dalam kisah rumahtangga anda agar patuh syariat. Tutup aurat, solat jemaah sama2, pergi dengar tazkirah sama2 ke.. en?

ok tu je. Selamat memburu lailatulqadr! Mungkin off topic sket, tapi peduli apa aku! heee

2 comments:

Hadi Muslim said...

Salam..Perkongsiaan yang menarik. Moga memberi manfaat kepada mereka yg bakal n telah menikah InsyaAllah

adeq said...

selamat menikah buat shinju. lagu utk ant ana da sediakan satu FOLDER. tunggu kad je. hehe.

Followers