Tuesday, February 5, 2013

Abang pon dah joined usrah!!!

bismillahirramanirrahim

Kunci kereta disangkut pada rak, briefcase di tangan dilepaskan diatas meja. Arshad menghepas seluruh badannya ke sofa. Tangan kanannya kini menutupi dahi dan matanya. Sebak, rasa bersalah, risau takut itulah perasaan yang menggangu hatinya. Betul ke apa aku buat ni? Dia okey ke? Sedari tadi fikirannya ligat memikirkan hal atiqah hingga hampir sahaja dia dilanggar lori dek kerana melanggar lampu trafik yang sudah bertukar merah saat dia melepasinya. Perlahan-lahan cecair panas mengalir dari kolam matanya. Hatinya sangat berat menerima apa yang telah dia katakan tadi, ketika bertemu atiqah di lobi bangunan pejabat mereka. Arshad tekad untuk tidak menarik semula perbuatannya. Tapi dia merasakan dirinya masih belum kuat untuk melakukan hal ini. Air matanya semakin deras mengalir.


Arshad: Balik pukul berapa hari ni?
Atiqah: Sekarang. kerja tak banyak :)
Arshad: (mengerling jam, 5.00PM) oh. Abang nak jumpa sekejap. kat lobi.
Atiqah: Nak hantar sayang balik ke? Sayang drive hari ni. Guna kereta abah.
Arshad: Bukan. Memang nak jumpa. Sekejap je. Kat lobi sekarang ya.
:Atiqah: Ok.

Sebaik membalas SMS mereka berdua turun ke lobi.


Di lobi

Arshad: Sorry, tadi my staff ada problem sikit. Lama tunggu?

Atiqah: Eh, takpe. Baru sekejap je. Ada hal ape abang nak jumpa?

Arshad: Atiqah, abang rasa hubungan kita sampai sini je kot. Abang tak nampak apa positifnya hubungan kita dan abang sendiri tak yakin yang abang akan dapat menikahi awak dalam masa yang terdekat ni.

Atiqah: Abang cakap apa ni? why so sudden? Sayang tak suruh pun abang masuk meminang sekarang. Sayang faham la kita baru sama-sama start kerja 2tahun. Sayang faham kedudukan financial abang. Takpe, sayang tunggu sampai kita betul2 bersedia. Abang, dari first year dekat Hamilton lagi kita kenal. Abang takkan abang nak sia-siakan semua susah senang kita sama2 kat McMaster dulu?

Arshad: Atiqah, awak seorang PR eksekutif, abang sangat yakin awak dapat faham dan terima apa decision abang dengan hati terbuka. 

Atiqah: But why? You promise to marry me, don't you?!

Arshad: This is my last words. Jodoh tu milik mutlaq Allah walau macam mana kita berjanji dan berusaha tapi kalau dah tertulis kita tak ditaqdir bersama, tetap takkan bersama and vice versa. Why? as I said earlier,   I dont see any positive things for my hereafter from this relationship and its got nothing to do with my financial condition, and we end here. Kalau ada jodoh tak kemana. Lupakan saya dan saya pun akan lupakan awak. That's it. and that's final!

"Along, ada problem ke kat ofis?" Terhenti putaran kenangan Arshad. Segera dia bangkit duduk besandar di sofa.
"Along dah clash." ringkas. Jus oren yang dihidang dihirup
"bila? kenapa along tiba-tiba clash? bukan ke 3hari lepas along baru keluar dinner dengan dia. elok je adik tengok."
"Dik, bukan ke ko yang cakap ngan abang couple tu haram. Along ada kenal sorang brader ni, staff baru ofis along. Baru ditukar 4bulan lepas. Along join usrah dia sekrang, ada kot 5kali along pergi usrah dia."
"oh, memanglah haram. Tapi along tu, tak dengar orang cakap. Dah bertahun long, adik cakap, tapi along tu haram tak dengar sepatah pun! Along dah join usrah! patutlah hujung minggu ada je aktiviti kat luar. Tapi long, apa reason along bagi dekat dia?"
"Along cakap tadi,.."
"tadi? pukul berapa?"
"ko tunggu along abes cakap bleh? macam mak jemah la ko dik! Ye tadi jemah, pukul 5 lepas ofis hour. Sebelum balik kat lobi. Paham mak jemah??!"
"Eleh along! Ape seyh main jemah jemah... lagi long?"
"pastukan jah, along cakap along nk clash sbb along tak ready nak jadikan dia isteri dlm masa terdekat ni. Bukan tahun depan, bukan 2 3 tahun lagi. Lagipun hubungan kitorang takde apa2 yang positif pun, stakat nak share2 masalah pastu nak geli2 jiwang2 je la."
"pastu kenapa along nanges tadi?"
"ko ni dik! tak sensitif la. ape seyh! Along dengan dia dari kat toronto dulu. Masa belajar dulu. Lama kot. 6tahun. Byk kenangan, and of course la along da sayang sangat2 dekat dia. Sayang sangat."
"Sekarang dah x sayang ke long? along jangan la sedih. Along dah buat benda yang betul. Orang yang beriman dia takkan kecewa dan bersedih hati dengan takdir Allah kan long... be strong my girl.." Adik perempuannya berseloroh sambil mengusap kepala abangnya.
"Dik ko ni da lama tak makan pelempang ke? Aku pantang betol orang main kepala aku."
"Elehhhh... kita usap pon tak bole! Ha, yang penting along da x sedih!"
"along still sayang dia, tapi sayang ni useless, bukan boleh bawak dia masuk syurga pun, giring ke neraka lagi ada. Dik, kita tak tau dik bila kita akan mati, so kena sentiasa ready untuk mati. Rasa sayang ni boleh jadi one of preparation untuk kematian ke? i don't think so! Along nak bertaubat. Along nak siapkan diri untuk jadi hamba Allah yang soleh, barulah boleh jadi suami dan ayah yang soleh untuk isteri dan anak2 along."
"Baguslah long. Betullah apa yang Along buat tu. Macam dalam surah Ali-Imran ayat 134, org2 yang melakukan perbuatan keji, kemudian dia ingat Allah, pastu dia mohon ampun, pastu dia yakin Allah akan ampunkan dia, pastu dia berhenti dari melakukan dosa tersebut."
" Terima kasih ostajah! Ostajah ni budak engineering ke budak tahfiz ni?"

"dah rindu nak makan penyepak ke?"
"oh lupe pulak budak sekolah teknik ni dah ada black belt taekwando!"

"ok la along, u fine now right? tengok da senyum melebor tu?"
"inshaAllah, keyakinan dengan Allah tu yang penting dan yang paling menyedapkan hati..Kalau ada jodoh tak kemana..tak penah jumpa pun tapi kalau dah jodoh, sape boleh elak kan?."


"btol3! Along, adik macam ada instinct tau tadi along akan balik dalam keadaan frust, so adik masak spaghetti bolognese letak black pepper banyak2 ikut feberet abang!"
"Nanti bakal isteri along kena berguru dengan adik dulu la! Sayang adikkk!!"
"Pegilah mandi, adik hidang makanan"

The End.. Kepada anda yang telah diputuskan oleh kekasih, dengan alasan nak cari redho Allah, nak jadi hamba yang soleh, nak bersedia untuk akhirat dan lain-lain, ketahuilah, sebenarnya mereka bukan dihasut oleh sesiapa, tetapi mereka sedang membuktikan cinta yang sebenar. Sebab dia cintakan anda kerana Allah la dia menolak anda. Dan jauh di sudut hati mungkin (0.0875%) mereka masih sayangkan anda, cuma sayang mereka kini lebih terarah dan bertepatan dengan syariat Allah. Relax la, kalau ada jodoh tak kemana la,..ke jinjang pelamin dan ke syurga juga.. so have faith la pada Allah yang jodoh semua Dia tetapkan. Usaha kita adalah mendalami agama dan siapkan diri jadi hamba Allah yang soleh.. Jodoh tu confirm la datang bila saat kita btol2 ready. kalau x dapat jejaka idaman malaya kat dunia, boleh dapat Wildan six packs dekat syurga... tak gitu?? senyum macam kambenggggg....~~~

1 comment:

Anonymous said...

adeeehhh...sedapnyer spegettik itu..sluurrrpp :P dah lama tk pekena cheezy spegetti camtu...~NANO D'Fadzr~

Followers