Wednesday, July 17, 2013

a lesson

bismillahirramanirrahim

Jumaat ni mid sem break kan? Kita kena naik tau, murobbiyah suruh give and take. Perkhabaran daripada leader tu sampai ke telinga kami ketika kami sedang berliqo' di bilik beliau. Seperti biasalah, respon apa adanya. Perjalanan di mulakan jam 9pm sebab tunggu seorang lagi teammates balik kerja.. Usai solat isyak kami berangkat. Dan seperti biasalah kalau berkonvoi mesti sesat barat kereta masing2. Pukul 12 baru sampai rumah murobbiyah.. Dan kereta2 kami bertemu di traffic light nak masuk kawasan perumahan tu la.. Berebut-rebut cari parking! Hahahaha... Anda terlajak, saya masuk parked dulu! Keji gile!

Discussion start lebih kurang pukul 1, tengah malam, siangnya sangat sibuk, sakit belakang drive 3jam, saya rasa penat sikit. Untuk elakkan diri daripada tertidur, saya keluarkan phone main 4pic1word. Saya tengah tak berminat dengan apa yg sedang diulas dalam perbincangan tu. So saya tak pay attention sangat la. Betul la cakap kakak saya, saya ni memang tak tunjuk protes dengan kata-kata tapi tunjuk protes dengan body language. well said sista! Dan teammates yg lain pun rasanya mengantuk juga kot. Leader kitorang pun ada la menyampuk sikit2 masa murobbiyah bercakap. Tak lama terus kena snap! shinju, simpan fon tu sekarang. Dengar. Kalau x ana amek. Leader boleh tak tlg bg perhatian? fuhhhh...... menyentap tangkai hati! Sebagai jundi, saya dengar, simpan, takpe... kalau kakak atau adik saya memang dah kena betah balik ah! nasib la memikirkan itu murobbiyah.. Saya rasa malam tu saya tidur tanpa memaafkan apa yg dilakukan pada saya kot. Sebab esok paginya murobbiyah saya nak g kerja saya malas nak salam. [tapi salam juga dah org hulur tgn] Saya pun cepat2 angkat kami bersama 2 teammates sekereta dgn saya utk ke rumah kakak saya di saujana utama. Buat facial treatment. Beli suppliment sekali. Masa nak balik johor saya salam kakak saya. Saya perasan sebenarnya muka dia macam risau. Macam ada benda dia nak cakap tapi tak cakap pun. Saya pula jenis yang tak concern. Lantaklah nak ckp ke tak...

On the way dari tangkak hujan turun. Makin lama makin lebat. saya berada dekat lorong kanan. Since highway johor cuma ada 2lorong je so saya pilih lorong kanan sebab nak cepat sampai dan saya tak suka ikut belakang lorry. Hujan2 cmni lori biasanya bawak slow n what even worst is ada lori yg xde lampu gamaknya kat belakang lori dia. Hujan lebat gila memungkin saya tak nampak lori tu n tak sempat break kalau dah dekat. Tiba2 ada kereta belakang saya ikut rapat. Tengah hujan lebat aku dengan tak sedar diri bawak viva je tekan sampai 100km/j pastu nk tuka lorong kiri, tak pusing stereng lagi kereta da macam tertiup ke kiri, laju gile, tekan brek pun da takde function sebab tayar dah tak jejak jalan raya, air yang penuh. Sepatutnya saya kena tukar gear. Dah tahu sebab ayh penah cakap, tapi saya neves, so saya just cuba pusingkan stereng je la. Da pusing habis takde efek, sebelum langgar penghadang jalan tu ada lori simen depan saya, mujurlah lori tu macam laju sikit (laju dari kereta saya yang dah tak terkawal time tu) so saya just langgar pengahadang jalan je, tak libatkan kenderaan lain.

Hujan still lebat gile lagi. Tingkap sebelah co driver pecah, sebab momentum dari side mirror yang terlipat, mujur teammates semua tak apa2, dan ikrimah masih boleh bergerak. saya bawak kelajuan sederhana samapi ke RnR pagoh saya call ayah. Tanya apa saya kena buat. Ayah memang coolio! Takde nak mengamuk ke ape ke siap gelak2kan aku dengan kawan2 dia.. Fine. Adat berkereta la ayah...Ayah cakap balik je cepat nanti settle kat cni. Tapi procedure sebenar adalah laporkan ke balai polis berhampiran. jgn keluar daerah. Kat mana anda accident, kat daerah tu la anda harus buat police report. Kalau anda nak insurans cover seluruh kos baik pulih la.. kalau anda kaya lagi tak pandai urus duit, bolehla anda balik dan pergi bengkel utk baiki kereta dgn menampung seluruh kos baik pulih menggunakan duit anda. 

Saya report dekat balai polis area saya la. Pegawai polis tu tolong saya buat report. Bagus punya director. Mudah je kerja sebab ada agen yg kebetulan tgh settle kan ape ntah kat situ. Ayah kenal dia, dia uruskan kereta saya. So saya kena bayar saman je la rm100. Kos baik pulih kereta lebih RM2000 insurans yg tanggung. Seminggu lebih berpisah dgn ikrimah, then bawak soleh ke UTM. Final year tak cuti hoiy!

Kakak saya call a day later, dia ckp "before ko balik aritu aku macam dapat vision sekali imbas gitu ko accident. pastu tiba2 ayah call ckp ko accident. Ko tau x weh, I can feel you. Kalau ko ssh hati aku mesti dapat rasa. Maybe Allah nak deliver kat kita yg kita kena sentiasa utamakan org tua dlm apa2 hal pun. Ko tak boleh tipu aku. Aku bole detect." and that do make sense! kakak saya ni selalu akn chat or sms saya at the right time! Bila saya stress gila, happy gila, keliru gila she'll always be in my mind n mesti dia muncul la kat screen netbook! Saya rasa, bonda macam ada lagi. in her. 

ini dia gamba ikrimah yg cedera. Pintu sebelah co driver tak boleh bukak sebab dah kemek bahagian engsel kat depan tu (aku tak tau ape nama dia) lampu ok, cermin pecah, body depan kena tukar. Kawasan yg kemek dari depan sampai pintu belakang ke ketuk. Kaca2 yang bersepai hingga cederakan jari teammate saya dah dibersihkan oleh brother2 yang repair ikrimah. Dan saya sangat satisfied dengan servis mereka!



No comments:

Followers