Tuesday, July 16, 2013

Jaulah kitorang!

bismillahirramanirrahim

semalam..
sementara menunggu waktu buka puasa...

tadi kena tipu kat bazar.. ade ke patut rojak rm10.. semoga eksiden ko balik bazar nanti..

arini..
nak citer masa g cameron aritu..

konon2nya nak dengar pengisian Dr Hizul sekali.. ziarah zaujah n anak2 Dr sekali.. tapi takde rezeki. Dr Hizul ada pengisian kat tempat lain.. X pe la sharing dengan ummi syakirah pun best! Nak bandingkan saya dengan Ummi memang macam peti ais dengan kereta la.. beza sangat2. Ummi penyabar sangat. Sabar dalam membesarkan anak2, menahan telinga dengan potpet potpet jiran2, sabar sangat bagi penjelasan kpd ank2 dia why dalam rumah tu tiada televisyen. Ever. Mmg takde tv. sumpah tak tipu. Ummi menikah umur yg sgt muda. 16tahun dan pada usia semuda tu ummi telah pun melalui satu episod kehidupan yg pada saya genting gila kot. Saya ada cakap dgn ummi, camane ummi boleh sabar dgn keadaan mcm tu.. Tak mengadu kat Dr or minta balik uma parents sendiri instead of stay dengan Dr hizul kat indonesia..Kalau saya la yg kat tempat ummi mmg mengamuk atau meroyan la jawabnya! Ummi cakap sebab tu kena banyak bersabar, ada al ukht ni pulak cakap sebab tu allah pilih ummi bukan kak aini jadi zaujah Dr. Memang lerr.. No doubt. Cuma satu yg saya berjaya detect ummi ada personaliti phelgmatic yg damai. Ummi pun cakap juga. No wonder la ummi bole ikut je.. Ok da habes.. Next ziarah ummu mus'ab.

Saya kena tegur dengan anak Dr Hizul darjah 3 kot. Rafeeqah zahidah. Ummu mus'ab tgh bagi sharing ada anak2 jiran yg dtg main sekali dan berada di tgh2 bulatan kami bising sangat dengan mainan ketuk2 ape ntah. Saya pun amek la mainan tu sorokkan belakang saya. Senyap pun dia..main benda lain yg tak bising. serta merta zahida bisik "amah, nanti dia menangislah amah amek mainan dia". ok fine..saya xnak dia menangis pula pasni which akan buat rumah tu bertambah bising lagi. So cpt2 saya pulangkan mainan dia. Ha baru nampak senyum!

Ummu mus'ab buat sharing based on buku yang baru sahaja dibaca. Dia berkongsi tentang seorang al akh ni berjalan sejauh 21km hanya semata-mata kerana RM6(lebih kurang). Dia diminta utk memberi tazkirah disatu daerah dan pada ketika itu adalah bulan ramadhan. Usai tazkirah tu dia pulang dan mendapati tak mempunyai duit yang cukup. Ketika itu bulan ramadhan. Maka dia pun berjalan kaki instead of naik bas since dia takde duit. Sampai di sebuah masjid dia solat maghrib dan berjumpa dengan ikhwan. Masa tu dia masih tak makan lagi dan mengharapkan ikhwan ajak dia makan, tapi dia pun tak diajak juga makan. Dan dia pun terfikir nak pinjam duit dgn ikhwan tersebut tapi dia rasa malu. Dan akhirnya dia tak minta dan tetap la jalan kaki hingga la dia sampai ke kediamannya. Dan al-akh itu adalah Dr Yusof al-qardhawi. Buku tu baru teringat kalau x silap tajuk dia kenangan aku bersama ikhwan kot.. x sure.. nanti boleh tanya ummu mus'ab..

Ok la.. Dah cukup terbakar dengan sharing ummu mus'ab. Aku ni bukan kena jalan kaki, pegi daurah naik keta kot. Sampai tempat daurah dijamu dulu. Bukan kena berlapar mcm al akh tersebut. Tapi dah rasa diri mcm buat satu sacrifices yg besarrr gile. Come on la. Kau tak pernah rasa macam mana yang org beriman rasa as mentioned by Allah in 2:155. So x payah la nak rasa dakwah ni beban la buat ko fail exam la, buat anak isteri terabai, punca ank2 derhaka ngn mak ayah la.. Tolonglah. Ok aku da emo.

Sekarang masa utk naik ke cameron! Ini pengalaman pertama saya naik ke cameron mmg x pernah jejak pun tanah cameron sebelum ni. Dan pulak tu saya yang memandu ikrimah utk naik ke sana. Ala x de ape pun.. jalan berturap je.. Cuma curam sikit2 je.. Corner tajam sikit, lori laju turun dari atas sikit.. tu je.. bohsan tahap beruang nak hibernate aku drive nak naik atas tu. Bila la nak sampai... Juah betol. Ada la sampai akhwat semua dah tido, belakang depan tido. Tinggal la saya seorang yg berjaga. Dengan angin yg sejuk (x bukak air cond) kat lua, memang buat saya terlelap la seketika. Mujur tiba2 henfon bunyi. Lagu macam nak cabut jantung org pun ada. Akhwat kereta satu lagi call..

Sampai kat atas, jalan2, amek gamba, beli souvenirs, yg penting strawberry ngn teh wajib beli. Saya secara peribadi merasakan cameron satu tempat yang ok la. not bad, not too great or what. Kalau tanya saya, nak pergi lagi x (utk tujuan makan angin) i would rather say, tak. Ajak la saya ke tempat lain ya untuk makan angin. Kalau setakat nak tunjuk bunga2 segar, kebun teh yang menghijau, persekitaran yang sejuk, saya tak terliur pun...bosan je cameron tu...wahahahaha...tapi sebab pergi dgn akhwat dan mad'u jadi haruslah seronok!

Turun dari cameron lebih kurang 6.30 ptg. 15min pemanduan cuaca dah start gelap. Hujan dah start nak lebat. Tak semena-mena jumpa kereta masuk gaung di sebelah lane kami. Pemandunya dah keluar dari kereta tapi berdiri di sisi jalan. Macam takde arah. Saya pun berhentikan kereta kat tepi dan minta akhwat turun and tanya kat brother tu dah call bomba ke, polis ke ape ke yang patut..Lama betul akhwat keluar. Lebih kurang 10minit, konvoi akhwat lagi 2 kereta tu pun sampai kat tempat kami berhenti. Tak bole blah btol. Sebelum konvoi tu sampai, ada la sorg brader bwak hilux berhenti and tanya kat akhwat ok ke x, tny camtu je pastu terus blah.! aiyoyo kitorg ni semua perempuan cik abang oi! turun la tolong tgk2. hah! Last2, lepas tiba2 bau petrol kuat gila, akhwat pun cuak takut kereta nk meletop ke ape, then minta brother yg accident ni amek barang2 dia yg penting then tumpang kitorang turun dari cameron. Ayah dia tunggu dekat ape ntah nama tempat tu..dah lupe. Chinese, 21, pangkat adik. Belajar lagi, naik cameron sbb dia ckp kerja. buat part time la kot. Actually dia nak naik tapi ntah camane dia tekan brek pastu kereta berpusing then dia masuk ke longkang besar disebelah arus bertentangan. Ada orang tolong dia keluar dari kereta pastu itu je la. Mungkin masing2 blur nak buat ape kot. Pertolongan kitorg pun almost je dia tolak. Lengah2, last2 suruh dia call parents dia (paksa sebenarnya) then ayah dia suruh balik nnt ayah dia uruskan. Dalam kereta kami x berbual banyak sebab dia asyik call mak dia (gila kuat mak dia menjerit. saya yang duduk kat sebelah ni boleh dengar) pastu nangis..alololo...nak gelak macam kejam nak pujuk salah bahasa pulak nanti, so diam je la. Bila dah satu kereta sepi saya awkward sikit, so bukak la radio, tepat je bukak2 terus bacaan alfatihah di baca. saya slowkan volume sambil doa, moga al-fatihah boleh tenangkan jiwa brother ni and moga dia terbuka hati juga nak discover beauty of islam.

Dah jumpe uncle ayah kpd brother td tu, kami pekena burger bakar. walaweh lama betul nak tunggu burger siap... Perjalanan diteruskan ke sungkai! Rumah seorang al ukht yg luar biasa keistiqomahannya. Dia sgt ceria dalam keadaan yang x seperti insan biasa. Macam insan normal. Komitmen pada dakwah sgt luar biasa! Malu seketika.. Saya macam dah jatuh cinta ngn al ukht ni. Dia mmg sgt superrrrr!!! Saya harap ada lagi trip utk ziarah beliau..! Nothing much i can say, tiada alasan bagimu meninggalkan dakwah.

ok da habess.. Tamatlah jaulah ke perak...! gamba kenangan kat cameron n UTP..


No comments:

Followers