Saturday, November 6, 2010

Tinta kehidupan.

bismillahirramanirrahim

4 november 2010. Selepas magrib di puncak alam, lebih tepatnya di rumah kak gee, itulah utk terakhir kalinya arwah mak ngah bernafas di atas muka bumi ini. Arwah da lebih kurg 2 bulan di masukan ke hospital. Dan akhirnya pada detik itu Allah mengambilnya semula. Dua hari sebelumnya kak gee infom, yg arwah da discharge dari hospital dan da bole makan n buang air. Berita itu amat melegakan hati kami sekeluarga. Namun, pada 4 november 2010 selepas maghrib, mummy dapat satu panggilan dari kampung. Gienie yg angkat.  “assalamualaikum, pak cik ke ni?” dak wan menelefon, “bukan. Ni anak pak cik. Pak cik tgh solat”gienie membalas. “owh ye ke? Nanti cakap ngn ayah, mak ngah dah xde”.. dak wan mengkhabarkan dgn penuh kesebakan. Terdengar suaranya mnahan tangisan. Ayah lebih sedih! Sebab ayah adik kesayangan mak ngah, ayah antara anak yg paling disayangi di sebelah kuarge ayah. Ayah rasa ralat sangat sebab x dapat bercakap ngn mak ngah. Ayah cakap, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu..  patutnya ayah telefon arwah tanya keadaan dia. Ya Allah, kenapalah ayah x telefon arwah..”shinju hanya mampu terdiam. Mencerna satu persatu patah perkataan yg diungkapkan ayah. Shinju baru pulang dari UTM. Dapat sja berita kmatian tu, shinju terus mengambil kputusan utk pulang ke rumah. Padahal minggu lepas shinju da balik, dan shinju da ckp pon yg shinju x balik da sepanjang minggu exam sampai habis exam nanti sebab shinju nk fokus study di kampus. Lebih kondusif beranding di rumah. Namun, berita belangsukawa itu membuatkan shinju tidak stick pada plan shinju. Shinju balik jua. Mummy pasti memerlukan semua anak-anaknya pada tika ini. Mummy paling tapat dengan mak ngah berbanding mak2 sedara yg lain. Mak ngah banyak sgt berjasa pada kami sekeluarga. Dari kami kecil lagi kami sendiri melihat di saat adik beradik ayah yg lain x mampu tolong kuarga kami, mak ngah setia membantu sebanyaknya. Macam2 da mak ngah dan pak ngah lakukan utk tolong kami sekeluarga. Pada april lalu, ketika study week shinju sem 2, arwah pak ngah dijemput menghadap ilahi. Dan hari ini, ketika study week jua, arwah mak ngah meninggalkan kami utk selamnya. 7 bulan selepas pemergian arwah pak ngah, arwah mak ngah pula menyusul. Pada malam 4 nvember tu, kami sekeluarga diselubungi kesedihan. Esok paginya, terus kami bersiap2 ke kampung di alor gajah, melaka. Bertolak jam 8 pagi dan sampai jam 10 pagi. Biasanya ayah mengambil masa lebih kurg 3jam utk smpai ke kmpg. Tapi hari ini, ayh bwak keta dgn sgt lajunya. Ayah takut xsempat nk cium   pipi arwah. Terngiang-ngiang kata2 ayah mlm tadi, “ayah menyesal sangat x telefon arwah masa dapat tau dia da kua hospital tu”..tangisan kami sekeluarga suda reda pada pagi tu. Sesampainya sahaja di rumah arwah, shinju memimpin mummy masuk ke rumah. Berasak-asak dgn org ramai yg bertandang. Shinju menolong mak supaya dapat celus dlm kerumunan manusia itu utk berada di sisi jenazah. Seorg demi seorg mencium jenazah, tiba giliran mummy. Berderai airmata shinju menyaksikannya. Mummy peluk jenazah. Usai mencium jenazah, shinju dapatkan mummy. Shinju peluk mummy. Mummy nangis je. Kemudian, dtg sorg mak cik ni pada mummy. Shinju xkenal makcik tu. Dia peluk mummy. Dia tahu mummy adik ipar arwah. Mummy cakap sesuatu pada makcik tu dan shinju dapat ,menangkapnya walaupun di tengah kebisingan org ramai. Satu perkara yg pasti… yang membuatkan tangisan shinju semakin deras.. “pergi da arwah meninggalkan kita. Saya sama umo dgn dia”makcik tu menyapa mummy. “Allah sedang ingatkan kita yg giliran kita xlama lagi”mummy membalas. Mak cik tu terus peluk mummy. Ya Allah shinju Cuma ada satu je mak dan ayah di atas muka bumi ni. Ya Allah kurniakan shinju kekuatan dan kesabaran utk senantiasa menyenagkan hati mereka…
Tangisan yg sedang mereda kembali berombak..shinju kena kuat! Shinju xbole nangis! Tapi shinju tewas. Walaupun pada malam sebelumnya shinju da janji utk xmenagisi pemergian ni di rumah arwah. Tapi perasaan sedih tak tertahan, air mata x terbendung. Akhrnya tmpah jua air mata shinju di rumah arwah. Gienie pn teresak menagis. Dia kesian tgk mummy nangis. Sbb spanjang hayat kami, xpenah kami tgk mummy nagis macam tu. Mummy, u are such a strong mother! Mummy xcepat melatah dek musibah yg melanda. Mummy mmg sabar. Mummy byk memndamkan perasaan berbanding meluahkan. Menangis? Hari raya pn kami x penah lihat mummy nangis. Terakhir kali adalah ketika melepaskan kakak utk di jaga suaminya ketika majlis akad nikahnya 2tahun lepas.
Semua anak2 arwah, menantu dan cucu2 nya mencium arwah. Tapi sorg x cium lagi. Dak boy. Sume org cari dak boy, tapi pak lang kata xpe la. Kite terus je solatkan jenazah. Kak gee, cepat memotong, “xbole! Kena panggil dak boy. Mane dak boy?”anak pak itam segera mencari dan memanggil dak boy. Dan akhirnya jumpa jua. Ketika menunggu dak boy,  shinju sempat melihat kepada sepupu2 shinju, ank2 makngah. Dak sir mmg nampak sgt sedih. Dia tgk je jenazah mak ngah tanpa memandang ke tempat lain. Mukanya merah, pipinya basah dngan air mata. Kemudian shinju mencari kelibat dak wan, anak bongsu mak ngah. Sebaya shinju. Shinju nampak dia kat pintu. Wajah xbermaya. Mata memerah, sembap..semua ank2 arwah menagis termasuk menantu3nya. Kecuali abang haris, suami kak gee, dan dak boy. Dak boy xmenagis pn waktu mencium dan mengebumikan arwah. Dak boy yg kambuskan tnh arwah. Setitis air mata pon tiada.
Tapi tadi ktika kami mau berangkat pulang ke johor,  kak gee slm mummy. Dia peluk mummy. Berderai tangisannya dibahu mummy. Walaupn tika itu sudah hampir 3jam jenazah dah dikebumikan. Kami yg menyaksikan pun turut menangis. Abang haris salam ayah. Dia peluk ayah. Dia menagis dlam pelukan ayah. Tapi ayah xmau terlalu emosi. Ayah segera meleraikan pelukan dan menepuk2 bahu abg haris. Giliran dak boy pula selepas itu. Belum sempat dia menylam ayah, air matanya berderai.shinju sendiri perhatikan dia. Ayah peluk dia. Dia mmg ank sedara yg ayh syg. Dan seperti jua dgn abg haris, ayh xpeluk dak boy lama. Rumah tu sudah tiada tetamu lain selain saudara mara terdekat. Sepi rumah tu. Hanya esak tangis kedengaran sewaktu kami berangkat pulang. Ayah mmg tabah. Shinju tahu ayah la antara insan yg paling terasa kehilangan arwah berbanding kami adik beradik. Sebab ayah adik kesayangan arwah, stiap kali balik kampung, xpenah ayah skip utk bertandang ke rumah arwah. Kak gee tahan ayah di pintu rumah. Kak gee peluk ayah. Kak gee pesan, “pak cik jagalah kesihatan. Andai ada kesempitan hidup, kogsi dgn kami. inshaAllah kita anak beranak akn saling membantu..tangisan abg haris dan dak boy semakin deras. Shinju jua xtertahan air mata. Di kejauhan, dak wan jua menangis..senakal-nakal sepupu shinju tu akhirnya menagis jua… Dan saat itu tumpah jua air mata ayah. Setelah lama ayah menyimpannya. Ayah balas plukan kak gee. Shinju nampak ayah nangis. Tapi ayah x mudah terlarut dengan emosi. Kami berangkat dengan genangan air mata. Selepas ni rumah tu da tiada penghuninya. Sebelum ni dak wan dan mak ngah mendiam di situ. Namun, utk kebaikan dak wan, dia perlu tinggal dgn kak ina. Xtahu la bagaimana raya tahun ni. Puan , atuk, mak ngah dan pak ngah da xde. Dulu mase puan da meninggal, kami pulang ke melaka melawat mak ngah dan sedara2 ayh yg lain. Tapi tujuan utama ke kampung adalah ziarah mak ngah. Skang..da xmcm dlu. Semakin shinju merasa takut kehilangan mummy dan ayah.. x tau bagaimana akn shinju hadapinya…  ya Robb yg Maha pengasih,kasihilah keduanya..ya Allah cucurilah rahmah dan maghfirahMu buat  arwah. –al fatihah buat fatimah bt kassim-

15 comments:

dr. mujahidah said...

ukhti..
pasti waktu itu akan tiba..kematian..

adeq said...

salam takziah dari ana dan zauj(?!)..semoga keluarga ant diberikan kekuatan mendepani hari..semoga keberadaan ant seketika d rumah dapat mengembalikan kekuatan kepada ibu dan ayah ant disamping menguatkan keimanan bersama..

- gatal lak kaki nhe -

adeq said...

salam takziah dari ana dan zauj(?!)..semoga keluarga ant diberikan kekuatan mendepani hari..semoga keberadaan ant seketika d rumah dapat mengembalikan kekuatan kepada ibu dan ayah ant disamping menguatkan keimanan bersama..

- gatal lak kaki nhe -

Unknown said...

dr.mujahidah: ye..tiada keraguan ttgnya...ayuh siapkan diri.
adeq: garu la...ameen..jazakillah atas doanya

inni said...

yg bernyawa,pastinya pergi ukht..

Anonymous said...

salam ukht,
takziah atas kehilangan,semoga allah memberi kekuatan.
ana sedikit pendapat tntg blog ukht ni.kalau tak keberatan mungkin setiap kali post ukht mungkin boleh paraghraph kan.nampak lebih kemas,readable and lebih menarik.just my 20 cent.
~alang-alang dah masuk bidang penulisan,ape kata gunekan sebaiknya,ok!~
p/s:teruskan menulis,boleh jadi mata pena lebih tajam dari mata pedang.

Unknown said...

inni:T_T
anon..jzkk atas teguran.. inshaAllah akan diperbaiki lagi..-siapakah ini?-

inni said...

saya tahu siapa itu.

hallmark nya :just my 20 cent

:)

cari jgn x cari ye ukhti

adeq said...

haha KN ~

20 cent from u..I know dat.

Unknown said...

owh KN tu akhwat UMP n ex kmns rupenye..oo...hidup utk memberi tu bliau punya la ye? hape la ana ni,..baru skg tau..

adeq said...

dia la nur dalam HO..haha..

Anonymous said...

salam....adikku syg,bila baca kisah ni berjujuran air mata...tersedu2 tangisan ini lantaran masih terbayang lg suasana ketika detik dan saat kesedihan itu. Benar ayah dan mommy seorg yg tabah...tapi bila melihat kesedihan mereka, ana pun tak sanggup melihatnyer....terlalu byk dugaan dan ranjau berduri yg telah mereka lalui....Bilakah kita mampu membahagaikn dan menyenangkan mereka?
Ana berharap mudah2an persepakatan bersama kita 11 beradik suatu hari nanti akan membahagiakan mommy dan ayah....ya Allah, berikan lah kami kesempatan membahagikan dan menyenangkan mereka...dan berikanlah kesihatan kepada org tua kami utk mereka menikmati dan mengecapi erti sebenar kebahagiaan!!!! Amin.....

Unknown said...

anon: jazakillah khaeyr..siapakah ini...terima kasih atas keprihatinan..

Anonymous said...

kenal atau wat tak kenal?

Unknown said...

asifah jiddan ano, ana serius x kenal... macam kakak ana..tapi xkan kot~

Followers