Tuesday, August 9, 2011

cerkon ramadhan

bismillahirramanirrahim



Bang  izham, tadi aku jumpa cikgu akaun. minta nasihat dia sikit utk exam nanti

baguslah! dia cakap apa kat ko?

hmm..ni la yang aku risau sangat am. aduh..

kenapa la gila?! cakap la dulu.

dia cakap kalau kita nak cemerlang kita kena pastikan hubungan kita dgn Allah settle.

so? sebab tu la ko kena komited dgn halaqoh.

am, dengar dulu. ko ni gopoh la. cikgu aku cakap bukan setakat kita je kena jaga hubungan dgn Allah. Keluarga kita pun kena jugak. Ko tengok along tu, bulan puasa pun nak dating lagi. tension la aku. Macam mana ni am?kita ajak org lain utk dekatkan diri pada islam tapi keluarga kita pun still tak settle.

fahmi, aku pun tak tahu la nak buat macam mana. memang serius aku rasa tak layak nak halaqohkan ko dengan kawan2 ko tu. Aku memang tak sangka la along tu tiba2 couple. Padahal dulu masa aku form5 dia yang beria halang aku jangan bercinta. Tengok sekarang, dia yang couple. aku...

am, dulu dia tak bagi ko couple sebab ko sekolah lagi. Dia pernah cakap dgn aku dulu, kita semua ni belajar lagi jangan sibuk nak bercinta, dia takpe sebab dah pegang duit sendiri... Kita nak buat macam mana am?

mi, lepas aku habis foundation dulu kan kita dah sama2 sepakat untuk tak nak couple. Sebelum ni aku penah tegur dia kat fb pasal ni. Tapi nampaknya tak berkesan. Mungkin aku sibuk sangat kat kampus sampai aku sendiri tak perasan sejak bila along mula contact ngan perempuan.

Aku benci la kat pompuan tu! Tak malu betul! menyampah gila tengok muka dia. Mana la pergi malu dia? Senang2 je keluar malam dgn laki yang belum tentu jadi suami dia. Tak layak pun jadi kakak ipar kita! Ko tau tak am, sekarang ni aku benci gila dengan along. Aku menyampah nak pandang muka dia. Nak bercakap dengan dia lagi la!

mi, salah tu mi. Ko tak boleh benci along. Ko kena benci maksiat yang dia buat. Bukan benci dia.

sama je am! benci perbuatan dia maknanya benci dia jugak!

mi, ko fikir buruk along je. cuba ko ingat balik dulu masa dia tak couple lagi, dia yang paling jaga kita. Bila kita takut nak minta duit kat abah, dia yang bagi kita duit.Dia dah banyak berkorban utk kita sebelum ni. Lesen kereta aku tu pun 70% dia support. Takde lesen, macam mana kita nak pergi program jauh2?

Betul la am. Tapi aku tak boleh terima la along tu couple! Patut tak kita jumpa awek along tu, kita suruh dia tinggalkan along?

macam tak patut je mi..nanti along berdendam dengan kita pula lepas ni. Takpe, jom kita terawih dulu. Malam ni kita fikir ya macam mana...

jom!

4 comments:

dr. mujahidah said...

mm.. semoga along berubah

Unknown said...

nantikan pengakhirannya

adeq said...

salam haha.apa kata aku 'kapel' ngan along tu.hehe bawak jumpa mak, nikah sonang.hehe.

dah habis teraweh dah nhe mana sambungan?hehe.best kot cerkontot nhe.

Unknown said...

nantilah.idea dtg waktu zohor je..huhu..

nk bawak jumpa mak? kalau dah mak pun suruh hold sampai btol2 sedia cane? masak la klw dapt camni. reject awal2 mak mertua camtu..hahah

cerkontot...tinggi nilai nostalgia perkataan ni..gagagag

Followers