Tuesday, October 4, 2011

SUDI DITEGUR

bismillahirramanirrahim

Berapa lama anda meluangkan masa untuk membaca al-quran? Dalam tilawah anda, berapa kerap anda membaca bersama terjemahan ayat untuk menambah lagi kefahaman terhadap ayat yg anda baca? Motivasi yang terbaik seringkali datang dari dalam diri sendiri. Mungkin sebelum ini kita sudah diperingatkan, ditegur untuk meninggalkan sesuatu kemaksiatan. Tetapi, sukar untuk melakukannya sekalipun kita mengakui akan kebenaran nasihat yang telah disampaikan kepada kita. Adakalanya, kita perlu mengambil sedikit ruang untuk memahami diri dan menyedarkan diri sendiri. Bukan dilakukan oleh org lain, tetapi kita sendiri. Sumber motivasi yang terbaik adalah al-quran. Motivasi dari Allah. Kita sedar bahawa apa yang kita lakukan itu salah, tapi kita masih belum mampu utk meninggalkan kemaksiatan tu. Ketahuilah semua itu tetap dinilai. Tahu sahaja tidak mencukupi. Harus diikuti dengan amal pembuktian iman. Teruskan berusaha untuk meninggalkan kemaksiatan itu. Cari motivasi yang mampu membangun keazaman yang kuat, iaitu lah dengan kembali kepada Al-quran dan sunnah. kadang2, kita menutup kebusukan maksiat kita itu dengan kerja2 dakwah. Kita berdakwah, tapi dalam masa yang sama berikhtilath dengan lelaki secara tidak syarie. Contonhnya berbual-bual kosong hingga topik perbualan menyentuh soal hati. Haram. Kita berdakwah tapi pulun tengok maharaja lawak yang nyata lagho dan tak punya manfaat. Menjauhkan manusia dari mengingat akan dekatnya ajal mereka. Daie ke macam ni? kita menghalaqohkan org lain tapi kita sendiri skip halaqoh.

JANGAN JADI PEROSAK BARISAN DAKWAH DENGAN KEKEJIAN MAKSIAT ANDA YANG MAMPU MEROBOH BARISAN IKHWAH AKHWAT YG SEDANG BERSUNGGUH2 BERDAKWAH DI MEDAN MEREKA. 

-SHINJU-

moga Allah merahmati kita dan sentiasa memimpin kita dari tersasar..

2 comments:

Anonymous said...

kita mungkin boleh menipu hati besar kita.

tapi tidak hati kecil.

pasti..
dalam tiap kemaksiatan yg dilakukan, hati kecil akan menjerit!

Unknown said...

senyum utk puan anon :)

Followers