Saturday, November 12, 2011

ketandusan cinta di sahara duniawi

bismillahirramanirrahim

hari ini dalam sejarah. bertolak dari rumah jam 8.50pm dan tiba tepat di hadapan blok kolej kediaman jam 9.40pm. aduhai hampir sejam sangkut dalam jammed yang luar biasa. lenguhnya kaki kiri saya menekan clutch. rugi tak follow belakang ambulans.. boleh dapat laluan VVIP ditengah-tengah kesesakan. Kesesakan di pekan senai bukan perkara asing. Tapi, tak selalunya kesesakan seperti ini berlaku. Setelah hampir setengah jam terperangkap di kawasan construction depan pejabat pos senai, barulah saya tahu apa yang terjadi. Maha Suci Allah yang masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup memohon ampunan dariNya. Bas tambang, causeway link menuju ke jb (dulu saya naik bas ni masa takde kereta nak balik utm) accident. tak tau langgar apa..kaca bersepah kat jalan raya. deretan kedai seolah kosong tanpa pelanggan.hanya lampu kedai yang tetap setia menemani pemilik dan pekerja premis. macam satu trauma. tak pernah saya lihat town senai sekosong itu pada waktu demikian. 

Pagi hari ini (11nov20111)emosi saya agak tidak stabil. seolah-olah kehilangan sesuatu dari sekeping hati saya. hingga akhirnya tangisan mengisi kekosongan itu. Dalam sendu dan kekalutan itu,hadir kata2 yang hidup untuk menembusi ke hati;

wasta'inu bissobri wassolah. ukhti, anti boleh solat? amek wudhuk, solat sunat 2 rakaat. mengadulah pada Allah ukht.. Allah tak pernah mengecewakan hambaNya selama mereka memohon kepadaNya. kesusahan seringkali membuat kita jadi kuat, bergantung harap hanya padaNya. Bergembiralah atas ujian yang datang. uhibbukifillah ukhti!

tiba2 rasa malu sendiri. Sedangkan dulu, saya yang nasihatkan dia seperti ini. kini giliran saya pula mendapat nasihat daripada akhwat yang saya cintai ini. Bahkan kata2nya lebih indah. Malu juga pada Allah. Layakkah diri ini untuk melangkah walau setapak ke syurgaNya yang indah? Yang di dalamnya manusia disibukkan dengan kesenangan-kesenagan, bermewah-mewah, memiliki istana yang indah... di penuhi zamrud, pakaian daripada sutera, perhiasan-perhiasan daripada emas dan perak, sungai2 yang indah.. pelayan-pelayan yang menyenangkan hati..dan...dan...emm.....ingin sekali diri ini menjadi ketua bidadari di sana...

tapi..

tapi...

tapi....

LAYAKKAH AKU???

dah tak boleh nak gambarkan macam mana kecamuknya hati ini. bila tiba2 terngiang di telinga kata2 dari akhwat dalam dauroh beberapa minggu lepas;

"ukhtifillah yang ana sayangi.. ana harap selepas ini kita akan berdakwah bersama.. kita akan berziarah sama2.. dan nanti inshaAllah KITA MASUK SYURGA SAMA2."

takkan saya lupa kata keramat itu. persoalan timbu, layakkah ana berdiri bersama antunna kelak di syurgaNya? sedangkan, apalah sangat yang ana dah sumbangkan untuk dakwah ini.. nak bandingkan ujian yang ana dapat dengan antunna dapat? tak lah seberapa usaha ana di sini. Di sini kami mungkin ditolak...tapi dengan penolakan yang baik. Jika disana, andai kalian ditolak, pasti penolakan yang luar biasa...tapi kalian tidak pernah berhenti apatah lagi melemah. siapalah saya.. T_T

LAYAKKAH???

Hari ini (11nov2011)juga adik saya menceritakan tentang kisah cinta yang agung dalam halaqohnya, iaitu cintanya Rasulullah kepada umatnya tatkala akhir hayatnya. Saya yang mendengar untuk kesekian kalinya kisah ini setelah pertama diceritakan oleh sahabat saya sewaktu di matrix turut menitiskan air mata kerinduan. Kesedihan tidak dapat dibendung melihat tangisan adik2. Tangis kami kerana rindu. Rasulullah menangis kerana rindukan kita. kerinduan yang tersangat. Sedangkan rasanya inilah pertama kalinya kita menangis merindui baginda. Merindui pengorbanan baginda dalam menyampaikan ajaran islam. Merindui baginda kerana peritnya balingan batu yang diterima ketika penghijrahan ke thaif. Merindui baginda kerana laparnya yang ditanggung hingga batu2 mengelilingi perutnya. Kami rindu baginda yang merindui kami. Yang akan menanti kami ditelaga Kautsarnya. Yang akan memohonkan kepada Allah agar kita boleh disyafaatkan. saya ingin bersama rasulullah di syurga.. al mar'u ma' man ahbabta... saya ingin mencintai rasulullah..saya ingin bersama baginda...

tapi..

tapi...

tapi...

dapatkah aku???

ya Allah hambaMu ini tidak layak untuk syurgaMu. namun, tidak pula daku sanggup ke nerakaMu. terimalah taubatku, ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkaulah dzat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ya Rabbul 'izzati daku berlindung dengan redhoMu dari marahMu...perkenankanlah pintaku.. jangan biarkan daku terus di pergurunan ini.. kontang dari cintaMu.. bawalah aku ke lembah keredhaanMu. 



8 comments:

Ummi Kalsom Mohd Khalid said...

salam cinta ukhti sayang...

betapa hati ini terlalu merinduimu semangat mu! mengenagkan kenangan cinta menujuNya..

apa pun, ana tahu ukhti ana ni kuat..
lumrah insan diuji ukht, moga anti terus-terusan tsabat dalam keimanan..

ukhti, berpisah kita disini moga bertemu menyemai cinta kita disana...

Ezan Izzah Izzy said...

salam

ukhti, moga terus tsabat di jalan ini.

iA,teruslh berbuat keranaNya, dan semoga kita semua akan ketemu di syurgaNya. itu janji Allah dalam AQ. percayalah ukhti.

semoga dakwah anti gencar di sana dan anti semakin kuat menghadapi dugaan dan cbrnNya. iA.

adeq said...

salam, asif tidak dapat berbuat yang sebaiknya untuk hati ant..

ana doakan moga ant kuat, tegar tabah dan cekal !

kuatnya seorang srikandi itu, pasti ada satu titik kelemahana. gagahnya perwiri itu, pasti tersembunyi satu kelembutan..

lembut kekal berbisa ukht !

Anonymous said...

Salam penuh cinta buat ukhti yg dirindui..

Apa khabar dirimu?
ukhti, mengenalimu adalah hadiah terindah buatku..
bersamamu suatu ketika dulu, kenangan yg teristimewa buatku..
sesekali hati ini terasa rindu,
mengingat saat itu..
sesekali ingin sekali mengucapkan padamu betapa aku rindu..namun diri ini teramat malu..

mood~merindui dari kejauhan

Unknown said...

alhanun: waalaikumusssalam. jazakillah khairan ukht..ana pon rindu nak gurau2 manja ngn ant...meh la dtg utm..balik johor jemput2 la singah.... :))

ezan: jazakillah khaeyr ezan sayang..GENCAR GENCAR!!

adeq: u owez with me la adeq..

anon: alaaaa........ xaci la camni!! anon ni perkenalkanlah diri..bagi clue sket..kita kenal kat ne?

adeq said...

gua rasa anon nhe lnda kot..bg la nama, kitorang memang x suka anon nhe. kata BNECI kejam pulak, tp memang x gemar la. hehe. btw isi tersebut boleh diterima.

Unknown said...

ana ok je ngn anon...tapi pelik la...kenapa taknak gtau sape anda..takpe la.. bia ant rindu sorg2...

six_6pm said...

Salam,
Dunia penuh dengan dugaan dan ujianNya,
Ketika manusia sibuk mencari perhiasan dunia,
Ketahuilah adik2 ku, SesungguhNya tiada perhiasan yang berharga lebih daripada "wanita solehah".
Pakailah pakaian yg menjaga auratmu,
Sesungguhnya pakaian yang terbaik adalah taqwa.
Wanita mudah menangis, maka alirkanlah airmata mu itu untuk Allah SWT, krn setitis airmata keranaNyalah pemadam api neraka.
Mudah2an kalian menjadi wanita mulia yg bidadari pun cemburu kepadamu. Amin..

Followers