Wednesday, May 16, 2012

Wall of Creativity #1

bismillahirramanirrahim


Ini adalah contengan untuk kenangan saya bila saya tua since saya tiada diari. so, jgn buang masa anda..

Semalam (isnin) meraikan ibu yang tersayang . lambat sehari. Ahad pun tak wish her. Penat dan memang tak sempat. Tapi saya personally suka lagi kalau hari ibu tu disambut sekali dengan bufday ibu. Tambah pula hari jadi syabil, anak saudara saya yang comel jatuh pada 12 may (minggu kedua dalam bulan mei, sama dengan hari ibu tahun ni) so, ayah cakap ahad lepas celebrate bufday dia je kat rumah kami. Sorry mummy lambat..

Hari ni da 16 mei! Hari guru. Pertamanya, selamat hari guru kepada abang saya, Ustaz Ridzuan (cheh ustaz jqaf!) seterusnya kepada my mum yang jadi ckgu matematik (private) saya dari darjah 3 sampai tingkatan 3. Saya ingat lagi masa darjah tiga memang jahil sangat2 bahagi. Tak faham nak buat. Setia mak saya menyediakan skema jawapan semua kerja sekolah matematik saya. Dengan tak jujurnya, saya salin buta-buta je. Bila mak suruh buat depan dia, ha apalagi terkial-kial! Asal boleh je taram, sia-sia je kena rotan! Terus taknak belajar lagi! Tapi macam mana ntah tiba-tiba dah besar jadi rajin pulak sampai Alhamdulillah dengan izin Allah sedang buat degree sekarang.. luv u so much mummy!!

Seterusnya, kepada guru2 sekolah rendah dan sekolah2 menengah saya. STARP dari form1-3, BRIOTS 4-5. Saya rasa takde kenangan kat STARP hee.. yang banyak dalam kotak kenangan Cuma BRIOTS je.  Ye la pertama kali duduk asrama. Bila duduk asrama baru rasa ada life yang berwarna warni. Pastinya orang yang paling diingati adalah warden yang jahat! Tersenyum sorang2 saya sambil menulis ni. Kepada Puan Kamariah ampunkanlah kami warga aspuri blok gemilang batch SPM07 yang sering membuat kacau bilau atas dasar tumbesaran seorang remaja.. heee. Tapi rasanya dia dah maafkan saya kot, sebab masa graduasi dulu dia ada cakap,
 “saya tengok awak, saya tahu awak akan Berjaya. Awak tak macam budak aspuri lain waktu prep.” 
 kasih dengan mesra blok aspura senior. kat loteng selalu ada senior main gitar petang2.

Saya pun macam nak terkeluar jantung dengar puan K puji saya! Hahaha.. dia tak tau kot saya ni budak gemilang 3B. Pastu pancinglah, “Alhamdulillah berkat doa cikgu jugak.”  Dia pun mengiyakan! Pastinya takde guru2 yang nak kan kehancuran pelajarnya wlaupun kadang2 terluncur dari mulutnya sesuatu yang tak baik. Tu semua kan berpunca dari kita. Kejap je dia marah tu. Macam warden saya ni, walaupun masa trial dulu kitorang satu dorm kena jemur BAWAH HUJAN sambil dimarahinya siap cakap saya doakan awak gagal SPM! AWAK JANGAN MINTAK MAAF DENGAN SAYA! (sebenarnya yang buat onar 4-5 orang je tapi satu dorm kena. Apetah!) SELAMAT HARI GURU PUAN K YANG MEMBENTUK KAMI MENJADI SEORANG PELAJAR ASPURI YANG BERKUALITI J.

Guru yang paling saya sayang, Cikgu Amizah adnan. Cikgu addmath, pakai tudung labuh. Selalu bagi tazkirah sebelum kelas, cara mengajar yang sgt stylo! Saya rindu nak sambut marker cikgu! Cikgu ni punya la lepak dia nak suruh orang jawab soalan, dia baling je marker tu kat siapa2 yang dia pointed. Cikgu ni dah macam ibu saya. Saya senang nak ikut cakap dia. Dulu saya ni memang kemaruk dengan Daniel Radcliffe. Sampai belakang matrix kad saya selit gamba dia. Pastu cikgu amizah cakap, antara punca doa terhijab adalah kita simpan gamba lelaki yang bukan mahram. Tersentak saya. Habis je kelas, teragak2 saya keluarkan dan buang gamba dia. Tapi masa tu buang sebab nak dapat 10A. saya kalau ada apa2 masalah study, banyak share dengan dia.. Saya masih simpan lagi calculator 570MS yang cikgu bagi walaupun ia sudah tidak dapat digunakan setelah terendam calculator tersebut dalam syampu clear. Haru betul. Rindu sangat nak jumpe cikgu!

ini bengkel saya. tapi saya takde dlm gamba ni, superjunior saya punya gamba

Semua cikgu yang mengajar 5SS batch 2007, I love you all! Cikgu jasmine, yang sangat sabar menolong saya troubleshoot litar melodi dengan water detector utk projek SPM. Cikgu Fatimah yang ajar kami berseloka, dan tak jemu2 bagi kami makan masakan cikgu stiap hujung minggu. Saya rindu bubur jagung cikgu! Cikgu vijaya yang bayak melayan karenah saya dan abang saya terutamanya masa bengkel cemerlang SMT zon tengah kat hotel Gold Course klang. Tragedy hitam yang sukar saya nak lupakan. Tiba2 saya kena marah dengan abang saya di khalayak ramai. L cikgu salmah! Unforgettable! Cikgu sejarah yang telah Berjaya mengubah sikap saya pada matapelajaran tersebut. Siapa sangka daripada gagal ujian 1 terus dapat A berjela sampai SPM. Msa form4 selalu gagal sejarah dengan lukisan kejuruteraan. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah cikgu salmah merubah segalanya! Nak menguap kat kelas dia pun takut! Menguap tutup mulut pun kena cubit. Aduhai. Pembetulan stiap periksa pula memang mendera. Satu soalan 50kali ulang. Tak muntah ke macam tu? Lagi kena bayar rm5 sebab gagal. Gagal kali kedua rm10. Dahla saya ni mak bapak jauh di johor, mana nak ada duet banyak2 untuk bayar denda gagal ni. Jadi, setiap kali sebelum tidur saya akan minta seseorang untuk cerita kat saya topic yang lepas2. Tak sanggup den nak gagal…..! cikgu fadzilah LK. Cikgu yang lemah lembut, sabar, kemas.. 
“cikgu, saya nak drop subjek ni.T_T” 
Saya pernah cakap macam ni kat cikgu tu. Tapi dia ckap tak boleh,ini subjek asas untuk budak2 sekolah teknik. Berapa kali saya stress dgn subjek ni. Imiginasi rendah. Paling susah isometric dengan oblique. Ortografik juga yg senang. Board LK saya berapa kali kena lempar kat loker dorm. Pernah saya balik sekolah tak makan, terus naik dorm, panjat katil (double deck) then nanges. Stress! Dengan litar tak function, LK tak faham.. SPM tinggal sebulan. Cikgu amizah yang menenangkan. “ada masa lagi. Belajar lagi. Buat latihan lagi.”  Cikgu norhayati fizik.  “dia ni banyak berhujah dengan saya waktu kelas.” Cikgu mengadu kat ayah masa graduasi. Ampun maaf cikgu, saya budak yang curious! Cikgu norizan math moden. Cikgu ni tak sayang kitorang sangat. Selalu bangga dengan budak kejuruteraan awam 1 dia.. tak heran la, kitorang disayangi Moga! (pengetua) cikgu badariah English yang selalu busy.. ustazah hafizah pendidikan islam yang memperkenalkan gerakan arkam dimalaysia kepada saya.. hahaha…

Saya terhutang budi sangat kepada insan2 ini! Tak lupa! Madam Tan lee lean cikgu addmath masa form 4. The only cikgu yang menangis untuk saya masa graduasi. The only cikgu yang penah menangis dalam dakapan saya.

Terakhir dan terpenting, buat pengetua sekolah saya, Mohammad Ghazali bin harun. (Moga) terima kasih atas segala usaha yang dijalankan untuk membentuk kami menjadi insan yang berguna!saya bangga jadi BRIOTS-ian


2 comments:

D'Fadzr said...

best! seronok! enjoy! penulisan dan kenangannyerrrr....(bila aku nk start menulis balik nih???!sejak kawin tertutup sume diary idupku)

GMS said...

hahaha... sumpah enjoy! cuma tak masuk konspirasi ko ngan abg putra seludup henset aku je kat post ni.. ahahaha... form 4 seludup. naik form 5, SENIOR YEAR, takde seludupnya, sedingin bayu di pantai je aku bawa henset balik asrama.

Followers