Friday, May 25, 2012

Musykilah terakhir

bismillahirramanirrahim



“ akak, saya ada masalah la.. besar sangat. Sedih pula saya mengenang ni halaqah terakhir kita bersama. Sape la sanggup nak take care saya..”
“adik akak.. kenapa ni? inshaAllah terakhir di dunia, kalau nak lagi, kita boleh request kat syurga kan. Takpe la, nanti masuk IPT halaqah mate lain pula. Baru bertambah warna warni tarbiyyah.”
“itu la.. semoga dapat terus kekal dengan tarbiyyah. Akak, ada musykilah ni.”
“apa dia?”

“saya ada rapat dengan seorang budak laki ni. Budak maktab dulu. Dia baik, alim. Hensem. Selalu ingatkan saya buat benda baik. Tadi kan, akak cakap tak boleh berhubung dgn lelaki tanpa keperluan. So, kalau case saya ni excluded tak?”

“kenapa kena exclude?”

“sebab kami buat benda baik. Org beriman laki-laki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain kan?saling memperingatkan. Memperkuatkan..”

“amboi salah guna dalil ni! Awak da takde murabbiyah atau halaqah mate ke utk di minta peringatan?”

“ala akak…takkan tak boleh…abes tu nak kena stop ke?”

“yes. Immediately. Tak yah reply da sms2 dia. Lagi bagus kalau awak beri penjelasan kat dia prinsip awak.”

“kalau dia call?”

“campak henset dalam baldi air! Kidding! Reject  je atau buat  tak tau.”

“tapi kak.. dia baik, alim, mampu bimbing saya, susah tau nak dapat lelaki camni sekarang.. sayang pula nak lepaskan.. “

“awak ni gayanya macam da ready je nak nikah. Jangan langkah bendul ea. Akak saman nanti!”

“haha.. saya bersedia da untuk menikah lepas habis belajar.”

“bertahun lagi tu! Awak ni baru je nak daftar foundation. Jauh lagi nak grad. Maknanya, awak kena lupakan je lelaki baik tu.”

“tapi kak…”

“dia baik, hensem, putih, mata bulat.”

“akak!”

“awak! Awk ni…, awak da pasti ke kat dunia ni tiada dah lelaki lain yg sebaik dia? Awak yakin ke dengan awak meneruskan hubugan ngan dia ni, memang komfem akan sampai ke jinjang pelamin? Berapa ramai orang yang bercinta dari sekolah menengah sampai grad masuk U, sudahnya putus di tengah jalan. Buang masa dah 8 tahun bercinta cintun berjiwang karat bagai, membazir duit beli bear ngan coklat utk pujuk merajuk. Sudahnya, tak menjadi jugak.”

“abes tu dah memang takde jodoh kak, bukannya kita boleh control.”

“well, back to you la statement tu.  Awak pasti ea dia jodoh awak? Kalau bukan macam mana? Buang masa je layan dia padahal kita boleh buat banyak lagi benda lain daripada layan call n sms dia.”

“sebab saya tak tahu la saya usaha kak.. siapa tahu masa depan kita.”

“so, ni usaha la? Aduhai, usaha tu sebenarnya bukan usaha untuk awak mengenali dia, menjadi terbaik di mata dia. Tapi, usaha yang sebenar tu adalah, awak usaha untuk solehahkan diri awak, menjadi terbaik di sisi Allah. Allah kan adil, lelaki yang baik untuk perempuan yg baik ape…”

“…..”

“awak.. perjalanan awak ni panjang lagi tau. Masih ramai lagi lelaki kat luar tu yang macam2 pattern. Awak baru lepas sekolah, Nampak dia je. Ni nanti nak sambung kat UIA, ha lagi la ramai lelaki2 yang soleh penampilannya. Akak nak awak pegang satu je, kalau betul dialah jodoh awak yang tertulis di Lauhul Mahfuz, sama ada awak pernah kenal atau tak dengan dia, kenal sekejap atau lama, bahkan mungkin tak pernah bercakap pun sama sekali, tapi kalau dia jodoh yang Allah tetapkan untuk awak, maka dialah yang jadi jodoh awak.”

“sama ada kenal atau tak, kalau memang Allah da tetapkan dia untuk saya, kalau saya tak bercinta dengan dia pun, pasti dia yang tetap akan menjadi jodoh saya. Kan kak?”

“ya. Awak sangat cepat faham bab2 hati dan perasaan ni. Bagus!”

“so, kak, apa yang patut saya buat sekarang?”

“stop sebarang perhubungan sms, email, call, fb dengan dia. Block je dia kat fb. Hehe. Supaya nikmat bercinta lepas nikah tu lebih indah. Then, tambahkan lagi kecintaan awak pada Allah. Penuhkan hati dengan cinta Allah sebelum kita berani meletak sesiapa untuk memenuhi ruang hati kita. Kalau masih belum dapat benar2 mencintai Allah, jangan cemari hati kita dgn cinta yang tak halal macam ni.”

“syukran, jzkk kak… “

“waiyyaki.. akak sayang awak!”

“saya sayang akak lebih lagi! Akak ni musykilah org sebelah sebenarnya, tapi dia malu nak Tanya. Saya tanyakan untuk dia.”

“akak tau. Sebab akak kenal awak.”

9 comments:

Inspector Saahab said...

nice :')

teruskan berkongsi cerita ikhwah akhawat untuk diambil ibrah :)

syadid. that's the key

GMS said...

syadid? i take that as a compliment anyway. :) thank for reading.

Inspector Saahab said...

wokeh :)
feel free to hit me back :)
sounds desperate aint it? 0,0

GMS said...

where's the fire? :) bueno inpector saahab. i'd read your blog. make a new post then.

Inspector Saahab said...

hahaha. am indulging myself with holidays so no sweat,will try to update at least once in two days :)

jazakillah for the support :)

Nurul said...

woaha, ni musykilah orang sebelah?

what? huhu.

memang comel

GMS said...

haha.. musykilah adik yang duduk di sebelah adik yang bercerita ni. kawan dia.. baru join halaqah lebih kurang 3kali kot. hee.. dorg mmg comel sgt!! sekarang ni, i'm sickly miss them.. T__T.. sume nya jauh... adik yg bercerita ni la lagi jauh.. nk fly ke egypt september ni. ant tolong jagakan dia utk ana ley? dia kata dia akan buat degree kat iskandariah kalau x silap... jauh x dari mansourah?

Nurul said...

ni citer betul la ni, org sebelah mintak tanyakan musykilah. so sweeet. hehe.

jauh gak, 3 jam dari mansoura. dgr kabar, ada org lain jgk yg ke alex?

GMS said...

90% betul ana ada modified sikit2 supaya capai objektif penulisan.ngeh3

oo..jauh ea...hahaha..sape yang khabar? ana pun x tau. yg ana tau adik ana ni je.

Followers