kepada anda yang telah lama atau baru sahaja memulakan cuti semester, tahniah diucapkan kerana telah mengakhiri semester ini dengan final exam yang bukan sedikit tenaga yang dikuras. tahniah! Semalam exam terakhir saya berakhir jam 1130 pagi. instrumentation proses. rasanya kamilah hero yang sebenar. hehe kerana kamilah yang memulakan pertempuran ini dan kami jua yang mengakhirkannya. Tempoh lebih 2minggu untuk final exam sem ini. Semakin menuju paper terakhir semakin sunyi utm... mana taknya utm akan bercuti secara rasminya pada ahad ini 22 jan 2012 hingga 19february 2012.
TAHNIAH!
kepada abang saya, muhammad ridzuan kerana lulus interview KPLI-JQAF dan akan mula mendaftar sebagai di sebagai guru tak lama lagi! hah the first in the family jadi cikgu.. seingat saya daripada saya kecil, tak pernah saya terfikir nak jadi cikgu. sebab saya rasa sekolah tak best. Tahniah iwan! dan lebih2 tahniah lagi sebab dapat buat training kat melaka.. wakakakaka! jadi orang melaka la anda!hahaha...neway, nanti kita boleh jenjalan sama2 tym wiken!
TAHNIAH!
buat adik2 yang sudah memulakan sesi persekolahan. berpindah ke sekolah asrama penuh atau asrama x penuh. tahniah kepada adik saya, abid an naji kerana mempelajari maths dan sains dalam bahasa melayu. kesian.. dari darjah 1 sampai form3 belajar dlm bahasa inggeris tiba2 naik form4 perlu tukar pula. saya masih ingat ketika dia berusia 9tahun, darjah tiga. dengan lancarnya membaca sifir 2 hingga 5 dalam bahasa inggeris. terkesima saya yang ketika itu berada di tingkatan 3! kalau suruh saya baca sifir 6 dalam bahasa inggeris pada ketika itu juga pasti kantoi dengan si kecik tu.
TAHNIAH!
Kepada diri saya kerana telah pun mencecah usia 21tahun pada 30disember yang lepas. alhamdulillah.Tak sangka sudah tuwenti plas plas.. "shinju dah daftar nak mengundi ke?".. soalan daripada ayah. Huh. Saya bersikap non partisan ya inche ayah! Menyambut ulangtahun diatas bas. Bukak2 mata tengok henset 4 missed call, 15 messages. pelik. kenapa ni? org yg sama ke? open message, n tara!! bufday sendiri rupanya.. maklum la mamai.. bangun tido tak ingat apa.. sms paling istimewa daripada anak halaqoh... music yang sangat menyentuh. terharu dengan gubahan yang special utk saya. hehe. alfu syukron ukhti! Tak lupa juga adik saya, insyirah yang tak sabar memberi cenderahati dari kejauhan.
insyirah emailkan gambar ni pada 30 disember 2011 lalu. sweet kan? cheewt cangat!
okeh tahniah kepada anda semua yang mencapai kejayaan2 lainnya. okeh ni saya menumpang online di tempat kerja bonda..baru lepas jog..okeh wassalam.