Monday, May 14, 2012

Camior forever

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah selesai satu konferens di kawasan perkhemahan yang sangat osemmnessss! Seronok dapat jumpa akhwat yang lama dan baru, merubat rindu, bertukar cerita. Saling mengukuhkan iman diatas setipis keimanan yang ada. Satu perkara yang secara peribadi, saya merasakan sangat penting untuk memastikan kita teguh di jalan Allah ini adalah, menghadiri program2 tarbiyyah di luar kampus. Saya sangat merasakan tamparannya dalam program kali ini walaupun function saya dan team dalam program ni kecik je. Kesibukan menyusun proposal dan thesis untuk projek sarjana muda (PSM) betul2 buat jiwa kacau. Lagi pula sem ni ada PBL. memang kacau. ada dalam sebulan juga saya tertinggal program2 di luar kampus sementara teammates saya yang lain semakin gemuk dengan semngat dgn kefahaman tentang dakwah dan tarbiyyah! jeles betul melihat perkembangan mereka sedangkan saya tersangkut kat kerja2 yang menimbun ni. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya menghadiri konferens yang baru sahaja berakhir petang tadi. Setelah saya goreng2 dan ayat2 supervisor, yeeayyy!!! dapat pergi dauroh!! Berlima sekereta menuju ke selangor jam 6.30 ptg kot. Hampir pukul 1.30 pagi baru sampai ke tempat program. Saya merasakan kelainan pada journey kali 

UKHWAHFILLAH KOOL!!

Saya ni kalau tersesat atau map yang diberikan tak betul memang sesedap oren je saya akan marah orang yang ada dalam kereta. Inilah salah satu perkara yang masih saya cuba untuk atasi. Padahal orang dalam kereta tu tak salah apapun. Alhamdulillah perjalanan baru ni, saya diuji lagi. Dah pukul 12am, kami masih terkapai2 tak jumpe signboard ke daerah yg di maksudkan. Syaitonirrojim dah mula cucuk, darah da menggelegak. Tapi, tak sempat saya marah lagi, baru keluarkan aura puting beliung tiba2 terus lenyap puting beliung tu dengan  nasihat daripada teammates di seat belakang. "akak, orang beriman kan penyabar. innallaha ma'sshobirin." walaupun anda mungkin biasa dengar kata2 sperti ni, (saya pun) tapi mungkin keikhlasan hati dan tindakan selanjutnya tu membuatkan syaitan hantuk kepala kat dinding sebab tak jadi buat saya marah! (woah hyper kot) Lepas cakap macam tu, terus dia bercerita segala tok nenek tanaman dan kenangannya di kampung. Saya pun kalau dah dengar org bercerita mmg fokus. So, fokus saya berjaya dikwal oleh akhwat yg OSEM! ternyata anda sangat mengenali saya dan pandai menganalisa saya! tahniah kepada anda. Allah... mana la nak dapat kawan yang macam ni. Ingatkan kita bila kita menyimpang sikit dari jalan lurus, nak sama2 masuk syurga... Best kan bila di tarbiyyah!

I'M HIKING!

Slot masuk hutan ala2 PLKN. Tapi seingat saya masa saya PLKN di desaru dulu tak lah seteruk ni rintangannya! Ekceli bukan teruk, tapi mencabar. Allah.. Paling best pak cik yang handle kami, minta kami berbaiah sebelum masuk hutan. BAI'AH! Tersimpul urat saya, tiba2 pakcik ni nak bai'ah bagai... tapi bai'ah simple je. Dilarang bercekak pinggang sepanjang trekking, sape cekak pinggang ketuk ketampi sekali. Tapi, apa yang saya lihat di sebalik perkara ini adalah sesuatu yg sangat luar biasa. Kejujuran adalah perkara yang hampir tiada di kalangan umat ini. Tapi, betapa kerana sebuah sumpah setia yg da di lafazkan, walaupun pakcik dan krew2 nya tak nampak, tapi kami tetap menghukum diri sendiri bila sedar diri da bercekak pinggang. Hampir semua akhwat. Ada tu yang ditegur then, tak nak buat tapi lepas cakap sekali je, "jujur dengan diri sendiri ukhti" terus buat ketuk ketampi.. Allah bersihnya la hati adik2 ni.. Rempuh halangan sepanjang trekking ni memang merembeskan peluh tak kira jantina da! baju memang da tak rupa baju, kasut masing2 bertukar jadi but lepas dah masuk selut separas lutut. Masuk lumpur, panjat tanah yg 90 darjah kecerunan, cari jalan sendiri tanpa ada marshall yg jaga kat check point. hanya bunyi wisel sebagai panduan, masuk terowong dlm keadaan berjalan itik, (terowong ni ok lagi) last masuk terowong yang macam sampah!!! (paling tak tahan terowong ni! nak muntah kejap!) busuk, air deras, pastu kena jalan macam komando kena lalu bawah kawat duri. anda boleh bayangkan? eyyewww!! Saya dah mula bersu'uzhon dengan pakcik yang sengaja memberikan arahan tu. Keluar je terowong tu tudung macam nak tanggal dek kerana air deras yang menolak. cepat2 keluar dari tempat yang teruk tu! pastu pergi ke checkpoint seterusnya. "lepas ni apa pula pakcik?" muka da merah, kaki da buat tap dancing menandakan meter kesabaran semakin menurun. "ikut laluan ni pergi kat depan sana. ada sungai. bersihkan diri kat situ. Last." ringkas.

SYURGA DAN KENIKMATANNYA

 Saya dengan mata bersinar terus berlari ke arah yang dimaksudkan, da tak pandang kiri kanan terus lari... gedebush!!! masuk dalam sungai yang subhanallah indah. Air bersih, tak macam sungai yg kami lalui sepanjang treking. Sejuk sangat2. Baca ma'tsurat dalam air sampai terketar2... sejukkkkkk... tapi best.  Hilang rasanya semua kepenatan dan rasa sakit hati sepnjnag merempuh halangan. *senyum sampai telinga* Allah.. baru je dapat sungai dunia.. Tak la hebat mana pun nak banding dengan syurga.. Kat syurga sungai susu, sungai madu, sungai yang suci.. kata teammates "Allahu akbar.. tak sabarnya nak masuk syurga..." bergetar hati saya dengar.TERSENTAK!. Dada yang riang ria ribena jumpe sungai mula sesak dan sebak.. Time baca ma'tsurat tgh2 sungai dalam keadaan berbaring sambil memandang langit, hati mmg da sebak sangat.

 "allahumma anta robbi lailaha illa anta kholaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastatho'tu. 'adzubika min syarrima shona'tu abu ulaka bi nikmatika 'alayya wa abu u bidzanbi faghfirliy faiinahu la yaghfiru zunuba illa ant."

Pecah tangisan kami. Menghabiskan ma'tsurat dengan sedu sedan. jarang dpt buat macam ni. Jarang dapat peluang untuk penghayatan seperti ini. Sayang sangat kat teammates, kat akhwat semuanya! Nak mandi manda lagi sama2 lepas ni.. tapi kat syurga... T_T

subhanallah. Segalanya indah bila Allah menjadi tujuan dan tumpuan. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas peluang ini. Doakan saya dan kita semua terus kuat untuk memenuhi segala peluang utk berkonferens!

kenapa camior? sebenarnya tu coklat beryls yg saya sgt suka dari form5 lagi! masih ada di pasaran dan saya masih mencintai coklat ni! premis 1: saya sangat cintakan camior.    premis 2: tarbiyyah itu sama macam camior!  conclude: saya cintakan tarbiyyah!!

Thursday, May 10, 2012

behind the velvet sky

bismillahirramanirrahim


you maybe see she smiling, but deep in her heart she was crying
you maybe think that her life is full of cherish but in fact it was devastating

she would be never be as strong that you think
she would be never be as cold-heartless as you always see

the tears rolling down and nobody would see it
keep it alone and none should knew it

dear, you are a human being
crying is not a criminal
cry at my shoulder
let it all out

you have me after all
can't you see from my eyes that i'll never leave you
can't you feel that my smile is transmitting "you need me dear"

everything gonna be better
you gotta be honest..
to yourself of course
you had wrongly took an action
and it's now ruined out your life
jeopardize your soul

but!

you'd knew it now
where everything was started
and now, you know where should you go
what should you do next
 i pray that Allah would always guide you and me till
we both holding hands to jannah!


Tuesday, April 17, 2012

la advena

bismillahirramanirrahim

"assalamualaikum, ibu yaya dah sampai kat jeti sekarang. lagi 30minit sampai terminal bas."

"ok2. ibu on the way ke sana. Tapi ibu lewat sikit tau nak beli barang sikit."

"ok bu. assalamualaikum."

suraya melihat jam di tangan kirinya, 8.05pagi."dhuha dulu la nanti" getus hatinya.

__________________________________

"yaya kenapa tak angkat call ibu tadi?"

"yaya tengah solat tadi, henfon silent. tak perasan pun ibu call"

"solat? tadi bas tak berenti solat subuh ke?"

"ahh..berenti. yaya.. ah..ape tu...urmm,..solat dhuha."

"oh takpe la macam tu. ibu tunggu tadi."

"ibu cakap ibu lewat cikit, tu yang yaya dhuha kejap. sorry bu.."

"takde apela, ibu tunggu 5minit je pun."

___________________________________

"dah balik pun org jauh!"

"abang! cuti jugak ke hari ni bang?ingatkan ibu je yang amek cuti..wah speselnya aku!"

"perasan la ko! sape nak tolong ibu masak? ko tu kejap lagi nak membuta kan? abang la kena take over kat dapur."

"aku tak cakap aku nak tidur pun. aku memang berazam nak tolong ibu pun hari ni. puas dah 9jam tidur dlm bas.."

"ceh, dah berubah..!bagus..."

yaya menyusun langkah ke biliknya diikuti dengan daniel yang menolong mengusung beberapa barang miliknya. Daniel menyedari satu pemandangan yang aneh dihadapannya.

"yaya...sejak bila ko pakai stokin ni?"

"ah.. ala biar la nak pakai apa pun!"

"ko ni apa2 je la.." setelah semuanya diletakkan ditepi katil, mereka berdua menuju ke dapur

______________________________________________

"yaya nak tolong ibu ke?"

"ye ibu, bagi banyak2 kerja siket kat dia bu" Daniel menjawab tanpa dipinta

"tak kesah..boleh je" satu cubitan hinggap di pinggang daniel.

"sakit la ngek!" tawa memenuhi ruang kecil itu. ibu menggeleng kepala. Ibu mencapai segelas teh.

"ibu!! ah, ustaz yaya cakap, nabi ajar minum tangan kanan baru berkah air yang kita minum."

"ok.. yaya ni ibu tengok macam dah lain."

"mana ada bu...yaya dah lama tak balik kot tu yang ibu rasa lain..padahal sama je."

____________________________________________________

usai solat maghrib yaya mencapai quran pink kesayangannya. Lembar diselak ke tempat yang sedang dibaca minggu itu. sayup2 kedengaran suaranya melantunkan ayat suci alquran. Satu juzuk dihabiskan sebelum azan isyak berkumandang. Seharian dia tidak sempat membaca quran dek kerana kesibukan menolong ibu dan menemaninya ke pelbagai tempat.

begitulah yang terjadi hingga hari keempat percutiannya.

"yaya, ibu ni."ibu menegetuk pintu

"masuk la bu." quran di zip. dia bingkas menuju ke arah katil dan duduk di sebelah ibu.

"rajin yaya baca quran sekarang. ibu rasa setiap hari yaya baca quran sejak balik dari cuti aritu."

"alhamdulillah ibu..Yaya pun dah lama tinggal quran sejak khatam masa form1 dulu. Ni baru sempat nak baca lagi"

"haah. Ibu pun sejuk hati" senyuman terukir pada seraut wajah senja itu. "yaya kat UTHM buat apa je?" ibu menyambung.

"belajar je la.. hujung minggu outing macam biasa kalau ada duit dan ada mood."

"tu je? takde buat benda lain?"

"takde la bu.. tak sempat nak buat benda lain. Belajar je dah buat hidup tak cukup tanah nak berjalan bu! ibu ingat yaya ada boypren ea?"

"bagusla kalau takde. Lega ibu." kerisauannya masih bersisa. Dihatinya sarat dengan persoalan tentang perubahan anak gadis tunggalnya itu.

"ibu jangan risau la. Yaya pandai jaga diri dan maruah keluarga inshaAllah"

"Ingat selalu tu. maruah diri dan keluarga. Ni ibu nak ajak pergi rumah maklang sabtu ni, kak hajar kamu nak kahwin."

"ye ke? tapi sabtu yaya kena balik UTHM da bu."

"kita pergi pagi la ke perak tu. nnt ibu hantar kamu ke pekan gopeng, naik bas kat sana."

"ok set!"

__________________________________________________

riuh rendah di majlis perkahwinan. meriah. Namun, yaya tetap tidak menikmati keindahan dan kemeriahan majlis itu. Hatinya memberontak. Jengkel melihat gadis2 yang bersukaria karaoke di meja DJ. Lagu2 yang diputarkan sepanjang keberadaanya di situ langsung tidak membina iman. Dia yang sudah selesai menjamu selera berjalan ke satu sudut. ibunya entah kemana, lesap tiba2. maklum la sekali sekala jumpe sedara mara. meja hujung menjadi pilihan. kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di kerusi biru itu. Tas tangannya di buka. Dia mengeluarkan pinky kesayangannya. Perlahan2 dia melantunkan ayat suci al quran disitu. hingar bingar sekeliling tidak dipeduli. tiba2;

"yaya! ko buat apa ni?malu la kat orang!"

"abang! ko ni buat aku terkejut je! nak malu apa?aku buat apa?"

"ni kan kenduri kawen. yang ko tiba2 nak mengaji kat sini kenapa? buat tebiat btol. malu je org tengok."

"apesal pulak kena malu? tu yang dok menggedik kat meja DJ tu ko taknak tegur? tu lagi memalukan!" yaya menunjuk ke arah gadis2 yang dari tadi masih lagi berkaraoke meski suara mereka menyesakkan pembuluh darah orang yang mendengar.

"biarlah dorang. nama pun kenduri kawen. adat la ada org karaoke. ko ni da simpan2. jom masuk rumah" yaya mengalah dan dia menurut sahaja abangnya yang telah menarik tangannya.

moral: antara ibu, abang,, (keluarga) dan Allah, mana yang akan kita perlu utamakan? (9:24)
-biasa terjadi dalam kita nak mencari kebaikan org yg plg kita sayang adalah org yg paling kuat menghalang kita. jadi, kita perlu kuat. Doakan mereka dan mulakan dakwah family anda dari sekarang! jangan tunggu nak cuti sem baru nak start. nanti anda akan terduduk jika mereka gunakan kuasa veto mereka ke atas anda , seorang anak atau adik.
-biarlah org nak kata kita ni pelik ke ape ke, yang penting kita tau kenapa kita lakukan perkara "pelik" tu. kita faham kenapa kita lakukannya.

islam itu datang secara dagang (asing) dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang yang ghuraba'(asing) itu.




Wednesday, March 21, 2012

yang benar tu pahit

bismillahirramanirrahim

salam. bz ke weh?

w.slm.. aku memang 24jam bz.. tapi pandai curi masa inshaAllah. Kenapa long?

puyus la ko! bajet mcm menteri pulak..hahaha.. ko da makan?

ada aku kesah? :P malas la nak makan.. dah 3hari aku makan nasi.. naik berat aq weh..

oh.. bagus la diet2. jgn lupe jog. ko tu kat utm tak jog ke? study ok?

study? urmm.. ntah.. ok kot.. macam biasala..

pakwe ok?

mane ada pakwe!

hahaha.. ko ni kan ea.. bosan betol. cari la bf.. nanti senang nak kemana2.. belajar pun ada org nk tlg. ye ke ko ni takde pakwe?

malas ah nak buang masa

nerd!

kuang ajo!

hahaha.. weh, ko mmg takde pakwe or baru clash?

ko ni long, tu la tak concern pasal aq... aq da tak buat la mende2 ni lagi.. da lama stop.. xnak buat da...

ko bebel apa? pakwe je pun,.bukan ngedar dadah ke ape..

couple haram dowh

----

----

5min kemudian,

long, ko kenapa senyap tibe2?

siti sarah is offline


perbualan terhenti di situ. tengah seronok2 bercerita tiba2 offline. along terasa hati ke? along...


_____________________________________________


"sudah hampir 2minggu along tak call, xsms..online kat fb tapi x reply chat.. along terasa hati btol ni.. aku sampaikan benda yang aku yakini benar long.. tak boleh ke ko faham.. Kenapa la aku cakap macam tu kat dia.. tapi, kalau tak cakap, takkan aku nak sembunyikan je kebenaran tu? layan je kemaksiatan dengan dia. padahal selemah-lemah iman tu membenci kemaksiatan dgn hati. kalau aku pun layan gak dia cerita pasal bf dia bla bla, bermakna aku redho la dengan kemaksiatan yang dia buat.

tapi..

bila aku buat macam ni, mengatakan pahitnya sebuah kebenaran pada dia, tiba2 dia dah tak nak layan aku.. tak nak contact aku. Salah ke apa yang aku tengah buat sekarang?"

monolog seorang adik. lama dia termenung dihadapan netbooknya. majalah sinergi edisi 7 yang baru dibeli dengan seseorang yang tiba2 mengetuk pintu biliknya tadi dicapai. rubrik sirah menjadi tumpuan.

"kerana itu janganlah anda dekati orang itu., jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata-katanya. ini kerana jika dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. perkataanya dapat memisahkan anak dan bapa, merenggangkan saudara sesama saudara dan menceraikan suami isteri."


serangkap kata2 yang perlahan menembusi hatinya. seakan Allah sedang memujuk hatinya yang kesedihan. Sirah Thufail bin Amr terus ditelusuri hingga ke akhirnya. Semakin dibaca semakin berat hatinya dek kerana sebab yang memenuhi rasa. Di perenggan yang terakhir hatinya tak tertahan lagi. air matanya tak dapat di bendung lagi. Dia merasa begitu semangat dan terkesan dengan keazaman dan pengorbanan seorang Thufail bin Amr. Esakan memenuhi ruang bilik single itu.

InshaAllah apa yang aku buat ini betul. Rasulullah dan para sahabat juga pernah mengalami perkara yang sama dalam menegakkan sebuah kebenaran. Satu hakikat yang akan pasti terjadi apabila kita menyampaikan sebuah kebenaran;

merenggangkan saudara sesama saudara 

mungkin buat masa ni, aku perlu mengorbankan sedikit emosi dan kesabaran aku.. satu hari nanti kebenaran akan tersingkap. Redho Allah yang ku buru walau manusia mencemuh. Yang merenggangkan kita adalah kesempurnaan iman dan aqidah. Aku berazam, ko akan jadi macam aku one day along!



Monday, March 12, 2012

tarbiyyah itu gojes!

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah setakat ini mampu bernafas bersama tarbiyyah. Walaupun diuji dengan batuk dan selesema yang sudah berlarutan selama 2minggu, namun vitamin tarbiyyah berjaya menjadi satu sistem imunisasi buat saya! Kesibukan pada DnT tidak saya tinggalkan hanya kerana selesema yang tak seberapa. Dalam tarbiyyah macam2 vitamin yang saya dapat. Vitamin ukhwah, dauroh, halaqah dan lain2 lagi sarana tarbiyyah. Stress dengan belajar, saya tutup buku pastu buat DnT. Osem hidup saya! alhamdulillah dah lengkap rasanya. :)

tamparan GIGA 2012 masih terasa. sesuai dengan namanya, impak dari program ini sungguh giga! SUPREME.  Saya gembira melihat integrasi semua akhwat. Terhibur melihat warna sebenar mereka. heee...  Saya percaya semua kita mampu untuk memberi momentum yang lebih hebat lagi pada tarbiyyah ini!

untuk apa kita berada pada gerabak dakwah ini? jika sekadar mahu menjadi penumpang silakan anda utk tazkiyatun nafs. Kita perlu buat sesuatu. Keupayaan gerabak ini tak  sebanding dengan jalan yang perlu dilaluinya. Kita tak mampu menampung banyak penumpang daripada penyumbang.

GIGA dalam kerinduan..

Followers