Monday, August 23, 2010

di pertengahan ramadhan ini..

bismillahirramanirrahim
alhamdulillah wa syukr liLLah..hari ini da masuk 13 ramadhan..hampir memasuki pertengahan ramadhan dlm 2 hari lagi.. bagaimana ramdhan kalian tahun ini? hari ini shinju nk mengembalikan nostalgia silam lebih kurang dua tahun lepas..
Tersebutlah sebuah kisah perjalanan hidup shinju bersama-sama beberapa org sahabat yg sama2 ditarbiyyah di kolej Matrikulasi kedah..signifikan sungguh nama ni..Masjid Khulafa'ul Rasyidin pula sarat dgn memorabilia tercetusnya ukhwah dikalangan kami..indahnya persahabatan yg bermula di rumah Allah itu..oleh krn kolej kediaman kitorg xde surau, maka pelajar2 sume byk bertumpu di masjid utk solat berjemaah, study, discussion n etc..
selama berada di penghujung sem1 di KMK, kami byk dilibatkan dgn program2 tarbiyyah di lua kolej..tambahan pula kala itu adalah hari2 terakhir sebelum kedatangan ramadhan..kami dipersiapkan dgn persiapan yg sgt mantap utk mengahadapi bulan ramadhan..yg mana pada umur sebelum2nya shinju xpna terfikir utk mempersiapkan diri utk ramadhan, persiapan iman, fizikal dan segala aspek tarbiyyah. selama ni shinju hanya mempersiapkan diri, utk aidilfitri..bli baju baru, bli biskut raya, bli kasut..segala apa la yg biasa dilakukan utk beraya..klu nk puasa pula, kumpul lagu2 raya, bli kad raya...utk tambah smngat nk raya dibulan ramadhan..seakan akan ramadhan itu tidak bermakna..signifikannya ramadhan adalah aidilfitri akn menjelang.
namun, segalanya mula berubah di KMK...

"shinju lepas ni buat la baju puasa pula. asek baju raya je.."
"shinju ramadhan universiti tarbiyyah..jom kita grad dgn cemerlang!"
"shinju seminggu lagi nk pose, jom g cari kurma..?"


antara dialog2 akhawat suatu ketika dahulu..shinju xsuka mkn kurma. tiba2 diajak cari kurma seminggu lebih awal! tapi shinju xmnolak..syg akhwat la katakan..tapi bile da byk g daurah before ramadhan tu, alhamdulillah sedikit sbyk da suke la makan kurma skg..shinju masih igt ada dlm satu pengisian tu pengisi tu kata,
"diceritakan dlm satu hadis bahawa barangsiapa yg masuk bulan ramadhan peribadinya sedemikian dan keluar sahaja bulan ramadhan, peribadinya sedemikian jua atau bahkan lebih teruk, maka puasanya tidak lain hanyalah mendapat lapar dan dahaga.."

sedih shinju...sedih sgt...sbb da berapa tahun puasa tapi sejauh mana ramadhan tu berjaya mendidik kita? apakah bermakna puasa shinju slama 14tahun ni hanya sia2? hanya dapat lapar dan dahaga?? mana tidaknya, shinju belajar sampai darjah khas. bicara ttg aurat, shinju amat memahaminya..tapi....hanya sekadar faham secara teori...di medan amal, lingkup! saban tahun masalah aurat semakin kritikal..sehinggalah Allah mentakdirkan shinju ke KMK. alhamdulillah shinju bertemu dgn kwn2 yg sedar dan ingin berubah. kami benar2 memanfaatkan bulan ramadhan itu utk mengumpul segenap kekuatan utk berubah..sehingga akhirnya, bukak semester 2, kami semua akhwat membuat transformasi diri..alhamduliLLah Allah membuka hati kami utk benar2 mematuhi perintahnya dlm menutup aurat dgn sempurna..transformasi diri tersebut sgt bermakna..hingga sekarang alhamduliLLah masih diberi kekuatan utk istiqamah memakai tudung labuh..dari tudung bawal yg berselimpang, kini dgn jilbab yg lebih selamat dan mendamaikan jiwa..
wahai saudariku yg tercinta, ketahuilah sesungguhnya kewajipan menutup aurat bg wanita itu merupakan satu penghargaan drpd Allah kpd insan bernama perempuan. perhatikanlah dalam suran An Nur ayat ke 30-31.
dlam ayat 30, allah memerintahkan kaum adam utk menjaga pandangan dan maruah mereka. seterusnya dlm ayat ke 31, Allah  memerintahkan kaum hawa pula utk buat prkara yg sama dan kemudian dgn sifat penyayangNya, Dia meneruskan lagi dlm ayt tersebut, memberi guideline kpd kaum hawa bagaimana harus mereka berbuat utk menjaga maruah mereka yg akhirnya akan memberi manfaat kepada wanita jua..istimewa sungguh insan bergelar wanita!krn diberi spesifikasi sedemikian. kaum adam seharusnya cemburu bukan? lihatlah! betapa Allah benar menyayangimu..dia ingin menjagamu dan memeliharamu dari tercalarnya maruahmu..
sebuah anlaogi:
dlm satu pertandingan explorace, dua kumpulan sdg bersaing utk sampai ke satu check point. kemudian kumpulan lelaki tiba terlebih dahulu di checkpoint tersebut. kmudian penjaga checkpoint memberi kad yg mengandungi nama destinasi checkpoint setrusnya. tanpa sepatah bicara, kumpulan lelaki tersebut meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya. beberapa minit kemudian, kumpulan wanita tiba di checpoint yg pertama tadi..lalu penjaga yg sama memberi kad yg mengandungi isi yg sama spt kumpulan lelaki sebentar tadi. selepas itu, tanpa ditanya-tanya, penjaga checkpoint itu memberitahu kpd kumpulan permpuan tersebut jln yg harus mereka lalui, kenderaan yg perlu mereka naiki dan beberapa tanda2 yg penting spnjg trek menuju ke destinasi checkpoint terakhir itu. nah! lihatlah skarang siapa yg lebih beruntung? perjalanan kumpulan manakah yg akn jadi lebih mudah? dan siapakah sewajarnya yg akn sampai terlebih dahulu? jawapannya, pastinya kumpulan wanita tersebut..
wahai saudariku, terimalah sebuah penghargaan dari Allah yg sgt tinggi dan istimewa nilainya kepadamu..peliharalah auratmu,peliharalah pandanganmu, peliharalah maruahmu...jika seseorg itu memberi kpd kita, secara logiknya, kita harus menerima bukan? penghargaan ini dari tuhanmu..terimalah penghargaan ini dgn penuh kesyukuran dan keredhaan..

Tuesday, August 10, 2010

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL???

bismillahirramanirrahim
assalamualaikum buat pembaca GMS.. ape ye agaknya jawapan bagi tajuk entri kali ini? siapakah dia? inshaAllah pastinya seseorg yg bergelar suami. dialah pemilk cintaku setelah Allah dan rasul.. actually ini tajuk buku karya fatimah syarha mohd noordin. penulis dan kini seorg pensyarah di UM.beberapa minggu lepas ada sorg akhwat yg pinjamkan buku tu pada shinju..lama juga shinju simpan utk mulakan bacaan dek kerana kesempitan waktu. tapi alhamduliLLah, buku tu sgt menarik dan shinju sgt teruja dapat menghabiskannya dlm masa dua hari..shinju ni ssh sikit kalau nk abeskan baca buku..pada entri kali ini shinju nk berkongsi pengajaran yg shinu dpt dari buku tu. pertama kali baca shinju rasa seronoknya jadi qani'ah! Allah menganugerahkannya utk merasai nikmat mencinta dan dicintai lelaki selepas menikah..perasaan yg suci dan disalur melalui jalan yg diredhai..cinta fitrah yg ada dlm semua manusia..terutamnya cinta kepada sesama manusia. tanpa dipupuk cinta tu tetap terbit dihati..buktinya, kita mencintai ibu dan ayah kita..dan kita xpenah diajar utk mencintai mereka spt mana kita perlu belajar mengenal Allah utk mencintaiNya. cinta pada ayah dan ibu tu sesuatu yg sgt lumrah dan janggal andai ada yg xmencintai keduanya..masakan tidak, merka berdualah yg byk menanggung kesusahan dan keperitan hidup semata2 utk melihat kita berjaya dan bahagia...

berbalik kepada  buku tersebut, qani'ah diilustrasikan dlm buku ini sbg seorg yg menjaga soal hati. betapa dia sgt yakin terhadap ketentuan Allah. dia benar2 meletakkan setinggi2 tawakal kepada Allah utk menentukan jodohnya.tidak dibiarkan hatinya utk hanyut dgn cinta lelaki yg tidak suci walaupn telah ada pinangan buatnya, namun dia tetap mengutamakan Allah dan soal membuat pilihan. Redha Allah adalah matlamat hidup yg digenggam utuh. hanya suami yg benar2 meletakkan Allah sbg yg pling utama dlm segala hal mampu memimpinnya utk meraih redha Allah hingga ke penghujung hayat. maka, qani'ah menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah. biarlah Allah menentukan pasangan hidup yg terbaik buat dirinya. janji Allah tertancap utuh di sanubari
"..laki2 yg baik utk perempuan2 yg baik.." (24:26)
jika kita mahu suami yg soleh, zuriat yg soleh dan solehah, nah! ini masanya utk kita berusaha mendapatkannya. bentuklah akhlak dan peribadi kita spt mana akhlak dan peribadi bakal suami dan zuriat yg kita inginkan. jika kita mahu suami dan zuriat yg taat kpd Allah, ibu dan ayah, tinggi luhur budi dsb, maka kita dahululah yg perlu mnjadi spt itu.. buktinya jelas spt yg termaktub dlm dalil diatas.(24:26) Allah menjanjikan utk memberikan pasangan yg setaraf kpd hamba2Nya. Allah xpenah menyalahi janjiNya..yakinlah! penuhilah hati kita dgn cinta Khaliq sebelum kita mahu memuatkan secebis cinta utk makhluq. nescaya! cinta Allah itu tidak akan pernah mengecewakan.
bila seseorg itu mencintai Allah, Allah jua mencintainya dan dicampakkan jua rasa cinta itu kepada malaikat. bermakna, malaikat jua mencintai kita. namun, jika Allah membenci kita akibat dari kemurkaanNya yg kita pancing, maka Allah akn mencampakkan rasa benci itu kepada malaikat dan seluruh manusia. bererti bukan hanya malaikat, bahkan manusia jua membenci kita! na'udzubiLLah.. ayuhlah kita sucikan hati kita dari noda dan dosa.. raihlah cinta Allah yg tiada penghujungnya dan tiada kekecewaan padanya..ayuh sucikan hati! sucikanlah dgn airmata taubat..taubat yg sebenarnya.. sedarilah, Allah adalah tumpuan cinta kita..

Wednesday, July 14, 2010

kenapa saya tak ber'couple'??-part2-

bismillahirramanirrahim
alhadulillah..dpt mencoret sedikit di GMS ni utk peringatan kpd diri sendiri sebenarnya..ye la, blog kita, pastinya yg utamanya, dituju kpd diri sendiri..semalam, dlm bilik air shinju mula terpikir, yg rasanya tajuk ni mcm ada kekurangan sikit. shinju rasa patut jadi camni, "kenapa saya tidak lagi ber'couple' "?? camni baru btol kot..shinju pun manusia yg Allah kurniakn perasaan utk menyayangi dan disayangi. dan shinju juga pernah tersesat dlm mencurah perasaan ingin disayangi tu.. tapi atas rahmat dan kehendak Allah, shinju akhirnya dapat menerima bahawa couple itu haram. mkn masa gak nk terima..mcm2 hujah shinju minta pada naqibah(ketua usrah) dan shinju mmg seorg yg suka berdebat dan suka pertahankn hujah sendiri walau diri ini tau apa yg nk ditegakkan dari hujah2 shinju tu batil. tapi bila debat, asek kena shoot yg ayt quran, hadis then, xbole lawan la. yg benar tetap benar. berhadapan dgn hujah yg tiada keraguan padanya jadi, shinju akur...cari la jln nk hentikan budaya couple tu. dan akhirnya, alhamdulillah sudah mendapat keberhasilan! jika shinju boleh, anda juga pasti bole!  baiklah, dlm kesempitan ruang waktu yg ada ni shinju nk share ttg kesan bercouple dlm konteks kita sbg seorg student

satu hari, Imam Syafii ketika masih menuntut ilmu pernah mengeluh kepada gurunya. “Wahai Guru. Mengapa ilmu yg sedang kukaji ini susah sekali memahami dan bahkan cepat lupa?” Sang guru menjawab “Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yg bening dan bersih.” bererti ilmu itu tak akan menerangi hati yg keruh dan banyak maksiatnya. kalau hati kita bersih ia ibarat gelas yg bersih diisi dgn air yg bening. Setitik cahaya pun akan mampu menerangi seisi gelas. Walhasil bila kita menginginkan ilmu yg bisa menjadi ladang amal shalih maka usahakanlah ketika menimba hati kita selalu dalam keadaan bersih. hati yg bersih adl hati yg terbebas dari ketamakan terhadap urusan dunia dan tak pernah digunakan utk menzhalimi sesama. Semakin hati bersih kita akan semakin dipekakan oleh Allah untuk bisa mendapatkan ilmu yg bermamfaat. darimana pun ilmu itu datangnya. Disamping itu kita pun akan diberi kesanggupan utk menolak segala sesuatu yang akan membawa mudharat. maka, oleh kerana itu, jika ingin senang utk mendapat dan memahami ilmu, jauhilah perbuatan2 maksiat. dosa yg setitik mampu memberi kerosakan yg teruk pada hati. ibaratnya, jika kita menuang nila setitik ke dalam susu yg putih bersih, maka tidak dapat tidak susu itu akn berubah keseluruhannya menjadi biru. tapi bila kita tuangkan susu setitik kedalam nila, hampir tiada lgsg perubahan pada nila. sekian dulu..bersambung inshaAllah...

Monday, July 12, 2010

kenapa saya tak ber'couple'??

bismillahirramanirrahim
aha! pa kaba sume? da lama nk tulis entri ni tapi hasrat xkesampaian sehingga hari ini dan detik ini baru shinju diberi sedikit nikmat kesempatan utk menulis ttg ni..  bosan ek asek dgr pasal couple je..asal bicara tttg couple, org mesti banned habis2san punye..lagi2 shinju..sgt syadid(keras) dlm isu ini. kenapa? sebab ini melibatkn ibadah kita pada Allah. alhamdulillah sejak mula ditarbiyah(dididik dgn ajaran islam sbnar) hingga saat ini Allah al-wadud(Maha mencintai) masih tetap memalingkan hati shinju dari perbuatan ini. kenapa shinju xber'couple' hujah utamanya adalah dalil (17:32) "dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan satu jalan yg buruk." ramai yg maklum ttg ayat ni...dan perkataan mendekati yg di highlightkan tu pun rasanya ramai dah fham..xpe la bak kata bijak pandai, pengulangan adalah rahsia kecedasan..-pepatah sape ni??-

tahukah anda bahawa setiap dari ank adam itu tak jauh dari perlakuan zina..sabda junjungan besar, Muhammad bin abdullah,
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
nah! benarkan? setiap kita xjauh dari perlakuan zina. dan zina yg paling dekat dgn  kita adalah zina hati..yg mana fenomena ni biasanya terjadi bila kita admire pada seseorg, lalu sntiasa menghayalkannya, kemudian timbul keinginan utk berkenalan (dan kenal pastu biasanya mesti couple kn!) dan lebih dahsyat lagi bila kita mula menggambar-gambarkan auratnya! naudzubillah! -hati2 wahai kaum2 adam. rambut wanita itu aurat! segala apa yg zahir pd wanita itu adalah aurat kecuali muka dan telapak tangannya-
itu lebih mengetahui ulasan ttg zina hati klik di sini  ! ha fahamilah dgn mata hati. jangan terlalu emosi.. -peace for ummah!-

ok skg da bole terima dan faham ke kenapa shinju x ber'couple'? alasan utamanya adalah pengharamannya jelas melalui dalil 17:32 dan penghuraian dari hadis di atas. di bawah hukum hudud, jenayah zina adalah dikenakan 100 sebatan bagi yg belum berkahwin dan direjam dgn batu bagi yg sudah berkahwin! jadi korang yg masih bercouple, maka selayaknya di sebat 100kali tu...sebab apa? bukan ke bercouple itu menjurus kepada segala zina2 yg dinyatakan dlm hadis diatas? mula2 calling2, (zina telinga dan hati) pastu dating2 (zina kaki dan mata,maybe tgn skali) klau syaitan yg berpenglaman beratus juta tahun dlm meggoda manusia tu berjaya memggoda korang, maka terjadilah zina yg terbesar, iaitu zina le..ada paham?? korg rasa mcm x mungkin je blaku kn zina terbesar ni..ye la dia tu baik, nk korg jadi bini dia n pape je janji2 manis..tapi wahai kaum hawa sekalian, sedarlah yg namanya lelaki itu hny dianugerahkan satu shj nafsu iaitu nafsu utk ***********. jadi, wahai saudariku sekalian! ayuh buka hati dan mata, jgn hanya membuka nafsu berhati-hati dgn yg namanya lelaki. bkn xpenah baca srt kabar, seorg ustaz rogol pelajar, ayh rogol ank, atuk rogol cucu..atuk yg da nk sirna tu pun masih punya nafsu seserakah tu..xkan la org2 yg masih muda mcm balak2 korg tu lagi ok kot? -yg muda lebih bertenaga- dan ustaz pn bole rogol ank dara org, xkn balak2 korg yg solat pn hujung2 wktu, batas pergaulan, aurat x terjaga..xkn xde perasaan mcm ustaz tu kot?? walaupun aku x nafikan, mungkin korg ttp juga berkeras yg pakwe a.k.a balak korg tu baik..xmcm yg shinju ckp ni..kalau betul dia baik, so minta dia putuskn hbungan couple korg yg xsuci tu. gantilah dgn sesuatu yg lebih suci dan diredhai. bila islam haramkan couple, pasti ada sessuatu jalan keluar utk menzahirkn perasaan ingin disayangi korg tu..and, the only way is nikah! jadi, menikahlah wahai saudara saudari sekalian! jgn biarkn hidup anda diselubungi dosa dan noda zina.
-to be continue...inshaAllah-

Monday, July 5, 2010

sabaRR!!

sudah update!

al kisah bermula....pada pagi tu...kami keluar menghirup udara segar..kami sedang dalam perjalanan ke trek jogging..dingin benar pagi ini. cuaca sangat mendung. kelihatannya tidak mengizinkan kami meneruskan hasrat utk berjogging pada pagi itu. perjalanan kami tangguhkan sebentar di 'temenggung'. berbual-bual dan memerhati manusia2 di sekitar berdekatan pasar tani mega kulai..
shinju: weh pearl, pe kaba2 ex-ank2 taklim aku?
pearl: sape?yg mana? sume da senyap..
shinju: weh aku rase nk sambung balik la taklim dorg..
pearl: ssh la shinju. dorg ssh nk komitmen. lagi2 epa. ko tau x dia aku rasa ada skandal ngn abg form 5..
shinju: innalillah! ye ke? then ko g la cucuk jarum tarbiyah..tu kan kawan baik ko. abes, zu, fatin oyun, sume ok?
pearl: dorg sume ok..zu terer ad math! shinju, ko tau x sejak skola aku suh budak2 KAA pakai tudung labuhkan, aku rasa smngat la weh nk buat dkwah. sebab xrasa sorg..(slama ni adk ana je yg pkai tudung labuh)
shinju: ha bukak la taklim ko sendiri pearl kat skola ko tu. kalau ko dapat masuk asrama lagi sng pearl! aku pn mcm sng la nk masuk..dan lagi best  lagi klu aku dpt drive! ko doakan la aku lulus ea test jpj 9jul ni..(shinju berdebar-debar la plak bile sebut pasal test jpj ni..huhuhu..)
pearl: tapi ssh la shinju..aku ni byk sgt setan dalam badan! jahat tol aku ni..aku kalau nk ajak org mesti rasa malu, malas, nk istiqamah buat taklim tu aku rasa xbole la,,aku xkuat lagi mcm ko!
shinju: eh lepak je ko ni! biasa la pearl, kita kalau nk buat baik ni, mmg ada je halangan dia. kalau nk buat baik tu sng, rasanya semua org kat dunia ni baik2 kot.. lagipn kan aku pnah cite psl hadis kepayahan menyongsong syurga.
pearl: syurga tu dilingkari dgn kesusahan dan perkara2 yg xdisukai manusia..
shinju: ha tau la sey ko! dan malaikat jibril kata hampir xde manusia yg masuk syurga krn ujian spt itu....jadi nk dpat syurga mmg kena bersusah2 pearl...
**********************************************************************
ha inilah antara yg berlaku pada pagi 4julai 2010..dan amat benarlah firman Allah
" apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar danpasti mengetahui org2 yg dusta.” (29:2-3)
Pada petang itu, shinju menaiki bas dari terminal kulai ke skudai. Sesungguhnya, Allah menguji org2 yg Dia kehendaki utk melihat siapa yg bnr2 beriman dan utk menaikkan darjat keimanan seseorg. Sungguh xpnah berlaku dlm hidup shinju dpt driver bas yg kurang peka pendengarannya. 1km sebelum sampai di shell sri putri, shinju da tkn bell, then bas terus meluncur laju. Meninggalkan bus stop di situ. Sekali lagi shinju menekan bell dgn penuh rasa xpuas hati...(kemarahan membuak kembali nih!) dan dgn selamba sengal shinju diturunkn di skudai parade! Marah yg teramat menghantui dan menguasai diri!! (aku komplen nnt kt LPKP!) xtau mcm mana tiba2 ada gerakan hati yg suruh shinju bersabar..Allah nk bagi pahala sabar..shinju segera mencapai henfon dan menelefon beberapa org akhwat di HADIM namun, hampa...x angkat langsung! Kecewanya yg teramat! Terasa bagai di robek dan di pahat dgn paku2 karat pada hati ni!! Sakettnyeerr!! Kemudian shinju teringat yg hari itu adalah ahad! Jadi akhwt xkeje..segera shinju mendail no kak rita..alhamdulillah diangkt..dia pn suruh shinju jln sikit kt dpn tu..ade jejantas then seberang..amek bas kat situ...shinju akur..langkah pantas di atur..besar hajat yg  shinju  nk laksanakan di HADIM. Hajat yg merupakan tanggungjwab..dari bus stop penuh, hingga kosong,dan penuh kembali,kosong kembali,penuh kembali, shinju tunggu bas yg lalu area kangkar pulai..hampir sejam setengah menunggu..xdpt2 bas jgk..syaitan berbisik2 utk meninggalkn sahaja amanah ini..menghasut2 shinju bahawa akhwt tdk prihatin krn tiada rasa risau lgsg walaupn sejam berlalu tp shinju xsmpai2...shinju sudah xdpt menahan diri dari menangis! Air mata bertakung dan cuba dihalangan agar takungan itu tidak melimpah..segera shinju sms akhwt yg disygi di ukm...adukan rasa kekesalan ini...dan akhrnya..shinju menagis juga...tapi segera di bendung agar tidak terus tumpah! (shinju kuat!!) shinju terkenang kembali apa yg shinju perbualkan dgn adik shinju pagi tadi, - biasa la pearl, kita kalau nk buat baik ni, mmg ada je halangan dia- shinju beristighfar dan mula memujuk hati yg rawan..benarlah..shinju sdg di uji dgn apa yg shinju perkatakan..subhanllah!  indah benar tarbiyah Allah itu...dikala kita khilaf, segera di beri peringatan! Tak lama kemudian, dtg la bas ke Tmn Teratai. Shinju pn naik..dlm bas menagis gak..tangisan penyesalan..kenapa shinju xsabar? Dan terpengaruh dgn bisikan2 syaitan?
-selesai kisah penantian yg meyeksakan-
Di HADIM shinju sharing experience ni ngn akhwt..shinju mmg xpandai pendam perasaan, kalau xpuas hati, sedih, shinju mesti speak it out! Baru rasa lega..then, akhwt bagi input sikit..kak rita tanya, “jadi anti faham da ape itu maksud sabar?” shinju merasa sabar itu mmg menyakitkan sbb gnjarannya sgt besar.namun kita ttp perlu berlapang dada..bak kata seorg akhwt yg di sygi di ukm, dlm lapangan dada ada robekan jiwa...yg ana faham sabar tu lebih kurg mcm tu la..tp lain pula jawapan kak rita. Katanya “ukht, sabar itu bererti kita Manahan diri. Mmg kita rasa nk marah, nk sound sume org, tapi kita kena tahan sume tu..itu la dia sabar..” pelajaran yg bermakna buat shinju..shinju suka sangat berada berdekatan dgn akhwt...rasa syaitan tu jauh sgt dari kita..sekian...

Followers