Tuesday, October 18, 2011

sangkar yg kau kata menyekat

bismillahirramanirrahim

"harry, come here.. i will open your cage, my sister wanna play with you" latifah take out the white hamster from the cage.

"you stay inside ron! just play there with all the wheels" samiah quickly push ron and lock the cage.

Harry were quiet big than ron even they born on the same day and from same genetic. At a glance people will thought that harry is a kitten due to his fat body. but yet, still the face are differ from cat for sure!

ron rebelled from inside the cage. he play restlessly and keep noising. he was too jealous with harry. why did people love him so much?

"i am a cute hamster instead!" ron screaming deep in his heart.

after latifah and samiah played with harry, they put him back into the cage and immediately go to the kitchen as encik soleh back from work and bring home a domino's pizza. they have fun that evening.

in the cage:

ron: you are very lucky most of the time.


harry: why u say that? weren't you feel the same? you are also lucky right to be existed in this world


ron: ya ya..but that's not my point. all this while i was just trapped here. inside this luxurious cage. look at you. every day latifah will play with you. bring you out from here. i know, it was very fun right to paly out there?


harry: hahaha.. oh, it jus that.. poor you ron.. but do't worry. tonight i will get you out from this cage!


ron: are you kidding me? how?

harry quickly bite the cage door which not being locked by the 2 girls! they forgot to lock it because very excited to enjoy the pizza.

ron: i'm free now! thanx harry!


harry: i will never let you frust my friend! now, lets go! lets play all around this huge house!





the two hamster run here and there in the house until they find a box. the box is not too high. They climb it and have a look inside the box. since there were never being outside the cage without tuan, so they were not realize any dangerous they gonna face. it was a cat which was just giving birth in the box! the kitten were white and black in colour. harry and ron quickly jump into the box to play with the kitten. but the kitten were not hyperactive as they are. so, the get bored and wanna go out from the box. as they get out, the mother kitten (the cat) quickly following them and at once, harry was caught by the cat. the cat bite harry's neck and bring him inside the box. harry keep yelling to ask ron to help him! but ron couldn't do antything. he was too afraid!

Harry's scream were no longer heard. " i'm sorry harry" ron was very regret and felt guilty. quickly he ran back to the cage and get inside.

in the morning:
latifah: eh kenapa sangkar ni tak berkunci miah?
samiah: semalam kan ko yang letak harry kat dalam ni. ko la tak kunci!
latifah: lupe. eh mana si harry ni? harry! harry! yang ron ni kenapa murung je? biasanya bukan main aktif lagi! pantang bukak sangkar mesti nak keluar. ni dah bukak taknak pula dia keluar

samiah: ifa!!ni ko tk dalam kotak ni!
latifah: sarah! sarah dah beranakkk!! ramainya anak sarah..yg putih ni comel! tapi kenapa yang ni macam lain sikit?
samiah: eh ko tengok betol2, tu bukan anak kucing, tu hamster! tu harry!!! amek cepat!
latifah: miah, harry da keras...tengok ni ada kesan gigitan kat leher dia..ni mesti kerja sarahh!! sarah ni!!! panggg! amek ko! ko ingat ni anak ko ke?!
samiah: dah la.. kesian sarah. dah takdir harry pergi..takpe kita ada ron..

moral of the story: sambung nanti la...

Friday, October 14, 2011

GETIR

bismillahirramanirrahim


meninggal dalam kandungan. ibunya ditembak dan peluru menembusi janin. lebih cerita


kebodohan binatang jelmaan manusia terhadap kanak-kanak


lihatlah matanya yang memendam sekian banyak cerita duka.Forgive me my Lord.. i couldn't do anything for this little boy.


Could you take this one? think that the kids are part of your family..



bagaimana anda melihat perkara ini? apakah tindakan anda selepas ini?


buka MATA HATI anda!! Bagaimana jika kanak-kanak diatas adalah anak anda? anak saudara anda?GULINGKAN NEGARA HARAM LAGI HINA ISRAEL!






BOIKOT LAH!!ANDA MAMPUKAN?!! GUNAKAN PRODUK ALTERNATIF LAIN!


BERTUKAR KEPADA HPA! HALAL PRODUCT ALTERNATIVE. HAPUSKAN PRODUK AMERIKA. 

MAHAL?? SEMUA INI PROSES. TERUSKAN BERI SOKONGAN, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? TOLONGLAH JANGAN BERKIRA SANGAT.. PEDULI UMMAH!!!!

sHiNjU







Friday, October 7, 2011

Wanita, 9 dan 1

bismillahirramanirrahim

Pasti semua berpandangan sama apabila melihat tajuk di atas. Saya suka untuk melihat 9 dan 1 ini dari sudut pandang yang lebih menyedapkan hati saya sebagai seorang wanita. 9 emosional dan 1 rasional instead of 9nafsu dan 1akal. Seperti yang pernah dibincangkan oleh Dr Abu Muhammad sebelum saya mula menjejakkan kaki ke university 3tahun lalu dalam sebuah seminar.

Entri ini adalah sebahagian dari luahan perasaan saya selepas berhadapan dgn beberapa  insiden yg sama. Awal tahun ini, saya diuji dengan kemalangan kecil. Tapi Allah berkehendak untuk tidak mengapapakan saya. Alhamdulillah. Kemalangan yang sangat memalukan, tetapi apa yang saya ingin kaitkan dgn tajuk diatas adalah, kerap kali wanita begitu emosi. Mudah melatah bila tertimpa musibah. Kalau marah, memang bertukar jadi hijau! Suara macam amplifier, perkataan yang keluar dari mulut jangan cerita! Orang yang menerima hamburan tu tahan je la. Kenapa tindakbalas seprti ini terjadi ya dalam tubuh wanita? Ketika saya melanggar kereta seorang pak cik ni, dia memang sangat tenang. Saya ingat dia nak naik angin, tapi sebaliknya isterinya pula yang berang. Pot pet pot pet macam la kereta dia..padahal kereta laki dia. Dan masalah ini selesai dengan sangat mudah dan aman apabila kami menyelesaikannya di tempat lain, jauh dari isteri beliau. Bahkan, penyelesaian yang pak cik tu berikan lebih baik dari apa yang saya harapkan. Dah lah saya langgar dia, kemudian dia pula yang beria2 berfikir untuk tidak membebankan saya dalam usaha membaik pulih kereta beliau memandangkan saya seorang pelajar. Hairan saya, kenapa jadi macam ni? Apa rahsia lelaki hingga mereka begitu tenang apabila berhadapan dengan situasi seperti ini? Hari ini pula saya dikejutkan dengan berita kemalangan coursemate saya, dan perkara sama berlaku. Isteri kepada pakcik yang memandu kereta lebih emosi berbanding pakcik tu. Bonet depan kemek je pun, bukannya kemalangan membabitkan nyawa. Tak payahlah nak emo sangat dan mengambil kesempatan terhadap budak U yang mentah. Teman saya yang terlibat dalam kemalangan semalam di hadapan trafik light jusco adalah pelajar2 antarabangsa dari Indonesia. 
Apa yang amat saya kesalkan adalah sikap tak berhati perut makcik tersebut. RM1000 melayang macam tu sahaja hanya pada satu hari. Bukan satu bulan.

Saya amat kesal dengan tindakan makcik tersebut yang begitu memaksa. Andainya kelak makcik ada anak yang belajar dekat luar Negara dan perkara yang sama menimpa anak makcik sedangkan dia tak sengaja untuk melanggar kereta lain, apa perasaan makcik? Kawan saya tu pun perlu juga baik pulih keretanya, duit lagi! Pelajar antarabangsa, kewangan pun bukan mewah mana. Bahkan sewa kolej mereka lebih mahal daripada pelajar tempatan meskipun mereka berada di blok yang sama. RM1000 bukan sedikit, bagi seorang pelajar, RM1000 tu suduh cukup meng “heaven”kan. Kan lebih adil lagi tidak zalim jika makcik repot polis, jangan marah2, jangan paksa2, kemudian claim insurans kereta kawan saya tu. Aiseh, kereta dia insurans kot. Makcik pun boleh dpat lebih dari 1000 kalau claim insurans. Mungkin 1000 tu pun xcukup untuk kos baik pulih sepenuhnya bahagian depan kereta yang agak hancur tapi masih boleh berjalan tu. Bonet belakang kereta saya yang kemek sedikit ketika kemalangan tempoh hari pun telan kos hampir rm300 utk diketuk sahaja (tukar lampu sekali). Kalau kemek seluruhnya tu, konfem la lebih rm1000, bukankah makcik rugi dalam hal ni?

Itulah kalau kita dah ditunggang nafsu, memang jadi tak rasional. Tapi maha suci Allah, menciptakan lelaki yang sangat rasional dalam bertindak. Tenang dan tidak gelabah. Saya puji sikap lelaki yang seperti. (siapa yang menggelabah dan cepat naik angin sesungguhnya tidak termasuk)
Jadi saya menasihatkan diri saya agar tidak terburu2 dalam bertindak, kerana terburu2 itu dari syaitan dan nyata akan merugikan. Orang pun tak suka. Allah lagi la tak suka.
-sHiNju-
Ingatlah ketika lampu isyarat bertukar dari hijau ke oren, maka ketahuilah oren tanda bersedia untuk berhenti. Bukan bersedia untuk menekan minyak!

Tuesday, October 4, 2011

SUDI DITEGUR

bismillahirramanirrahim

Berapa lama anda meluangkan masa untuk membaca al-quran? Dalam tilawah anda, berapa kerap anda membaca bersama terjemahan ayat untuk menambah lagi kefahaman terhadap ayat yg anda baca? Motivasi yang terbaik seringkali datang dari dalam diri sendiri. Mungkin sebelum ini kita sudah diperingatkan, ditegur untuk meninggalkan sesuatu kemaksiatan. Tetapi, sukar untuk melakukannya sekalipun kita mengakui akan kebenaran nasihat yang telah disampaikan kepada kita. Adakalanya, kita perlu mengambil sedikit ruang untuk memahami diri dan menyedarkan diri sendiri. Bukan dilakukan oleh org lain, tetapi kita sendiri. Sumber motivasi yang terbaik adalah al-quran. Motivasi dari Allah. Kita sedar bahawa apa yang kita lakukan itu salah, tapi kita masih belum mampu utk meninggalkan kemaksiatan tu. Ketahuilah semua itu tetap dinilai. Tahu sahaja tidak mencukupi. Harus diikuti dengan amal pembuktian iman. Teruskan berusaha untuk meninggalkan kemaksiatan itu. Cari motivasi yang mampu membangun keazaman yang kuat, iaitu lah dengan kembali kepada Al-quran dan sunnah. kadang2, kita menutup kebusukan maksiat kita itu dengan kerja2 dakwah. Kita berdakwah, tapi dalam masa yang sama berikhtilath dengan lelaki secara tidak syarie. Contonhnya berbual-bual kosong hingga topik perbualan menyentuh soal hati. Haram. Kita berdakwah tapi pulun tengok maharaja lawak yang nyata lagho dan tak punya manfaat. Menjauhkan manusia dari mengingat akan dekatnya ajal mereka. Daie ke macam ni? kita menghalaqohkan org lain tapi kita sendiri skip halaqoh.

JANGAN JADI PEROSAK BARISAN DAKWAH DENGAN KEKEJIAN MAKSIAT ANDA YANG MAMPU MEROBOH BARISAN IKHWAH AKHWAT YG SEDANG BERSUNGGUH2 BERDAKWAH DI MEDAN MEREKA. 

-SHINJU-

moga Allah merahmati kita dan sentiasa memimpin kita dari tersasar..

Wednesday, September 21, 2011

SEBUAH LEGASI

bismillahirramanirrahim

tanggal 23 syawal 1432H. Masih belum terlambat utk saya mengucapkan eid mubarak kepada semua muslimeen muslimat seantero dunia! Bagaimana dgn aidilfitri anda? Amalan bersilaturrahim dari rumah ke rumah adakah masih di praktikkan? sebenarnya saya nak ulas banyak tentang apa yang dah berlaku sepanjang tak ter"update" blog ini. Apapun, inshaAllah akan diceritakan dalam post akan datang. saya tulis apa yang saya ingat je la. Pertama, saya nak cakap tentang gerakan WISH.

apakah WISH?

W: Wealth

I: Intelligent

S: Sophisticated

H: Health

sebuah legasi yang sedang dibina oleh  Dr Siti Hamidah  seorang motivator yang sangat aktif mengendalikan pelbagai kursus dan seminar berhubung KECEMERLANGAN. -ok ini sungguh tipikal.terlalu formal-

Dr siti ni adalah penasihat akademik saya di UTM bersama beberapa rakan lain. Delegasi WISH ini adalah bermatlamat utk mencapai 4flat semester ini bagi kesemua 14 peserta. Ianya inshaAllah pasti akan BOOOOMM!! doakan kami. Sebenarnya, banyak dah saya pelajari menerusi pertemuan yang diadakan tempoh hari walaupun pertemuan tu sekejap je. -ekceli lama kot, tapi saya yg dtg lmbt.**kenyit mata**


Apapun, inshaAllah dengan orientasi yang jelas, saya yakin WISH GROUP akn berjaya!

Next, saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Erma Fatimah kerana menurut saya, rekodnya dimata saya telah dibersihkan beberapa minggu yang lalu menerusi Cekerama TV3, bertajuk ohh Harammm!! setelah sepanjang bulan ramadhan rekodnya telah dihitamkan dlm diari saya menerusi drama bersiri Tahajjud Cinta. Saya bagi 4/5 la rating utk ohh haramm ni. Sangat sarat dengan pengajaran. Lagi bagus cerita ni daripada ketika cinta bertasbih part1&2!! Tak tipu! mungkin ulasan saya ini agak ketinggalan bas, sebab mungkin dah ramai ulas cite ni, apapun isinya ttp evergreen..sebab ia menyentuh hal agama, dan islam itu adalah agama yang evergreen. Ketika menonton drama tersebut saya sempat menaip di henfon saya beberapa perkara yg penting. tapi apapun, saya taip sikit je, kalau anda tonton drama ni, mungkin pengajaran yg akn anda dpt lebih dari apa yg saya tulis ni.

BERHIKMAH DALAM BERDAKWAH


Rahimi yg baru balik dari isketambola, menuntut ilmu agama di sana, menegur sekian banyak kebatilan yang terang2 dihadapannya. Tapi, usahanya utk menegakkan kebenaran tu mendapat banyak tentangan. Antaranya, ketika dia menegur org yg ber"DATING" dalam masjid, qariah masjid yang sibuk memasak bubur lambuk sedang solat asar sebentar lagi akan didirikan, menegur adik angkatnya, sharifah amani daripada berbuka bersama lelaki bukan muhrim,belajar bersama lelaki bukan muhrim, dan yang paling penting, MENUNDUKKAN PANDANGAN.

Ayah rahimi yang kurang senang dengan sikap anaknya yang menegur org lain secara direct tanpa berlapik, menasihatkan agar rahimi bersifat lebih lembut. Katanya, berdakwah ni macam tarik rambut dlm tepung. Kena slow and caution. huh. Tapi saya respek sangat dengan jawapan rahimi, Dakwah itu bermula dengan kasih sayang namun sekiranya kasih sayang tidak mampu mengubah apa-apa maka kekerasan terpaksa dilakukan.” Katanya lagi, “Sudah menjadi tanggungjawab kita menggunakan pendekatan yang keras sekiranya cara baik tidak diendahkan.” Terus terang saya katakan bahawa dakwah itu selalunya tidak sampai pada masyarakat sekarang kerana kita sibuk hendak menjaga hati namun pernahkah kita memikirkan bahawa mereka yang melakukan kemungkaran itu semakin tidak menjaga hati dan pandangan kita?


Amalan menegur perbuatan tak bermoral dikalangan masyarakat kita ni semakin asing. Bahkan, para ustaz pun tak semua yang berani menegur maksiat didepan mata. saya hairan betul, kenapa la kita ni sibuk sangat nak berlapik2 dalam percakapan, sampai tak tersampai mesej yg kita nk jelaskn pada mad'u kita dek kerana corner sana, corner sini. Why not just, be clear. Ini salah. Awak ingat, masjid ni tempat nak mengikat kasih ke? salah satu teguran rahimi ketika menjumpai sepasang remaja yang berpakaian solat sdg bersembang mesra di tepi masjid. SUMPAH RESPEK! Org pergi masjid nak beribadah, tapi dia pula amek kesempatan nak melepas rindu. haish!


DI SAAT KEBATILAN ITU DIPROMOSIKAN SECARA BESAR-BESARAN TANPA SILU DAN SEGAN, KITA PULA YANG TAKUT DAN RAGU UTK MEMPROMOSIKAN ISLAM.


Berhikmah ke kalau mesej dakwah tak sampai? 


IKHTILATH


Ini satu lagi isu yang sangat bagus! Rata2 masyarakat di Malaysia kurang memerhatikan masalah ini. Sharifah Amani adalah adik angkat rahimi yang dibela dari kecil. Maka, ada batasan aurat yang perlu dijaga. Ini masalah yang kurang diberi perhatian. Hanya adik susuan sahaja yang tiada masalah aurat. Jadi, bukanlah rahimi itu bersikap terlalu syadid, tapi dia menjaga maruahnya dan agamanya. hey!


Kemudian, berbuka puasa bersama rakan. Memang sangat dianjurkan utk kita ni makan secara berjemaah. Ramai2, lebih berkat. Tapi, tak boleh bersama dengan bukan muhrim. Apatah lagi duduk semeja! 2 lelaki dan 2 perempuan satu meja. Siang penat berpuasa, malam menghabiskan pahala puasa. Saya puji tindakan rahimi yang mengarahkan adiknya pulang terus ke rumah, menaiki teksi, bukan membonceng motosikal bersamanya. Walaupun pada awalnya amani berkeras juga untuk tidak menurut dengan alasan, dia dah dapat izin mak nak makan dengan kawan2. 


Ketaatan itu pada siapa dulu ya? Mak atau Allah? Cakap siapa yang kita nak patuh, Mak atau Allah? jangan kerana kita, terfitnah ibu bapa kita ke neraka.


 Perkara yg sama juga berlaku ketika amani membawa pulang rakan sekuliahnya, lelaki ke rumah utk studi bersama. Rahimi apalagi bila nampak adiknya berdua sahaja di meja makan, terus dihalaunya budak lelaki tadi dan paling best bila lelaki tu minta maaf kat rahimi, dia membalas, "MINTA MAAF PADA ALLAH. KAMU BALIK, BUAT SOLAT TAUBAT." Sekali lagi amani menentang, "apa masalah abang? org dah mintak izin mak nak bawak dia belajar kat cni. kitorg bukan duduk dalam bilik. Ini tempat umum bang." terus masuk bilik. 


saya pelik betul la. Dulu org berdating di tempat sunyi kerana malu kalau org lain nampak. tapi, sekarang org berdating di tempat umum. adoyai, tanpa segan silu bermaksiat dihadapan umum. Mak rahimi pulak, dengan tak boleh blahnya, tegur jugak rahimi, "mi, kamu ni jangan keras sangat dgn adik kamu, untung dia nak berkawan depan kita. Kamu suka kalau dia buat benda2 tak elok belakang kita?" aduhai mak rahimi. mak saya pun marah dgn sikap mak rahimi ni. bonda kata, "kalau dah kat depan kita dah berani bawak jantan balik rumah, belakang kita apatah lagi!" terbaik la bonda!!


KEIMANAN 


Ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat mencuit hati dan menambat hati, ditambah dgn mesej yg vavavum membuatkan anda sentap ketika menontonnya. "nah depsosit rm500 utk langsir ni." kata mak rahimi kepada tukang jahit yg datang dirumahnya bagi persiapan hari raya. Dengan lemah lembut, rahimi menyentap ibu dan penonton dengan jawapannya, mama, kenapa langsir je yang mama perbaharui, iman kita ni tak pula mama terfikir utk baharukan. Langsir yang ada ni pun elok lagi, kalau duit langsir ni mama sedekah atau infaqkan kan lebih baik. SENTAPKAN?! bonda pun sentap..hehehe. pastu, macam nak mengahalau ramdhan je buka lagu raya dlm bulan puasa..bla bla bla..


DON'T PLAY WITH SUNNAH!!


Saya suka lagu apa dah jadi yang diubah suai dlm cite ni. Ada part yg last tu, siang puasa tapi mlm tak buat solat terawih, pastu ada suara latar cakap, "ala sunat je!!!" adoyai, yang sunnah tu la kita kena jaga kan? kenapa meringankan perkara sunnah? pandang separuh mata je. bila cakap pasal sunnah, maka kita sandarkan pada siapa? RASULULLAH SAW kan? Kata mengaku umat muhammad tapi bab sunnah, tak nak pula ikut. ikut sunnah2 yg boleh untungkan dia je. cthnya, meminta agar di maafkan sbb nabi pun maafkn umat, meminta nk kawin lagi sebab nabi pun menikah lebih dari 1. Solat terawih setahun sekali je. Dalam bulan ramadhan je. Grab la peluang. Saya puji perjuangan rahimi dalam mendakwahi keluarganya. 


PERHIASAN DUNIA.CAUTION! MUSLIMAH AHEAD


Sepanjang cerita ini, rahimi sangat menjaga pandangannya. Sikapnya yang suka menegur kesilapan org lain dan membuatkan farahana dan sahabatnya berpakat untuk goda rahimi dan menjatuhkannya. Tapi, keikhlasan dan ketulusan selalu menang. Rahimi sentiasa membenteng diri dia dengan menjaga diri dari senjata terampuh di dunia, iaitu mata. pandangan mata selalunya jatuh ke nafsu. Jadi bila bercakap dengan farhana, dia selalu tutup pandangannya. Hingga akhirnya, farhana juga yang pada asalnya kurang senang dgn sikap rahimi yg asek mengharamkan semua benda, menjadi faham dan bersetuju dengan rahimi. "dah mmg betul pun apa yg dia cakap. memang benda tu salahkan, takkan nak kata halal jugak?!" dialog rita rudaini atau, farhana yang dah terpesona dgn akhlak rahimi.


Tapi yg tak bestnya, bila farhana ni da bertukar perasaan daripada benci kepada suka terhadap rahimi, dia dgn honest menyatakan perasaan itu dihadapan rahimi. "awat?org yang pakai serban ni tak da hati ka?memang tak kenal cinta ka? kami suka hang pa. hang pa suka kami dak?" dengan gugup dan segera agkt kaki, rahimi menjawab, "maha suci Allah pencipta cinta dan maha mencintai farhana..astaghfirullah.. astaghfirullah..subhanallah..." vrrroooom!! terus pecut motor.


Lelaki ni memang kuat. Kalau berlawan secara fizikal memang susah la nak kalah. Tapi, aduhai senangnya lah lelaki ni nk kalah dgn wanita. Senang ditundukkan oleh wanita. Sedang org yg warak pun boleh tersungkur ke neraka krn wanita. Jadi nasihat saya buat dri sendiri, kalau anda suka atau ada feeling sayang pada seseorang lelaki, maka tolonglah pendam. Itu kan satu jihad. melawan nafsu. Kasihan pada iman lelaki yang anda admire itu kerana ia mampu terrosakkan oleh luahan anda itu. Macam dalam cerita ohh haramm ni. "ya, Allah farhana, mengapa engkau sungguh menggoda" aduhai.. kesian kan? hilang zuq nak beribadah sebab hati dah beri pada dunia. Cinta menyerang sesiapa sahaja. Jadi pandai2 anda menimbang perasaan anda. adakah itu cinta atau nafsu?


Kerana sebuah luahan perasaan, prinsip tergoyahkan. Dia tak bagi adik dia makan dgn lelaki, tapi dia sendiri pergi bazaar ramadan dengan farhana dan anknya. kan. tengok tengok! urrmmm... senang cite jangan main perasaan lama2. Kita manusia, wajar je ada rasa suka, kasih, admire kat yg berlainan jenis. itu memang fitrah. Tapi jangan jadikan fitrah ini satu fitnah! Jangan melamun lama2, dah sedar cepat2 istighfar dan berazam tak nak buat lagi da! saya akui ianya sukar, tapi inilah yang termudah dlm route to heaven. Syurga Allah kan mahal..


terima kasih juga buat penulis skrip yang superb utk drma ni.


ok la sampai sini dulu. tahniah kepada saya kerana sudah menulis kembali.









Followers