Friday, October 29, 2010

ya Allah didiklah aku..

apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji? (al-ankabut:2)
begitulah firman Allah. iman seseorang itu di buktikan melalui sejauh mana ia melalui segala ujian yg diberikan kepada Allah. Tika diawal pentarbiyyahan, murabbiyah selalu ingatkan tentang ayat ni. setiap manusia akan diuji. mereka diuji seseuai dgn tahap keimanan dan kefahamannya. setelah dimuhasabah, saya menjadi tersentak! betapa sebenarnya Allah telah menguji segala ilmu dan sejauh mana kefahaman saya terhadap ilmu yang telah saya pelajari... jika di universiti, para pelajar di uji kefahamannya dengan quizzes, tests, final exam and etc. begitu jua Allah. Allah menguji segala ilmu yang saya xdapat dalam lecture( dapat dalam halaqah) dengan segala kejadian disekeliling saya. Allah jua menguji setiap ap yang kita katakan. dan hendaknya kita cakap serupa bikin. seperti mana Allah mengingatkan dalam firmannya,
 "wahai org2 yg berimn, mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan. (As-saaf:2-3)"


kedua-dua firman Allah ini sangat berkait rapat. dlm surah al-ankabut Allah berfirman, Allah akan menguji manusia sesuai dengan kimanannya. kemudia diikuti pula dgn surah As-saaf yg kemudiannya Alah mengingatkan manusia bahawa Allah sgt membenci org yang tahu tentang sesuatu ilmu tetapi tidak beramal dengannya.
* untuk meneruskan membaca anda harus tahu maksud ikhtilath= percampuran antara lelaki dan wanita

bila saya di ajar tentang ikhtilath ketika di matrix, agak lama juga untuk saya memahami dan menerimanya, tetapi berkat kesabaran dan keazaman murabbiyah serta halaqah mate yang sama2 berazam untuk memperbaiki diri, AlhamduliLLah saya dapat meraih kefahaman itu. saya sangat faham kenapa tak boleh utk kita ber"sms"dgn lelaki ajnabi. (sms hal2 yg remeh) sebelumnya, ketika di sekolah teknik, ada seorg classmate saya yg pernah bwa satu artikel ttg zina. dan dlm artikel tu ada menyatakan bahawa lelaki dan perempuan xboleh saling berbalas sms krn itu satu zina. dgn segala ketidakfahaman dan ketidakpuashatian saya terhadap classmate saya tu, saya pun tny pada ustzah apakah benar apa yg tertulis dlm artikel tu? (kerana masa sekolah dlu saya menanggap sms dgn lelaki adalah prkara yg biasa.walaupn sms pkra yg remeh2.) lalu ustazah pn jawab ye! memang tersentap! kemudian saya tanya lagi minta kepastian, jawapannya beliau ttp sama. -ya-  kemudian saya minta penjelasan. tetapi tidak dijelas dan diulas dgn baik dari ustazah. jadi, oleh kerana x faham, maka saya teruskan jua. sampai la saya di tarbiyyah di matrix dan di ajar tentang ikhtilath dan difahamkan dgn sefaham-fahamnya, maka saya pon berazam utk stop msg dgn abg agkt,exclassmate yg sy sgt rapat, kawan2 lelaki yang biasa2 yang lain. dan ex cikgu mekanikal di sekolah teknik. tidak lama selepas saya memahami ttg ikhtilath itu, saya di uji dgn kehadiran ex classmate saya secara tiba2. x tahu bagaimana dia bole dapat no telefon saya. padahal waktu tu saya dah tukar no telefon. mungkin dari kenalan2 perempuan yg lain. dan kehadirannya sgt mengejutkan saya kerana saya x sangka dia juga berada di kedah. saya rasa sangat bersalah bila setiap kali menjawab panggilan2 darinya. tapi saya tetap tidak menahan diri dari menjawabnya walaupun saya tahu apa yg saya buat tu salah. sehinggalah akhirnya kasih sayang Allah terzahir. bila mana pada suatu hari ktika saya sedang berbual dengannya dlm telefon, datanglah halaqah mate saya ke bilik...-kantoi sudah-  setelah usai saya berbual ditelefon, sahabat saya yg tercinta tu pun tanya, siapakah gerangan yg menelefon tadi..maka, saya pn jawab kawan. dia pun meneka, "kawan lelaki ea?"saya pn dengan segala perasaan bersalah dan tanpa berselindung menjawab ye. ada riak kecewa diwajahnya tika itu. kemudian dia mengingatkan saya tentang ilmu yg dipelajari dlm halaqah bebrapa mggu sebelumnya. tentang ikhtilath. saya hanya berdiam sahaja dan mendengarkan sahaja segala mutiara hikmah yg dibicarakan sahabat saya itu  dengan rahmat dan kasih sayang Allah,saya kembali disedarkan oleh sahabat saya itu. nyatalah ya Allah, bahawa Kau amat menyayangiku...tak dibiarkan aku hanyut dlm kemaksiatan yang kulakukan sepengetahuanku. sejak itu, saya sangat syadid ttg ikhtilath. pernah sekali di matrix saya di"group"kan dengan lelaki untuk mini projek subjek english. untunglah saya dpat team members perempuan yang juga xsuka untuk banyak berinteraksi dengan lelaki. jadi kami sgt melimitkan diskusi2 diluar waktu kelas. dan kalau ada diskusi ketika waktu kelas, saya xpandang sedikit pun wajah pelajar lelaki yg sekumpulan dgn saya. kecuali jika tiba giliran utk saya bercakap dlm kumpulan. jadi terpkse tgk. (eye contact la kononnye) sebagai org yg sgt2 baru dlm mengenali islam, pada waktu itu saya memang sgt menjaga pergaulan, dan pemandangan saya. seboleh mungkin saya elakkan dari bertentang mata atau bercakap dgn lelaki.
dan kini tatkala berada di universiti, saya tidak boleh lagi mengelak dari kerap berinteraksi dgn lelaki sama ada secara lisan atau maya krn banyak perkara yang perlu dilakukan bersama. -grup discussion- kefahaman saya diuji lagi dan saya harus memperdalami lagi ilmu tentang ini. ada muamalat yg dibenarkan untuk berlakunya ikhtilath dlm satu majlis.  moga Allah melindungi saya dari kejahatan syaitan dan memelihara hati saya dari tercemar. ya Allah pelihara hatiku dari titik2 hitam yang mencemar. ya Allah tambahkanlah ilmuku dan kefahamnku serta berilah aku kekuatan untuk beramal dengannya,...to be continue..

3 comments:

adeq said...

jaga kuat tarbiyyah kita ukht..semoga ant kuat..kita memang x akan terlepas dari percampuran kerana inilah dunia yang dijadikan leaki dan wanita..cuma bagaimana cara kita menendalikan..

ana sem ini seringkali dikaitkan dengan kehadiran lelaki..untuk pelajaran..bayangkan berdua dalam satu kajian amali.giloss hape??tapi dalam suasana ramai la..dan kadang2 memerlukan ana untuk memanggil..

but to b remembred treat them in a profesional way..kerana kamu insan ditarbiah..

by the way,x tahu la kalau akhwta nampak seolah ana lanjan je layan laki..nope x pernah melayan ~ melainkan urusan kerja dan tidak akan terlepas jika partner bertanya "eh ko dari mana tadi..ko dah makan ke..ko itu ko ini.."..bak kata m ana kalau dia tanya jawab je la..s long s x meleweh..

dr. mujahidah said...

ukhti.. ilmu dan kefahaman kita akan diuji untuk kita melihat sejauh mana kita mempraktikkannya..

Unknown said...

adeq: benar ape yg anti cakap..dunia ni diciptakan laki dan permpuan..tambah pula dgn kondisi zaman skg yg sgt sukar utk mengelak dari berurusan dgn berlainan jantina. walau apa pn keadaanya, tetap la jaga iffah dirmu...
dr mujahidah: jazakillah ukht. benar stiap apa jua ilmu kita akan diuji..

Followers