Sunday, May 20, 2012

Nak masuk ikut pintu mana??

bismillahirramanirrahim

" peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Penjagaya malaikat yang kasar dan keras yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [at-tahrim:6]

Alhamdulillah setakat sekarang ayah dan ibu saya tidak lagi menghalang saya mengikuti program2 dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, bila saya bawa adik2 saya sekali pun mereka tak kesah. Saya tak tahu mereka tak kesah atau sudah malas nak kesah. ^_^  Al maklum saya ni kolerik. Keras kepala, tak boleh dilarang.Tapi ini hanya bila bersangkut paut dengan hal dakwah. Kalau hal family, saya sangat fleksibel inshaAllah! *peace* Jika menelusuri perjalanan awal tarbiyyah saya, fokusnya ketika cuti semester, sangat mencabar. Kebanyakan program pastinya di kuala lumpur dan ke utaranya. jadi saya yang di johor pasti akan melalui satu permusafiran yang boleh tahan lama. Awal dulu, selalu juga diinterograsi layaknya seorang penjenyah sebelum dilepaskan untuk keluar rumah. Tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit saban tahun berlalu, urusan menjadi lebih mudah dengan izin Allah. Bahkan, kini saya tak segan silu lagi untuk berbincang hal ehwal dakwah bersama adik saya di hadapan kedua ibu bapa. (sirriyah tetap jaga k)

Kalau dulu warna.fm, radio rasmi singapura sentiasa mengisi ruang dapur ibu. Alhamdulillah sekarang, IKIM.fm pula menggantikan. Masih segar diingatan saya pertama kali ibu menyatakan sokongannya secara indirect kepada perkara yang saya serukan kepadanya lewat surat saya ketika saya pulang bercuti semester.

Waktu tu kami sedang on the way balik kampung di Melaka. Singgah sekejap kat Petronas. Ibu nak beli ais krim rasanya, since ibu memang selera sama dengan saya, kalau berjalan memang nak eskem atau coklat! tapi tiba2 dia berpaling dari peti ais tu. Pergi dekat rak coklat2.

bonda: [shinju] coklat ni boikot tak?

                                        
Saya: Boikot.. nestle ni. -sambil menunjuk logo nestle warna merah tu.-

bonda: Nasib baik tak beli lagi. Cari coklat yang tak boikot.

********************

Naik je kereta rasa macam nak nangis. Tak sangka rupanya selama saya di Kampus ibu sedang memahami dan mempelajari tentang isu boikot. Alhamdulillah jazakallahu khayron buat murabbiyah saya yang membekalkan saya begitu banyak video palestin dan risalah2 isu boikot dan palestin ketika di matrikulasi dulu. Perlahan-lahan, saya cuba masuk lagi jarum2 tarbiyah, waima sehingga kini saya masih mencucuk jarum tarbiyyah. kalau dulu pada ibu dan ayah fokus utamanya, tapi kini pada adik beradik yang lain juga. Saya baru mencucuk jarum a.k.a membuat jelujur. Masih belum menjahit apatah lagi menyiapkan sepersalinan baju yang indah. Saya sendiri tak dapat memastikan bila saya akan mulakan proses jahitan mesin. InshaAllah dengan bantuan akhwat2 yng ada dirumah saya ini (adik2 saya) proses akan dipercepat dengan izin Allah!

Tadi saya ada bersembang dengan Ayah, beliau main teka teki, berapa kali rasulullah tunaikan haji dan umrah sepanjang hidupnya? kami bertiga beri jawapan yang salah. Ayh beri jawapan yg sebenar akhirnya setelah kami merepek jauh. kemudian, ayah menganalisa beberapa tabiat yg tak berapa nak mengikut sunnah dikalangan org melayu. Pergi haji 5-6 kali.. sayu pula hati saya bila dengar ayah cakap pasal haji ni. -beliau dan ibu masih belum berkesempatan utk tunaikan rukun ke 5 tu T_T- Bila bercakap tentang org melayu tak ikut sunnah adik saya pula masuk tentang pengorbanan rasulullah dan para sahabat sampai islam mengusai dua pertiga dunia. Dan maha uniknya, sehingga sekarang umat islam di seluruh dunia hampir mencecah 1.6billion! 

                                        


out of the 1.6 billion

Ayah cakap, memang la ramai islam, tapi yang betul2 islam? tak sampai 20% pun. Saya pula menambah perisa, yang benar2 berdakwah? Laju je ayah sambung, tu lagi la sikit! Tabligh je buat tu. Bukan senang nak berdakwah, kena keluar 40hari, (ayah ni penah join tabligh ke muda2?) tinggalkan kerja, anak2, isteri, tak ramai orang sanggup buat. Dengan nakal, saya meninggi sedikit suara, "ayah, kalau macam tu [shinju] ni agaknya berdakwah tak?" sengaja nak memancing perhatian ibu yang khusyuk membaca, sebab dia suka cakap saya ni ikut tabligh. Dengan tak bernada ayah jawab, " [shinju] takde keluar 40hari pun. Tapi berdakwah juga lah.." Maknanya, [shinju] bukan tabligh la ayah! sebab tak ikut cara dakwah yang macam tu. eheh.. Tapi tabligh tu bagus!. Buat keje2 dakwah. Dan bukan tabligh je yah yang buat kerja2 dakwah ni. Ramai lagi. Walaupun susah tapi ramai je yang sanggup nak buat. Termasuk la anak ayah yang lemah ni. (antara dengar dan tidak).. Terus saya bangun masuk bilik air untuk berwuduk sebab dah dekat azan maghrib.

'Ainun jaariyah- mata air (syurga) yang mengalir

Saya rasa mungkin ayah terharu dan tertampar dengan beberapa perbualan kami (saya dan dua adik saya) dengannya sebelum solat maghrib tadi. Yang pastinya saya tak ceritakan sebahagian besarnya (perbulan itu) di post ini. Ketika membaca doa, tiba2 ayah menangis. Adik bongsu saya terus memegang kaki saya, memberi isyarat, pujuk ayah. Tapi saya geleng sambil menundukkan wajah. Ayah teruskan doa, dan lepas baca doa ibu bapa, ayah berdoa perlahan. Mungkin mendoakan arwah nenek, sebab ayah memang paling rapat dengan arwah.Kemudian nadanya stabil kembali, dan kemudian kembali bergetar dan menitiskan air mata kami ketika ayah membaca:

"allahummakhtim alayna bil husnil khotimah, wa takhtim alayna ya Allah... ya jabbar.. ya Ghafur.. bissu'il khotimah"

Saya tahu family saya bukanlah jenis yang sangat berfikrah. Cuma alhamdulillah, mereka mahu kepada Islam. Dan tak pernah menghalang orang2 nak buat kerja2 pembinaan islam. Ayah pun bukan geng masjid. Memang jarang pun pergi masjid untuk solat fardhu melainkan bulan ramadhan. Tapi saya tetap berharap agar satu hari nanti ayah akan rajin ke masjid. Saya sangat berharap untuk kami sekeluarga berkumpul dalam syurgaNya kelak. inshaAllah saya selagi saya bernafas, selagi saya waras, TAKKAN SESEKALI saya tinggalkan tarbiyyah ini. 

"Dan dia akan dimasukkan kedaam api neraka yang menyala-nyala. sungguh dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama kafir)" (al-insyiqaq:12-13)

Jangan tinggalkan dakwah dan tarbiyyah kerana keluarga. Jangan menjadi fitnah kepada kedua ibu bapa kita. Jika sayang mereka, berkorbanlah untuk memberi mereka kefahaman tentang tarbiyah ini. Minimum, mereka tidak lagi menghalang kita untuk keluar atas urusan dakwah dan tarbiyyah. "ayah, [shinju] nak pergi KL la esok bawa ikrimah. Ada program kat sana" ayah: berapa hari? ada duit belanja? ni duit minyak. Amek je. Awak belajar lagi, takde income. 

Alhamdulillah. Ini melalui proses yang panjang. Pengorbanan yg bukan sedikit, air mata yang bukan sedikit. Apapun, Teruskan kita ikhlas dan bekerja. IKHLAS dalam setiap amal kita. Orientasinya pastikan tak lari dari landasan yang sebenar. Kerana Allah dan redhoNya. Sekecil apa pun usaha kita, percayalah semua tu ada nilaiannya disisi Allah. Usaha yang kecil, tapi di buat dengan itqon, itu lebih utama, berbanding buat kerja grand2 tapi pekerjaan itu kosong dari keikhlasan hanya semata-mata kerana Allah.

                                         


Ayah, mummy, saya sedang belajar dan berusaha menjadi anak solehah, hamba Allah yang taat, menjadi aset berharga utk kalian. Semoga setiap amal dan gerak kerja saya, mengalir segala sahamnya buat kalian berdua yang sangat supportive dan memahami. Saya mahu menjadi aset anda sewaktu hari perhitungan. Bukan liability buat anda. 

Perkara yang menemani jenazah di alam barzakh:
1. ilmu yang bermanfaat
2. sedeqah jariah
3. doa anak yang SOLEH

Rasulullah bagi syarat untuk doa seorang anak agar sampai utk ibubapa adalah SOLEH. Kalau saya pelaku maksiat, hidup untuk dunia, mana mungkin bisa sampai doa saya buat kalian. Biarkanlah saya di jalan ini. Jangan risau dan khuatir, selagi alquran dan hadith jadi pegangan, yakinlah saya masih di bawah agama yang di redhoi Allah, Islam.

syurga ada 8 pintu. salah satu namanya birrul walidain. Untuk hamba Allah yg sangat bakti kepada kedua org tuanya. Dan nyata, tiada yg dapat kita bayar utk membalas pengorbanan ibu ayah kita dlm membesarkan kita melainkan, kita mentarbiyyah mereka dan mengajak mereka utk sama2 ke syurga..









4 comments:

Anonymous said...

subhanallah
terharu ana mbacanya.

kalau benar2 ikhlas, pasti Allah gerakkan hati org sekeliling kita, kan?

sungguh aku merindu iman itu.
aku merindu kesungguhan ketulusan dlm mengajak.
aku rindu.

moga ada waktu utk aku kembali,
memperbaiki jiwa ini,
supaya jiwa mereka yg kucintai juga terbaiki.

tuhsn, terimalah aku kembali.

Unknown said...

enonimus: Masih belum terlambat selagi nyawa belum sampai di keronkong. Cepat3 ukht! berkejar dengan waktu. Allah... pastinya Dia akan menerima ant.. Asalkan, bila ant terlanjur melakukan maksiat, lalu mencar Dia. Mohon ampun padaNya. Dan pasti Allah ampunkan. Sebab, Allah kata, Sesungguhnya dia hambaKu, dan dia tahu Dia ada Rabb utk dipohonkan keampunan.. ini hadith, matannya yg full ana tak berapa ingat. tapi point nya spt yg ana katakan.

iAllah semuanya utk Allah.

Inspector Saahab said...

this is too long T_T
i have issue with long entries but anyway i believe it is beneficial or you wont publish it in the first place ain't it ?

Unknown said...

do i care?-ok kejam punya statement-

inshaAllah i'll improve my writing. to make it short and concise. Your comment were highly appreciated. :)

Followers