bismillahirramanirrahim
Saya tak pandai bercerita. saya mungkin mempunyai permulaan yang baik tapi kebiasaannya saya gagal menyudahkan cerita saya dengan baik. Jadi, saya paparkan di sini NOTA semarak cinta rasul. kemungkinan besar nota ini akan bersiri. nantikan bagaimana jadinya nanti. al maklumlah saya ni 36.954% popular sanguine. jadi, saya mmg berkobar nak memulakan sesuatu tapi nak melaksanakan dan mengakhirkannya, huh.. berpeluh ketiak. terimalah nota pertama.......!
Gadis itu melangkah kakinya memasuki perkarangan masjid. "Subhanallah, ramainya orang". getus hatinya. tak hairanlah parking lots begitu penuh sehingga dia sendiri perlu berjalan kaki sejauh 500m semata-mata meraikan kehadiran al-fadhil ustaz muaz yang begitu popular di "tubeanda".
ustaz: mencintai rasul bukan pada hari maulid sahaja, justeru setiap hari adalah hari utk mencintai rasul. apa bukti cinta rasul?
gadis itu bermonolog: menyambung perjuangan dakwah rasul. meninggalkan segala perkara lagha dan maksiat.
usai ceramah, gadis itu pulang ke rumahnya.
jam menunjukkan 2.30pagi. jarinya masih ligat melompat2 diatas papan kekunci netbooknya. ding dong ding ding.. satu sms menembusi inboxnya. "siapa tak tido lagi ni?"
salam. muslimah yang cantik di sisi Allah adalah
1) melukis kekuatan melalui masalahnya.
2)tersenyum di saat tertekan
3)tertawa di saat hati sdg menangis
4)tabah disaat terhina
5)mempesona kerana memaafkan
6)mengasihi tanpa meminta balas.
7)bertambah kuat dalam doa n pengharapan kpd Ilahi.
selamat bertahajjud. moga awak terus kuat dan dekat dgn Allah.
sender: amir muhammad ikhwan
gadis itu tersenyum. "alhamdulillah. dah berubah agaknya." jarinya menekan kekunci tap to compose. dia mencoretkan, terima kasih atas nasihat awak. selamat bertahajjud juga. moga Allah berkahi dan rahmati kehidupan awak. SENT
# gadis dan lelaki ini tiada pertalian darah melainkan hanya saudara sesama islam.
# gadis ini telah lama memutuskan hubungan percintaan mereka 3tahun lalu, namun lelaki itu masih menghubunginya.
Semarak cinta rasul ke camni? huh!
Wednesday, January 30, 2013
Sunday, November 4, 2012
warkah zikrulmaut
bismillahirramanirrahim
Esok akan diadakan tahlil untuk almarhumah bonda saya yang
tercinta, Halimah Bt Muhammad Soleh. Hari kelapan bonda dijaga allah. Kami
adakan tahlil ini bukan kerana adat, tapi atas dasar pengetahuan kami yang masih
baru ini. Semoga pahala dari sedekah menjamu tetamu yang kami, anak2 lakukan
mengalir buat bonda. Menjadi peneman bonda di sana. Besar juga harapan kami
agar tetamu yang hadir dapat mendoakan kami sekeluarga agar kuat menghadapi
ujian ini dan paling utama, doakanlah kami menjaga anak2 yang soleh dan solehah,
menjadi aset untuk bonda dan ayahanda kami ke syurga.
Pada anda yang merasakan tahlil ini bid’ah dll, takpela saya
tak paksa anda utk dtg. Pada saya dan keluarga zikir yang di baca ketika tahlil
tu adalah antara zikir2 yang afdhal. Segala manfaat itu akan berbalik pada si
pembaca itu sendiri. Pada kami, kalau tak di buat tahlil begini, jarang orang
yg nak berinisiatif utk membacanya sendiri. Ayah saya berkali-kali pesan,
rajin2 membaca laa ilaha illallah ketika memandu dan pada bila2 masa, sebab
kalimah laa ilaha illallah itu mampu memberatkan mizan yang tingginya antara
langit dan bumi dan panjangnya dari ufuk timur hingga ufuk barat dunia. Betapa besarnya
neraca (mizan) tu, tapi powerful nya kalimah tahlil itu, mampu memberatkan
timbangan tu.
Saya nak ajak anda semua berzikir dan mengingat kematian. Kami
meniatkan pahala sedekah dari jamuan senderhana selepas tahlil itu untuk al
marhumah bonda. Kami sangat mengharapkan doa tetamu semua agar kami semua
sekeluarga menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Semoga barokah yang di
bawa tetamu menambah lagi rahmat dan ketenangan buat kami sekeluarga. Kepada sahabat2
saya, jemput datang Isnin, 5november2012 jam8.30PM ke rumah saya, no 30, Jalan
Perwira, Taman Timur, 81000 kulaijaya Johor.
Untuk pengetahuan, bonda telah dijemput Allah menghadapNya
pada 13 zulhijjah 1433H jam 3.40pm. bonda adalah ibu yang terbaik, isteri yang
terbaik dan aku memohon kepada Allah agar tempatkan bonda di tempat istirehat
yang terbaik pula.
Friday, October 5, 2012
No offences please!
bismillahirramanirrahim
Saya baru sahaja menghabiskan bacaan post yg panjang lebar
di suatu site yg popular. Penggemar blog ini pasti telah mengkhatamkannya lebih
awal daripada saya. Di sini saya nak lontarkan pandangan saya sahaja. Saya
sumpah tak pro kerajaan seperti mana sangkaan ramai orang. Saya tak cenderung
kepada mana2 parti. Saya cenderung kepada kebenaran sahaja. Siapa yang bawa
alquran dan sunnah sebagai priority dalam pemerintahannya, itu yg saya support
200%.
Sekali lagi saya nak
emphasis, ini adalah pandangan peribadi saya. Manusia biasa yang tak suka
politik yg macam *&%^% kat Malaysia
ni, but I do update dengan perkembangan politik bukan sahaja kat Malaysia tapi
kat Negara lain juga inshaAllah. Saya BUKAN BENCI POLITIK. Saya benci kekotoron
yang dipalitkan pada politik. Padahal politik itu suatu yg suci kerana ia
adalah content dalam islam. Saya hanya budak chemical engineering yang tak
sehebat budak LONDON SCHOOL OF ECONOMY atau pakar penganalisa politik mahupun
ekononomi untuk bicara soal ekonomi ni. Tapi I have my own perspective di atas
apa yg sedang atau akan berlaku pada 2013 nanti.
Saya setuju sangat dengan statement pembentangan bajet oleh
DS Najib kali ini sangat gila. Memang macam nak lingkupkan Negara in 20 years
time. Cuma, saya sebenarnya melihat pada ketika ini, betapa para daie harus
lebih berusaha keras lagi untuk menggencarkan dakwah mereka kepada masayarakat.
Daie harus jadi penyuluh, kaunselor, motivator, bahkan doctor kepada ummah.
Saya sangat berharap agar segala insentif, rebat, baucer dan segala mak alah
kesenangan yg diberikan kerajaan dapat menjadi sesuatu yg boleh memperbaiki
sosio kehidupan rakyat. Saya tak tahu macam mana, masih mencari idea. Tapi saya
sangat yakin setiap satu perkara tu akan ada benefits kalau benar saluran dan
haluannya. Yang sempat saya fikir, nanti
dapat baucer buku, saya nak beli buku banyak2, kemudian buat personal library
kat rumah baru nanti. Buku memasak, total motivation, international jewish,
fiqh, raudhatussolihin, dan macam2 lagi. Pastu nanti dah banyak general
knowledge, boleh tulis buku sendiri. Boleh
beri kesedaran dan dalam masa yg sama, menjana pendapatan di dunia dan akhirat
inshaAllah.Walaupun buat masa ni, saya tak layak lagi jadi penulis buku jauh
sekali majalah. Takpe, kalau banyak membaca, usaha, doa, tawakal, mesti
Berjaya!
Pada hemat saya, pencerahan tentang hidden agenda bajet 2013
tak perlu dihurai panjang lebar dalam site tersebut. Rasanya rakyat Malaysia ni
dah sangat mudah nak dapat maklumat daripada blog2 politik yg bersepah2 kat
alam maya ni. Saya sangat mengharapkan agar para daie blogger dapat menjadi penyuluh,
kaunselor, motivator, bahkan doctor dalam menangani krisis ini menerusi
approach tarbiyyah itu sendiri. Maksud saya, entri yg di pubish kalau boleh lebih
banyak mengupas tindakan yang harus ummah lakukan untuk mengelak daripada
perkara2 yg buruk daripada berlaku keatas Negara Malaysia yg tercinta ini daripada mengupas panjang lebar permasalahan yg dihadapi.
Tulisan kita mampu mempengaruhi pembaca. Mampu mempengaruhi cara berfikir dan kemudian tindakan mereka. Memandangkan tuan rumah site tersebut sangat
hebat penulisannya dan ramai pula follwers nya, Jadi, saya sangat mengharap entri mengenai
bajet 2013 ini harus lebih banyak menekankan tentang tindakan yang seharusnya
dilakukan oleh kita sebagai rakyat. Instead of reveal ke“setan”an agenda mana2
pihak.
Apapun, sama2 banyakkan bersyukur atas nikmat keamanan dan
subsidi2 lainnya yang akhirnya mampu membantu kita untuk lebih mendekat dengan
Allah. (kalau xde system pengurusan air yg bersih, kita semua sakit, ada x daie
yg berupaya nak berdakwah ke sana sini?) Anda nanti kalau dah dapat semua gula2 dari kerajaan tu, guna dengan baik. Guna untuk pancing redho Allah. Nak beli apa2, fikirkan kita akan mati esok, apa yang aku buat(gajet atau peralatan yg dibeli) mampu tak nak hantar aku ke syurga? Jadilah hamba Allah.
Bajet yg di bentangkan tu Cuma proposal atau sudah finalize
ea? Kalau sekadar cadangan, boleh salurkan suara rakyat menerusi medium
tertentu untuk menyatakan ketidaksetujuan kita. Tapi saya yakin yg di pertua
kat parlimen tu pasti lebih bijak lagi tidak rabun dalam menentukan masa depan
yg gemilang buat Malaysia! kalau memang dah diluluskan…daie kenalah jadi
trouble shooter utk solve problem ni sekarang dan pada masa depan.
Jangan panjangkan isu dan permasalahan. Serabutkan fikiran
dengan 1001 solusi. Letihkan badan dengan segala plan tindakan daripada solusi
yg dikenalpasti efisien.
Wednesday, October 3, 2012
Truly Madly Deeply do
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasihku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Rindu kat bonda. Ya allah rahmati kehidupan ibu, jadikan dia hamba yang kau sayangi. Selimuti tidur malamnya dengan belas kasihMu. Bonda, saya sayang bonda sangat2.!!
Tears rolling down..
Monday, October 1, 2012
Jatuh Cinta sekali lagi
bismillahirramanirrahim
Alhamdulillah jumaat baru ni sempat join mabit akhwat. Seronok dapat berprogram bersama. Terubat semua letih dan tertekan dengan cabaran yang kian membadai desawarsa ini. Biasalah, kebahagiaan dan kejayaan itu ada harga yang perlu dibayar. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.! go go!!
Saya nak kongsi satu pengajaran yang saya dapat menerusi mabit kelmarin. Tak sempat share pada hari kjadian kerana masa yang terbatas.
Untuk slot ini, kami diminta untuk berjalan berseorangan sambil mata ditutup di gelanggang netball dengan diiringi muzik dan puisi yang dibacakan oleh PIC aktiviti. Tengah-tengah saya berjalan, saya ditarik, ditolak sampai berkali-kali sehingglah saya ditarik dengan rakus sampai saya terjatuh. Duduk dan menangis. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Mungkin sebab saya rasa hopeless dan tidak berguna. Saya bangun balik dan sambung berjalan. Saya terus melangkah dengan yakin. Terlanggar kerusi saya berundur, pusing ke arah lain, terlanggar orang, saya elak dan terus melangkah lagi. Dan kemuncaknya, saya masih merasa kehangatan dan kesuper"an" penangan cinta ketika saya berjalan dengan penuh pasti dan tak semena-semena kaki saya merasa terpijak rumput dan saya telah hampir dihujung jalan rata, sedikit lagi saya nak terjun dari bukit court tersebut. Serentak dengan itu juga saya disambut oleh seseorang (PIC slot mungkin). Kedua bahu saya dipegang kemas dan dia menarik saya untuk masuk kembali ke court. Ketika itu saya rasa malu yang bukan kepalangan. Rasa jatuh cinta kembali. Anda tahu apa yang saya fikirkan saat itu?
PIC slot sangat menjaga keselamatan para peserta. Mereka sentiasa memerhatikan pergerakan setiap peserta. Mana-mana peserta yang melanggar sebarang halangan akan segera dibantu dan di alih arah ke tempat lain. Peserta yang hampir jatuh juga segera diselamatkan agar tidak jatuh dari tempat yang tinggi. Perasaan ingin menyelamatkan itu lahir kerana rasa sayang atau cinta. Kerana sayang dan cintanya PIC kepada akhwat, mereka akan sentiasa bersedia dengan metod pencegahan kemalangan. Akhwat takkan dibiarkan terluka atau tercedera. Allah..
Saya nak tanya, dari mana sumber sayang dan cinta yang lahir dalam hati sanubari akhwat tu? Jawapannya, dari Allah btol? Anda dapat lihat tak, jika manusia mampu mencintai sesama manusia dengan sebegitu hebat, pastinya cinta Allah kepada manusia jauuuhhhh lebih hebat lagi! Logik kan? sebab Allah yang cipta rasa cinta tu. Allah salur rasa cintaNya kepada kita menerusi kawan kita. Rasa cinta atau kasih sayang yang kita nikmati itu hakikatnya adalah sebuah kasih sayang daripada Allah . Manusia hanya perantara untuk kita menikmati kelembutan cinta dan kasih sayang Allah itu. Alhamdulillah Alhamdulillah... Allah masih sayang, saya dan kita semua pun pasti takkan berputus asa untuk mencintai Allah kan? hoyeah!
Satu lagi, anda lihat bagaimana telitinya para PIC slot. Tiada seorang pun peserta yang cedera walaupun berjalan dalam keadaan mata tertutup. PIC benar-benar memerhatikan gerak geri peserta. Nah! Pengawasan manusia sahaja sudah setelus dan seteliti itu, maka agaknya pengawasan Allah bagaimana? Pasti lebih dahsyat lagikan? Kalau PIC bertindak selepas berlaku pelanggaran, Allah jauh lebih hebat lagi, belum sempat belanggar, Allah dah tahu kemana kita akan tuju dan apa yang akan berlaku kepada kita selepas itu. Dari situ, saya mendapat ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Please, please know that Allah always watching over you and He is nearer than the nerve. Apa sahaja yang kita lintaskan dalam hati dan minda, apa sahaja yang kita lakukan bersendirian, berduaan atau berkumpulan, semuanya Allah saksikan! Siap pasang cctv lagi untuk tujuan dokumentasi agar di yaumul hisab kelak dapat di "play"kan semula dihadapan lautan manusia!
Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Ada orang berbuat hasad dengan kain baju saya di dalam washing machine. Moga Allah ampuni saya dan anda.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)