Monday, October 1, 2012

Jatuh Cinta sekali lagi

bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah jumaat baru ni sempat join mabit akhwat. Seronok dapat berprogram bersama. Terubat semua letih dan tertekan dengan cabaran yang kian membadai desawarsa ini. Biasalah, kebahagiaan dan kejayaan itu ada harga yang perlu dibayar. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.! go go!!

Saya nak kongsi satu pengajaran yang saya dapat menerusi mabit kelmarin. Tak sempat share pada hari kjadian kerana masa yang terbatas. 

Untuk slot ini, kami diminta untuk berjalan berseorangan sambil mata ditutup di gelanggang netball dengan diiringi muzik dan puisi yang dibacakan oleh PIC aktiviti. Tengah-tengah saya berjalan, saya ditarik, ditolak sampai berkali-kali sehingglah saya ditarik dengan rakus sampai saya terjatuh. Duduk dan menangis. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Mungkin sebab saya rasa hopeless dan tidak berguna. Saya bangun balik dan sambung berjalan. Saya terus melangkah dengan yakin. Terlanggar kerusi saya berundur, pusing ke arah lain, terlanggar orang, saya elak dan terus melangkah lagi. Dan kemuncaknya, saya masih merasa kehangatan dan kesuper"an" penangan cinta ketika saya berjalan dengan penuh pasti dan tak semena-semena kaki saya merasa terpijak rumput dan saya telah hampir dihujung jalan rata, sedikit lagi saya nak terjun dari bukit court tersebut. Serentak dengan itu juga saya disambut oleh seseorang (PIC slot mungkin). Kedua bahu saya dipegang kemas dan dia menarik saya untuk masuk kembali ke court. Ketika itu saya rasa malu yang bukan kepalangan. Rasa jatuh cinta kembali. Anda tahu apa yang saya fikirkan saat itu? 

PIC slot sangat menjaga keselamatan para peserta. Mereka sentiasa memerhatikan pergerakan setiap peserta. Mana-mana peserta yang melanggar sebarang halangan akan segera dibantu dan di alih arah ke tempat lain. Peserta yang hampir jatuh juga segera diselamatkan agar tidak jatuh dari tempat yang tinggi. Perasaan ingin menyelamatkan itu lahir kerana rasa sayang atau cinta. Kerana sayang dan cintanya PIC kepada akhwat, mereka akan sentiasa bersedia dengan metod pencegahan kemalangan. Akhwat takkan dibiarkan terluka atau tercedera. Allah..

Saya nak tanya, dari mana sumber sayang dan cinta yang lahir dalam hati sanubari akhwat tu? Jawapannya, dari Allah btol? Anda dapat lihat tak, jika manusia mampu mencintai sesama manusia dengan sebegitu hebat, pastinya cinta Allah kepada manusia jauuuhhhh lebih hebat lagi! Logik kan? sebab Allah yang cipta rasa cinta tu. Allah salur rasa cintaNya kepada kita menerusi kawan kita. Rasa cinta atau kasih sayang yang kita nikmati itu hakikatnya adalah sebuah kasih sayang daripada Allah . Manusia hanya perantara untuk kita menikmati kelembutan cinta dan kasih sayang Allah itu. Alhamdulillah Alhamdulillah... Allah masih sayang, saya dan kita semua pun pasti takkan berputus asa untuk mencintai Allah kan? hoyeah!

Satu lagi, anda lihat bagaimana telitinya para PIC slot. Tiada seorang pun peserta yang cedera walaupun berjalan dalam keadaan mata tertutup. PIC benar-benar memerhatikan gerak geri peserta. Nah! Pengawasan manusia sahaja sudah setelus dan seteliti itu, maka agaknya pengawasan Allah bagaimana? Pasti lebih dahsyat lagikan? Kalau PIC bertindak selepas berlaku pelanggaran, Allah jauh lebih hebat lagi, belum sempat belanggar, Allah dah tahu kemana kita akan tuju dan apa yang akan berlaku kepada kita selepas itu. Dari situ, saya mendapat ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Please, please know that Allah always watching over you and He is nearer than the nerve. Apa sahaja yang kita lintaskan dalam hati dan minda, apa sahaja yang kita lakukan bersendirian, berduaan atau berkumpulan, semuanya Allah saksikan! Siap pasang cctv lagi untuk tujuan dokumentasi agar di yaumul hisab kelak dapat di "play"kan semula dihadapan lautan manusia!

Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Ada orang berbuat hasad dengan kain baju saya di dalam washing machine. Moga Allah ampuni saya dan anda.

Wallahu'alam

Sunday, September 9, 2012

Ohsem tu subjektif!

bismillahirramanirrahim

"comel la kakak ni.. kemas je. Manja pulak tu.. Nak lempang je!"

Komen beberapa orang kawan saya ketika berada di kampus dahulu. Pujian tersebut ditujukan kepada seorang kakak yang volunteer masuk bilik kami dan ajak dengar tazkirah di surau aras kami. Walaupun pada mulanya kami datang halaqah atas dasar nak jumpe kakak comel dan tak sampai hati nak kecewakan dia, tapi bila lama kelamaan, kitorang faham kenapa kena datang halaqah. Cuma apa yang saya nak ketengahkan di sini adalah kecantikan atau kehenseman merupakan aset dakwah. (oh harap saya tak begitu ghuluw memperkatakan ini!) Manusia memang cenderung untuk melihat benda2 yang cantik.. yang sedap mata memandang. 

Cuba kalau yang ketuk bilik tu pakai tudung tak iron, busuk, tudung serabut, jalan macam ribut, muke penuh minyak dan jerawat.. (err,...=_=)  mesti kita pun rasa menyampah kan? Jangan cakap nak turuti ajakan, nak jemput masuk dalam bilik pun tak lalu. Tapi kalau dah memang kulit bermasalah, minimum jagalah ketrampilan diri yang lainnya, kekemasan pakaian, rambut, nafas, atau lain2nya. 

Tapi, saya cakap betul ni, kecantikan tu memang aset pun untuk dakwah. Saya masih ingat satu ketika dulu sewaktu isu wahabi hangat diperkatakan, saya juga turut hangat juga mencari maklumat tentangnya. Kemudian seorang sahabat memberikan satu link blog untuk saya mendapat penjelasan tentang perkara itu. Pada masa yang sama saya juga membuat carian di you tube, dan pada ketika itu saya terjumpe dengan video ustaz azhar idrus. Tapi oleh kerana beliau jika dibandingkan dengan Dr Asri, pastilah Dr asri jauh lebih kehadapan dalam masalah paras rupe (=_=). Maka saya terus menukar ceramah UAI kepada ceramah Dr MAZA. Rasanya baru tahun lepas kot saya nak dengar ceramah UAI. Bukan apa, saya cuma nak cakap ketrampilan diri bagi seorang daie tu pun penting. Sekarang ini saya sedang begitu addicted dengan  Kuliah Ustaz Imam Hassan yang suka cakap "ya ikhwatul iman.." ustaz ni tak hensem pun tapi melalui ceramah onekuliah Dr MAZA yg ohsem ni, saya terjumpa ceramah beliau dan saya amat respek pada ustaz ni yg sangat best kisah2 yang diambil daripada asbabul nuzul sesuatu ayat atau asababul wurut sesuatu hadith. Bagi saya, cuba buat pillow talk skit dengan teman seperjuangan, tanyakan pendapat mereka tentang diri anda. Kadang2 mereka nak tegur tapi mencari masa yang sesuai, tak nak tegur depan orang ramai. Jadi, proaktiflah kita untuk tanyakan tentang hal ini pada teman kita. 

Anda tak payah la nak cakap dengan saya yang paras rupa tak penting la.. bukan keutamaan ke ape ke.. tak perlu nak bahas isu ikhlas. Saya tengah cakap pasal ketrampilan. Kecenderungan manusia. Kalau tak, takkan la rasulullah bersabda begini:

dinikahi seorang wanita itu kerana 4 perkara. Pertama kerana kecantikannya, kedua kerana kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Maka nikahilah wanita itu kerana agamanya nescaya kamu akan bahagia. HR Bukhari dan Muslim

Rasulullah pun cakap pasal kecantikan lahiriah. Maknanya Rasulullah pun meraikani kecenderungan manusia yang suka kepada benda yang cantik.. Walaupun cantik tu subjektif kan. Tapi di akhir hadis ni rasulullah tetap tekankan kecantikan agama tu yang lebih penting. Apapun, pada saya orang yang beriman pasti akan jaga ketrampilan sebab ketrampilan tu pun antara cabang iman juga kan..

ok itu je. 



Friday, September 7, 2012

Cebisan Latihan Industri

bismillahirramanirrahim

I think everyone would wrote on this matter.. Internship. 12 weeks been here, i never wrote any posts regarding my internship since i felt that there's nothing beneficial to be shared on. But, later i thought that at least i would have some "eternal" memory if i wrote something about it. This entry just a random one. So, you shouldn't waste your time. Or maybe, later i would share something beneficial. wink wink!!

This company make the equipment for engineering teaching. So, my tasks here are to test some of the equipment in order to ensure that it can work properly as it arrive to the clients. It is not so difficult because there are a standard unit for each equipment which used as a reference. Besides, this is my first experience using the drilling machine, using the gum like the cement one, I know how to tighten the pipes, so if there's leaking happened in my house, so i can fix it! Thanks to all the trainee and fabricators whose taught me to do all those things. I think, i can list all of them here; hee.. 

farah-utem
prince-ucsi
taher-ucsi
shervain-notthingham Malaysia
Lim-ump
tan-ump

Tiger, Danio, Tubi, Yong - LCE fabricators.

Since i have kak zakiah here to fill my emptiness (sadis gile) so we do share a lot of things. I learnt many things from her especially about tarbiyatul aulad. What i got from all her sharing really makes me to step on reality! Prepare myself to become a mother. It's not that easy to nurture your kids! You should start it from beginning. And I think that a good nurturing results from a good fulltime housewife. Spent a lot of the time with the kids. Fills all the time together with beneficial activities. Kak zakiah once said, "My kids like to loiter with his friends, seldom home. Since i put astro in the house, then he can stay most of his time at home. As long as he is in front of my eyes, so i feel relieve..." (translate btol 2 ni). But, i felt that what for he is at home watching tv and the tv program didn't gives him any benefits! Still not the best solution! So i found out that the quality time is very important! It your fault when your kids suddenly get stubborn, didn't listen to you, make his friends more important than you! Because you at the first place make them to feel that way when they were very young! It's ok, be patient a bit to nurture your kids. At the beginning of his age, you would need to spent a lot of time and efforts towards them. You would cries so many times because of them. But it is better to cry now rather than in future when they get teen or adults. Instead of just letting the kids to watch their favorite tv program without you, better you, as the mother sit together and give a soft touch to your kids. So that he would feel it is better to be home because there's you in the house to calm him. Not it is better to be home because there's tv! Until now i still try to nurture kids through my nephews. I want to learn how to nurture kids.

Next, I also do other engineers work, Mr Eng soon, Mr Poyo and Miss Paik shan. I share the experiment with other trainee. Also do the office work, ie printing, faxing, call suppliers bla bla malas nak layan. Ha that's all what i did all the while i been here. in Solution Engineering Sdn Bhd.

Not forgotten by lovely sisters,  Kak Hana, Kak Hanim, Miss Angie I'm gonna miss you all!!!

Thursday, September 6, 2012

Tebu tepi bibir

bismillahirramanirrahim

"Saya sayang anda kerana Allah"

Antara ayat tipikal yang sering didengari desawarsa ini. Tapi, hakikat atau falsafah disebalik ayat itu sering dikhianati. Anda kata anda sayang dia kerana Allah, tapi kenapa apa yang dilafazkan di mulut bersalahan dengan apa yang terzahir pada perlakuan. Contoh:

"Abang kena buang kerja. Gaji bulan ni dapat half je." kata si suami kepada isterinya.

"Abes tu, apa plan abang sekarang? abang pegi la cari kerja lain dulu" kata si isteri acuh tak acuh kepada suami. Elok je suami nak pegang tangan, cepat2 dia lari ke dapur. 

Hello! dulu masa suami baru dapat naik pangkat bukan main lagi, bertahmid memuji2 Allah. Bukan main lagi melayan suami. Kalau boleh nak buat spa agaknya kat rumah tu untuk merawat keletihan suami yang baru balik kerja. Tapi bila diuji dengan kesempitan hidup sikit, dah mula tarik muka. Mula nak menjauh dari suami. Merasakan suami tak menjalankan tanggungjwab dengan baik. Haila... Patutnya, seperti mana anda bertahmid memuji2 Allah waktu senang dulu, seperti itulah anda harus lakukan saat ditimpa musibah ini. Dulu anda yakin semua kesenangan tu adalah rezeki daripada Allah. Yakin akan sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Takkan skarang ni pulak anda nak berpaling, cakap perkara yg sebaliknya. Allah tetap bersifat dengan sifat yang sama. Kalau kasih sayang tu memang anda sandarkan benar2 kepada Allah, maka apa jua yang berlaku pastinya takkan mengubah walau semikro pun sayang anda kepada pasangan anda kerana anda sayang dia kerana Allah. Allah kekal. Allah tetap dengan sifat2Nya yang mulia, tak berubah sikit pun. Kalau sayang anda itu bersandarkan harta, harta tu akan habis. Kalau berlandaskan rupa, kulit yang tegang akan kerepot. Kalau berlandaskan keturunan, yakinlah ia bisa pincang. Tapi kalau bersandarkan agama Allah, maka itulah yang akan menjadi penyejuk mata dan penyenang hati sampai bila2.

wink wink...!

"uhibbukifillah!"

ha!! ni satu lagi!!!! anda pernah dengar sebelum ini? atau yang sesama lelaki, "uhibbukafillah". Ni stok2 yang pakai tudung labuh atau tshirt labuh, atau yang lelaki, stok2 yang pakai selaur jeans tapi tak layan korea, yang sentiasa berusaha solat berjemaah kat masjid. Stok orang baik2, ditarbiyyah inshaAllah. Makna perkataan yang dicoretkan adalah, "saya mencintai kamu kerana Allah". Apa fenomena yang saya lihat sekarang, (mungkin saya ni tengok yg negatif je kot) kata2 ini valid hanya untuk mereka yang satu wasilah sahaja atau mereka yang sekapal. Kalau naik kapal lain, atau nak berhenti belayar, seolah2 perkataan yang diucapkan tu terus luput dari ingatan orang yang melafazkannya. dan seakan-akan saya tak pernah berjanji apa2. Atau nak senang faham, cinta yang dilafazkan tersebut bersandarkan kapal. Ia seolah-olah begini, saya sayangkan anda kerana anda sama2 naik cruise dengan saya. Bekerja untuk menjalankan cruise ini bersama saya. Bila orang yang disayangi tersebut mengambil keputusan untuk menaiki bot pula supaya lebih zuhud, maka orang2 didalam cruise tadi terus melupakan individu yang mangambil keputusan untuk meninggalkan cruise terbabit. Bila orang yang menaiki bot tadi menghantar sms kepada individu yang di cruise, meminta panduan bagaimana nak sampai ke pelabuhan kerana mentahnya mereka dalam selok belok perlautan, tiba2 sms tersebut dibalas dengan sinis, "anda kan ada nakhoda yang baru. Tanyalah kepadanya." Eh, rugi ke kalau anda beritahu map yang benar kepada bekas ahli cruise anda tu? Kan nanti anda juga yang dapat pahala senilai dengan mereka yang menaiki bot tu. Anda pun tahu kan mereka nak ke pelabuhan tu untuk melakukan kebaikan. Bukan fahsya'. 

Yang lebih tragis lagi adalah, bila orang yang menaiki cruise terlalu ramai. Maka, ada yang akan rasa terpencil. Mungkin dia ada melakukan satu kesilapan di dalam cruise. Lalu, dengan kesilapan tu dia malu dengan penumpang dan kakitangan crusie lainnya. Apa yang dilakukan adalah memencilkan diri kerana malu. Akibat terlalu lama memencilkan diri, tambahan pula dapat melihat keseronokan manusia bermain banana boat di tepian pantai, maka apabila cruise berhenti di persisiran pantai tersebut, dia memilih untuk meninggalkan cruise kerana sudah tidak lagi dipedulikan dan malu. Dia mengambil keputusan untuk berada di pantai itu menikmati keseronokan dan sisa2 hidupnya. Yang peliknya, orang2 di cruise tetap sahaja meninggalkannya. "kami beri kata dua, nak teruskan belayar dan sampai ke garisan penamat atau nak berhenti di sini dan terus membusuk di sini?" Apesal tiba2 nak berkata dua ni.. anda tak selami lagi permasalahan dia. Tak beri peluang untuk dia baiki kesilapan. Tak berlemah lembut untuk membasmi kemungkaran, tiba2 anda nak gunakan kekasaran. (kasar bahasa atau perbuatan) Ape kes kan. Dia pun tak tahu yang anda ambil berat tentang dia. Pastu bila next time anda sampai lagi ke pantai tu, anda nampak dia dengan riang gembira berseronok kat  pantai tu, anda komplen, "inilah jadinya bila dah tinggalkanlah cruise. Tak sedar diri ada tujuan yang patut di tujui." amboi2 statement macam malaikat btol!. "dia yang pilih untuk tinggalkan cruise. Kita dah beri peringatan tapi dia yang tak nak. buat apa buang masa dengan orang yang enggan ni".  walaweh. tak menahan btol. 

Ingatlah, anda pernah cakap kepadanya, UHIBUKIFILLAH/UHIBBUKAFILLAH. Tak kiralah apa jua yang terjadi kepadanya, sampai bila2 pun, anda sayang dia kerana Allah. Bila sayangkan seseorang itu kerana Allah maka fikirkanlah syurga untuk dia. -Credit to hilal asyraf-.  kalau sayang seseorang kerana Allah, bantulah dia untuk meraih syurga. 

sekian!

post yang sarkastik buat mereka yang memahami!


Tuesday, September 4, 2012

Saat Allah Mencintai HambaNya

bismillahirramanirrahim




Bila Allah menjadi mata yang digunakan untuk melihat
Dia akan menjadi tangan yang digunakan untuk memegang
Dia akan menjadi kaki yang digunakan untuk melangkah
Dia akan menjadi telinga uyang digunakan untuk mendengar

Setiap langkah diiringi dengan redhaNya
Allah menjaganya daripada perbuatan fahsya’ dan mungkar
Allah yang menjadi setiap pancainderanya
Ertinya, segala yang dilakukan adalah apa yang di sukaiNya, mendapat redhaNya

Bila tersungkur, terjatuh, lekas-lekas  kita bangun!
Kita berdiri dan bangkit lagi
Bangun dan melantun lebih tinggi!
Jauh lebih tinggi dari tempat jatuhnya tadi
Jangan pernah buruk sangka dengan Dia
            
Bila kita bermaksiat dalam ketaatan kita,
Jangan sangka Allah dah benci kita
Tak nak dengar rayuan kita
Tak nak dengar rintihan dan pengakuan kita
Tak.. takk… bukan macam tu
Allah pastinya murka pada kemaksiatan yang kita lakukan
Tapi bukankah ampunanNya lebih mendahului seksaanNya?
            
Pintu  mana yang nak ku ketuk? Pastinya pintu ampunanMu..
Tali manakah harus harus ku berpaut? Pastinya tali agamaMu
Tiada kiblat akan ku hadapkan wajahku selain kaa’bahMu
Menanti hari saat aku bertemu denganMu, kekasih, pencinta yang agung!
Matikan aku dalam ketaatan kepadaMu,
Ya wadud,
Kuatkan azamku, hatiku untuk mencintaiMu
Sudilah engkau ya Rabb, mencintaiku walau sedebu.

Dari hati yang kehausan

Followers